"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, January 17, 2009

Rakyat Malaysia belanja RM15j sehari untuk rokok

WALAUPUN penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contoh di Malaysia apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21 peratus pada 1985 kepada 31 peratus pada 2000.

Diet awal bantu elak rabun dekat

SATU daripada masalah mata yang paling umum adalah rabun dekat atau dalam bahasa saintifiknya myopia. Mereka yang rabun dekat berhadapan dengan masalah untuk melihat objek jauh. Biasanya rabun dekat menyebabkan objek yang jauh kelihatan kabur.

Doktor di BM: Asma punca terkencing ketika bersin

SAYA seorang wanita berusia 40 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya, setiap kali bersin, saya akan terkencing. Adakah ia ada kaitan dengan masalah lelah yang saya hadapi atau adakah kerana saya aktif bersukan ketika muda? Saya juga ingin tahu mengapa saya sering berasa sakit di tumit kaki apabila duduk terlalu lama atau ketika bangun dari tidur. Ada kalanya, saya tidak boleh memijak lantai kerana terlalu sakit. Seingat saya arwah ibu juga pernah mengadu masalah yang sama ketika hayatnya. Arwah ibu menghidap lemah jantung. Adakah kesakitan itu sebahagian simptom lemah jantung?

Kutu mudah berjangkit

PERNAH melihat anak perempuan anda menggaru kepala terutama ketika tidur? Yang pasti perlakuannya itu kerana kepalanya gatal, tetapi tahukah anda punca sebenar masalah itu disebabkan kutu?

Kaunselor Anda: Minat kaum sejenis

SAYA seorang lelaki yang meminati lelaki. Saya pelik dengan diri sendiri kerana saya tidak pernah tinggal solat, selalu berdoa kepada Allah, menjaga aurat, membaca al Quran dan tidak menonton video lucah. Namun, saya masih juga meminati lelaki. Saya cuba melakukan perkara yang dilakukan oleh lelaki normal seperti bercakap mengenai seks dan wanita, tetapi saya tetap begini. Perkara ini sangat menyeksakan kerana saya juga bernafsu. Ingin mencinta dan dicintai. Saya tidak pernah terjebak dalam kancah maksiat lagi setakat ini kerana saya masih berada di zon selesa. Apa yang merisaukan, saya kini sudah meninggalkan zaman sekolah dan memasuki universiti. Bagaimanakah, cara untuk saya meminati wanita kerana saya tiada nafsu langsung terhadap golongan itu?

Isteri mengadu tidak puas

SAYA berumur 40 tahun dan berkahwin 17 tahun. Masalah saya ialah isteri mengadu tidak puas dalam hubungan kelamin kerana sering gagal merasai pancutan air mani dalam rahim.

Bagaimanapun, isteri mencapai klimaks setiap kali melakukan hubungan kelamin, cuma dia tidak puas hati dengan pancutan air mani yang tidak terasa.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula pancutan hebat itu.

Mengecut, kecil

PENGAMBILAN makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

Kepala zakar kaki onani berubah warna hijau

SAYA berusia 20 tahun dan sering melakukan onani. Bahagian kepala zakar saya kini berwarna kehijauan dan ia sungguh meresahkan. Mengapa ia berubah warna dan bagaimana mahu mengembalikan warna kepada yang asal iaitu kemerahan.

Cukupkah hari rehat anda?

Bilangan cuti tahunan pekerja Malaysia antara paling sedikit di dunia

Kulit rasa terbakar

Manusia albino amat sensitif terhadap cahaya matahari. Bagaimanakah mereka menjalani kehidupan?

Baik Buruk

RUANGAN Baik Buruk pada minggu ini akan mendedahkan kepada anda cara untuk menguruskan badan tanpa berlapar, bagaimana susu dapat melawan selsema dan bagaimana burung merpati boleh menjadi ancaman kepada kesihatan.

Rahsia air ketuban menghilang

Janin yang tidak dikelilingi air ketuban yang cukup berdepan risiko paru-paru mengecut dan masalah postur tubuh.

Pentingnya ilmu untuk kecemasan

MELIHATKAN kerakusan Zionis di Gaza melalui paparan berita akhbar dan televisyen menunjukkan sesuatu yang diambil mudah kebanyakan penduduk di Malaysia.

Asid Alfa Lipoik manfaat untuk saraf

SAYA mengakui saya tidak mengawal pemakanan walaupun disahkan menghidap diabetes. Namun saya mendapat iktibar apabila jiran saya baru sahaja menjalani pemotongan kaki dan penglihatan yang hampir buta akibat komplikasi diabetes yang merosakkan saraf. Apakah suplemen yang ideal untuk mengawal daripada terjejasnya fungsi saraf yang kian ketara saya alami kini.

Penggantian hormon wanita

Lama-kelamaan paras ini akan menurun ke satu tahap di mana hormon tersebut tidak lagi berupaya menyediakan lapisan dalaman rahim untuk persedian kehadiran janin, menyebabkan kehadiran haid akan berhenti dan pada titik inilah bermulanya keadaan menopaus

Dua beradik nasib serupa

BAGI Izzah Kamil, 3, dan abangnya Izzul, 9, hidup terbatas sudah menjadi satu kebiasaan dengan mengharapkan belaian kasih ibu dan ayah sebagai penawar duka dan derita. Tidak menduga berkongsi nasib abangnya, Izzah menjadi antara sebilangan kecil pesakit perempuan yang menghidap Sindrom Lesch-Nyhan (LNS).

Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL

SOALANANAK saya telah mengalami kecederaan lutut semasa dia bermain bolasepak pada bulan awal bulan ini. Dia sedang menuntut di luar negara dan akan dan akan kembali bercuti pada bulan Jun 2009 selama 3 bulan.

Thursday, January 15, 2009

Makanan semasa perjalanan jauh

AWAL tahun adalah masa untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009. Mungkin ada yang mahukan kelainan daripada tahun-tahun lepas atau sesuatu yang menyeronok atau memeranjatkan untuk keluarga.

Elak gejala anorexia

SESETENGAH ibu bapa menghadapi dilema apabila anak-anak remaja mereka (terutama perempuan) yang sedang membesar enggan atau terlalu memilih untuk makan kerana sentiasa mahu kelihatan kurus sehingga membawa kepada tabiat makan tidak betul.

Monday, January 12, 2009

Singkir lemak pada perut buncit

LAPORAN Utusan Malaysia pada 30 Jun 2007 menyatakan 40.7 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. Sementara itu, kajian yang dibuat oleh Reader's Digest Asia mendapati 40.7 peratus rakyat Malaysia adalah obesiti walaupun sebenarnya mereka menganggap keadaan mereka sihat.

Daniel dapat sumbangan basikal

KISAH penyakit misteri adik Muhammad Daniel Mohd. Idham, 8, yang pernah dipaparkan dalam MEGA, Utusan Malaysia telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat terutamanya semenjak kisah Muhammad Daniel yang 'tiada nafsu' makan kecuali bergantung semata-mata dengan susu tersiar pada 16 Oktober tahun lalu.

Mengaitkan gen dengan penyakit

UMUM mengetahui bahawa gen mempengaruhi ciri-ciri yang terdapat pada individu iaitu ketentuan warna mata, warna rambut dan warna kulit hinggalah kepada penyakit yang dihadapi seperti jantung, diabetes, alzheimer, kanser dan sebagainya.

Jerawat tiada kaitan dengan diet

KEMUNCULAN jerawat secara tiba-tiba memang cukup mengecewakan. Alangkah baiknya jika kita dikecualikan daripada ditumbuhi jerawat sebaik melepasi zaman remaja.

Malaysia belum bebas tibi

ADAKAH anda mengalami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ia, awas kerana kemungkinan telah dijangkiti kuman tibi.