"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, April 6, 2024

STROK HABA



*TANDA-TANDA AWAL STROK HABA :*

🌞 Kerap sakit kepala

🌞 Mudah hilang fokus

🌞 Suhu badan melebihi 39 celcius

🌞 Nadi berdenyut laju

🌞 Badan tidak berpeluh

🌞 Lidah menjadi bengkak

🌞 Badan menjadi lesu dan kerap pengsan

🌞 Kulit kering dan kemerah-merahan

🌞 Tekanan darah rendah

Telur

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰـهِ وَبَرَكاتُهُ‎﷽

Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan didalam telur telah berakhir. Tapi, jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru telah lahir.
 
Hal-hal besar itu selalu dimulai dari dalam diri kita sendiri. 
Bahagia itu pun timbulnya dari dalam diri kita sendiri.

Alloh Ta'ala tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu akan selalu biru, mentari itu akan selalu bersinar, bunga itu akan selalu mekar.
Tapi ketahuilah, bahwa Dia sering memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap airmata, 
berkah disetiap cobaan dan jawaban disetiap doa.

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan perjalanan, maka nikmatilah. 
Hidup adalah ibadah, tunaikanlah.

Hidup adalah tantangan, hadapilah. 
Hidup adalah anugerah, terimalah.
Hidup adalah pertandingan, menangkanlah.

Hidup adalah tugas, selesaikanlah. Hidup adalah cita-cita, capailah. Hidup adalah misteri, singkaplah. Hidup adalah kesempatan, ambillah. 
Hidup adalah janji, penuhilah. 
Hidup adalah keindahan, syukurilah. 
Hidup adalah teka-teki, pecahkanlah. 
Dan Hidup adalah cobaan, bersabarlah.

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah Cinta. 
Satu hal yang membuat kita tambah Dewasa adalah masalah. Satu hal yang membuat kita Maju adalah Usaha. 
Satu hal yang membuat kita hancur, adalah putus asa. 
Dan, satu hal yang membuat kita kuat adalah Harapan (Doa).

Semoga menjadi nasehat dan ilmu bermanfaat bagi kita semua, Aamiin 🤲

𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝘁𝘂?...🚗


Pesanan PKKM sempena Aidilfitri 🕌🌙

Musim perayaan tiba kembali. Cuti panjang perayaan turut disertai dengan aktiviti balik ke kampung halaman. Inilah masanya untuk bertemu mata dengan keluarga dan saudara mara tercinta di kampung 😇

Kemana jua destinasi anda dalam beberapa hari akan datang ini, ingat pesanan kami. Pandu, rehat dan makan dengan selamat.✅
Rancang perjalanan anda. Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨

Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Friday, April 5, 2024

KHASIAT AIR REBUSAN DAUN PANDAN



Air rebusan daun pandan boleh diminum bagi merawat serta mencegah pelbagai penyakit.

SEKADAR hanya mengambil bau sahaja sudah pasti ramai yang mengenali aroma dikeluarkan oleh pokok pandan.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma yang membangkitkan selera kepada makanan, pandan juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan rumah.

 Nampak mudah tapi masak pengat guna santan ada caranya... Jangan sampai berketul, pecah minyak!

Siapa sangka pandan mempunyai pelbagai jenis khasiat yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Antara kebaikan pokok pandan:

1. Menurunkan darah tinggi

Didihkan beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air sehingga airnya tinggal setengah gelas. Minum air rebusan tersebut.

2. Merawat lemah saraf

Cuci sehingga bersih tiga helai daun pandan kemudiaannya dipotong halus sebelum direbus. Setelah air rebusan menjadi suam, ia boleh diminum segelas sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

3. Mengatasi lemah syahwat

Ambil sehiris halia dan sekeping kulit kayu manis serta beberapa biji halba yang dicampurkan bersama tiga daun pandan. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.

4. Menurunkan bacaan gula dalam darah

Ambil beberapa batang akar daun pandan lalu dicuci sehingga bersih sebelum direbus. Amalkan dengan meminum air rebusan setiap hari sebanyak dua kali.

Gout

5. Merawat gout

Ambil tujuh helai daun yang didihkan dalam lima gelas air hingga jadi dua gelas. Setelah suam, bolehlah diminum setiap hari.

6. Menghilangkan bau badan

Kisar daun pandan dengan limau lalu digosok pada seluruh anggota seperti ketiak dan kemudian sabun serta bilas. Ulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil lebih baik.

7. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

cholestrol

8. Menurunkan kadar kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

9. Mengatasi masalah sembelit

Rebus daun pandan yang masih segar lalu minum air tersebut dapat melawaskan pembuangan tinja.

10. Melembutkan daging

Daun pandan biasanya dicampur ke dalam masakan kerana ia dapat membantu melembutkan daging.

11. Merawat rambut rosak

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan suku gelas sukatan santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air dan syampu.

12. Merawat masalah susah tidur

Jemurkan beberapa keping daun pandan yang digunting bersaiz kecil. Masukkan dalam bantal beserta jintan putih dan jintan manis.

ADA 3 JENIS MAMAN YANG AKAN KITA CERITAKAN



1. MAMAN SAYUR / MAMAN PUTIH / MAMAN DAUN LIMA / MAMAN TANAH
Cleome gynandra 
Pokok maman putih atau maman sayur adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak secara komersil untuk pembuatan rendang maman khasnya , dimasak sebagai sayur seperti sayur lemak atau pembuatan jeruk. 

Daunnya berbentuk bulat. 1 pelepah ada 4/5 daun.  Mempunyai bunga berwarna putih.

2.  MAMAN UNGU / MAMAN HANTU / MAMAN PASIR / MAMAN PANTAI
Cleome rutidosperma
Maman ungu atau maman hantu ialah sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai tumbuh dikawasan berpasir dan bertanah liat di kawasan tropika. Di Malaysia, maman hantu dijadikan jeruk namun jika pembuat jeruk itu suka rasanya yang pahit. Pokok maman ini juga sering menjadi makanan ternakan seperti lembu dan kambing.
1 pelepah ada 3 helai daun. Berbunga ungu.   

3. MAMAN KUNING
Cleome viscosa
Maman kuning juga dipanggil maman pantai boleh juga dijadikan jeruk maman, 1 pelepah ada 4/5 daun.  Mempunyai bunga berwarna kuning.

MENGELUARKAN ANGIN
 Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan

SAKIT PINGGANG
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang 

GATAL2 / SAKIT KEPALA
Daun boleh digosok pada kulit

Pesanan Raya

Nissan SkyLine


Seorang bapa berkata kepada anaknya :-

"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sangat sayang dan simpan untuk dihadiahkan kepada kamu!"

Mata si anak terkebil-kebil melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang. 

"Tetapi ... sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu mengikut arahan bapanya lalu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya seraya berkata :-

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh digadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata :-

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat teruk."

Kemudian si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. 

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya :-

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R35. Kereta ikonik dan dicari oleh ramai orang.

Si bapa berkata kepada anaknya :-

"AYAH NAK KAMU TAHU ... TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

1. Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

2. Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai. 

3. Jangan tunggu lama-lama di tempat kita tidak dihargai. 

4. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Semoga bermanfaat.