"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, June 8, 2024

Resepi Air Sirap Pemilik HatiKu 🥰


 

Bahan-bahannya : 
1 Kg gula pasir 
1 Sudu besar jintan manis 
1 Sudu besar buah pelaga 
2 Helai daun pandan 
2 Sudu sirap 
Air secukupnya 
Cara-cara Penyediaan : 
Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus. 
Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. 
Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 
Selepas siap dimasak, biarkan sejuk...


Aiskrim ala Magnum




2 cawan whipping krim(dairy)

* saya guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je 1/2 cawan susu pekat

1sudu kecil ovellate

Sedikit esen vanila

*campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu (saya pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda

350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je (saya guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)

*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan

*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat

*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman

***salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim

***nak lagi senang buat pendek2 je..saya potong sikit plastik aiskrim tu

***adunan aiskrim dan coklat tu tak

bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je

***coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah

Kredit: Nur Fazira

Tuesday, June 4, 2024

RESEPI KALAKATAR/BINGKA KELAPA MUDA




Kuih tradisi orang Banjar tapi orang yang bukan Banjar makan pun boleh jadi favourite kerana rasa istimewa adunan yang dibancuh 100% air kelapa muda.

Ada banyak resepi yang boleh di'google' tapi kalau ikut resepi ni akan dapat adunan yang  sedang elok dimakan dengan menceduk dari bekas.

Kalau suka struktur yang lebih  keras supaya boleh dipotong kurangkan air kelapa dan tambahkan  suhu lagi 15 minit.

Bahan-bahan;

✓ 1/2 cawan tepung gandum
✓ Satu setengah cawan tepung beras
✓ 5 cawan air kelapa (anggaran 2 biji kelapa muda saiz besar)
✓ 2 cawan isi kelapa (1 cawan masak bersama adunan 1 cawan tabur atas masa nak bakar)
✓ Setengah sudu garam
✓ 3/4 cawan gula
✓ 2 biji telur

Cara-cara membuatnya:

Bancuhkan semua bahan-bahan di atas, bakar 200°C selama 50 minit... simple kan...

SELAMAT MENCUBA!!