"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, December 31, 2009

GAMAT CNI : Khazanah Laut




Untuk tempahan produk GAMAT : SMS or CALL : KHAIRUL 013-8546275

ROYAL GINGKO





Untuk tempahan produk ROYAL GINGKO : SMS or CALL : KHAIRUL 013-8546275

DMG : Pembekal Oksigen kepada tubuh






Untuk tempahan produk DMG : SMS or CALL : KHAIRUL 013-8546275

Saturday, December 5, 2009

Organik Vegetable Powder Chinese





Untuk tempahan : 013-8546275

Organik Vegetable Powder


Kenali Usus Anda



Oleh Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan


CONTOH masalah penyakit dalam sistem penghadaman.
________________________________________

RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.


Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!


Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.


Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.


Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!


Bagaimana usus berfungsi

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.


Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).


l Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut.

Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.


l Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan.


l Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman.

Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.


l Usus kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien.


Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik.

Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah.

Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.


l Usus besar - Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.


l Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.


l Pundi hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.


l Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.


Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria. Ya, memang betul, bakteria.


Koloni


Percaya atau tidak, terdapat bertrilion bakteria yang sedang tinggal dalam sistem penghadaman anda. Bakteria yang turut dikenali sebagai mikroflora usus ini akan menyokong kesihatan usus dengan membantu sistem penghadaman.


Sesetengah kesan bermanfaat mikroflora usus adalah untuk membantu proses penghadaman dengan menghasilkan enzim penghadaman dan merangsang penghasilan sel-sel imun pada lapisan dinding usus.


Otak dan jantung sering dilabel sebagai organ 'penting' di dalam tubuh. Namun demikian, kita tidak boleh terus hidup tanpa sistem penghadaman kita.


Tambahan lagi, tanpa sistem penghadaman, kita akan ketinggalan satu daripada keseronokan utama dalam kehidupan - makanan!


Bayangkan hidup tanpa rasa stik yang digril atau brownie yang suam dan lembap.


Oleh itu, anda digalak untuk lebih menghargai kesihatan penghadaman, bukan sahaja dari segi pencegahan penyakit tetapi untuk mempertingkatkan keseronokan dalam kehidupan, seperti memakan semua makanan lazat yang dimasak oleh ibu atau ayah, isteri atau suami, mahupun teman wanita atau teman lelaki!


l Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan merupakan mantan Presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia. Artikel ini merupakan sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia serta disokong oleh geran pendidikan daripada Program Perut Sihat VITAGEN. Untuk mendapatkan buku kecil kesihatan penghadaman yang percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-56211408.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Thursday, December 3, 2009

Kanser mulut

BERSESUAIAN dengan perlaksanaan Minggu Kesedaran Kanser Mulut yang diadakan setiap tahun dan pada tahun ini bagi peringkat negeri Kelantan diadakan pada 15 November hingga 21 November, artikel saya pada minggu ini adalah berkaitan dengan bahayanya kanser mulut.


Sehingga sekarang, tidak terdapat perangkaan yang tepat terhadap data kes-kes kanser mungkin kerana kekurangan pembiayaan kewangan dan juga tenaga manusia.


Malah masih lagi terdapat kurangnya pengetahuan masyarakat tentang tanda-tanda awal kanser mulut (precancerous).


Namun, mempunyai pengetahuan bagi mengenal pasti tanda-tanda awal dan faktor-faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut boleh membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecacatan akibat pembedahan.


Walaupun langkah-langkah pencegahan telah dijalankan oleh Bahagian Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia - seperti program saringan kanser oral, program televesyen dan radio, tetapi kes-kes yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia masih lagi kebanyakannya terdiri daripada kes-kes yang agak lewat seperti pada tahap 3 dan 4.


Rawatan seperti pembedahan terhadap kes-kes seperti ini menyebabkan pengudungan (mutilation) atau deformasi muka, kualiti hidup yang terjejas terutama fungsi penguyahan, penelanan dan percakapan dan peratusan kejayaan pembedahan juga menurun.


Kombinasi rawatan Radioterapi dan Kemoterapi diperlukan untuk kebanyakan kes-kes yang lewat dan rawatan ini juga mendatangkan komplikasi-komplikasi tertentu.


Oleh itu, biar apapun rawatan kepakaran yang boleh membantu, mengenali tanda-tanda awal kanser mulut memberi peluang terbaik untuk rawatan.


Dibantu dengan kepakaran Klinik Onkologi yang terdiri daripada pakar Oral & Maksilofasial, Pakar ENT, Klinikal Onkologi, Pakar rekonstruktif dan lain-lain kepakaran, termasuklah rehabilitasi, boleh meningkatkan kualiti hidup pesakit yang menerima rawatan.


Saringan pra kanser
dan kanser mulut


Tujuan pemeriksaan

1. Mengesan awal keadaan pada mereka yang berisiko - berdasarkan faktor umur, cara hidup dan tabiat harian


2. Mengesan awal keadaan yang berisiko tinggi menjadi kanser mulut


3. Mengesan awal keadaan kanser yang masih kecil dan tidak bergejala
Pemeriksaan didapati positif apabila terdapatnya keadaan seperti kanser mulut, leukoplakia (tompok putih yang bukan disebabkan oleh jangkitan, reaksi terhadap bahan tertentu dan sebagainya), erythroplakia atau erythroleukoplakia dan submucous fibrosis.


Gejala klinikal dan tanda kanser mulut


Pada peringkat awal, ianya tidak sakit dan kadang-kala cuma rasa pedih yang berpanjangan, terdapat tompok-tompok merah, putih atau indurasi, bengkak dan lempuh (ulser).


Pada peringkat yang agak lewat, ia akan berasa sakit, mengganggu fungsi mulut seperti pergerakan lidah atau rahang, mengunyah dan menelan.


Kawasan mulut yang biasanya terjadi kanser mulut bagi pesakit di Malaysia, khususnya di HUSM ialah mukosa pipi (mungkin akibat pengunyahan tembakau dan sireh pinang), seterusnya di ikuti oleh bahagian tepi lidah, lantai mulut dan rahang bawah.


Faktor risiko kanser mulut


Sehingga ke hari ini banyak kajian terhadap tisu kanser bagi mengenal pasti struktur turutan genetik, mengenalpasti struktur khusus permukaan sel (surface cell marker) dan juga kajian terhadap alatan-alatan bagi membantu diagnosis kanser sedang dijalankan di seluruh pusat kanser dalam dan luar negara bagi membantu rawatan dan pengesanan awal kanser, termasuk kanser mulut.


Oleh kerana sehingga ke hari ini masih belum di ketahui punca sebenar penyebab kanser mulut, langkah pencegahan perlu ditekankan.


Ini termasuk menjauhi diri dari faktor-faktor risiko terhadap kanser mulut seperti merokok, mengunyah tembakau, makan sireh pinang yang disapu kapur, ketagih alkohol, siflis, keadaan prakanser, jangkitan (seperti virus tertentu), keadaan trauma berpanjangan akibat penggunaan gigi palsu yang longgar, radiasi dan kekurangan sumber antioksidan dalam diet seperti vitamin C, E dan beta keroten.


Jika terdapat sebarang keadaan atau gejala seperti dibincangkan di atas, hendaklah segera berjumpa doktor gigi di klinik atau di hospital bagi mendapatkan rawatan seterusnya.


Di hospital, keadaan berisiko akan dikenal pasti dan rawatan bersesuaian akan diberikan sekiranya terdapat punca keadaan tersebut - seperti jangkitan kulat, keadaan gigi yang tajam dan sesi kaunseling diberikan jika terdapat tabiat yang berisiko.


Jika masih lagi belum pulih, sedikit tisu akan diambil dan dihantarkan ke makmal patologi untuk mendapatkan diagnosis lebih tepat.


Rawatan kanser mulut


Sehingga ke hari ini, rawatan untuk kanser mulut hanyalah pembedahan. Ini kerana keadaan muka yang kompleks menyukarkan pembuangan tisu kanser secara berkesan, tambahan pula terdapat penyaliran limfa dari bahagian kepala ke leher sebelum memasuki aliran vena.


Sel-sel kanser akan menduduki sistem limfa di leher dan sistem limfa ini terpaksa dibuang bersama dengan tisu kanser semasa pembedahan.


Bayangkan tisu kanser di bahagian mulut pada peringkat tahap 3 dan 4 iaitu yang mempunyai saiz melebihi 4 sentimeter (cm).


Bahagian yang terpaksa dibuang adalah sekurang-kurangnya 7 cm bagi memastikan ianya bebas dari kanser dan ini mengakibatkan deformasi yang teruk dan mengganggu fungsi menelan, mengunyah, percakapan dan kecacatan muka yang akan mengganggu emosi seseorang.


Pembedahan, jika dilakukan pada peringkat awal seperti tahap 1 dan 2, mampu memberi peratusan kejayaan tinggi di samping kecacatan yang sedikit.


Walaupun begitu, dengan adanya kepakaran unit surgeri Rekonstruktif , pemindahan tisu dari bahagian badan yang lain bagi menampal kecacatan akibat dari pembedahan kanser mulut dapat dilakukan kini.


Ini sedikit sebanyak dapat merawat emosi dan mengembalikan keyakinan diri pesakit kanser mulut.


Akhirnya, kerjasama dari pelbagai pihak yang terlibat seperti pihak kerajaan, unit rawatan kanser, masyarakat, media dan badan-badan bukan kerajaan boleh membantu program-program kesedaran dalam pengesanan awal kanser khususnya kanser mulut bagi kejayaan rawatan.


Kerjasama ini juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kes kanser mulut di tahap 3 dan 4 jika kanser tersebut dapat dikesan dari peringkat awal lagi.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Diabetes tandingi kanser


Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Semalam, Hari Diabetes Sedunia disambut. Adakah kita memahami mesejnya?

OBESITI antara masalah utama 285 juta penghidap diabetes di seluruh dunia kini.
________________________________________


SEJENIS ubat tradisional berasaskan herba dikhabarkan begitu mujarab bagi menyembuhkan penyakit kencing manis atau diabetes.


Begitu juga dengan rawatan terapi khas yang mengiringi pengambilan ubat-ubatan tersebut.


Semua pernyataan di atas adalah suatu pembohongan!
Rekod klinikal membuktikan apabila seseorang menghidap diabetes, dia akan hidup bersama penyakit itu sehingga akhir hayatnya.


“Diabetes adalah penyakit kronik yang sehingga kini tiada penawarnya. Ubat-ubatan fungsinya hanya untuk mengawal.


“Oleh itu, usah percaya kepada sebarang ubat-ubatan yang dikatakan mampu ‘menyembuhkan’ diabetes sedangkan pesakit terus terikat untuk membeli bekalan ubat tersebut,” kata Konsultan Endokrinologi, Profesor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed.


Tambah beliau, bagaimana penghidap itu dapat menjalani kehidupan normal walaupun ‘membawa’ penyakit tersebut sepanjang hayat bergantung kepada usaha mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang berkesan di samping memperbaiki gaya hidup.


Jumlah penghidap diabetes di Malaysia menunjukkan kenaikan yang membimbangkan.
Pada tahun 1996, sebanyak 6.5 peratus rakyat Malaysia di kalangan usia lebih daripada 30 tahun didiagnosis dengan penyakit tersebut dan meningkat kepada 9.5 peratus pada tahun 2006.


“Kebimbangan ini seiring dengan risiko penyumbang kepada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, angin ahmar dan strok.


“Pada tahun 2006 saja, dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun di Malaysia menghidap diabetes.


“Jumlah itu lebih tinggi berbanding mereka yang menghidap kanser atau AIDS,” terang Mafauzy kepada Jurnal.


________________________________________

Gemuk di pinggang


Ramai antara kita yang tidak sedar mengenai kecenderungan kumpulan tertentu dalam masyarakat yang berisiko tinggi mendapat diabetes.


Berita buruk ini bukan saja menakutkan mereka yang berusia di antara 40 hingga 50 tahun, bahkan menghantui wanita yang dalam fasa kehamilan, orang yang hipertensi, berpenyakit vaskular, dislipidaemia, serta mereka yang menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).


“Masalah kegemukan yang mencapai tahap obesiti juga membawa masalah lebih-lebih lagi jenis obesiti tengah iaitu kegemukan di bahagian perut dan pinggang.


“Kegemukan inilah yang menjadi punca utama rintangan insulin,” jelas Mafauzy.
Selain itu, faktor genetik sangat ketara dalam membentuk kemungkinan penghidapnya.


Mereka yang mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga perlu berwaspada dengan kemungkinan tersebut memandangkan masalah itu boleh diwarisi.


“Jika bercakap tentang pecahan mengikut kaum, orang India mempunyai kecenderungan tertinggi bagi penyakit ini, diikuti oleh orang Melayu dan Cina.


“Statistik 2006 juga mencatatkan bahawa Negeri Sembilan dan Melaka mempunyai laporan kes diabetes paling banyak, sementara penduduk Sabah adalah yang terendah mendapat diabetes,” ulas beliau yang mengaitkan trend perangkaan itu dari sudut populasi kaum, gaya hidup berasaskan kuasa ekonomi serta corak pemakanan.


Mesej yang hendak disampaikan sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia semalam adalah penyakit ini perlu dicegah dan dikesan lebih awal supaya apabila sudah didiagnosis, ia perlu diuruskan secara lebih agresif.


Setiap tindakan awal boleh menghindar rentetan masalah kesihatan yang lebih buruk.


“Bagi pesakit diabetes Jenis 2, komplikasi miksovaskular sudah boleh dikesan semasa diagnosis.


“Ini termasuklah keseriusan masalah berkaitan deria penglihatan atau retinopati (12 peratus), nefropati (18 peratus), disfungsi erektil (20 peratus) dan neuropati (12 peratus),” kata Mafauzy.


Disiplin


Maka, langkah mencegah yang pertama adalah dengan meningkatkan kepekaan terhadap faktor-faktor risiko iaitu melalui pemeriksaan.
Jika diabetes dikesan, keberkesanan penjagaan diet ideal dan senaman fizikal perlu dipertingkatkan agar berat badan dapat dikurangkan.

KEGEMUKAN menjadi punca utama rintangan insulin.
________________________________________


Pesakit juga perlu berdisiplin dengan senaman yang dijalankan. Ujian klinikal dan kecergasan mengesyorkan senaman minimum adalah dengan berjalan kaki selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu.


Sementara itu, pengambilan ubat-ubatan hanya boleh dimulakan sekiranya perubahan gaya hidup tadi tidak menunjukkan sebarang impak positif selepas enam bulan.


Sehingga kini dianggarkan lebih 285 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes. Sebanyak 344 juta lagi tergolong dalam kategori mereka yang berisiko tinggi menghidapnya.


Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 25 peratus rakyatnya akan menghidap diabetes menjelang tahun 2020.


Apakah kita masih tidak mengambil peduli untuk mengubah anggaran tersebut, atau sekurang-kurangnya berubah demi kebaikan diri sendiri?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm