"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 28 Jamadil Awwal 1441H☆



سَیَذَّكَّرُ مَن یَخۡشَىٰ

"Kerana orang yang takut (kepada Allah) akan menerima peringatan itu" [Surah al-A'la 10]

#Orang yang takut kepada Allah akan menerima peringatan dan nasihat al-Quran serta mentaati perintahNya.

#Takut kepada Allah adalah salah satu bentuk ibadah yang semestinya wujud dalam diri setiap mukmin. Dan ia juga merupakan perintah daripada Allah swt kepada kita semua. Firman Allah swt:

فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu" [Surah al-Ma'idah 44]

#Takut kepada Allah merupakan sifat orang yang bertaqwa dan bukti keimanan seseorang kepada Allah swt.

#Sayidina Abu Hurairah r.a, seorang sahabat nabi yang bertaqwa menangis ketika menghadapi ajalnya dan beliau berkata: “Aku tidak menangis kerana urusan dunia kalian. Aku menangis kerana telah jauh perjalananku, namun betapa sedikit bekalanku. Sungguh kelak perjalananku akan berakhir di syurga atau neraka, dan aku tidak mengetahui tempat mana yang diberikan padaku diantara keduanya"
(Riwayat Nu’aim bin Hammad dalam Az-Zuhd)

#Takut kepada Allah juga membuatkan seseorang itu diampuni serta dihapuskan segala dosanya dan beroleh rahmat daripada Allah. Hal ini dikisahkan oleh baginda Rasulullah saw di dalam sabdanya:

"Seorang lelaki (pada zaman dahulu) telah melampaui batas ke atas dirinya (berlebih-lebihan dalam melakukan maksiat). Tatkala saat maut menjenguknya dia berwasiat kepada anak-anaknya. Katanya: “Setelah aku mati, bakarlah tubuhku, hancur-lumatkan abunya kemudian taburkanlah ia ke dalam laut. Demi Allah, sekiranya Tuhanku berkuasa untuk mengazabkanku dengan azab yang tidak dapat ditandingi oleh seseorang pun, Dia tetap akan mengazabkanku”. Setelah dia mati, anak-anaknya melaksanakan wasiatnya. Maka Allah perintahkan bumi supaya mengumpul semua abu tubuhnya yang telah diterbangkan angin ke dalam laut. Lantas dengan tiba-tiba dia tegak berdiri (di hadapan Allah). Maka Allah menyoalnya: “Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian (menyuruh dibakar mayatnya)?”. Dia menjawab: “KERANA AKU TAKUT KEPADAMU WAHAI TUHANKU”. Maka Allah pun mengampuninya". (HR al-Bukhari dan Muslim)

*Hadis ini menunjukkan kelebihan sifat takut kepada Allah swt. Dengan sifat takut itu, Allah ampunkannya meskipun dia melakukan perbuatan yang jelas menunjukkan kejahilannya.

♡Semoga kita tergolong di kalangan hamba Allah yang sentiasa takut kepadaNya. Moga dengan ketakutan itu menyebabkan kita menjalankan segala perintahnya dan tidak melanggari segala laranganNya♡


No comments: