"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 18 Jamadil Akhir 1441H☆



 ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِی بَیۡنَكَ وَبَیۡنَهُۥ عَدَ ٰ⁠وَةࣱ كَأَنَّهُۥ وَلِیٌّ حَمِیمࣱ

"Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" [Surah Fussilat 34]

#Imam Ibnu Kathir berkata: "Iaitu jika ada orang yang melakukan kejahatan kepadamu, maka tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik. Jika engkau berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan kepadamu, nescaya kebaikan itu akan membuatkannya untuk bersikap baik kepadamu, mencintaimu dan merinduimu, sehingga dia seakan-akan menjadi teman setia, dalam maksud mendekatimu dengan rasa kasih sayang dan berbuat baik"

#Kita perlu berusaha tukarkan keburukan kepada kebaikan. Keburukan dibalas dengan kebaikan. Buat sesuatu yang baik. Katakan kepada mereka dengan kata-kata yang baik. Jika kita di marahi, dicaci, di kata sesat, disakiti dan sebagainya, namun, jangan dibalas dengan kata-kata atau perlakuan yang buruk juga. Balas dengan baik, dengan senyuman. InsyaAllah hati yang pada mulanya keras, akan berubah, akan menjadi lembut bahkan Allah mengatakan mereka akan berubah menjadi sahabat karib.

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یُؤۡتَوۡنَ أَجۡرَهُم مَّرَّتَیۡنِ بِمَا صَبَرُوا۟ وَیَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّیِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ

"Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka" [Surah al-Qasas 54]

#Sayidina Ali bin Abi Talib r.a pernah berkata kepada bekas hambanya: “Hai Qunbur, biarkan orang mencelamu dan lupakanlah. Pasti kamu akan diredhai Allah sehingga menimbulkan kemarahan syaitan".

#Inilah yang terjadi kepada baginda Rasulullah saw. Ada sahabat baginda yang mulanya menentang dakwah baginda saw, tetapi baginda saw membalas dan melayan mereka dengan baik, akhirnya sahabat tersebut memeluk Islam dan mereka menjadi sahabat yang kuat mempertahankan baginda dan Islam, antaranya seperti Sayidina Ikrimah r.a anak Abu Jahal, Sayidina Khalid al-Walid r.a, Sayidina Abu Sufyan r.a dan ramai lagi. Ini adalah kerana sifat Nabi saw membalas kejahatan dengan kebaikan.

♡Berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepada kita namun jangan sampai terhina. Tunjukkan akhlak yang baik sebagaimana akhlak Rasulullah saw dalam berdakwah, bermuamalah dan melayani manusia yang berbuat jahat kepadanya. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡


No comments: