"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1441H☆



وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

"Dan orang-orang lelaki yang banyak berzikir dengan nama Allah serta orang-orang perempuan yang banyak berzikir dengan nama Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar" [Surah al-Ahzab 35]

#Seorang mukmin itu seharusnya melazimkan dirinya dan membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang boleh mengingatkannya kepada Allah swt walau di mana sahaja dia berada. Ini kerana, banyak kelebihan, fadhilat dan ganjaran yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa berzikir sebagaimana yang disebutkan Allah dalam ayat di atas.

#Sabda Rasulullah saw:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya seperti orang yang hidup dan mati" (HR al-Bukhari)

#Dalam apa jua keadaan sekalipun, samada lalai atau tidak, kita tetap dituntut untuk berzikir demi mengingati Allah swt. Berkata Syeikh Ibn Athaillah al-Iskandari rahimahullah:

لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك في وجود ذكره فعسى أن يرفعك من ذكر مع وجود غفلة إلى ذكر مع وجود يقظة

"Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagal menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir berlebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”.

#Daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a, sabda Rasulullah saw:

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

 "Sebaik-baik zikir ialah Laa ilaha illallah (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah)"(HR at-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

#Daripada al-Mughirah Bin Syu’bah r.a. Beliau menulis surat kepada Mu’awiyah:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

"Sesungguhnya Rasulullah saw apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkan:
 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ

(HR al-Bukhari dan Muslim)

*“Rasulullah saw mengucapkannya (mengulang-ulang zikir ini) setiap kali selepas menunaikan solat”

♡Lazimkan dan sibukkan diri dengan berzikir agar zahir dan batin kita sentiasa mengingati Allah swt. Semoga Allah swt sentiasa mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda untuk kita. Aamiiin♡


No comments: