"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Awwal 1441H☆



وَلَا تَنكِحُوا۟ مَا نَكَحَ ءَابَاۤؤُكُم مِّنَ ٱلنِّسَاۤءِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَۚ إِنَّهُۥ كَانَ فَـٰحِشَةࣰ وَمَقۡتࣰا وَسَاۤءَ سَبِیلًا

"Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)" [Surah an-Nisa' 22]

#Di dalam ayat ini, Allah swt memberitahu kita bahawa bukan semua perempuan boleh dikahwini. Ada perempuan yang boleh dikahwini dan ada yang tidak boleh dikahwini.

#Dalam ayat ini, Allah mengharamkan berkahwin dengan bekas isteri bapa (ibu tiri). Ini adalah larangan keras bahawa dilarang berkahwin dengan ibu tiri. Ibu tiri adalah mahram muabbad (yakni haram berkahwin buat selama-lamanya).

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan: "Jika seorang lelaki menggauli (menyetubuhi) isteri barunya, maka anak isterinya itu (begitu juga anak suaminya) menjadi mahram kepadanya selama-lamanya (ta’bid).” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)

#Asalkan seorang perempuan itu sudah pernah berkahwin dengan ayah kita sahaja, maka tidak boleh kita berkahwin lagi dengannya, samada ayah kita sudah meninggal dunia atau ayah kita sudah menceraikannya. Samada ayah itu sudah mengadakan hubungan kelamin dengan wanita itu atau tidak.

#Ingatlah, bahawa perbuatan mengahwini perempuan yang telah dikahwini oleh ayah sendiri adalah perbuatan yang amat buruk, keji dan dibenci oleh Allah swt. Ianya adalah perbuatan yang dikutuk dan berdosa besar.

#Kedudukan seorang anak dengan ibu tiri sama seperti sesama mahram yang lain, yakni harus berduaan jika aman dari fitnah, harus membuka aurat (dalam batasan yang diharuskan di hadapan mahram), harus bersalaman tanpa berlapik dan tidak batal wudhuk apabila bersentuhan.

♡Ibu tiri adalah mahram dan manusia mulia yang wajib disantuni dan dihormati seumpama ibu kandung. Berbaktilah sebaik-baiknya kepada mereka, semoga Allah mengurniakan kita ganjaran yang besar dan istimewa di akhirat kelak. Aamiiin♡

No comments: