"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Akhir 1441H☆



وَإِذَا جَاۤءَكَ ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِـَٔایَـٰتِنَا فَقُلۡ سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡۖ كَتَبَ رَبُّكُمۡ عَلَىٰ نَفۡسِهِ ٱلرَّحۡمَةَ أَنَّهُۥ مَنۡ عَمِلَ مِنكُمۡ سُوۤءَۢا بِجَهَـٰلَةࣲ ثُمَّ تَابَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَأَنَّهُۥ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

"Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". [Surah al-An'am 54]

#Sesiapa yang melakukan kesalahan lalu menyesal dan ingin bertaubat, maka Allah swt membukakan seluas-luasnya pintu taubat dan pintu rahmat untuk mengampuninya.

#Sesungguhnya rahmat Allah mengalahkan (melebihi) murkaNya. Ini adalah satu khabar gembira bagi hambaNya yang penuh dosa agar tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Rahmat Allah begitu luas bagi mengampuni dan menyucikan para pelaku dosa. Maka segeralah bertaubat.

#Sabda Nabi saw:

لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِى كِتَابِهِ - هُوَ يَكْتُبُ عَلَى نَفْسِهِ ، وَهْوَ وَضْعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِى تَغْلِبُ غَضَبِى

"Tatkala Allah menciptakan makhlukNya, Dia menulis dalam kitabNya, yang kitab itu terletak di sisiNya di atas ‘Arsy: “Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan kemurkaanKu” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Firman Allah swt:

وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ

"Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya" [Surah al-Kahfi 58]

♡Jom bertaubat dari segala dosa yang telah kita lakukan samada dosa itu dilakukan di tanah suci, diluar tanah suci atau di mana-mana tanah sekalipun. Asal kita mahu bertaubat dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan nescaya akan diampuni. Ambillah peluang taubat kerana Allah bersedia untuk mengampuni dosa-dosa hambaNya yang bertaubat. Semoga kita sentiasa berada dalam kebaikan dan rahmatNya. Aamiiin♡


No comments: