"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, March 23, 2024

Kek lapis Palestine

Bahan:

500g butter
10biji telur
60g gula halus
1 sudu mkn ovellete
1sudu mkn creamy vanilla
300 cream cheese
250 susu pekat
100g Horlick
220g tpg hong kong
100g tpg aiskrim vanilla
50g serbuk cheddar cheese
50g hersheys coklat syrup
50g nutella
Pandan coconut paste
Stoberi paste
Kaler hijau, hitam, putih, merah

Cara

Mix butter+cheese+susu+ovellete+gula+cream vanilla hingga sebati. Masukkan telur satu2.
Masukkan tpg hongkong+tpg aiskrim vanilla+horlicks. Gaul rata. Bagi 4 bahagian.

A. Hijau+pandan coconut paste
B. Putih+serbuk cheddar cheese
C. Hitam+nutella+hersheys
D. Merah+stoberi paste

Bakar hijau berlapis hingga habis. Then putih hingga habis kemudian hitam, lastly merah berlapis2. 

Acuan 8.5x8. 5

Kek lapis india


10 biji telur
500 gm butter
200 gm gula
1 tin susu manis
1 sudu mkn ovelete 
250 gm tepung gandum
100 gm horlick
100 gm kelapa kering
Cadbury

Pukul butter dan gula hingga putih @ berkrim
Masuk ovelet...pukul sebati
Masuk telur satu persatu pukul kembang
Masuk susu, tepung, horlick, kelapa kering satu2
Gaul sebati

Lapis pada suhu 160'c @ 8-10 minit ikut kepanasan oven
Lapis pertama api atas bwh
Lpis seterus nya api atas sahaja
Selepas masak setiap lapisan tekan kan dgn penekan supaya rata. Cadbury susun pada lapisan yg ke 4, 8, 12

Selamat mencuba

❤️ Biskut Semperit ❤️



Bahan2 :
250 gm butter
2 biji kuning telur
1 cwn gula aising
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 - 100 biskut )
Cara2:
1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu
2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 & uli hingga jadi doh
3 .Terap menggunakan acuan semperit, dan hias dgn ceri merah
4. Akhir sekali,bakar pd suhu 180'c api atas bawah selama 15 -20minit
Nota:
1. Sukatan 1 cwn= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung kastard bewarna pudar,sy syorkan tepung kastard jenama nona @ bird custard
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar, letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit

Red Velvet Cookies Crunchy


250g buttercup (lagi sedap pure butter) 
1cwn myk jagung
2cwn gula castor
1biji telur
1 sudu kecil serbuk koko
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu pewarna merah ➕ oren

putar saja bahan2 dekat atas ni hanya nak bagi gula butter semua sebati je, xpayah lama2. kejap saja

nak pakai tangan senduk kayu pun bolih. 

dah siap tu masok kan 500grm tepung gandum ➕ 1sudu soda ➕ 1sudu baking powder

sekali gus masukkan 1cwn almond atau apa saja kcng yang korang suka.. beserta 1 cwn choc chip

siap utk di bakar selama 20 minit atau bergantung pada oven korang. 

selamat mencuba!

KEK LAPIS ANNA BERRY


Saiz Loyang : 8.5x8.5x4


BAHAN-BAHAN
500g butter asli/pure butter *saya guna SCS
250g cream cheese 
80g gula castor
350g susu manis 
100g Yeo's seri kaya 
10 biji telur grade A
100g tepung susu Nespray 
200g serbuk ais krim vanila
300g tepung pau *diayak
200g blueberry filling 
2 sdb blueberry paste
*saya hanya guna 2 sdb blueberry filling utk setiap bahagian warna.
30g ovallete
Pewarna violet atau purple/ungu secukupnya
Pewarna putih secukupnya

LANGKAH 1 
Putar butter,cream cheese,gula dan ovellate hingga kembang dgn kelajuan tinggi.
Dengan kelajuan perlahan,masukkan telur satu persatu utara sehingga sebati.
Masukkan susu manis dan kaya putar sebati.
Masukkan bahan-bahan berikut sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati(*jangan terlalu lama)Tepung pau yg diayak,serbuk ais krim vanilla dan susu tepung penuh krim.

LANGKAH 2 
Timbang keseluruhan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
Bahagian A : warnakan ungu pekat dan gaul sebati 2 sudu blueberry filling
Bahagian B : warnakan dgn campuran pewarna putih & ungu.Pastikan warnanya light/cerah/tidak pekat dan gaul sebati 2 sudu blueberry filling.

LANGKAH 3
Panaskan oven suhu 150°c
Setiap lapis guna 180gm
Bakar 7-8 minit atau sehingga masak
Mulakan dengan lapisan warna ungu pekat/dark purple dlm loyang bakar sampai masak (7-9 mnt) *bergantung suhu oven masing-masing
Masukkan warna purple muda/light purple kemudian paipkan corak filling blueberry di atasnya.
Ulang cara yang sama sehingga habis adunan.Jika ada lebihan boleh buat corak di bahagian atasnya.

Hati

🍉

HATI yang bersih

ADALAH

hati yang selalu

BERPRASANGKA

baik terhadap orang lain

Hati yang bersih akan memandang dunia dan segala isinya dengan indah ....

Bersihkan hati Hapuskan dendam.. 

Luruskan niat..

Semoga hari ini jauh lebih baik dari semalam

*Indah pd WAKTUNYA 🥰*

Kedudukanmu disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala


Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka

perhatikanlah dimana Allah menempatkanmu

Jika Allah membuatmu sibuk berzikir, Maka ketahuilah bahwa Allah ingin menyebut mu

Jika Allah membuatmu sibuk membaca Al-Qur'an, Maka ketahuilah bahwa Allah ingin berbicara denganmu

Jika Allah membuatmu sibuk dalam ketaatan, Maka ketahuilah bahwa Allah ingin mendekatkan dirimu dengan diri-NYA

Jika Allah membuatmu sibuk dengan do'a, Maka ketahuilah bahwa Allah ingin memberimu

Jika Allah membuatmu sibuk dengan dunia, Maka ketahuilah bahwa Allah ingin membuatmu jauh dari-NYA

Jika Allah membuatmu sibuk dengan manusia, Maka ketahuilah bahwa Allah ingin menghinakanmu

Maka perhatikanlah keadaanmu sekarang dengan apa yang engkau sibukkah 
Maka seperti itulah pula Allah menempatkanmu.

Hebatnya Amalan Sholawat di Bulan Ramadhan



Perbanyklah Membaca Sholawat
Perbanyaklah Sholawat kepada Baginda Rosululloh ﷺ karena pahala sholawat kita akan berkali lipat di bulan istimewa ini dan Jaminan Baginda  Rosulullohﷺ kepada yang memperbanyak Sholawat kelak akan menjadi yang terdekat dengan Baginda Rosululloh ﷺ

اللهم صل علی سيدنا محمد وعلی ال سيدنا محمد

Binge Eating

Makan merupakan salah satu aktiviti asas dalam kehidupan seharian manusia bagi meneruskan kehidupan. Setiap individu memerlukan jumlah makanan yang berbeza mengikut jantina, umur serta aktiviti yang dilakukan. Justeru itu, sekiranya seseorang indvidu itu makan dengan kuantiti yang lebih daripada sepatutnya iaitu tidak bersesuaian dengan jantina, umur dan aktiviti seharian akan membawa kepada kemudaratan kesihatan diri seseorang. Cara makan ini lebih merujuk kepada makan menurut kehendak atau keinginan dan bukan lagi mengikut keperluan yang sewajarnya. Ketahui lebih lanjut apa itu Binge Eating dalam sebaran kali ini.

Sekiranya ada rakan yang mengalami masalah ini, cuba dapatkan nasihat dari pakar perubatan yang bertauliah untuk menangani masalah ini.

AYAM PANGGANG TANPA KULIT LEBIH BAIK!

Hidangan berasaskan ayam atau daging memang menjadi sajian rutin harian penduduk Malaysia. Pelbagai kaedah masakan boleh digunakan untuk menyediakan hidangan ini. Antara kaedah penyediaan hidangan yang lebih sihat termasuklah dengan cara merebus, mengukus, memanggang dan menggoreng kilas (stir-fry).  

Namun adakah anda tahu, jika kita menyediakan hidangan ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak, ia akan mengurangkan kalori (jumlah tenaga) sesuatu hidangan tersebut, kerana kehadiran setiap 1 gram lemak (kulit ayam/lemak daging) akan menambahkan sebanyak 9 kcal kepada hidangan tersebut. 

Justeru, jom kita pilih atau sediakan hidangan yang lebih sihat ya!

Sumber rujukan kalori: Apps Myfitnesspal

Bazar Ramadhan




Demi menjamin keselamatan makanan ketika membeli di bazar Ramadan, pastikan anda menjalankan tanggungjawab dengan mengamalkan "Perhati dan Pilih" serta "Lihat, Hidu, Rasa" sebagai langkah pencegahan daripada keracunan makanan.   

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.



Berhenti buru biawak

Tolong share juga kpd sipenggemar _daging exotic_ 🙏🏻

Tahajjud

Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman seperti di atas. 

MashaAllah, untungnya kita semua umat Islam, alhamdulilah 🤲🏻✨

Jangan lupa untuk kongsi ilmu ini pada keluarga, kawan-kawan dan orang ramai. Semoga bermanfaat & dapat mendekatkan kita pada Pencipta.

Cara Hidup Yang Terbaik

*💧EMBUN PAGI ©® 💦*

_*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم*_
*الـــسَّـــلَامُ عَـــلَـــيْـــكُـــم وَرَحْـــمَـــةُ الـــلّٰـــهِ وَبَـــرَكَـــاتُـــهُ*




Lukman Al Hakim berkata kepada anaknya, wahai putraku, lepaskan hidupmu dari 3 perkara, yaitu:
 1. Hendaknya kau makan dari makanan terbaik..
 2. Hendaknya kau tidur di alas tidur terbaik..
 3. Hendaknya kau tinggal di rumah terbaik..

Lalu anaknya berkata:
Bagaimana bisa aku melakukan itu semua, sedangkan kita ini kan faqir tak punya harta.?
 
Maka Lukman Al Hakim mengatakan:
▪️Jika kamu ingin makan maka makanlah hanya di saat kau lapar, sehingga yang kau makan menjadi makanan terbaik..

▪️Jika kau banyak bekerja sampai kau tertidur dalam kelelahan maka alas tidurmu apapun itu akan menjadi alas tidur terbaik..
‌‎ 
▪️Jika kau bergaul/berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang baik, niscaya kau akan ada di hati mereka, dengan inilah kau tinggal/menetap di rumah terbaik..

💟 _Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.._

Selamat beraktivitas di hari _Ahad_👍
Awali dengan _Bismillah_,
Jalani dengan _Lillah_,
Akhiri dengan _Alhamdulillah_,
_In Sya Allah Barokah_,
_Aamiin Ya Robbal'alamin_ 🤲

*Keep always Husnudzon and Smile 🤗☺🙏🏻*

Jangan Ada Yang Lari Dari Dakwah Di Sebabkan Kita

🕌 
      ( HR Muslim 
        No: 466 ).

" Wahai sekalian
  manusia , 

sesungguhnya di antara kalian ada yang manusia lari dari dakwah ini .

Jika ada di antara kalian yang MENJADI IMAM hendaklah dia mempersingkatkannya.

Kerana di belakangnya ada orang tua, orang yang lemah dan orang yang punya urusan ." 

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

1 . Dakwah Islam itu
     indah dan luas .
    Janganlah kita
     mengotori dan
     menyempitkannya .

2 . Para pendakwah wajar
    mempamerkan 
    keindahan dan
    ketinggian Islam
    berbanding sistem
    hidup ciptaan manusia 

3 . Tugas besar kepada
     pendakwah namun
    GANJARAN yang lebih
    besar menunggu di sisi
    Allah SWT.

  🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Permudahkan Kepayahan Makmum Apabila Menjadi Imam

🕌  
( HR Bukhari 
   No: 703 )

Daripada Abu Hurairah ; bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

" Apabila salah seorang
kalian bersolat ( menjadi imam )  kepada ramai orang , MAKA RINGANKANLAH .

Sesungguhnya di kalangan mereka itu ada orang lemah, orang sakit dan orang tua.

Apabila kalian solat bersendirian , maka panjangkanlah sekehendak hatinya.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

1. Apabila menjadi imam kepada ramai orang, pendekkanlah bacaan dalam Solat.

2. Walaupun Allah memfardhukan solat, 
tetapi kasih Allah begitu tinggi kepada orang yang melakunya.

3. Islam memudahkan dan mengangkat kepayahan  dari manusia.

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Hadir Ke Masjid Untuk Solat Jumaat Se awal Mungkin. ( Surah Al - Jumu'ah Ayat 9 )

📚 

Allah SWT berfirman yang maksudnya: 

" Wahai orang- orang yang beriman!

Apabila diserukan azan ( bang ) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat ,maka segeralah kamu pergi ( ke masjid ) untuk mengingati Allah ( dengan mengerjakan sembahyang  Jumaat ) 

dan tinggalkanlah berjual - beli  (pada saat itu ) ,

yang demikian adalah baik bagi kamu ,jika kamu mengetahui ( hakikat yang sebenarnya ) ."

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

* Hukum lewat hadiri Jumaat sehingga hampir ketinggalan khutbah .

" Solat Jumaatnya adalah sah namun perbuatan sengaja untuk tidak mendengar khutbah adalah dikira berdosa.

Marilah kita menginsafkan diri untuk hadir ke masjid pada awal waktu semampu yang mungkin kerana fadhilatnya yang besar.

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Hari Jumaat Malaikat Berdiri Di Setiap Pintu Masjid Mencatat Orang Yang Pertama Datang Dan Seterusnya

🕌 
( HR Muslim
   No: 809 jilid 1-4 )
Status: Hadis Sahih

Dari Abu Hurairah RA, katanga Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

" Apabila hari Jumaat telah tiba, para malaikat berdiri pada setiap pintu Masjid,  mencatatkan orang yang pertama datang dan seterusnya.

Apabila Imam telah datang ( naik mimbar ) , mereka tutup buku mereka dan sesudah itu mereka pergi mendengarkan Khutbah.

Perumpamaan orang yang pertama ialah seperti orang bersedekah unta.

Kemudian orang yang datang sesudah itu seperti orang bersedekah lembu.

Kemudian ,seperti orang bersedekah kibasy ( kambing ) .

Kemudian seperti orang bersedekah ayam dan 

seperti orang yang bersedekah telur." 

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Berdoa Selepas Makan

🕌 
     ( HR Bukhari 
       No: 5458 ) 

Daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW apabila SELESAI menjamah hidangannya akan membaca DOA yang maksudnya : 

" Segala puji bagi Allah sebanyaknya , 
yang baik lagi penuh KEBERKATAN , 

tidak ada yang mampu memberi kecukupan pada- Nya , 

meninggalkan- Nya dan juga tidak ada yang tidak memerlukan - Nya , 
wahai Rabb kami." 

 🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

1 . Sunat membaca DOA
     ini selepas selesai
     makan.

2 . Kita di galakan untuk
     BERSYUKUR dan
    bergantung kepada
    Allah SWT terutama
    dalam hal REZEKI dan 
    makan minum harian 
    kita. 
  
 3 . Islam menitik
      beratkan soal IMAN
     dan kebergantungan 
     kepada Allah termasuk 
    dalam hal makan juga.

  🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

BISKUT KELAPA


Bahan²

1 cawan marjerin.
1 biji telur ( saya guna telur gred c ).
1 cawan gula aising
1 cawan tepung gandum.
3 cawan tepung jagung.
2 cawan kelapa parut yang sudah siap disangai kering.

Cara²nya..

Marjerin + gula aising + telur. Kacau rata.. masukan pula tepung gandum + tepung jagung + kelapa kering. Selepas itu terapkan. Saya sapukan telur kuning + perwarna kuning telur. Bakar suhu 160c selama 20 minit.

Selamat mencuba.

Air Kelapa

🥤Minuman yang dikatakan sebagai “penyejuk badan” ini sangat mudah diperolehi di Malaysia dan yang mempunyai kebaikan untuk diamalkan khasnya ketika cuaca panas.

🥥Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan.

❌ Sebaik-baiknya elakkan daripada menambah gula agar lebih memberi manfaat kepada tubuh badan.

Ayam Panggang

Friday, March 22, 2024

JOM MAKAN SAYUR!🇲🇾


🍅🥒Pengambilan sayur sangat penting untuk membekalkan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita agar kesihatan berada pada tahap optimum.

Oleh itu, KKM kongsikan tip sayur kekal segar. Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.💪


Perabot

BISKUT KELAPA

BAHAN-BAHAN :

1 cwn Planta/marjerin/butter
1 biji Telur
1 cwn Gula
1 cwn Tepung gandum
3 cwn tepung jagung
2 cwn kelapa kering (digoreng/sangai) dibiarkan sejuk dulu baru campur dlm adunan.

CARA MEMBUATNYA :

Gula + planta + telur kacau bg sebati.

Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan kelapa kering. Adun sampai sebati.

Terap dgn bentuk yg disukai dan atasnya sapu kuning telur.

Tabur kelapa kering yg diwarnakan.

Bakar suhu 160c ikut oven masing2 selama lebih kurang 20 minit.



SELAMAT MENCUBA 👍

AYAM ALA KENNY ROGERS


BAHAN-BAHAN:

Bawang besar 2 biji

Bawang putih 4 ulas

Minyak zaitun

Halia Perasa Maggi Sos black pepper

Sos tiram

Lada hitam

Madu

Sedikit air

CARA MASAK:

Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh

*Let's Cooking 🥰*

Roti John Sempoi


Ramuan

6 biji roti sosej/oblong

1 bungkus daging kisar Ramly

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 ulas bawang putih (cincang halus)

2 sudu besar penuh serbuk kari

Sedikit minyak untuk menumis

Sedikit garam

Sedikit gula

4 biji telur

Secukupnya sos cili

Secukupnya mayonis

Hirisan sayur yang disukai (kubis/timun/ carrot/salad)

Langkah-langkah

1 Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan serbuk kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging kisar biar masak seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.

2 Biar sejuk seketika baru pecahkan telur. Belah tengah roti tapi jangan sampai putus.

3 Cedukkan 1 senduk inti daging tadi ke dalam kuali rata dan tekapkan roti dan biarkan masak.

4 Kemudian boleh la letak hirisan sayur yang disukai dan paip sos cili dan mayonis.

5 Boleh la dinikmati.

*Let's Cooking 🥰*

Kuih Sagu Merah


Ramuan

1 cawan biji sagu

1/2 cawan air(tak penuh 1/2 cawan)

1/2 cawan gula

1 sb sirap ros

1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Secukupnya air(umtuk rendam sagu)

Langkah-langkah

1 Rendam sagu selama 30 minit. Tos airnya.

Dalam periuk..masukkan 1/2 cawan air, gula dan sirap. Masak sampai gula larut.

Masukkan sagu kacau rata.

2 Panaskan pengukus.

Masukkan sagu dalam acuan lompang. 
Klu xnk acuan guna loyang 
Sy guna acuan nmpk sekata 
Kukus selama 15 minit.

(Biar sejuk baru keluarkan dari acuan..)

3 Sementara tunggu kuih sejuk tu..boleh la kukus kelapa yg digaul dengan sedikit garam.

Kukus selama 5 minit. Sejukkan..

4 Bila kuih dah sejuk..golekkan pada kelapa.

Sedia dihidang

Sya suka makan sejuk lepas keluar peti sejuk

*Let's Cooking 🥰*

Kuih Sagu


Bhn-
2 cawan sagu dibasuh dan toskan.
5 cawan air
1 cwn + 1/2 cwn  gula merah.(gula ikut citarasa sendiri)
Kelapa parut putih dikukus dgn secubit garam utk tahan lama. 

Cara-
Masak air sehingga mendidih.
Masukkan sagu kacau sampai pekat lebih kurang 10 min.
Bila sagu dh nmpk likat baru masukkan gula merah.@ gula melaka(pilihan)
Kacau kan utk larut gula bersama sagu.
Kemudiaan masukkan dlm loyang atau bekas yg sesuai.
Kukus selama 15min atau sehingga sagu kembang elok tiada lg putih2.
Sejukkan dan potong. gaulkan dgn kelapa  parut.(kukus kelapa sebentar utk tahan lama)
Siap dan hidangkan.

Sambal gesek


Sambal gesek..X yah lauk lain dh klu ada sambal ni..gaul dgn nasi panas dh cukup..

Nah resepi..

Bahan:
1 genggam cilipadi(merah + hijau)
1 biji bwng besar
3 ulas bwng putih
2@3 sudu besar ikan bilis(goreng garing n tumbuk pecah2)
1 biji limau nipis(ambik airnya)
Sedikit belacan
Perasa n secubit garam(klu ikan bilis dh masin..x perlu garam lg)

Cara:
Tumbuk cili,bawang , bwng putih n belacan(tumbuk pecah2 je atau mesin kasar)
Tumis bhn tumbuk hingga garing
Masukkan perasa n garam(jika perlu)
Masukkan air limau nipis
Tutup api dan kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata 

Kredit : Mazliza Ahmad

Kelihatan berseri bagai Pengantin Baru.


Jarang sekali kita mencari daun sireh untuk kegunaan harian. Mencari serata kedai atau kampung bila nak buat tepak sireh atau sireh junjung dibawa bersama rombongan ketika majlis bahagia raja sehari. 

Rupanya sireh yang kita jarang mencari ini la banyak khasiatnya.

Muka selalu nampak kusam? Minum rebusan daun sireh supaya dapat naikkan kembali seri pada wajah. Selain itu, dapat memberikan haruman dan kesegaran pada tubuh badan. 

Boleh juga digunakan rebusan daun sireh untuk membasuh muka dan mencuci misV. Rasanya pun macam minum air biasa. Tapi ada sedikit bau sireh. 

Selamat mencuba...

*Semoga BERMANFAAT 🥰*

BERBUKA PUASA SECARA SIHAT


Berbuka puasa secara sihat adalah penting bagi kesihatan fizikal dan mental. Berikut adalah beberapa tips untuk berbuka puasa secara sihat:

1. Kawal saiz hidangan makanan: Jangan terlalu makan berlebihan selepas berbuka. Mulakan dengan hidangan kecil dan tunggu beberapa minit sebelum mengambil hidangan lain. Ini dapat membantu mengelakkan masalah pencernaan.

Baca lanjut : https://www.facebook.com/bahagianpemakanan/posts/pfbid0hzHQQsKeHbuN5s5KaviVaJt1pgYcn3x456cRZzFL1gf937kowJQLD7VPEiSXJUwQl

Sumber : Nutritionistkkm

RAHSIA KURUS TANPA BERLAPAR


🥬 Pastikan separuh daripada pinggan anda adalah sayur & buah

🍞 Pilih makanan yang tinggi serat

🥗 Mulakan sesi makan anda dengan buah, salad atau sup sayur

🍗 Pastikan ada sumber protein

🍽 Gunakan pinggan yang lebih kecil 

🕰 Kunyah makanan lebih lama

🍶 Minum air kosong pada waktu makan & di antara waktu makan

Kredit to ➡️Dr Samhan

Batuk bayi



GARLIC SOCKS

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

MINYAK MASAK

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.
batuk dan hidung tersumbat.

DAUN KADUK

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

SPRAY HIDUNG

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan

juga klinik Spray ini membantu anak
kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri.

MINYAK BAWANG PUTIH

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.
Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

URUTAN BAYI

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan pd bayi
Bayi yang selalu di urut 
mudah dijaga kerana jarang
meragam. 
Tapi harus diingat, jangan
mengurut bayi ketika dia menangis

*Semoga BERMANFAAT 🥰*

DAUN DURIAN BELANDA




Berikut adalah 7 khasiat dan petua guna daun durian belanda.

1. Mencegah Dan Mengubati Kanser

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.  Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang di masak tadi sebanyak dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

2. Merawat Sakit Pinggang

Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas. Amalkan meminum sekali dalam sehari untuk ketahanan imun badan.

4. Mengatasi Penyakit Diabetis (Kencing Manis)

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas air, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood presure)

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit stroke adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang. Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir atau simbelit 

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja. Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat/Saraf

Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas.Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Boleh cuba nie tapi ubat doktor jangan skip ye. Jiran depan umah tanam memang subur pokok nye...

*@...... semoga BERMANFAAT 🥰*

MERAWAT BUASIR

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. 



1. Delima + Inai + garam (Air rebusan)
Kulit buah delima yang kering, dua ibu kunyit sebesar ibu jari, segengam daun Inai dan sedikit garam. Tumbuk semua bahan berkenaan hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk tanah bersama tiga gelas air. Hingga menjadi satu gelas air. Tapiskan airnya setelah sejuk minumlah sebelum tidur Amalkan untuk tempoh seminggu.

2. Temu lawak + gula melaka + asam jawa (Air rebusan)
Tumbukkan sehingga lumat sedikit temulawak yang dicampurkan dengan gula melaka, asam jawa dan air. 
Minumlah airnya tiga kali sehari dan lihat kesannya dalam masa seminggu

3. Daun Belimbing buluh (Bahan rendaman badan)
Hancurkan daun belimbing buluh yang masih segar, kemudian rebus dengan 10 Liter air selama 15 minit tapiskan airnya. Masukkan air tapisan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk duduk berendam didalamnya. Jika perlu tambahkan sedikit air suam.  Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari mengamalkan kaedah berendam ini.

4. Daun Petola (Bahan rendaman badan)
15 helai hingga 20 helai daun petola. Kemudian rebuskannya dengan kira-kira 10 liter air selama 15 minit tapis airnya. Masukkan air tapisan itu kedalam bekas yang muat saiz badan untuk duduk berendam didalamnya. Jika Perlu tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan.
Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari mengamalkan kaedah berendam ini.

5. Peria + minyak (ubat sapu)
Bahagian pokok peria yang dapat digunakan untuk merawat BUASIR ialah akar, buah dan bijinya. Bersihkan dan lumatkan akar, buah serta biji peria, Kemudian perah airnya agar memboleh ¼ cawan air.  Campurkan air Perahan itu dengan kira-kira dua sudu minyak makan. Ambil kapas dan basahkannya dengan campuran bahan peria itu lalu tampalkan pada BUASIR. 

Amallah ini sebaik-baik dilakukan setelah mengamalkan proses berendam didalam ramuan herba seperti di atas. 

*Semoga BERMANFAAT 🥰*

RESEPI SOTONG🦑 GULAI MAMAK


Makan dgn nasi panaz2 eerrmm...

Bahan-bahannya:

✓ Serbuk kari ikan/daging pn boley 2 peket...
✓ Halia... [sis suka halia byk]
✓ Bwg merah...
✓ Bwg putih...
✓ Air asam jawa...
✓ Daun kari.
✓ kulit kayu manis 4 serangkai ... [bg yg xgemar kulit kayu manis boley tukar halba campur]
✓ Cili merah, cili hijau [xletak pn xpe]
✓ Garam/serbuk perasa dn gula.

Cara memasaknya:

1. Tumis semua bahan hingga naik bau...

2. Masukkan serbuk kari dan masak hingga naik minyak...

3. Masukkan sotong...

4. Kacau hingga rata...

5. Masukkn pulak air asam jawa...

6. Garam serbuk perasa dn gula...

7. Reneh seketika... siap!!

Kredit Resepi : Umi

KUIH TALAM GULA MELAKA


Bahan-bahan untuk lapisan bawah (A)
- 1 cawan tepung beras
- ¾ cawan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung ubi
- ¾ cawan gula
- ½ cawan santan cair
- 1 sudu teh air kapur
- ¾ cawan air gula merah, tambah ikut kemanisan yang disukai
- 2 ½ cawan air

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (B)
- 1 cawan tepung beras
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 cawan santan pekat
- 2 ½ cawan air
- sedikit garam
.
Cara-cara membuatnya:

> Lapisan bawah : Campur semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam periuk, kacau adunan dengan api sederhana hingga naik wap. Biar sejuk seketika dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang dilapik plastik.

> Lapisan atas : Campur bahan-bahan B dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam periuk, kacau adunan dengan api sederhana hingga naik wap. Goreskan lapisan bawah untuk memastikan ianya melekat dengan baik dan tuang adunan ke atasnya. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 25 minit.


Ayam

BISKUT NESTUM


Bahan-Bahan:

250 gm butter
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan nestum
1 biji kuning telur -untuk sapuan di atas biskut
Nestum -utk taburan/hiasan

Cara Memasak:

Langkah 1
Kacau butter dengan gula aising hingga sebati.

Langkah 2
Masukkan telur & esen vanila. Kacau rata saja.

Langkah 3
Campur tepung gandum & tepung jagung yg di ayak. Gaul dengan tangan hingga sebati.

Langkah 4
Tambah nestum. Gaul lagi hingga menjadi doh.

Langkah 5
Canai & tekap dengan acuan pilihan.

Langkah 6
Bakar di dlm oven yg telah di panaskan pd suhu 150°c selama 20 minit, api atas & bawah.

Langkah 7
Sejukkan biskut & simpan di dlm bekas kedap

BISKUT NESTUM


Bahan-Bahan:

250 gm butter
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan nestum
1 biji kuning telur -untuk sapuan di atas biskut
Nestum -utk taburan/hiasan

Cara Memasak:

Langkah 1
Kacau butter dengan gula aising hingga sebati.

Langkah 2
Masukkan telur & esen vanila. Kacau rata saja.

Langkah 3
Campur tepung gandum & tepung jagung yg di ayak. Gaul dengan tangan hingga sebati.

Langkah 4
Tambah nestum. Gaul lagi hingga menjadi doh.

Langkah 5
Canai & tekap dengan acuan pilihan.

Langkah 6
Bakar di dlm oven yg telah di panaskan pd suhu 150°c selama 20 minit, api atas & bawah.

Langkah 7
Sejukkan biskut & simpan di dlm bekas kedap

Tosei dengan Kari Sardines


Bahan Tosei Express

1 cawan nasi sejuk

1 cawan tepung beras

2 sudu besar tepung gandum

1 + 1/2 cawan air sejuk ais

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil yis

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil cuka

14:064

Bahan Kari Sardin

1 biji bawang besar *

2 ulas bawang putih *

1 inci halia *

2 tangkai daun kari

1 sudu kecil halba campur

1/2 cawan minyak

1 sudu besar cili boh

1 paket kecil rempah kari ikan

secukupnya Air

1/2 kotak kecil santan

secukup rasa Garam

1 sudu kecil pes asam jawa

2 tin sedang sardin/mackerel

2 biji terung bulat (potong)

3 biji ceri tomato (belah 2)

Langkah-langkah

1 Gabungkan semua bahan tosei. Blend sampai lumat. Peram 1-2 jam.

2 Sementara tu kita buat kari sardin. Hiris nipis bahan tanda *.

Panaskan minyak, tumis bahan hiris, daun kari, halba campur dan cili boh sampai garing.

3 Masukkan serbuk kari. Kacau sampai garing. Tambah 1/2 cawan air, kacau sampai garing dan pecah minyak. Ulang step ni 3 kali sehingga rempah betul betul masak.

Masukkan air secukupnya, tambah santan. Kacau dan biar mendidih. Perasakan dengan garam dan asam jawa secukup rasa.

4 Masukkan sardin. Kacau. Jika agak kering boleh tambah air sikit. Ikut citarasa nak kuah pekat atau cair.

Tambah terung dan tomato ceri. Kacau. Bila semua dah masak sekata, tutup api.

5 Panaskan non stick pan. Api kecil.

Kacau rata adunan tosei tadi, ambil sesenduk kecil, ratakan atas pan senipis mungkin. Bila dah nampak keperangan, lipat 

Ulang sehingga adunan habis.

6 Hidangkan tosei dan kari sardin. 
Siap

*Let's Cooking 🥰*

Tosei Nasi Sejuk



Ramuan

2 cawan nasi sejuk

1 cawan tepung beras

2 cawan air

1 sudu kecil baking powder

1 sk yis

1 sudu kecil garam

1 biji telur

Langkah-langkah

1 Kisarkan semua bahan sehingga betul-betul halus

2 Panaskan pan, letak butter sikit sapu rata

**pastikan kuali non stick** @ kuali biasa xmelekat

3 Tuangkan adunan biarkan keluar lubang-lubang kecil sedikit garing kat bawah baru angkat gulung kan siapp

*Let's Cooking 🥰*

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN UNTUK SAKIT SENDI

❎ Daging proses

❎ Gula proses

❎ Minyak jagung

❎ Tenusu dan produk soya

❎ Bijirin halus

❎ Telur

❎ Garam halus yang diproses

❎ Whey protein

❎ Makanan yang mengandungi 
MSG

Kredit to ➡️Dr Samhan

Salam 11 Ramadan



Nak minum air apa untuk berbuka nanti? 

Air balang yang manis dan bergula tinggi?

Atau pilih untuk air kosong yang sejuk dengan hirisan buah segar yang pastinya boleh hilangkan dahaga dan melegakan!

Jom jayakan azam "Ramadan Kini Lebih Sihat!"

Anda boleh!

Sumber: Nutritionist KKM

Tip kekal Sihat & Cergas Pada Bulan Ramadan"

📌Pada bulan Ramadan kebiasaannya kita beranggapan bahawa tubuh kta lemah dan tidak mampu melakukan aktiviti seperti biasa. 
Tanggapan ini adalah tidak benar kerana kita mempunyai lemak yang akan diproses menjadi sumber tenaga apabila diperlukan. 
Jom amalkan budaya hidup sihat dan kekal cegas sepanjang bulan Ramadan dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman seperti yang disyorkan.
muat turun buku digital https://shorturl.at/dDHY2 

Selawat

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*

*_Engkau tidak akan mampu menyenangkan semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki_ _hubunganmu dengan Allah SWT dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia_.*

*_-Imam Syafie  -_*.               *_Salam asar dan selamat petang_*🕌🍉🇵🇸

Sweet corn🌽🌽🌽

Utk kudapan..sedap puas makan bila buat sendiri.letak dlm cup ala2 beli gitu

Cara saya👇
Bhn-
🌽1 pek jagung-1 kilo
🌽Susu pekat atau madu
🌽Majerin atau butter
🌽Garam halus 

Cara- 
🌽kukus jagung hingga lembut.
🌽Alih kan jagung yg telah dikukus dlm bekas.
🌽Masukkan majerin atau butter(pilihan)
🌽Garam serta susu pekat.jgn ler buat sampai habis satu tin pulak..manis nnti..(suaikan rasa)

Kalau tk suka susu pekat letak madu.
Pilihan di tangan kita yg membuatnya.
Saya buat tu separuh jagung letak susu pekat,butter,garam dan separuh lg saya letak madu,garam dan butter saja, sbb saya tk ambil susu pekat.nk letak cheese pun boleh..ikut pilihan sendiri.pelbagai kan cara.👌
1 pek jagung kukus dapat 7 cup.

Sarung tangan

KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.

Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja.

KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang di persijilkan. Sebarang maklumat boleh layari http://hq.moh.gov.my/fsq

*BELIMBING BULUH*



Tolong sebarkan mesej ini kepada semua orang terdekat dan yang tersayang. 

Profesor Dato’ Dr Abdul Wahab ibnu Samri dari Hospital Umum Tentera Darat Makasar mengesahkan bahawa, jika setiap orang yang mendapat maklumat ini dan kemudian menyebarkannya kepada sekurang-kurangnya 10 orang lain, sekurang-kurangnya satu nyawa dapat diselamatkan.

Saya telah melaksanakan tugas saya. Saya harap anda juga akan melaksanakan tugas anda.
Terima kasih.

Belimbing buluh dalam air panas dapat membantu anda. Tidak kira betapa sibuknya anda, anda perlu membaca ini, dan kemudian menyebarkannya kepada rakan dan orang lain.

Belimbing buluh boleh membunuh sel barah.

Potong 2-3 keping nipis belimbing buluh dan masukkan ke dalam gelas, tuangkan air panas, air akan menjadi beralkali. Minum setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Bagi sesiapa sahaja, ia akan berguna.
   
Belimbing buluh akan mengeluarkan bahan anti-barah. Ini adalah perkembangan baru dalam dunia perubatan semula jadi, yang berguna dalam merawat barah.

Ekstrak belimbing buluh air panas akan mempengaruhi sista dan tumor. Sudah terbukti, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis barah.

Menggunakan belimbing buluh dalam merawat barah, ia hanya akan membunuh sel-sel tumor yang ganas. Ia tidak akan mempengaruhi sel yang sihat.

Selain itu, asid amino dan polifenol oksidase dalam belimbing buluh dapat menyeimbangkan tekanan darah tinggi, peredaran darah, mengurangkan pembekuan darah dan dapat mencegah terjadinya trombosis urat dalam.

Setelah anda membaca ini, hantarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mesti menjaga kesihatan anda..

Sarung tangan


Tujuan pemakaian sarung tangan dalam kalangan pengendali makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja. Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak, pinggan, cawan dan sebagainya semasa memakai sarung tangan.

Malah, terdapat segelintir pengendali makanan yang menyentuh mata, muka dan hidung semasa memakai sarung tangan.

Tindakan tersebut menyebabkan bakteria daripada objek dan pengendali tersebut berpindah kepada makanan yang akan menjejaskan kebersihan makanan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pengguna.

Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my.

Kerepek Batang Pisang



Assalamualaikum semua. Izinkan saya berkongsi resepi Kerepek yg dibuat dari Batang Pisang. 

Jenis pisang yg digunakan adalah dari jenis Pisang Nipah atau Kepok. Sesetengah tempat ada yg panggil Pisang Abu.

Caranya, ambil satu pelepah batang pisang dan buang bahagian kiri dan kanan yg nipis, kita ambil bahagian tengah yg tebal sahaja sebab di situlah terdapat serat paling banyak. Kemudian buang kulit bahagian dalam hingga nampak seratnya yg bercorak petak-petak. 

Hiris halus serat tersebut. Seeloknya guna pisau yg betul-betul tajam. Biasanya boleh dapat 2-3 hirisan, bergantung kepada ketebalan pelepah pisang. Rendam dalam air dan tapis, buat sebanyak 3x untuk buang getah. Cerai-cerai dan biarkan ia kering sekejap 15-20 minit supaya tos airnya. Ada juga yg perah biar kering sedikit.

Bahan-bahan salutannya, saya gunakan 3 cawan Tepung Beras, 1 cawan Tepung Ubi, 3 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil serbuk bawang putih dan sedikit ikan bilis yg ditumbuk atau blend. Boleh juga guna serbuk tepung campuran kfc, serbuk kari, kunyit atau rempah lain untuk pelbagaikan rasanya.

Salut serat batang pisang dalam campuran tepung, ketuk-ketuk sikit supaya lebihan tepung keluar. Goreng di dalam minyak yg betul-betul panas. Kemudian guna api sederhana. Angkat, biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.