"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, September 14, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 14 Muharram 1441H☆



إِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰ وَأَنَا۠ رَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُونِ

"Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku" [Surah al-Anbiya' 92]

#Syeikh Abdul Rahman as-Sa’di menafsirkan ayat ini dengan katanya: "Kesemua mereka (iaitu para Rasul) berada di atas agama yang satu, jalan yang satu, serta Tuhan yang satu".

#Secara umumnya ayat ini mengatakan bahawa umat Islam disifatkan sebagai sebuah umat yang satu. Umat yang bersatu padu. Umat yang memiliki kesatuan yang satu. Umat yang memiliki persaudaraan yang utuh sebagaimana yang digambarkan di dalam hadis Rasulullah saw:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

"Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati dan saling membantu adalah seperti satu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Oleh itu, sewajibnya umat Islam hidup dalam keadaan satu umat, tidak berpecah belah, tidak bersengketa, tidak bermusuhan, bahkan wajib hidup dalam suasana penuh kasih sayang, peduli satu sama lain, saling merahmati, bantu membantu, menjaga ukhuwwah (hubungan persaudaraan) dan sentiasa berusaha mengukuhkan hubungan sesama umat Islam.

#Firman Allah swt:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

"Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah" [Surah Aali Imran 103]

#Rasulullah saw bersabda lagi:

مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

"Tidaklah satu dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga disamping yang sedang menantinya di Hari akhirat dibanding dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturrahim” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

#Marilah sama-sama kita menginsafi firman Allah swt ini agar kita sentiasa berusaha mengekalkan kesatuan umat Islam (umat yang satu) dan mengelakkan daripada berlaku perpecahan:

وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ

"Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu" [Surah al-Anfal 46]

♡Umat Islam umat yang satu. Hiduplah dengan penuh kesatuan dan peduli sesama umat. Perintah untuk umat Islam bersatu merupakan perintah daripada Allah. Maka, jangan sesekali berpecah belah dan menderhakai perintah Allah swt. Hiduplah dengan penuh semangat persaudaraan!!♡

Sweet Chilli Sauce BATU GILING

Assalamualaikum wbt..

Sweet Chilli Sauce  BATU GILING
masih baru di pasaran.  Ingin mencari PEMBORONG NEGERI dan DAERAH.

👉🏼Produk Keluaran Bumiputera
👉🏼100% Melayu Islam

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi dan WhatsApp No Di Bawah👇🏻

                                        Di sini

#supportmuslimproduct
#buymuslimfirst

*CARA KENALPASTI BARANG MUSLIM ATAU BUKAN MUSLIM*


*Semasa beli  barang di supermarket..kalau konfius barang tu produk muslim atau bukan muslim, Sila buka

*Taip shj nama produk cth : 'santan KARA'. Dia akan bagitau produk tu bukan muslim dan siap bagitau nama company sekali.*

*Sebarkan semoga bermanfaat buat semua..*

Stokin BIO Nano



“DULU AYAH SELALU NGADU SAKIT KAKI. TAPI LEPAS GUNA STOKIN BIO-NANO NI, DIA SERONOK SANGAT SEBAB DAH BOLEH JALAN JAUH”

Stokin Bio-Nano adalah stokin terapi khas untuk menyelesaikan masalah kaki kebas, lenguh, sakit tapak kaki, cramp, sakit tumit dan masalah berkaitan dengan urat saraf dan salur darah.
.
Selain itu, STOKIN BIO-NANO juga membantu:

👉 Memberi tenaga kepada tubuh badan secara berterusan.
👉 Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi serta gout.
👉 Memberi oksigen dalam darah
👉 Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan.
👉 Sangat baik untuk wanita mengandung dan selepas bersalin.
👉 Menghilangkan bau kaki.
👉 Mengurangkan stress.
.

KEISTIMEWAAN STOKIN BIO-NANO:

✅Tanpa bahan kimia dan pengawet
✅Wick Technology untuh nyah bau dan nyah kimia.
✅Dibuat dalam Complex Technology untuk kesan yang terbaik.
✅Penggunaan sehingga setahun pemakaian. Sangat jimat.
.

🌼 CARA PENGGUNAAN YANG DISARANKAN 🌼

✔ Pakai waktu malam sebelum tidur, sebab bila pakai waktu malam badan kita dalam keadaan rehat dan sistem peredaran darah dalam keadaan stabil.

✔ Waktu siang, waktu berkerja atau beriadah pun amat sesuai untuk pergerakan yg lasak.
.
Berminat dengan STOKIN BIO-NANO dan rebut OFFER dari kami? Whatsapp kami segera!

BAGAIMANA STOKIN BIO NANO DAPAT MEMBANTU MASALAH SAKIT GOUT??


🌟 Membantu peredaran darah kerana Stokin direka dengan regangan penyambung yang tidak mencengkam ketat supaya tiada tekanan pada kaki.
🌟Bahagian atas stokin dengan longgar bagi memberi peredaran darah yang optimum sesuai dipakai oleh pengidap GOUT, diabetes, masalah peredaran darah dan bengkak kaki.
🌟 Dibuat dengan campuran kapas halus dan lembut bagi memberi keselesaan maksimum kepada pemakai.
🌟 Stokin yang tebal memberi perlindungan kaki yang maksimum
🌟 Melindungi kaki dari kegatalan kerana bahan buatan tidak memerangkap lembapan menerusi kaedah yang dikenali sebagai “TEKNOLOGI WINK”
🌟Meminimumkan potensi kaki melepuh
🌟Kebanyakan penyakit bermula daripada kaki, justeru penjagaan kaki maksimum akan membantu mengurangkan stress
🌟Pengguna juga dapat tidur lebih lena

Punca Sakit Lutut

Antara punca terjadinya sakit lutut adalah:

👉Sakit lutut akibat kecederaan di lutut seperti ligamen pecah kerana bersukan atau terlebih pergerakan.
👉Sakit lutut kerana patah tulang dibahagian kaki yang mengganggu pergerakan sendi lutut.
👉Sakit lutut kerana tulang rawan di lutut koyak - Osteoartritis
👉Sakit lutut kerana penyakit gout
👉Sakit lutut akibat tulang mereput kerana kekurangan kalsium - Osteoporosis
👉Sakit lutut akibat tulang rawan tidak mampu menanggung berat badan yang berlebihan
👉Sakit lutut kerana cecair pelincir dalam tulang rawan berkurangan kerana faktor usia

👉Sakit lutut dari masalah keturunan.

Sakit lutut memang menyeksakan..ianya boleh menyerang baik orang muda mahupun tua..nak berjalan pun susah kan..


Friday, September 13, 2019

Minuman Selepas Datang Bulan



Petua orang dulu-dulu memang tak boleh lari dari menggunakan kunyit dan halia..hari ni admin nak kongsi petua yang elok diamalkan selepas anda datang bulan untuk kesihatan dalaman dan mengurangkan bau-bauan yang kurang enak..

Bahan-bahan :

Halia (anggaran besar ibu jari)
Kunyit (anggaran besar ibu jari)
Serai (2 batang)
Daun Pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut suka)
Air (3 cawan)

+ Tambahan

Sireh (2 helai) jika ada keputihan

Manjakani (1 biji) untuk perapat - tak sesuai untuk anak dara

Cara :

Rebus semua bahan-bahan tadi hingga menjadi 1 cawan saja..tak perlu diblend..minum suam-suam gitu..

Minum sekali saja selepas period anda berhenti..

p/s: tak sesuai untuk ibu mengandung..sesuai untuk anak dara, mak dara, ibu nyusu..

Food that create mucus

Bila cuaca berjerebu macam ni, memang senang diserang batuk dan selsema..cuba kurangkan makanan yang berpotensi untuk membanyakkan mucus @ kahak bila terkena serangan..

☆Tadabbur Kalamullah 13 Muharram 1441H☆



تَبَارَكَ ٱلَّذِی نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِیَكُونَ لِلۡعَـٰلَمِینَ نَذِیرًا

"Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam" [Surah al-Furqan 1]

#Al-Quran ialah kalam Ilahi, kalam yang benar dan bermanfaat kepada seluruh alam. Mengandungi peringatan yang sangat berguna dan amaran yang perlu diberi perhatian. Sesiapa yang mengkajinya akan beroleh pelbagai kebaikan dan manfaat untuk masa depan dunia dan akhirat yang cemerlang.

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ مُبَـٰرَكࣱ لِّیَدَّبَّرُوۤا۟ ءَایَـٰتِهِۦ وَلِیَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Sad 29]

#Al-Quran mengandungi penjelasan dan perincian yang jelas untuk diikuti dan dilaksanakan arahan serta perintahnya.

كِتَـٰبٌ أُحۡكِمَتۡ ءَایَـٰتُهُۥ ثُمَّ فُصِّلَتۡ مِن لَّدُنۡ حَكِیمٍ خَبِیرٍ

"Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya" [Surah Hud 1]

#Berkata As-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah: "Al-Quranul Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya".

#Syeikh Abdul Qadir al-Jilani rahimahullah berpesan: "Wahai kaumku, berlaku baiklah kepada al-Quran dengan beramal dengannya bukan dengan berdebat".

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ

"Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam" [Surah at,Takwir: 27]

♡Ingatlah bahawa al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah serta peringatan kepada seluruh umat manusia. Maka, dampingi dan tadabburlah  al-Quran agar kita sentiasa dekat dengan Allah♡

Perkara Ajaib di Dalam Minda



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


10 Perinsip Asas Rawatan Islam



(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Ada penyakit, ada ubat.

2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.

3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala.

4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.

5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.

6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.

7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;
i.) Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii.) Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii.) Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.

8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)

9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.

10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.

Pengijazahan

Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan ke-17.

1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan.

2. Berlajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

Selusuh bunga/sanggul/akar Fatimah



Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.

Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.

Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.

Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba - sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui.

Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya - ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.

Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit.

Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini,  yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.

Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin - yakni ibu2 yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka

Kedua : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena. 

Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.

Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat 'terasa' kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.

Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa - Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.

Saya bukan ostad mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan teman-teman follower yang disayangi.

SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN - JANGANLER TERTIPU !

Ikhlas,
Doktor yang tiada rahim

Thursday, September 12, 2019

KENTANG YANG TELAH BERTUKAR WARNA HIJAU DAN TUMBUH TUNAS. SELAMAT ATAU TIDAK DI MAKAN?



Mesti ramai tertanya-tanya perkara ni, kan? Nak buang rasa sayang, nak makan pula rasa takut. Tak usah pening kepala fikir hal ni. Kalau ada kentang macam tu, lebih baik buang sahaja!

Tapi, kenapa kena buang?

Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu  solanin dan chaconine.

Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:

 ◾ Permukaan licin
 ◾ Tidak berwarna hijau
 ◾ Tidak mempunyai tunas

Semoga bermanfaat! Jangan lupa berpesan-pesan kepada orang lain, ya!

Kalau sayang nak buang kentang bertunas ni, tanamlah. Hehe.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BKKM, JKN Kedah

#foodsafetytips #saynotofoodpoisoning #BKKM #keselamatanmakanan

Parasite protokol



Ramai sgt inbox ni, anak dah start x sihat. Ok gais... Aku rasa menjawab kat wall ni terus la senang. Fullmoon just around the corner. Sikit jer lg. Tp sebab cuaca jerebu korg maybe x perasan. Cuba bukak kalendar hijrah dah nak masuk tarikh fullmoon dah. Fullmoon biasanya berlaku dalam 13,14,15 hijrah. Fenomena bulan penuh.

Mula2 aku akan on parasite protokol 7 hari sblm fullmoon.

1) Stop sugar intake.
Sebab gula akan mengaktifkan kulat atau candida didalam usus. Terutama dlm fasa2 fullmoon ni, badan kena fokus pd sistem pertahanan. So kalau x control sugar intake, maka badan susah nak fokus sbb candida dan parasit aktif.

2) Avoid perkara2 yg hannah ada alahan spt gluten, telur, soya.
Sebab bila berlaku pencerobohan drpd virus luar badan, badan kena fokus melawan. Alahan adalah satu bentuk gangguan atau kecelaruan pd sistem badan. Yg akan menyebabkan pertahanan badan menjadi rapuh.

So, tu yg susah sikit nak sembuh. Remedi pun lambat sembuh.

Sebab ada alahan. Badan tak boleh fokus pd melawan serangan jangkitan.

Sebab tu nabi saw suruh puasa sunat tgh bulan islam. Sbb badan yg kurg makan, lebih kuat dan sihat utk bertahan pd serangan2 penyakit.

Ini jer parasite protokol aku. Xde yg  pelik pun.

Remedi demam?

1) Air kelapa. Bg minum air kelapa. Air kelapa sgt sedap. Air kelapa enak diminum tanpa ais dan gula. Sebab air kelapa mampu sejukkan badan. Mari minum air kelapa.

2) Air lemon+madu.

Air lemon madu sgt enak. Lemon mempunyai Vit C yg sgt2 tinggi bila diminum dlm keadaan dingin. Bila dipanaskan ,maka lemon akan aktifkan mekanisma sistem anti kanser. Kalau nak cepat sembuh, buat air lemon guna le.on banyak2. Letak madu asli secukup rasa. Mari minum lemon.

3) Mandi.

Bila demam jangan tak mandi. Demam kena mandi. Mandi mampu membantu penurunan suhu. Air mandian boleh dicampurkan dgn garam epsom salt+cuka asli+garam laut atau gar bukit. Rendam dan mandikan.

Magnesium sgt baik untuk badan. So sila mandi. Jgn jadi pemalas nak mandi.

Setan sahaja yg takut air. Sebab setan dibuat drpd api. Sebab tu kalo xn suka mandi, maka setan akan suka utk jadi kawan.

Sila mandi.

4)Jerlum.

Jerlum mcm2 cara ada. Boleh guna daun bunga raya, asam jawa, lemon, cuka epal, epsom salt. Ko nak campur pun xde hal.

Cuma budak2 ko bg pakai stokin basah2 masa depa tidur. Jerlum kat ubun2 dan ketiak. Bahagian tu sensitif pd suhu.

Tgh malam kejut anak. Suh gi kencing. Kalo pamai pampers xpe.  Bior dia kencing kat pampers. Minum air banyak2 utk bantu turunkan suhu.

Badan yg x cukup air akan lambatkan proses sembuh. Sbb badan org demam mudah dehydrated. Sbb badan depa overheat. So kena bg air minum banyak2.

Kalau anak xnk minum. Ko paksa laa.. Kalau masuk sepital pun depa bg masuk air. So sila pilih.

5) Vit C megadose.

Up dos vit C. Up kaw2... Smpai najis anak jadi lembut pun xde hal.

Hannah umur 5 tahun, masa dia demam aritu 2 hari. Aku bg dia 2 gram sejam sekali. Esoknya aku up 3 gram sejam skali. Dia cirit. Terus elok demam. Setel.

Cuma esoknya aku pulak demam..😆padan muka aku.

Dan bila demam dah sembuh... 2 hari tu dos vit C tu teruskan bg tinggi. Sbb nak makesure badan betul2 dah kick out virus tu. Ni ada satu kes anak dh sembuh esoknya demam balik sbb mak stop bg vit C.

Jelas x? Ha... X jelas tanya.. Aku ngantuk weh..

GASTRIK DAN PANTANG LARANGNYA



⚠ANTARA PENYEBAB GASTRIK:
1. Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
2. Penyalahgunaan minuman alkohol.
3. Merokok
4. Stress
5. Kurang tidur/rehat
6. Jadual makan yang tidak teratur dan makanan tidak berkhasiat
9. Obesiti.
7. Pengambilan ubat tahan sakit (jenis NSAID) yang berterusan.
8. Bercinta (makan tak kenyang, tidur tak lena). #gurau.

⚠TIPS-TIPS UNTUK KAWAL GASTRIK :
- Berhenti merokok
- Berhenti minum minuman keras
- Elak pengambilan kopi (Starbucks mahupun Kapal Api)
- Elak makanan pedas dan berminyak
- Elak ambil NSAID berterusan
- Elakkan makan terlalu banyak
- Makan jumlah kecil tetapi kerap dan teratur
- Tidur/rehat secukupnya
- Bersenam dan jaga berat badan

⚠BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Jika dah makan ubat farmasi dan masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut.
2. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.
3. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan.
4. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut.


Wednesday, September 11, 2019

Nota taat seorang isteri yang sedang berjuang


Fuhhhh... 💪💪💪
==================

Beginilah.. saya beri contoh...

Saya balik kerja .. jam 8  malam...
saya drive 300km pergi dan balik kerja..

Sampai rumah.. saya perlu masak.. basuh baju.. kemas rumah macam dalam majalah impiana.. sambil melayan karenah anak yg macam-macam sebab sepanjang hari tak jumpa ibunya..

Kemudian.. selepas hidangan siap.. makan.. dan kemas.. saya siapkan anak untuk tidur...

Baru baring 5 minit.. Tiba-tiba.. suami minta buatkan air panas..

Dia minta dengan nada suara yang biasa-biasa je

Tiba-tiba ... sebab kita ni dah penat maka lajulah mulut kita cakap

"abg.. saya ni penatlah... abg buat sendiri air tu.. boleh tak!!

Suami cakap lagi..
" alaaaa... tolonggglah".. lembut je dia cakap..

Kita pun.. buat bodo ..malas layan ..tertido...

Atau.. terus ke dapo.. buat air.. mulut  membebel... samada dalam hati.. atau di bibir...

So.. dalam situasi ini...

Pada saya... memanglah suami itu tak salah... dia hanya meminta segelas air je pun... apalah sangat nak banding segelas air tu.. dengan usaha kita..

Dengan segelas air itu.. dapat menyejukkan dan menenangkan hati suami...

Tetapi... lihat saja perasaan isteri.. yang penuh emosi..

Taat suami ini.. sangat sukar.. itu baru dalam bab segelas air... cuba bayangkan.. suami minta macam-macam lagi.. yang Kadang-kadang diluar kemampuan kita...

Taat perintah suami.. selagi tak langgar syariat... woooo ini bukan mudah tuan puan...

Suami ajak teman dia ngeteh malam-malam waktu badan dah kepenatan... plus perut dah kenyang... plus suami tak suka muka isteri yang masam...

Untuk jadi isteri yang tenang dan menyenangkan suami. Yang taat perintah suami..

Adalah perjuangan yang sangat panjang.

Tu belum bab.. suami balik bagitau...

"Yang2.. abg kenal perempuan ni.. nama dia ira.. dia baik..

Dan suami mintak isteri dia buat muka bajet manisssss...

Tuan puan rasa macam mana??

:: susah giler isteri nak taat kan!
:: siapa setuju 🙋‍♀️🙋‍♂️


JANGAN LAKUKAN 4 PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!



1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.

4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).

MENJAGA KESIHATAN SEMASA MUSIM JEREBU



◾Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.

◾Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi.

◾Tutup tingkap bagi mengurangkan jerebu masuk ke dalam rumah. Sentiasa membersihkan persekitaran dalaman. Elakkan aktiviti meningkatkan pencemaran udara seperti merokok.

◾Tutup tingkap kenderaan ketika memandu. Gunakan pendingin hawa dengan memilih aturan(mode) operasi kitaran udara dalaman (internal circulation).

◾Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga. Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi yang optimum untuk mengawal-atur suhu badan.

◾Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.

◾Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

◾Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya anda mempunyai gelaja-gejalan berikut: demam, sakit tekak, batuk, semput, selsema, gatal mata, lesu.

Semoga bermanfaat!

TIPS JAGA TULANG BELAKANG





◾Duduk peha 90°, lutut 90°, belakang sandar.
◾Ambil barang di lantai dengan mencangkung.
◾Bawa barang rapat ke tubuh, jangan bongkok.
◾Gunakan troli jika beban terlalu berat.
◾Apabila pindahkan barang, elak pusing badan.
◾Duduk tegak semasa guna komputer di riba.
◾Semasa memandu, jangan duduk terlalu melunjur.

Semoga bermanfaat!

TANDA-TANDA SERANGAN PANIK(PANIC ATTACK).


1. Jantung berdebar
2. Rasa tercekik
3. Berpeluh
4. Rasa loya
5. Rasa seperti terpisah dari realiti
6. Tangan menggeletar
7. Sesak nafas
8. Pening kepala
9. Kebas tangan
10. Takut akan mati
11. Takut diri hilang kawalan.


Hiperhidrosis

“Doktor, tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja. Kenapa, ya?”

Ada tak antara kau orang alami masalah macam ni? Meh baca!

Kondisi ini dinamakan hiperhidrosis, iaitu peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan. Kondisi ini tidak membahayakan nyawa, namun boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup individu yang mengalaminya:
— Kerap mengelap tangan
— Sukar pegang barang, menulis dan bermain alat muzik
— Sukar beriadah atau bersukan
— Malu bersosial kerana badan dan ketiak berpeluh
— Bau busuk di bahagian ketiak dan kaki

Hiperhidrosis ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Ia lazimnya bermula di zaman kanak-kanak atau remaja. Ada sesetengahnya, hilang setelah mencapai umur dewasa, namun ada sesetengahnya berterusan hingga ke tua.

Apa puncanya?
— Hiperhidrosis Primer:
Berlaku apabila sistem saraf simpatetik yang mengawal aktiviti kelenjar peluh, terlalu aktif. Namun, punca ia berlaku  masih tidak diketahui. Biasanya berlaku di tapak tangan dan kaki, serta ketiak. Sesetengahnya di muka dan di belakang badan.

— Hiperhidrosis Sekunder:
Berlaku disebabkan oleh penyakit seperti kencing manis, obesiti, hipertiroidisme, jangkitan seperti batuk kering (tuberculosis) dan kanser kelenjar limfa seperti limfoma. Secara amnya ia memberi kesan kepada seluruh badan. 

Selain itu, ada beberapa pemangkin kepada kondisi ni!
— Tekanan emosi
— Senaman
— Kepanasan/Haba
— Makanan pedas(Tak boleh makan Samyang. Haha)

Apakah pilihan rawatan yang ada?

— Ubat topikal antipeluh
Boleh gunakan spray antiperspiran dan deodoran komersial yang boleh di dapati di pasaran. Jika tidak berkesan, gunakan aluminium klorida heksahidrat. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya.

— Ubat makan antipeluh
Ubat antikolinergik berfungsi dengan menghalang aktiviti asetilkolina yang bertanggungjawab mengaktifkan sistem simpatetik. INi akan mengurangkan penghasilan peluh. Contoh ubat antikolinergik: glycopyrrolate dan propantheline bromida.

— Iontophoresis
Ia adalah proses mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air paip sebagai media.  Pada awal sesi rawatan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu.

— Suntikan Botulinum Toxin (botox)
Rawatan ini melibatkan suntikan botox pada kawasan yang terlibat dan perlu diulangi setiap 4 hingga 5 bulan. Kesan daripada pengambilan botox termasuk rasa sakit dan lemah otot yang sementara.

— Pembedahan Simpatektomi Toraks Endoskopi (ETS)
Prosedur ini hanya boleh dilakukan jika langkah-langkah yang lain telah gagal. Pakar bedah akan membuat pembelahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada untuk memotong saraf yang terlibat dengan kelenjar peluh.

Jika kau orang ada tanda-tanda hiperhidrosis, kau orang jumpalah doktor. Doktor akan periksa sebab anda alami hiperhidrosis, dan kemudian mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda.

Ohya! Sebelum orang tanya, biar aku beritahu perkara ini dulu:— penggunaan antiperspiran dan deodoran masih belum terbukti secara jelas menyebabkan kanser. Jadi, silakan pakai antiperspiran dan deodoran.


6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN



1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.

5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!

Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!


Tip penyediaan hidangan bersahur dan berbuka



Kurangkan gula

Saya dah turun 7kg. Penurunan sekitar 2kg/minggu. Caranya:

✔ Elak air manis
✔ Elak kuih manis

Ya, itu sahaja. Itu pun tak berapa patuh. Kalau berbuka di luar sekali sekala, minum juga air manis. Ish ish ish. Selain itu makan macam biasa sahaja.

Gemuk ni adalah akibat input makanan/minuman berlebihan, terutamanya gula dan karbohidrat. Jadi, nak kurus, kena kurangkan input gula/karbo, atau lebihkan output tenaga. Tak payah supplemen.

Kurang gula = cara mudah untuk kurus


Microsleep(terlelap)

Tips elakkan microsleep(terlelap) semasa memandu pulang berhari raya:
⚠️ Tidur dengan cukup (6-8jam)
⚠️ Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika Subuh atau Zohor
⚠️ Minum kopi
⚠️ Rehat setelah 2 jam memandu
⚠️ Dengar muzik yang segarkan minda
⚠️ Guna apps anti-tidur. Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit
⚠️ Ganti pemandu jika ada
⚠️ Sakat bini, kemudian dengar dia bebel

Sakit kepala atau pening kepala.

Ramai orang keliru antara pening kepala dan sakit kepala. 2 simptoms ini berlainan namun boleh berkaitan.

🤯 Sakit kepala : berdenyut-denyut (throbbing). Boleh jadi di sebelah, hadapan, belakang, atau di seluruh kepala.

🤮 Pening kepala : mabuk atau terasa dunia berputar (vertigo). Kadang-kadang datang dengan loya.

Bila jumpa doktor, pastikan beritahu simptom yang tepat. Ini memudahkan doktor buat pemeriksaan dan diagnosis.

OK?


Sakit perut/cirit birit

Hari Raya Aidilfitri nanti, bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam rumah, mudahlah nak kena sakit perut dan cirit birit. Alamak!

Jangan risau! Nah! Nota ringkas cirit birit!

Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Mahu MC (cuti Raya tak lulus)

Cara nak elakkan cirit birit:
1. Penyediaan gunakan bahan segar
2. Makanan hendaklah sentiasa ditutup
3. Lebihan makanan simpan di peti sejuk
4. Pinggan mangkuk, sudu garfu, bersih
5. Cuci tangan sebelum makan
6. Pastikan cuti Raya dah lulus

Elak makan ini jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas atau berempah
3. Susu
4. Alkohol (tak raya pun elakkan)
5. Kopi
6. Makanan serat tak larut

Elok makan ini jika cirit-birit:
1. Bubur nasi
2. Pisang
3. Biskut kering
4. Roti bakar
5. Air kelapa
6. Sup ayam (tak pedas/berempah)

Ubat cirit-birit di farmasi:
1. Antispasm: buscopan
2. Activated carbon (arang)
3. Anti-diarrhea: lomotil/loperamide
4. Bulking agent: pectin
5. Mucosa protector: smecta
6. Garam rehidrasi (ORS)

Jika cirit-birit, bila kena jumpa doktor?
1. Najis berdarah
2. Najis berlendir
3. Najis hitam legam
4. Cirit-birit lebih 2 hari
5. Demam tinggi
6. Sakit perut kuat

Kenapa perlu jumpa doktor jika ada simptoms tersebut?
1. Appendicitis
2. Rotavirus/Salmonella
3. Kanser
4. Irritable bowel
5. Keracunan yang teruk
6. Macam-macamlah lagi. Biar doktor yang kenal pasti.

OK itu sahaja! Semoga nota ringkas ni membantu! Selamat Hari Raya Aidil Fitri!


Di dera pengasuh.

Sekarang sedang tular kes bayi berumur 3 bulan patah tulang peha disyaki didera pengasuh. Sungguh merisaukan. Sebagai ibu bapa kita perlulah prihatin dengan tanda-tanda anak kita didera, iaitu

ℹMenangis & melawan tiap kali dihantar ke pengasuh

ℹAnak mula takut dengan orang selain ahli keluarga

ℹPerubahan kelakuan: terlalu manja atau pendiam

ℹAda lebam, luka di pelbagai bahagian, atau berulang

ℹAnak sering mimpi ngeri, mengigau atau sukar tidur

Apa yang anda patut buat sekiranya anda mengesyaki anak anda di dera?

ℹSegera jauhkan anak dari orang yang disyaki

ℹBuat aduan pada pengurus rumah asuhan (jika ada)

ℹBuat laporan polis agar siasatan dilakukan

ℹBawa anak untuk pemeriksaan doktor

ℹDapatkan rawatan fizikal dan emosi anak

Selain itu, ibu bapa dinasihatkan jangan ketepikan sebarang aduan dari anak-anak, walaupun kedengaran keterlaluan atau pelik. Ambil makluman dan berwaspadalah.


LORATADINE

#LORATADINE: sekarang sedang tular tentang ubat Loratadine, jadi saya nak beri nota ringkas yang sahih tentang ubat berkenaan.

#KLASIFIKASI
ℹ️️️ Ubat anti-histamin generasi kedua untuk melegakan simptom kegatalan, mata berair dan selsema.

ℹ️ Bukan ubat resdung. Resdung adalah istilah yang luas, merangkumi rhinitis dan sinusitis sama ada alergik atau jangkitan.

ℹ Ubat terkawal: hanya boleh didapati di farmasi( melalui ahli farmasi) dan klinik(doktor)

#KEBAIKAN
ℹ Tidak akibatkan mengantuk. Maka ia lebih selamat untuk diambil oleh pemandu, serta mereka yang bekerja menggunakan mesin dan jentera.

ℹ Dos: 1 tablet (10mg), sehari sekali sahaja. Sangat praktikal dan mudah.

ℹ Selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Ubat ini boleh hadir dalam susu ibu yang mengambilnya, namun tidak memudaratkan bayi.

#WASPADA
⚠ Jika hamil, hanya ambil setelah mendapat nasihat doktor. Loratadine terbukti selamat kepada janin dalam ujian haiwan, namun tiada data lengkap untuk ujian pada manusia.

⚠️ Walaupun Loratadine melegakan simptom alahan, ubat ini juga boleh menyebabkan alahan. Jika ada simptom seperti pening, sukar bernafas, kegagalan, ruam, selepas ambil ubat ini, maka segera jumpa doktor.


Cara Tangani Kaki Berbau



⚠️Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

⚠Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini.

⚠️Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

⚠Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh berbanding nilon.

⚠️Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh.

⚠Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

⚠️Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap akan galakkan pembalakan bakteria dan kulat.

⚠Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Baca cara penggunaannya betul-betul.

⚠️Pakai Ubat Anti-Bakteria
Kasut perlu dibersihkan atau dicuci setiap minggu. Selain itu perlu juga di spray, cuci dengan ubat anti-bakteria sebagai langkah pencegahan.

⚠️Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.


Demam panas

🙋‍♀️—“Doktor, kalau lepas makan ubat demam tetapi suhu anak saya tak surut, boleh beri ubat bontot tak?”

Istilah yang betul bagi “ubat bontot" atau “ubat peluru" adalah suppostori (supp). Jika anak anda demam, dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan beri sup Paracetamol(PCM).

Maknanya, ia ubat(bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan, cuma medium dan cara pemberian yang berbeza. Maka jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam untuk elakkan terlebih dos harian.

🙋‍♀️—"Doktor, kalau anak demam, suhu berapa baru boleh beri ubat bontot?"

Jika suhu sudah 38°C, boleh sahaja beri supp PCM. Sama indikasi seperti beri sirap PCM.

Suppositori ini memudahkan anda beri PCM kepada anak, terutamanya, jika anak muntah setiap kali PCM disuapkan, atau ketika anak sedang tidur.

🙋‍♀️—" Masukkan sebiji sahaja cukup kan?"

Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Pemberian supp PCM pun begitu. Jadi ia dikeluarkan dalam dosej 125mg dan 250mg.

Nak beri dos tepat jika PCM dalam bentuk suppositori memang mustahil. Kebanyakan pengeluar supp PCM beri saranan berikut.

ℹUmur 6 bulan-4 tahun:
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari

ℹUmur 5-8 tahun
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau
1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

ℹUmur 8-12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

⚠ Sebelum beri supp PCM, periksa dosej supp itu 125mg atau 250mg. Jangan salah.

⚠️Adakala doktor beri supp Voltaren(NSAID) untuk kurangkan demam. Misalnya jika anak alergik kepada PCM. Jadi periksa apa yang doktor beri kerana dosnya berlainan. Dos supp Voltaren adalah 0.5-2mg/kg.

🙋‍♀️—“Doktor, macam mana cara yang betul nak beri supp PCM ni?”

1. Seeloknya, masukkan supp PCM selepas anak buang air besar. Namun, boleh sahaja beri bila-bila.

2. Baringkan anak ke posisi mengiring. Angkat lutut anak ke dadanya.

3. Buka pembalut supp PCM, dan pasukan supp itu dengan air atau KY jelly(pelincir) jika ada.

4. Masukkan(tolak) bahagian supp yangvtajan ke dalam dubur sehingga masuk kesemuanya.

🙋‍♀️—“Doktor, ada apa lagi saya kena tahu?"

Simpan supp PCM di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari capaian anak-anak.

Selain dubur, ada juga suppositori untuk vagina dan urethra (salur kencing).

Ada supp untuk tahan sakit, sawan, sembelit, buasir, keputihan, serta mati pucuk.

🙋‍♂️—“Itu sahaja kan, doktor?" 👈 bapa punya soalan

Ya itu sahaja. Maaf panjang sangat penjelasan ni. Moga bermanfaat.


Kemurungan adalah penyakit!


⚠️Ia tidak seharusnya digunakan oleh selebriti sebagai gimik untuk mencuri perhatian dan memanipulasi emosi orang ramai.

⚠️Ia tidak seharusnya disalahguna oleh pesalah sebagai cubaan untuk melepaskan diri daripada hukuman undang-undang.

⚠️Ia tidak seharusnya dilihat oleh orang sekeliling sebagai perilaku mengada-ngada atau kelemahan iman seseorang.

Tapi, itulah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Jadi, bila ada orang yang benar-benar ada simptom-simptom kemurungan, orang anggap ia hanya helah atau kegedikan. Kadangkala jadi bahan jenaka, olokan dan kecaman.

Walhal, kemurungan adalah penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa penderitanya. Ia jauh daripada remeh, malah sesuatu yang sangat serius.

Penyakit kemurungan telah dikenalpasti oleh WHO sebagai penyebab utama ketidakupayaan (disability) di dunia pada masa ini. Selain itu ia adalah penyumbang utama kepada keseluruhan beban penyakit diperingkat global.

Pendek kata ia bukan perkara main-main.

Rujukan: http://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/depression

Doktor, anak saya ni tak dengar kata.




 
Ada cara tak nak bagi dia dengar kata?”

Jika nasihat dan teguran tak berkesan untuk mengubah tingkah laku anak, maka ibubapa perlu gunakan tindakan kerana “action” speaks louder than word"

Ada 2 tindakan yang boleh diamalkan ibubapa untuk kita bentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan. Pertama, gunakan ganjaran. Kedua, gunakan denda.

ℹ PENGUKUHAH adalah penggunaan ganjaran untuk menggalakkan anak-anak ulangi lakukan tingkah laku yang baik. Ada 2 jenis pengukuhan yang anda perlu ketahui:

1. Pengukuhan Positif*
Ganjaran dalam bentuk pemberian sesuatu yang disenangi anak. Contonhya: apabila anak siapkan kerja sekolah, kita beri dia tonton televisyen lebih lama sedikit daripada biasa.

2. Pengukuhan Negatif*
Ganjaran dalam bentuk pengurangan sesuatu yang TAK disenangi anak. Contonhya: apabila anak siapkan kerja sekolah, kita kata tak payah cuci pinggan langsung hari tu.

ℹ HUKUMAN adalah penggunaan denda untuk tegah anak-anak daripada mengulangi sesuatu tingkah laku yang tidak baik. Ada 2 jenis hukuman yang anda perlu ketahui:

1. Hukuman Positif
Hukuman dalam bentuk pemberian sesuatu yang TAK disenangi oleh anak. Contohnya: apabila anak conteng dinding, kita suruh dia cuci pinggan lebih banyak daripada biasa.

2. Hukuman Negatif
Hukuman dalam bentuk pengurangan sesuatu yang disenangi anak. Contohnya: apabila anak conteng dinding, kita tak beri dia tonton televisyen langsung pada hari itu.

— Boleh faham, kan?

⚠️Positif* dalam konsep ini bukan maksud baik, dan negatif bukan maksudnya tidak baik. Positif di sini bermaksud pemberian, manakala negatif pula bermaksud mengurangkan.

Kalian boleh gunakan gabungan dua-dua cara untuk dapatkan kesan yang lebih baik. Namun begitu, jika tak suka mendenda, maka gunakanlah ganjaran sewajarnya.

Namun, perlu ingat untuk kurangkan ganjaran perlahan-lahan agar anak tidak jadi seseorang yang meminta-minta(demanding) dan hanya lakukan kebaikan jika diberi ganjaran.

Nampak, dua dua cara pun ada baik dan buruknya. Kita kena pandai sesuaikan dengan situasi. Jangan sampai anak memanipulasi kita pula.

Selain itu, teknik ini boleh digunapakai untuk bentuk tingkah laku di semua peringkat umur, asalkan ganjaran dan dendanya sesuai dengan umur individu itu.

Semoga bermanfaat! Oh ya, denda tau, bukan dera. Dera tak boleh. Hehe.


HFMD sedang menular.

Ibubapa, hati-hati! HFMD sedang menular. Tadi KKM laporkan ada 27,296 kes dilaporkan sehingga 30 Jun lepas.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama, seperti di taska, pusat asuhan atau sekolah.

Tanda-tanda HFMD:
⚠️Demam
⚠️Sakit Tekak
⚠️Ulser pada tekak, mulut dan lidah
⚠️Sakit kepala
⚠️Hilang selera makan
⚠️Ruam dengan vesikel (lepuhan) pada tangan, kaki dan kawasan diaper

Rawatan:
ℹBeri Paracetamol untuk kawal demam
ℹPastikam anak minum dengan cukup
ℹJika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera

Pencegahan
HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Maka:

✅Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.

✅Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.

✅Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

✅Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

✅Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin  dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah.


Musim durian

Sekarang musim durian. Banyak masalah kesihatan dan kecederaan berlaku semasa musim ini.

⚠️Ada kes cedera dihempap durian. Jika menunggu di dusun, mohon berada di tempat berbumbung.

⚠️Semasa mengupas durian, hati-hati menggunakan parang/pisau. Banyak kes terkelar tangan.

⚠️Jika ada kencing manis, mohon makan durian berpada-pada. 1-2 ulas sudah memadai.

⚠️Jika ada masalah buah pinggang, juga kena makan durian berpada-pada. Durian tinggi potassium.

⚠️Kulit-kulit durian hendaklah dibuang dengan cermat dan di tempat yang betul.

⚠️Jangan bawa durian ke hospital kerana ia boleh menggangu keselesaan sesetengah pesakit


Tips elakkan anak tercekik buah/sayur



1. Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.

2. Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat, dsb.

3. Buah kecil seperti anggur, hendaklah dibelah dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang. Rujuk gambar.

4. Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.

5. Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich. Rujuk gambar.

6. Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.

Mohon sebarkan. Informasi ini boleh selamatkan nyawa kanak-kanak.


Kawal berat badan

Jika lapar, lakukan perkara ini:

✔Pastikan anda benar-benar lapar, bukan bosan. Ramai orang makan kerana kebosanan.

✔ Pastikan anda lapar kerana perlukan tenaga, bukan kerana ketagihan gula(atau benda manis).

✔ Pastikan anda sediakan jumlah makanan sesuai dengan keperluan tenaga, bukan berdasarkan nafsu anda.

Jika dan pasti, barulah makan. Kemudian pastikan  perkara ini pula.

✔ Tidak makan sambil gunakan telefon bimbit, atau menontojntelevisyen. Makan tanpa menikmati makanan, sebabkan anda makan lebih banyak.

✔ Makan dengan kadar kepantasan yang tidak terlalu laju. Makan terlalu laju tidak baik untuk penghadaman dan kepuasan makan.

✔ Pastikan berhenti sebelum kenyang, dan beri ruang dalam perut untuk minuman.

Jika ikuti cara ini, boleh kawal berat badan.


[BERITA BAIK 📣📣📣KEPADA PENERIMA BSH : MYSALAM - MANFAAT PERLINDUNGAN KESIHATAN YANG TIDAK RAMAI TAHU‼️]




1. Apa itu MY SALAM?

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.
.
2. Siapa yang layak menyertai skim MY SALAM?

Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.
.
3. Perlukah berdaftar untuk sertai MY SALAM?

Tidak perlu mendaftar. Sekiranya anda adalah penerima BSH dan berumur di antara 18 - 55 tahun, anda akan didaftarkan secara automatik.
.
4. Sekiranya anda penerima BSH dan berumur di antara 18-55tahun, tetapi tidak tersenarai di dalam skim ini, apa yang perlu anda buat?
Dan, jika anda mahu menyemak samada anda tersenarai di dalam skim ini, di mana perlu anda rujuk?

Anda boleh hantar e-mel ke --> info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut. Berikan nama penuh dan No Kad Pengenalan anda dan pasangan.
.
5. Apa kelebihan skim MY SALAM ini?

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal. (Senarai 36 penyakit kritikal itu anda boleh rujuk di mana-mana Hospital kerajaan atau di laman web http://www.mysalam.com.my )
Pendapatan gentian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.
.
6. Bagaimanakah caranya untuk menuntut faedah dari skim ini?

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan
Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

a) Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
.
7. Sekiranya anda berumur lebih dari 55 tahun, apakah faedah lain yang anda perolehi?

Anda boleh mendapat bantuan kesihatan daripada skim Peka B40 yang merangkumi penerima BSH berumur 50 tahun ke atas.

Sila rujuk laman web http://www.pekab40.com.my
Terlalu banyak dasar kerajaan kini yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat tidak diketahui umum.

🎤🎤🎤Justeru itu, sebarkan seluas mungkin. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin-pemimpin tempatan untuk menyebarkan maklumat ini. Media perdana juga harus lebih aktif di dalam menyampaikan info-info sebegini

Talian mySalam 1300988938

MENJAGA KESIHATAN SEMASA MUSIM JEREBU



◾Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.

◾Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi.

◾Tutup tingkap bagi mengurangkan jerebu masuk ke dalam rumah. Sentiasa membersihkan persekitaran dalaman. Elakkan aktiviti meningkatkan pencemaran udara seperti merokok.

◾Tutup tingkap kenderaan ketika memandu. Gunakan pendingin hawa dengan memilih aturan(mode) operasi kitaran udara dalaman (internal circulation).

◾Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga. Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi yang optimum untuk mengawal-atur suhu badan.

◾Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.

◾Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

◾Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya anda mempunyai gelaja-gejalan berikut: demam, sakit tekak, batuk, semput, selsema, gatal mata, lesu.

Semoga bermanfaat!


Tuesday, September 10, 2019

Hidung berdarah

Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.

⚠️JANGAN LAKUKAN PERKARA INI

1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.

3. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.

4. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.

Apa yang perlu dilakukan?

ℹCARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG

1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.

2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.

3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.

4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.

5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.

Jika pendarahan berterusan selepas 30 minit, segera berjumpa doktor.


Buasir?

Jika kena buasir, boleh cuba rawatan berikut di rumah untuk kurangkan bengkak dan sakit:

1. Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.

2. Jika ada bengkakan, gunakan ais untuk surutkan bengkak atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.

3. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, atau ibuprofen. Boleh beli di farmasi.

4. Dapatkan krim sapuan atau supositori untuk rawatan buasir di farmasi. Contohnya: Proctosedyl.

Tapi, jika ada pendarahan, seeloknya dapatkan nasihat dari doktor bagi mmemastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti fissura atau kanser usus.

Mati pucuk?

@ atau ejakulasi pra-matang boleh disebabkan oleh:
1. Darah Tinggi
2. Kencing Manis
3. Lemah Jantung
4. Merokok
5. Hormon tak seimbang
6. Prostate bengkak
7. Kemurungan
8. Tiada stamina / tak cergas
9. Obesiti
10. Sesetengah ubat

Apa yang anda boleh anda cuba lakukan:

1. Bersenam
Senaman kardio boleh tingkatkan stamina dan prestasi jantung. Untuk zakar menegang, jantung kena pam darah ke zakar. Jadi kalau jantung cukup kuat dan ada stamina, maka ketegangan zakar tegar dan anda boleh beraksi lebih lama.

2. Jaga Pemakanan
Makan makanan yang segar, berkhasiat dan pada kadar yang sesuai dengan keperluan harian kalian. Boleh guna formula pinggan sihat— suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayuran/buah buahan. Jangan lupa minum air secukupnya.

3. Turunkan Berat Badan
Jika kalian gemuk, turunkan berat badan. Jika terlalu kurus, tambah berat badan. Buat secara sihat. Elakkan guna jalan pintas. Alon-alon angger kelakon, kata orang jawa. Biar lambat asal terbuat, kalau bahasa Malaysia.

4. Panas Badan Sebelum Bersama
Hubungan kelamin ni adalah aktiviti fizikal, maka pasangan perlulah panaskan badan. Tak boleh terus terjah pada acara utama. Perlu bermula dengan aksi santai dan mesra, untuk persediaan fizikal, emosi, dan psikologi.

5. Gunakan Kondom dan Pelincir
Selain boleh digunakan sebagai perancangan keluarga, kondom dan pelincir mengurangkan sensitiviti pada lelaki mempunyai zakar yang terlalu sensitif kepada rangsangan. Siap ada kondom yang ada pelali.

6. Berhenti merokok / shisha / vape / hisap dadah

Q&A

1. Jika doktor tanya dah berapa lama kalian sakit, tak usah jawab begini:

◾"Sejak balik umrah hari tu."
Doktor tak tahu bila awak pergi umrah, dan bila kalian balik umrah. Kalau haji, boleh juga agak.

◾"Lepas lahir anak kedua."
Doktor tak kenal pun anak kedua kalian, jauh sekali tahu doktor bila anak kalian tu lahir.

◾"Dah lamaaaaa dah."
Lama tu sesuatu yang subjektif. Ada orang rasa 2-3 hari tu lama, ada pula rasa setahun tu baru lama.

◾"Cuba tengok dalam rekod."
Ya, ada dalam rekod, tapi doktor nak tahu sama ada apa yang kalian cakap tu selari tak dengan rekod.

Doktor tanya tentang durasi(tempoh) sakit untuk anggar penyakit itu akut atau kronik, fasa penyakit, atau keparahan penyakit.

ℹ️Soalan itu hendaklah dijawab secara objektif: 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, dan paling baik jika boleh beri masa dan tarikh.

2. Jika doktor tanya berapa kali kalian muntah/cirit, tak usah jawab begini:

◾"Setiap kali makan atau minum."
Doktor tak tahu berapa kali kalian makan dan minum sepanjang hari tu.

◾"Banyak kali dah."
Banyak tu sesuatu yang subjektif. 5 kali pun banyak, 10 kali pun banyak, malah 100 kali pun banyak.

◾"Tak terkira."
Doktor tak tahu sampai nombor berapa kakian pandai kira. Jika tak kira, anggaran pun boleh.

◾"Sampai tak larat dah ni."
Setiap orang berbeza tahap ketahanan. Ada orang kata tak larat, tapi ke klinik siap bersolek bagai.

Doktor tanya tentang kekerapan untuk anggar keparahan penyakit, keperluan beri rawatan lanjut, keperluan buat rujukan hospital, dsb.

ℹ️Soalan itu hendaklah dijawab secara objektif: 2 kali, 5 kali, 10 kali. Lebih elok jika jawab dengan format "5 kali dalam masa 24 jam."

3. Jika doktor tanya "Apa khabar?", tak usah jawab begini:

◾"Tak baik. Kalau baik, tak datang sini."
Jika tak sihat. Beritahu terus khabar tak baik itu apa. Sakit apa, masalah apa, dsb.

◾"Saya rasa saya kena epididymitis lah."
Diagnos penyakit ni kerja doktor. Kerja awak beritahu simptom apa, melainkan awak nak beritahu penyakit yang awak sedia ada (yang didiagnos doktor).

◾"Pagi tadi saya tak larat pergi kerja."
Kalau ya pun nak MC, tak usahlah terang-terangan dan gopoh sangat. Rileks, kalau layak doktor beri.

◾"Saya rasa tak sihat."
Rasa tak sihat tu bagaimana? Lemah? Demam? Lenguh otot? Pening? Gigil?

Tak semua orang ke klinik kerana tak sihat. Ada datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk lesen memandu/penempatan kerja, pengesahan kehamilan, dsb.

ℹ️Soalan itu hendaklah dijawab dengan memberitahu simptom: sakit kepala, muntah, batuk, selsema,  atau sebab-sebab lain seperti vaksinasi, dsb.

⚠️Ingat! Lebih objektif anda jawab, lebih sedikit soalan doktor, lebih tepat dan cepat konsultasi.

OK! Semoga bermanfaat! Follow saya untuk dapatkan nota kesihatan yang santai!


UBAT BANTU BERHENTI MEROKOK



Bulan puasa ni ramai yang berazam berhenti merokok. Berhenti merokok ni bukan perkara mudah. Merokok bukan sahaja dah jadi kebiasaan malah dah jadi kebergantungan serta alat bersosial

Kebergantungan kepada nikotin dari sumber luar(rokok) ini menyebabkan timbul simptom ketagihan bila nikotin dari sumber luar ni diberhentikan secara mendadak.

Simptom ketagihan rokok adalah lesu, kurang fokus, sakit kepala, resah, dan sebagainya. Simptom-simptom ini menjadikan usaha berhenti merokok agak sukar.

Boleh cuba amalkan bebrrapa tips seperti di dalam gambar di bawah. Selain itu, ada cara lain untuk meningkatkan peluang untuk berjaya berhenti merokok.

Bagaimana?

Menggunakan ubat bantuan berhenti merokok! Ubat bantuan ini juga boleh mengawal ketagihan yang kuat dan mengurangkan simptom-simptom tersebut.

Doktor atau ahli farmasi boleh membantu menyesuaikan pelan berhenti merokok bersama-sama dengan penggunaan ubat bantuan berhenti merokok.

TERAPI PENGGANTIAN NIKOTIN(NRT)
NRT berfungsi untuk mengurangkan kesan ketagihan nikotin ketika proses berhenti merokok. Ia menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal. NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.

◼️Tampalan transdermal
Menyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan

◼️Gula getah oral
Memberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang.

Ubat bantuan berhenti merokok boleh dipilih sama ada dengan menggunakan tampalan transderma atau gula getah oral. Bagi perokok tegar atau mereka yang gagal berhenti sebelum ini, gabungan kedua dua bentuk NRT (tampalan dan gula getah) telah terbukti meningkatkan kadar kejayaan.

NRT boleh didapati tanpa preskripsi dari farmasi. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menjalankan penilaian awal berhenti merokok dengan profesional kesihatan untuk menentukan dos yang sesuai.

UBAT TANPA NIKOTIN
Ubat tanpa nikotin terdapat dalam bentuk pil. Ia merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin. Ia membantu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti merokok.

Mana nak dapatkan ubat-ubat ni?

Di Klinik Kesihatan, ada perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok. Boleh dapatkan nasihat dan preskripsi ubat berhenti merokok daripada doktor dan ahli farmasi di sana.

Mulakan usaha anda Ramadan ini! Moga Ramadan ini permulaan hidup anda bebas rokok!

Boleh share pada kenalan/suami anda yang mungkin perlukan motivasi dan sokongan berhenti merokok.

Untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web Jom Quit di http://jomquit.moh.gov.my


Kelecuran

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran. 

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan. 

Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:

◾Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja.  Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan  kemerah-merahan, dan sakit.

◾Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit. 

◾Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak. 

Rawatan kecemasan awal betul adalah:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik. 

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran. 

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit  untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur,  tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan. 


JENIS-JENIS SUSU DIPASARAN


1. Susu Segar (Fresh Milk)
— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream)
— Lemak/krim susu yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Isian(Filled Milk)
—Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/disi pula dengan lemak sayuran(lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk

7. Susu Sejat (Evaporated Milk)
— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

8. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

9. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

10. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

11. Krimer (Creamer)
—Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.