"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, April 16, 2011

Elak makan telur mentah

 
TELUR masih lagi merupakan makanan utama rakyat Malaysia.


MINGGU lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, telur tiruan tersebut mengandungi pelbagai bahan kimia seperti natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.

Sihat

Telur itu memiliki saiz yang luar biasa di samping bentuknya tidak bulat dipercayai berlaku disebabkan penyakit.

Kekalutan yang timbul daripada isu telur tiruan itu membuktikan telur masih penting dalam diet harian rakyat Malaysia.

Sebelum ini, telur dianggap salah satu makanan paling mengelirukan dari segi kesihatan.

Mula-mula ia dikatakan sihat dan sumber protein. Kemudian, telur didapati mengandungi kolesterol dan semua orang beranggapan mengambil telur akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Tidak lama selepas itu, penemuan membuktikan kolesterol dalam telur adalah ‘neutral’ dan kita disarankan mengambil beberapa biji telur sehari.

Namun, penemuan pada tahun 2008 oleh penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati pengambilan sebanyak tujuh biji atau lebih telur dalam seminggu meningkatkan risiko kematian.

Daripada 21,000 lelaki yang dikaji selama lebih 20 tahun mendapati 1,550 orang diserang sakit jantung, 1,342 mendapat strok dan 5,000 meninggal dunia.

Di Malaysia, sukar untuk menentukan secara tepat bilangan telur yang diambil oleh rakyat negara ini kerana mereka turut mengambilnya secara tidak langsung seperti dalam kuih-muih, roti dan makanan lain.

Bagaimanapun, perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 10 bilion biji telur ayam dan itik dihasilkan di negara ini.

PENGHIDAP penyakit kardiovaskular disarankan mengambil bahagian putih telur sahaja.


Tiga biji

Menurut pakar pemakanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd. Razak, apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit.

Beliau menasihatkan pengguna supaya mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.

“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia atau penyakit kardiovaskular, mereka tidak perlu mengikut had yang disarankan, cukup dengan mengambil makanan seimbang.

“Malah kajian terbaru mengatakan pengambilan telur bagi individu normal membantu mengimbangkan kandungan kolesterol dalam badan,” ulasnya.

Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium.

Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.

“Sungguhpun begitu, jika seseorang menghidap penyakit kardiovaskular tetapi sangat meminati telur, mereka disarankan mengambil bahagian putihnya sahaja.

“Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan,” ujar Shariza lagi.

 Shariza menambah, sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.

Sejak dahulu lagi, telur sering dikaitkan sebagai salah satu makanan afrodisiak dan mampu meningkatkan tenaga seksual kaum lelaki lebih-lebih lagi telur ayam kampung yang bebas kimia.

Bagaimanapun, Shariza berkata tiada bukti saintifik mengatakan telur dapat meningkat kesihatan seksual.

Tetapi secara logik, jika kita makan makanan yang berzat, tubuh akan berfungsi secara optimum.

Seksual

DUA biji telur untuk sarapan pagi pasti mengenyangkan.






“Telur pula merupakan makanan lengkap yang diperlukan oleh badan, jadi pengambilannya boleh menyihatkan tubuh,” katanya.

Bagi atlet bina badan, telur merupakan makanan yang disyorkan kerana kandungan proteinnya.

Namun, ia juga perlu disertakan dengan corak pemakanan yang betul dan rutin senaman yang berkala bagi membina otot.

Shariza menambah, bagi mereka yang sentiasa mengalami kekangan waktu untuk mengambil sarapan, mereka disarankan mengambil sebiji telur sehari.

“Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan,” katanya.

Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian.

Jika pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton.

“Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan.

“Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan berhadapan risiko penyahhidratan akibat proses tersebut,” kata Shariza lagi.

Namun, risiko pengambilan lebihan protein adalah rendah kecuali kepada atlet yang terlibat dengan sukan tertentu kerana mereka memerlukan protein dalam jumlah yang besar.

Di pasaran, banyak produk telur didakwa memiliki kandungan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Menurut Shariza, telur tersebut biasanya mempunyai kandungan omega 3 tinggi sedikit daripada telur biasa.

Ulasnya, telur tersebut terhasil oleh cara penternakan ayam melalui pemberian makanan yang telah diformulasikan.

“Jika individu yang serius untuk meningkatkan pengambilan omega 3, lebih baik mereka mengambil hidangan ikan kerana ikan mengandungi asid lemak itu dalam kadar yang lebih tinggi,” ulasnya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Kencing kotor bukan tanda sakit buah pinggang

Soalan 1
Salam Doktor,

Saya telah berkahwin selama enam bulan. Masalah saya disini, saya selalu dijangkiti kencing kotor secara kerap.

Saya telah membuat check up di klinik berdekatan dan beliau memberi saya 3 jenis ubat iaitu painkiller (Diclofenac Sodium 50mg), antibiotik (Ceturoxime 250mg) dan pelawas kencing (Ural Effervescent Granules). Kekerapan jangkitan ini selalu terjadi ketika saya datang bulan. Kitaran datang bulan saya normal dan teratur iaitu 22 hingga 23 hari. Doktor mengdiagnosi melalui simptom loya, sakit di bahagian ari-ari, pinggang dan pundi kencing. Saya tidak mengalami kesakitan ketika membuang air kencing atau air besar cuma kesakitan yang dirasai ketika saya sedang duduk berehat dan sedang aktif seperti berjalan atau berlari.

Saya cuma mengalami kencing berdarah pada kali pertama dijangkiti kencing kotor.

Jangkitan berikutnya tidak diikuti dengan darah kecuali sakit seperti yang saya jelaskan tadi.

Doktor yang merawat menasihatkan saya supaya minum air lebih, jangan menahan kencing dan cuci bahagian kemaluan selepas bersama suami. Persoalannya di sini, adakah saya berkemungkinan besar menghidapi masalah buah pinggang dan sekiranya saya mengandung, adakah ubat yang di beri oleh doktor yang merawat saya boleh menjejaskan kandungan saya?

Lynn Kajang, Selangor.

Jawapan:

Kebiasaannya, orang ramai mempunyai tanggapan yang salah tentang kencing kotor. Kencing kotor biasanya terjadi akibat jangkitan kuman. Cara yang terbaik untuk mengesahkan anda mendapat jangkitan kotor atau tidak, lakukan pemeriksaan air kencing di makmal. Ia juga boleh mengesan sama ada masalah kencing kotor anda ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Jika ia hanya jangkitan air kencing biasa, ia tidak ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Begitu juga sekiranya anda mengandung, kencing kotor dan ubat-ubatannya tidak menjejaskan kandungan melainkan anda disahkan sakit buah pinggang.

Pembedahan batu karang jejas kandungan?

Soalan 2

Doktor,

Saya berumur 35 tahun dan belum pernah mengandung. Pada Jun tahun lalu, saya menjalani pembedahan buang batu karang di dalam buah pinggang. Baru-baru ini doktor mengesahkan saya mengandung tiga bulan. Soalan saya, adakah kandungan saya akan mengalami masalah kesan daripada pembedahan itu?

Sue, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Anda tidak perlu risau kerana pembedahan batu karang pada bahagian buah pinggang itu tidak akan menjejaskan kandungan. Lagipun ia tidak menjejaskan fungsi buah pinggang anda. Seperti ibu-ibu mengandung yang lain, saya nasihatkan anda menjaga pemakanan dan kandungan seperti biasa.

Stres isteri panas baran

Soalan 3

Saya berumur 47 tahun dan isteri berusia 40 tahun. Kami telah mendirikan rumah tangga hampir 20 tahun dan mempunyai empat anak.

Anak yang sulung berumur 20 dan yang kecil 10 tahun. Baru-baru ini, saya perhatikan dia akan cepat marah dan perilakunya agak agresif. Perkara yang remeh-temeh akan menjadi isu pertengkaran. Selalunya saya akan mendiamkan diri daripada melayan kerenahnya. Lama-kelamaan kesabaran saya tercabar juga. Kadang-kala saya dan anak-anak berasa stres dengan keadaan ini. Di sini ingin saya mendapat penjelasan doktor, adakah keadaan isteri saya ini satu penyakit dan bolehkah ia diubati serta pada doktor bahagian manakah perlu saya membuat rujukan?

Suami tertekan, Perak.

Jawapan:

Berdasarkan cerita saudara, susah untuk saya kesan sama ada randa-tanda itu ada hubungan dengan penyakit. Sifat cepat naik marah dan agresif ada hubungannya dengan tanda-tanda menopaus. Kebiasaannya ia menyerang wanita berumur 45 tahun ke atas. Susah nak dikatakan sekiranya panas baran tersebut ada kaitan dengan tanda-tanda awal menopaus, Sebaiknya, bawa dia berjumpa pakar sakit puan. Sekiranya sifatnya tidak ada kaitan dengan menopaus, mungkin anda boleh membawa isteri berjumpa dengan kaunselor perkahwinan atau pakar psikiatri.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Terapi ozon bantu penyembuhan


Darah dikeluarkan untuk menjalani proses terapi ozon.


TERAPI ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Namun begitu masih ada berpandangan terapi ozon menyamai rawatan hemodialisis. Ini kerana kaedah serta mesin yang digunakan untuk terapi ozon kelihatan menyerupai mesin untuk rawatan pesakit buah pinggang. Hakikatnya - terapi ozon dan hemodialisis adalah rawatan yang berbeza.

Dr. Nik Baizura Sabiamad ketika ditanya tentang terapi ozon menjelaskan lebih lanjut perihal rawatan tersebut. Penasihat Perubatan Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre itu memberitahu kaedah terapi ozon yang ditawarkan di situ adalah Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO). Kaedah tersebut diperkenalkan pada 1999 di mana darah pesakit dikeluarkan kemudian disaring lalu dialirkan udara ozon-oksigen.

Tempoh rawatan yang memakan masa sejam itu secara keseluruhannya akan melibatkan satu per tiga daripada keseluruhan darah dalam tubuh seseorang dikeluar dan disaring sebelum dialirkan ozon-oksigen.

Proses tersebut menurut Dr. Nik Baizura dibuat secara beransur di mana sebanyak 30 mililiter darah dikeluarkan setiap minit menghasilkan 1800 mililiter sepanjang sejam proses rawatan dijalankan.

Melalui kaedah EBOO, darah akan dialir keluar ke satu penapis di mana kuman, sel-sel kanser, kolesterol, toksin dan sebagainya akan ditapis. Selepas itu barulah proses oksigenasi dan ozonasi bermula. Darah yang telah disaring dialir semula ke dalam badan pesakit.

Dr. Nik Baizura yang berkelulusan doktor perubatan memberitahu, setiap pesakit yang mahu menjalani terapi ozon akan menjalani pelbagai pemeriksaan awal untuk menentukan tahap kesihatan.

Pemeriksaan tersebut juga bertujuan melihat apa sebenarnya masalah yang dihadapi pesakit.

Sejak dibuka lebih dua tahun lalu, pusat tersebut telah berjaya 'menunaikan' harapan banyak pesakit yang menderitai pelbagai jenis penyakit.

''Ada pesakit kencing manis, lumpuh, gout dan darah tinggi yang setakat ini semakin menunjukkan perubahan memberangsangkan,'' kata Dr. Nik Baizura. Paling penting menurut beliau, matlamat utama rawatan ozon yang ditawarkan di pusat itu bertujuan mengurangkan penggantungan pesakit terhadap ubat-ubatan.

''Alhamdulillah matlamat kami mencapai sasaran serta dapat meringankan beban pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan baru,'' katanya.

Bapa Dr. Nik Baizura bekas penembak negara Datuk Sabiamad Abdul Ahad yang bergantung kepada insulin untuk mengawal tahap gula turut beralih kepada rawatan ozon. Perubahan ketara dialami tokoh sukan itu.

Beliau kini aktif bersenam seperti biasa termasuk mengelilingi Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi sebanyak enam kali.

Bagi Farah Aina, melihat ibunya Habibah Mohd. Amin, 52, ceria menjalani kehidupan harian selepas sembuh daripada penyakit yang dideritai sejak setahun lalu cukup membahagiakan dirinya.

''Ibu mengalami bengkak pada kaki dan tangan yang sangat serius. Beliau tidak boleh bergerak dan akhirnya terpaksa menggunakan kerusi roda.

''Kini tidak lagi, perubahan ketara selepas menjalani tiga kali rawatan, ibu kini kembali aktif tetapi meneruskan terapi untuk menyelesaikan sisa-sisa penyakit,'' katanya.

Menurut Dr. Nik Baizura, pesakit digalakkan menjalani tiga kali rawatan iaitu sekali seminggu di peringkat awal terapi. Terapi ozon bukan saja untuk golongan berpenyakit tetapi juga sesuai kepada mereka yang sihat.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Piramid jadi panduan



Pengambilan makanan harian mengikut keperluan dan bukannya berasaskan selera.


PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.

Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik.

Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.

Karbohidrat

Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.

Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda.

Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.

Protein

Asas binaan tulang, darah dan otot.

Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.

Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu).

Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).

Lemak

Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.

Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.

Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.

Vitamin dan mineral

Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.

Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.

Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.

Air

Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.

Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).

Amalkan asas pemakanan sihat

Hanya anda yang boleh memastikan anak anda menerima yang terbaik dari segi pemakanan. Anda beruntung kerana ia bukanlah sesuatu yang sukar. Prinsipnya mudah - bekalkan makanan yang betul, pada masa yang betul, serta dalam jumlah yang betul.

Jadikan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan apabila membuat pilihan makanan. Hidangkan makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan di dalam piramid tersebut mengikut bilangan hidangan yang disarankan. Jangan lupa untuk mempelbagaikan makanan yang disediakan setiap hari kerana tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi kesemua keperluan pemakanan anak anda. Sentiasa berikan alternatif yang berkhasiat untuk makanan yang anak anda tidak gemari. Contohnya, hidangkan kangkung jika dia tidak gemarkan bayam; berikan ayam jika dia enggan makan ikan. Paling penting adalah memberinya gabungan makanan-makanan berkhasiat yang membekalkan pelbagai nutrien untuk menyokong keperluannya.

Berikut beberapa tip tabiat diet yang baik untuk ibu bapa amalkan di rumah:

l Pastikan anak anda makan sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat akan memberinya permulaan hari yang baik, menggerakkan metabolismenya, serta memberikan tenaga untuknya belajar dan bermain di sekolah. Anak anda boleh pilih sarapan pagi yang ringkas seperti segelas susu bersama semangkuk bijirin sarapan atau sandwich tuna. Bagi ibu bapa yang sentiasa terburu-buru pada waktu pagi, cuba rancang dan sediakan bahan ramuan pada malam sebelumnya.

 l Pastikan anak anda mempunyai tiga waktu makan utama dan dua snek setiap hari. Makan snek antara waktu makan akan membantu anak anda bertenaga sepanjang hari. Pilih snek yang berkhasiat, seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt. Bagaimanapun, jangan ganti waktu makan utama dengan snek. Jangan beri snek kepada anak anda dua jam sebelum waktu makan utama bagi mengelakkan anak anda hilang selera semasa waktu makan utamanya.

l Sediakan bekalan snek yang berkhasiat (seperti sandwic, buah-buahan potong) untuk anak anda bawa ke tadika atau sekolah. Ini merupakan satu cara memastikan dia makan secara sihat walaupun di luar rumah.

l Kurangkan menggoreng dalam minyak yang banyak, guna kaedah masak yang sihat seperti stim, kacau goreng, bakar dan panggang. Had penggunaan lemak, gula, garam dan perasa dalam masakan.

l Beri anak minum susu setiap hari. Jangan berhenti hanya kerana dia telah bersekolah. Galakkan dia minum 6-8 gelas air kosong sehari. Anda juga boleh memberi anak anda sumber cecair lain seperti sup dan jus, sebaik- baik-nya yang rendah lemak dan gula.

Pemakanan yang baik bukan sekadar boleh mencegah masalah berlebihan berat atau kurang berat dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah asas ke arah membentuk kesihatan mereka untuk jangka masa panjang.

Jadi tanamlah tabiat makan secara sihat di dalam anak anda daripada kecil, supaya dia akan menikmati tumbesaran dan perkembangan yang optimum, dan juga kesihatan yang baik pada masa hadapan.

PENULIS ialah Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Nutrisi Malaysia (NMM).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Fahami apa itu sedut lemak



Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua.


LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak dari lapisan bawah kulit. Untuk memahami apa itu liposuction, kita mesti memahami kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak.

Kulit bukan sahaja menjadi penutup badan malah ia adalah organ terbesar pada tubuh badan. Fungsi kulit di antaranya menghalang kita menjadi dehidrasi, menghalang organisme memasuki badan dan pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari. Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.

Lapisan yang terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak subkutan berada. Walaupun terdapat bahagian badan yang lain tempat menyimpan lemak seperti dalam rongga perut dan di sekitar organ dalaman, tetapi di hypodermislah di mana 50 peratus daripada jumlah ke semua lemak badan tersimpan. Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat , insulasi dan penyimpan tenaga.

Fungsi sel lemak adalah untuk menyimpan bahan kimia lipid yang menyediakan tenaga untuk tubuh. Tenaga ini disimpan sebagai lemak dalam sel lemak. Sebenarnya lemak secara terus-menerus dimasukkan ke dalam dan dibawa keluar daripada setiap sel lemak. Apabila pengunaan tenaga lebih sedikit daripada penyimpanan tenaga, maka ketidakseimbangan boleh berlaku. Secara umumnya jika anda makan terlalu banyak tetapi terlalu sedikit menggunakan tenaga, lemak terkumpul. Kegemukan juga boleh terjadi apabila proses mengeluarkan lemak dari sel lemak terganggu seperti ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Ada tiga lapisan lemak pada tubuh iaitu dua lapisan lemak pada kulit dan satu lapisan lemak di dalam tubuh badan yang dikenali lemak viscera. Lapisan lemak pertama adalah lapisan yang membentuk selulit jika berlebihan. Lapisan lemak kedua dipisahkan oleh sejenis lapisan yang dikenali sebagai fascia dari lapisan lemak pertama.

Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua. Oleh itu, masalah selulit juga boleh dirawat dengan kaedah liposuction.

Secara dasarnya, lemak disimpan di tubuh dalam dua bentuk utama. Pertama adalah bentuk gynoid. Ia merujuk kepada pengumpulan lemak di bahagian bawah badan, pinggul, paha dan punggung dan memberi bentuk pir. Bentuk kedua adalah android di mana lemak lebih tertumpu berkumpul di bahagian atas badan dan memberi bentuk epal. Namun begitu ia bukanlah satu kemestian sebaliknya hanyalah sebagai panduan sahaja.

Orang yang mempunyai badan berbentuk epal selalunya mempunyai masalah lapisan lemak visceral (lapisan ketiga) yang tebal. Mereka biasanya berperut buncit. Penjagaan diet dan senaman sangat penting untuk mengurangkan lapisan lemak viscera. Namun begitu masalah hormon atau ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan peningkatan lapisan lemak visceral (lemak dalam perut).

Peratusan lemak di dalam tubuh berubah-ubah dan dipengaruhi oleh hormon seperti insulin , estrogen dan testosteron. Apa yang anda perlu tahu apabila mencapai akil baligh, jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak bertambah kecuali jika anda menjadi tersangat gemuk. Selepas akil baligh, sel lemak hanya akan bertambah jika berat badan anda menjadi 200 peratus daripada berat badan ideal. Oleh itu peningkatan dan penurunan berat badan anda sekarang adalah kerana sel lemak itu mengempis atau mengembang. Oleh itu, satu cara untuk membuang sel lemak secara kekal adalah dengan melakukan liposuction.

Sedut lemak adalah prosedur membuang sel lemak. Sel lemak akan hilang buat selama-lamanya selepas disedut. Namun begitu, jika anda tidak menjaga pemakanan atau melakukan senaman, sel-sel lemak yang tertinggal boleh mengembang dan menyebabkan berat badan anda bertambah.

Ingin diperjelaskan bahawa, sedut lemak bukanlah jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai jalan untuk membuang lemak dengan cepat. Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetulkan ketidakseimbangan hormon. Menjaga makan dan senaman boleh memperbetulkan fungsi badan dan menghilangkan berat badan.

Namun begitu, jika anda telah menjaga pemakanan yang sihat dan betul, telah memperbetulkan hormon dan bersenam tetapi masih juga terdapat lapisan lemak di bahagian perut, saddlebags, dada,lengan atau paha maka liposuction boleh membantu.

Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti laser liposuction, power assisted liposuction, vaser liposuction, body jet liposuction dan sebagainya. Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan masing-masing. Namun begitu, yang paling penting adalah kemahiran dan pengalaman doktor yang melakukannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm

Asid lemak untuk wanita


Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan

Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.

Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia.

Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

Gagal hadapi tekanan

ATKALA dibuka pautan Wikipedia mengenai kes bunuh diri, terbentang senarai panjang nama-nama mereka yang menamatkan riwayat hidup dengan cara sedemikian.
Bukan calang-calang orang. Antaranya, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler yang mengambil jalan singkat dengan cara menembak mulut untuk melindungi diri daripada ditangkap tentera Soviet pada tahun 1945.

Tidak ketinggalan ahli politik Amerika, R.Budd Dwyer, mengambil langkah yang sama ketika sidang media diadakan pada 1987.

Sekadar memberi dua contoh yang menjadi ingatan masyarakat, sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan. Tidak keterlaluan andai dikatakan hampir setiap hari ia berlaku. Sama ada mengambil jalan drastik seperti menembak, menggantung, terjun dari tempat tinggi atau dengan mengambil ubat serta dadah berlebihan, tujuannya cuma satu - mati!

Sungguh tragik sehingga terbayang juga bagaimana mereka yang waras sampai mampu mengambil langkah sedemikian.

Pakar Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah berkata, tindakan membunuh diri merupakan satu keputusan dinamik dengan niat untuk menamatkan hidup yang berpunca daripada beberapa sebab.

"Bunuh diri di kalangan mereka yang waras biasanya bertujuan melarikan diri daripada masalah yang ditanggung.

"Justeru dengan tindakan sedemikian, mereka tidak perlu lagi memikirkan penyelesaian dan berhadapan dengan perasaan malu berikutan masalah tersebut," kata beliau.

Berbeza dengan mereka yang mengalami masalah mental, si pelaku biasanya sedar dan nekad dengan tindakan yang diambil.

Namun kata, pelaku juga mungkin mempunyai masalah berkaitan mental seperti kemurungan yang kadangkala tidak disedari menyebabkan mereka boleh melakukan tindakan sebegini.

Masalah

Tekanan sosial seperti masalah dengan kerja, keluarga atau peribadi merupakan punca utama seseorang individu mengambil jalan singkat dengan membunuh diri, kata Dr. Nor Hamidah.

"Biasanya melibatkan masalah besar dalam hidup atau boleh juga dipanggil tekanan akut membuatkan seseorang itu nekad untuk menamatkan riwayat hidup," katanya.

Jelas beliau lagi, kadangkala si pelaku tidak mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan. Dalam keadaan yang amat terdesak, satu keputusan drastik sudah cukup untuk menghentikan segala-galanya.

"Terdapat juga kes si pelaku kelihatan seperti tiada masalah namun sebenarnya mengalami tekanan hidup yang sangat terdesak," katanya.

Lantaran masalah yang ditanggung sukar diatasi, dalam masa yang singkat fikiran mereka boleh melangkaui prinsip sehingga melakukan satu perkara akhir iaitu dengan cara membunuh diri.

Sebagai contoh beberapa peristiwa di kalangan ahli politik di Jepun yang terlibat dengan skandal atau mengalami kekalahan.

Jalan paling singkat mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan melarikan diri daripada menanggung malu adalah dengan membunuh diri. Biasanya bila terjadi keadaan begini, kes tersebut ditutup.

Simptom

Jelas Dr. Nor Hamidah, mood mereka yang mengambil jalan singkat untuk membunuh diri biasanya boleh dikesan oleh orang yang terdekat.

"Ada yang memberi petunjuk jelas, seperti melalui kata-kata atau nota. Ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi kita tahu bahawa dia sedang menanggung tekanan yang tinggi," kata beliau.

Jelasnya, melalui keadaan seperti menyendiri, tidak banyak bercakap dan gelisah sudah menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah.

Bagi Dr. Nor Hamidah, masalah merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh semua individu. Terpulang pada bagaimana cara kita menangani, ia boleh menjadi masalah paling serius hingga membawa kepada tindakan membunuh diri.

"Masyarakat sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyekat tindakan akhir ini daripada berlaku. Jika merasai sesuatu kelainan pada orang terdekat seperti ahli keluarga, bawa mereka berjumpa pakar untuk mendapatkan penyelesaian," kata beliau.

Bagi mereka yang mungkin sedang melihat seseorang individu cuba untuk membunuh diri atau melakukan perkara yang menjurus ke arah itu, lakukan sesuatu sebelum terlambat.

"Seandainya kita tidak yakin untuk membantu, dapatkan bantuan luar seperti pihak berkuasa dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tidak menjadi penonton atau merelakan sahaja kejadian tersebut berlaku," kata beliau lagi.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_07.htm

Friday, April 15, 2011

Rumah rehat gaya pelayar



PONDOK Bali sesuai untuk bersantai sambil minum petang.


LAMBAIAN pokok serdang di pintu pagar utama bagaikan menggamit kedatangan pengunjung ke kediaman hujung minggu milik pesara tentera laut ini.

Selain membawa simbolik pengucapan selamat datang, helaian daunnya yang lebar dan berbelah di hujungnya juga seakan mahu menyatukan dua elemen asing antara pokok hutan besar di luar pagar dan kawasan halaman yang ditanam pelbagai jenis tanaman.

Ketelitian pemilik menjaga rapi keindahan tanaman bunga serta binaan ornamen taman tidak sekali-kali mengabaikan hamparan rumput karpet Taiwan yang menjadi nadi kepada tanah berkeluasan 1.3 hektar ini.

Terletak di kawasan perkampungan Janda Baik, Pahang, persekitaran tanah tinggi yang menawarkan udara dingin bukan sahaja indah untuk dinikmati malah menyuntik kedamaian buat pemiliknya, bekas Laksamana Muda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tuan Hashim Tuan Mohammad, 67.

Laut atas gunung

Kawasan kediaman ini mula dibangunkan pada tahun 2000 selepas beliau bersara dengan jawatan terakhir sebagai kapten kapal KD Hang Tuah.

“Saya sudah lama mengimpikan sebuah rumah rehat di kawasan bukit. 37 tahun hidup di lautan menjadikan saya sangat merindui daratan terutama pokok dan hutan,” ujarnya.

Memilih tema maritim, Hashim menjelaskan, ia adalah suatu penzahiran yang menceritakan hampir empat dekad keakrabannya bersama sang samudera.

Tambah Hashim lagi, lot kediaman yang diberi nama Sailor’s Rest ini bukan cetusan obsesinya terhadap dunia maritim semata-mata, tetapi ia adalah ekspresi cinta terhadap isterinya, Tengku Zanariah Tengku Mohd. Salleh, 60, anak-anak serta cucu-cucunya.

RUMAH perahu dijadikan sandaran utama konsep maritim yang diperkenalkan.


“Laut di atas gunung adalah tema yang cukup unik buat diri saya,” tuturnya.

Walaupun begitu, Hashim tidak lupa menyerapkan elemen seni bina negeri Kelantan, tempat asal-usulnya.

Buktinya, hiasan kerawang di sekeliling cucur atap serta tiang seri menjadikan banglo ringkas tersebut nampak lebih ketimuran.

Rekaan unik banglo tiga bilik berkonsepkan pengudaraan dan pencahayaan maksimum itu menggunakan pintu serta tingkap yang lebar.

Kemasan minimalis tetapi eksklusif yang diterapkan cukup untuk menjadikan suasana rehat tercipta, lebih-lebih lagi apabila angin dingin dari bukit berlumba-lumba menerobos masuk melalui jendela kaca yang sengaja dipasang rendah.

“Jika berdiri di mana-mana sudut di rumah ini, anda akan melihat pemandangan yang berbeza,” katanya.

Dari balkoni banglo, jika pandangan lurus ke hadapan, mata akan disajikan dengan keindahan taman luas yang menempatkan pelbagai spesies tumbuhan serta sebuah pavilion untuk berehat.

Dari sudut yang sama, formasi pelbagai jenis pokok membentuk seperti sauh begitu jelas kelihatan.

Jika berpaling ke sebelah kiri, sebuah rumah perahu layar yang ditempatkan di dalam kolam tersedia untuk ditatap.

Sekiranya mengalih pandangan ke kanan, tersedia deretan bungaan serta pokok hutan.

Jika berpusing ke belakang pula, pemandangan indah sungai sudah tentu menggamit anda untuk mendekatinya.

Laman tepi yang dekat dengan tebing sungai juga tidak dibiarkan kosong.

SANTAI di balkoni sambil menikmati pemandangan alam.


Binaan secara menegak sebuah pondok Bali beratap rumbia, wakaf kereta kuda dari Kemboja serta pangkin rehat sentiasa menarik minat untuk bersantai di situ.

Pondok

“Biasanya kami akan minum petang dan berbual di sini sambil melihat pemandangan sungai. Cucu-cucu pula akan bermain rumah-rumah di pondok Bali ini.

“Pada waktu malam pula, kami akan makan malam di beranda ataupun memanggang ikan di pangkin tepi sungai,” katanya.

Mendekati rumah perahu yang menjadi tarikan utama Sailor’s Rest, lelaki bergelar Datuk ini telah mengupah dua orang tukang perahu dari Kelantan dan Perak untuk membinanya.

“Ia bukan sekadar bot hiasan. Sebaliknya ia dilengkapi dengan bilik tidur berhawa dingin, ruang tamu, set televisyen, dapur serta kamar mandi.

“Ia seperti perahu layar sebenar, cuma ia tidak belayar ke mana-mana, tetap pegun di tengah-tengah kolam,” katanya.

Malah, kelengkapan yang tersedia di situ tidak ubah seperti salah satu suit kapal pelayaran mewah.

Selain juraian candelier yang menampilkan ciri eksklusif kamar tersebut, sebuah meja rendah diatur melintang
untuk dijadikan pemisah antara ruang tidur dan ruang tamu yang menempatkan kerusi serta meja kopi.

LALUAN masuk ke Sailor's Rest dihiasi barisan tanaman pokok yang dijaga rapi.


Di atasnya, terdapat replika kapal pelayaran mewah, hiasan kristal dan glob yang memiliki nilai sentimental buat Hashim.

Kunjungan kenalan dari Ireland hampir tiga tahun lalu memberi idea kepada Hashim untuk menawarkan pakej inap desa kepada mereka yang berminat.

Kini, selepas dua tahun setengah dibuka kepada orang ramai, hampir setiap hujung minggu, Sailor’s Rest menerima tetamu.

Boleh menerima kunjungan 10 penginap dalam satu masa, Sailor’s Rest menawarkan keunikan tersendiri dalam pakej inap desanya.

“Pengunjung yang datang menginap di sini sebenarnya telah membayar harga untuk menggunakan seluruh kawasan estet Sailor’s Rest.

“Jika sudah tiba musim buah, tetamu boleh petik buah dari pokok dan pancing ikan dari kolam atau sungai secara percuma.

“Tetapi ia hanya boleh dinikmati di sini sahaja bukan untuk dibawa pulang,” jelas Hashim yang akan berada di Sailor’s Rest jika ada tetamu yang menginap.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Alam_Damai&pg=al_01.htm

Legasi 111 tahun Kampung Baru



SEBUAH rumah yang telah diubahsuai dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.


MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.

Setahun kemudian, sebuah lembaga pentadbir khusus ditubuhkan iaitu Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan diwartakan oleh British bagi menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.

Kampung Baru dibentuk daripada tujuh buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk,

Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Kawasan dengan keluasan 90 hektar itu bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sebelah utara, Jalan Dang Wangi di selatan, Jalan Tuanku Abdul Rahman di barat dan di sebelah timurnya adalah Sungai Klang.

Pada awalnya kampung tersebut terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur.

Tokoh

Bandar berkenaan ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan.

KEDIAMAN bertiang tinggi ini boleh ditemui di Jalan Raja Muda Musa.


Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957, Kampung Baru menjadi tumpuan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri Semenanjung yang mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.

Lebih menarik, kampung yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit berjaya melahirkan ramai tokoh yang mungkin tidak diketahui ramai.

Antara tokoh tersebut ialah veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani; Pengasas Sapura Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Shamsuddin Abdul Kadir dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

Pada tahun ini, Kampung Baru mencecah usia 111 tahun malah penduduknya masih mengekalkan identiti tersendiri dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa dilihat di kampung serta terdapat rumah-rumah yang masih berdiri teguh dengan ciri-ciri tradisional.

RAGAM penduduk dan peniaga Kampung Baru dipertontonkan pada Pameran 3 Alam yang sedang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.


Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, sehingga kini terdapat lebih 100 rumah Melayu yang masih mengekalkan reka bentuk tradisional.

Reka bentuk

Kata beliau, reka bentuk rumah di kawasan tersebut berbeza kerana ia bergantung kepada kehadiran penduduk dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.

“Jadi kalau dilihat rumah yang cantik waktu dulu kebanyakan terdapat di sebelah Kampung Hujung Pasir yang mana rata-rata penduduknya datang dari Melaka dan beberapa negeri lain dengan binaan tangga yang cantik.

“Sementara rumah di Kampung Atas A dan B pun cantik dengan tiang-tiangnya yang tinggi. Itu semua rumah orang-orang kaya,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang masih mengekalkan kediamannya dengan reka bentuk tradisional, Muhd. Noor Muhd. Amin, 73, memberitahu, rumah pusaka yang didudukinya itu kini berusia 86 tahun dan masih utuh.

PENDUDUK kampung, Maimunah Ayub, 63, ceria menunjukkan gambar Sekolah Perempuan Kampong Bharu, tempat ibunya belajar pada zaman dahulu.




Dia yang meminati muzik klasik Melayu memberitahu, dahulunya kawasan sekitar rumahnya yang berpaya menjadi punca rumah dibina menggunakan tiang yang tinggi selain mengelak daripada banjir.

Pesara guru itu berkata, rumahnya sepanjang 30 meter dan lebar 15 meter itu berunsurkan gaya Limas dari Selangor dan dibina menggunakan kayu cengal yang tahan lama.

“Bermula dari pintu gerbang Jalan Raja Muda Musa ini, seingat saya hanya terdapat enam rumah yang masih mengekalkan konsep tradisional Melayu.

“Sebelum tahun 70-an, rumah di jalan ini semuanya diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun, semasa Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor, beliau memudahkan penduduk di sini mendapatkan pinjaman mengubahsuai rumah,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Alam_Damai&pg=al_01.htm

Rumah pusaka Batu Pahat



SUDUT wajib tandang sebelum tetamu pulang.


PERKENALAN dengan jejaka berusia 31 tahun ini membuka ruang kepada Jurnal untuk menyaksikan hasil kreativitinya yang bersifat neoklasik.

Cerminan cita rasa yang lahir daripada keghairahan terhadap barangan lama bukan sahaja membangkitkan nostalgia penghuni bahkan mengekalkan identiti rumah warisan berusia 100 tahun itu yang terletak di
Kampung Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

“Rumah ini adalah warisan daripada datuk kepada bapa saya, Suleiman Bakri, 73.

“Nilai sentimental rumah ini bukan sahaja terletak pada binaannya, tetapi juga pada jasanya yang menjadi saksi kehidupan empat generasi,” ujar Shahril Suleiman.

Ditunjangi rekaan rumah gaya limas, teratak kayu ini pernah diubahsuai pada tahun 2009 menjelang perkahwinan kakak sulung Shahril namun binaan asal dikekalkan.

Antara elemen rumah kampung yang dapat dilihat di rumah ini ialah anjung dan sutuh yang terletak di bahagian hadapan kediaman.

Biarpun tidak sarat dengan seni ukiran kayu mahupun hiasan kerawang, nilai klasik yang diterapkan di balik anjung ini masih dapat diterjemahkan menerusi jalinan kayu dan cucur atap bercorak bulan separuh yang melekap di sekeliling bumbungnya.

Dibina memanjang ke belakang, rumah dengan ketinggian sembilan meter ini masih mengekalkan jendela kayu sebagai pengalir udara utama buat seisi rumah.

“Kalau hendak tahu, baru lima tahun kebelakangan ini kami memiliki kipas angin.

Kesederhanaan

“Sebelum ini, kami hanya bergantung pada fungsi pintu dan tingkap,” ujar anak ketiga daripada enam beradik ini.

Kata-kata Shahril itu ada benarnya. Elemen pencahayaan semula jadi dari luar bebas dialirkan masuk menerusi binaan jendela yang besar turut membolehkan penghuni menikmati pemandangan luar yang segar dan redup.

KAMAR tidur yang menerima suntikan idea hiasan kontemporari.




Memiliki tiga ruang utama yang dibina pada ketinggian berbeza, kunjungan ke kediaman yang kaya dengan hiasan bunga ini tidak sah jika tidak meneroka isi dalamnya, dari muka anjung hingga ke dapur basah yang terletak di bahagian bawah.

Tidak begitu padat dengan hiasan, Shahril yang gemarkan penataan visual berorentasikan kesederhanaan lebih senang menggunakan barangan lama sebagai aksesori hiasan.

“Saya bekerja di Kuala Lumpur dan hanya pulang sekali dua dalam sebulan.

“Kesempatan pulang ke kampung itulah digunakan sepenuhnya untuk mengemas dan menghias rumah.

“Lantaran itu, ketelitian dalam penyusunan perabot atau aksesori hiasan perlu diutamakan supaya hasilnya kelak tidak membataskan aktiviti ibu dan bapa yang tinggal di sini,” ujarnya yang mengakui perlu patuh pada peraturan menghias yang ditetapkan bapanya.

Dilarang memaku

Menurut pengurus pusat beli-belah Jusco AEON AU2 di Setiawangsa, Kuala Lumpur ini, bapanya pernah melarang dia memaku dinding dan sehingga kini perabot yang mahu dibeli perlu mendapat pandangan bapanya terlebih dahulu.

“Perabot yang berat mungkin dapat menjejaskan struktur binaan lantai. Bapa sangat sayangkan kepingan lantai dan dinding asal rumah ini,” jelasnya.

LEKAPAN ukiran bunga berdiameter lebar menjadi tarikan di ruang utama.


Memasuki ruang tamu yang berbentuk L, tetamu pastinya tertarik dengan susun atur perabot yang ringkas tetapi cukup kemas.

Jumlah perabot yang minimum daripada potongan ringkas menyuntik rasa bebas dan santai.

Ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan formal dihubungkan oleh bahagian tengah rumah yang menjadi ruang keluarga melalui tangga.

“Jika keluarga berkumpul, kami lebih suka habiskan masa di sini, selain di dapur.

“Di sini, kami akan menonton televisyen bersama-sama. Malah, adakalanya kami lebih suka hamparkan saprah dan makan bersila di ruang ini,” ujar Shahril.

Di ruang sama, pandangan tidak lepas daripada memerhatikan meja makan yang klasik dan unik.

“Kayu pengalas meja makan ini asalnya adalah pintu dapur yang sudah tidak digunakan lagi.

“Daripada disimpan di dalam stor, saya ambil, bersihkan dan jadikannya meja,” katanya yang mahu mengekalkan elemen klasik dalam setiap perincian kemasan serta pemilihan perabot di rumahnya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Alam_Damai&pg=al_01.htm

Miaow Miaow dapat pengiktirafan



Miaow miaow memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekitar Batu Pahat, Johor.


Sebelum sampai ke kilang Miaow Miaow, ada satu perkara yang bermain di fikiran. Apakah agaknya keistimewaan atau makna perkataan miaow miaow sehingga menjadi jenama makanan ringan.

Kesempatan bertemu dan menemubual dengan pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Miaow Miaow Food Products Sdn. Bhd., Chink Poh Cheng berjaya merungkaikan segalanya.

"Segalanya bermula apabila kami berbincang dengan ahli keluarga bagi mencari jenama yang mudah diingat dan disebut oleh semua orang walau seorang kanak-kanak.

"Secara kebetulan, tiba-tiba seekor kucing peliharaan ahli keluarga kami melintas di hadapan sambil mengiau.

"Serentak kami bersepakat menggunakan perkataan miaow miaow sebagai jenama produk makanan ringan," katanya membuka cerita.

Sudah sememangnya apabila sebut saja Miaow Miaow kita pasti teringat makanan ringan yang dijual di pasar raya, stesen minyak dan kedai runcit.

Logo wajah kucing berwarna hijau kuning dengan perkataan Miaow Miaow sememangnya sinonim dengan makanan ringan kegemaran kanak-kanak.

Ditanya bagaimana syarikat Miaow Miaow memulakan operasinya, Poh Cheng berkata, segalanya bermula pada tahun 1975 sebagai syarikat jual beli serbuk pencuci dari Taiwan dengan modal hanya RM8,000.

"Sebenarnya pelbagai cabaran yang terpaksa kami lalui sebelum sampai hingga ke tahap ini," katanya semasa ditemui di kilangnya di Parit Sengkuang, Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Lawatan tersebut merupakan usaha AgroBank bertujuan menjejaki usahawan bimbingannya begitu menyerlah dan berjaya.

Poh Cheng yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat broker saham berhenti kerja bagi memberikan komitmen sepenuh masa kepada .

Ini bagi membolehkan Poh Cheng mengubah haluan dengan menceburkan diri dalam perniagaan sabun serbuk.

Bagaimanapun bagi mempelbagaikan perniagaanya, dia serta ahli keluarganya menceburkan diri dalam pembungkusan dan pengedaran makanan seperti biskut dan makanan ringan.

Pada 1989, dia membina kilang menggunakan wang yang dikumpul semasa bekerja dan keuntungan yang didapati semasa perniagaan sabun.

Walaupun tiada sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan Poh Cheng sentiasa mengemaskini akaun setiap hari.

"Bagi saya dalam perniagaan kita perlukan melakukan tiga perkara utama iaitu kemas kini akaun setiap hari, periksa stok setiap bulan dan membayar pembekal secara tunai pada masa yang ditetapkan," katanya.

Poh Cheng berkata, semuanya hasil pengalaman yang ditimba semasa bekerja dengan bekas majikannya.

"Saya menggunakan segala pengalaman yang saya timba semasa bekerja di firma broker bagi memajukan
perniagaan.

"Sehingga kini kami masih melakukan perkara yang sama," katanya.

Memandangkan tiada pengalaman dalam bidang peruncitan, Poh Cheng mengambil inisiatif melakukan analisis jualan setiap hari bagi meninjau trend pasaran pengguna.

"Ketika itu saya mendapati pembeli makanan ringan di kedai runcit lebih menyukai makanan yang dibungkus dalam paket-paket kecil yang murah dan mudah dibeli.

"Mungkin pelanggan di kedai runcit kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan mereka yang berpendapatan rendah.

"Ketika itu pembelian dengan paket besar belum lagi menjadi kebiasaan orang ramai," katanya yang sentiasa mencari perubahan untuk membangunkan perniagaan.

Bagaimanapun perniagaan biskut tidak mendapat sambutan sehingga beliau berubah kepada makanan ringan.
Kini, segala penat lelahnya membuahkan hasil apabila syarikat Miaow Miaow kini mempunyai 215 orang pekerja.

Malah apa yang lebih membanggakan, produk Miaow Miaow telah mendapat pengiktirafan HACCP pada tahun 2003, ISO 9001:2000 dan sijil Halal.

"Di sini kami amat menitik berat mengenai kebersihan, kesihatan, keselamatan makanan, halal tanpa berkompromi dengan rasa kegemaran pelanggan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm

Rempah perniagaan keluarga Noraini


Noraini Nasir (kiri) memerhatikan adunan rempah mi bandung
di rumahnya di Batu Pahat, Johor.


Berada dalam keluarga yang berniaga sate secara kecil-kecilan, menjadikan Noraini Nasir, 58, tidak kekok menjalankan perniagaan.

Pengalaman membantu ibunya berniaga soto, sate dan mi bandung dengan menyediakan ramuan rempah akhirnya menjadikan Noraini mahir dan seterusnya mampu menghasilkan rempah soto dan mi bandungnya sendiri.

Hasil titik peluh dan ilmu yang dipelajari daripada keluarga, khususnya ibu, Noraini kemudian berjinak-jinak berusaha memulakan perniagaan sendiri.

Namun, ketika itu pasaran Noraini hanya terhad kepada saudara-mara dan sahabat-handai yang tinggal berhampiran.

"Ketika itu saya mula menghasilkan satu kilogram (kg) rempah.

"Kemudian meningkat kepada tiga kg, lima kg hinggalah sekarang lebih 15 kg sehari," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Sate, Batu Pahat, Johor baru-baru ini bersama-sama rombongan AgroBank.

Selepas mendirikan rumah tangga, semangat Noraini untuk meningkatkan perniagaannya tidak luntur, malah sentiasa sentiasa berusaha mencari jalan meningkatkan ekonomi keluarga.

Noraini yang tidak betah tinggal diam di rumah mula mengikuti pelbagai kursus seperti jahitan dan masakan.

Lebih meminati masakan, Noraini memilih bidang jahitan sebagai mengisi masa lapang dengan menjahit baju ahli keluarga serta kelengkapan rumah lain.

"Selepas berumah tangga, saya memilih untuk mengeluarkan rempah soto dan mi bandung yang pada mulanya untuk pasaran saudara-mara, sahabat-handai dan jiran," katanya yang banyak dibantu oleh anak ketiganya Nurulhuda Ahmad.

Noraini berkata, sehingga kini anak-anaknya banyak membantu dalam operasi mengeluarkan rempah.

"Kini selain anak-anak membantu, terdapat tiga orang pekerja sambilan bagi melicinkan operas pengeluaran rempah," katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Ketika permintaan rempah soto dan mi bandung keluarannya semakin meningkat, Noraini menjengah Bank
Pertanian Malaysia (kini dikenali dengan AgroBank) bagi mendapatkan pinjaman bagi menambahkan modal.

Kali pertama pada tahun 2003, beliau mendapat pinjaman menerusi skim Skim Kredit Mikro (SKM) berjumlah RM10,000.

Apabila perniagaan semakin meningkat, Noraini memohon pinjaman tiga kali lagi pada tahun 2006, 2007 dan 2010.

Pada kali kedua, Noraini mendapat pinjaman sebanyak RM10,000 menerusi skim Modal Usahawan Tani (MUST) Normal.

Pada kali ketiga, sekali lagi beliau mendapat pinjaman RM20,000 menerusi skim MUST Normal.

Manakala pada tahun lepas dia menerusi skim Micro ESP-i sebanyak RM20,000 untuk membesarkan lagi perniagaannya bagi membeli mesin dan pelbagai peralatan lain.

Buat masa sekarang, Noraini boleh mengeluarkan sehingga 3,000 hingga 4,000 bungkus rempah soto dan mi bandung sebulan.

Bercerita mengenai pasaran, Noraini berkata, biasanya pembeli akan datang ke rumah mendapatkan bekalan.

"Sehingga kini, rempah soto dan mi bandung Nurain boleh didapati di kedai runcit, pasar serta pasar mini sekitar Batu Pahat dan Muar.

"Selain itu pengusaha kantin sekolah dan restoran di sekitar Batu Pahat dan Muar juga mendapat bekalan rempah dari saya," katanya.

Menyentuh mengenai bahan mentah yang digunakan yang menjadikannya lain daripada yang lain, Noraini berkata, dia sentiasa memastikan mutu bahan mentah terutama ketumbar yang digunakan.

"Saya sentiasa menggunakan rempah seperti ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang bermutu dan tulen bagi memastikan rasanya," katanya.

Dia juga sentiasa ingat pesanan arwah suaminya agar sentiasa memastikan bahan yang digunakan bermutu tinggi bagi kepuasan pelanggan.

Noraini menambah, beliau mempunyai impian membina kilang memproses rempah soto dan mi bandung serta meluaskan lagi pasaran hingga ke seluruh negara malah ke luar negara.

Menyentuh mengenai persaingan, Noraini berkata, dia sentiasa mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan.

"Ini dapat dicapai dengan menjaga kualiti dan mendapatkan bahan mentah terbaik daripada pembekal," katanya.

Noraini berharap usahawan yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan sepertinya mulakan dengan modal yang kecil dan tidak lekas putus asa.

"Saya mulakan usaha ini dengan modal sendiri yang sangat kecil sebanyak RM200 dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm

Penjagaan pastura

FAKTOR utama yang perlu difikirkan sebelum memelihara ternakan ruminan ialah makanan yang mana sebahagian besarnya adalah makanan hijauan terdiri dari rumput pastura dan foder.

Pastura adalah rumput yang bermutu dan berprotein tinggi yang ditanam dan diuruskan secara ragutan.

Foder adalah rumput dan lain-lain tumbuhan juga yang bermutu dan berprotin tinggi yang ditanam namun diuruskan secara potong dan angkut (cut and carry).

Kedua - dua tumbuhan hijau ini tergolong dalam famili Graminae (Poacea) dan merupakan tumbuhan monokotiledon.

Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang bagi mencapai tahap kesihatan yang baik, kadar tumbesaran, kebolehan membiak dan menghasilkan daging atau susu.

Setiap hari ternakan memerlukan pastura atau foder segar sebanyak 10 peratus dari berat badan. Antara aspek pengurusan yang penting adalah pengurusan rumput yang baru ditanam meliputi jangkamasa potongan atau tekanan ragutan, pembajaan tahunan, kawalan rumpai, serta kadar muatan ternakan (stocking rate).

Sistem penternakan burung walit ZDA



ZDA akan memberi tumpuan menghasilkan inovasi berkaitan industri walit pada beberapa siri akan datang.


Permintaan tinggi industri burung walit atau burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru pada masa kini. Oleh hal yang demikian, bermula dari siri inovasi kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) akan berkongsi kepada pembaca tentang pengenalan, pengetahuan dan sistem yang digunakan dalam industri menternak burung walit.

Kali ini kami akan memperkenalkan secara umum berkenaan perusahaan burung walit dan bermula minggu hadapan, kita akan berkongsi inovasi-inovasi secara bersiri bagi perusahaan ini.

Burung walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur.

Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang atau kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon.

Burung walit mempunyai kebiasaan berdiam di gua atau rumah-rumah yang cukup lembab dan menggunakan langit-langit untuk menampalkan sarang sebagai tempat beristirehat dan membiak.

Hasil dari penternakan walit ini adalah sarangnya kerana dibuat dari air liur walit.
Sarang walit selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat kepada kesihatan manusia. Kebaikan yang ingin dikongsi adalah sarang walit berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Bermula sedekad yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya.

Disebabkan mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab.

Keperluan asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

*Pembinaan rumah walit

*Memasang sistem audio

*Pembesar suara

*Memasang sistem paip jaringan

*Sistem kawalan keselamatan

*Memasang satu alat parabola untuk memanggil burung dengan jarak 3km

Setiap keperluan asas atau sistem yang digunakan seperti disebutkan akan dikongsi lebih terperinci bermula siri inovasi pada minggu hadapan.

Oleh sedemikian, diharap pembaca-pembaca akan menyimpan keratan akhbar supaya tidak ketinggalan.

Sistem yang dikongsikan oleh ZDA kepada pembaca hanya sekadar pengetahuan, alat-alat yang ingin ditambah oleh pembaca sendiri adalah mengikut kreativiti individu.

Harus diingat keberkesanan sistem adalah hanya 40 peratus manakala 60 peratus selebihnya adalah bergantung kepada kawasan, kedudukan, cuaca dan rezeki yang tidak boleh dinafikan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my

Thursday, April 14, 2011

10 spesis burung cenderawasih tercantik

Ada pelbagai jenis spesies dalam keluarga Paradisaeidae, atau lebih dikenali dengan bird of paradise. Ada kira-kira 13 jenis dari burung-burung ini dan yang paling terkenal adalah jenis Paradisaea.

Kita menyebutnya dengan nama burung cendrawasih. Bercirikan dengan warna yang menarik dan cerah, bulu berwarna kuning, biru, merah, dan hijau. Dengan warna-warna yang demikian burung ini menjadi burung paling indah dan menarik di dunia, sehingga disebut sebagai burung dari surga.

Burung cendrawasih banyak ditemui di Papua atau Papua New Gunuei dan pulau-pulau sekitarnya, termasuk juga Australia Timur. Sayangnya kewujudan burung ini semakin berkurang seiring dengan banyaknya perburuan liar yang tidak bertanggungjawab.

1. Lesser bird of paradise (Paradisaea minor)
The Lesser bird of paradise dikenali dengan nama Cendrawasih kuning kecil. Burung ini berukuran sederhana dengan panjang sekitar 32 cm, berwarna merah-coklat dengan mahkota kuning dan ekor atas kuning coklat.



Burung jantan mempuyai leher berwarna zamrud-hijau tua, sepasang ekor panjang dan dihiasi dengan bulu hiasan sayap yang berwarna kuning di bahagian pangkal, berwarna putih di bahagian luarnya.


Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, mempunyai kepala berwarna coklat tua, dada berwarna putih dan tanpa dihiasi bulu-bulu hiasan.
Kawasan habitatnya meliputi seluruh hutan bahagian utara Papua New Gunuei dan pulau-pulau di dekat Misool dan Yapen.




2. Raggiana bird of paradise (Paradisaea Raggiana)


The Raggiana bird of paradise dikenali juga dengan nama Count Raggi’s bird of paradise. Burung ini juga dikenali sebagai burung Cendrawasih. Habitat burung ini terdapat secara meluas di Pulau Irian selatan dan timur laut.


Mempunyai panjang 34 cm panjang, berwarna merah-coklat kelabu, kepala kuning dan kaki berwarna coklat kelabu. Burung jantan mempunyai mahkota kuning, leher zamrud-hijau tua dan kuning di antara leher.


Warna bulu sayap bervariasi dari merah ke jingga tergantung subspesies. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat dan tidak mempunyai bulu-bulu hiasan.



3. Astrapia Ribbon-tailed (Astrapia mayeri)


Ini adalah salah satu jenis burung cendrawasih yang paling spektakular. Namanya Astrapia Ribbon-tailed dan mempunyai bulu ekor terpanjang dalam kaitannya dengan ukuran badan, panjangnya mencapai lebih dari tiga kali panjang tubuhnya.

Panjang burung dewasa mencapai 32 cm dengan ekor burung jantan yang boleh mencapai 1 meter. Burung jantan mempunyai warna hitam dan hijau zaitun sedangkan burung betina berwana coklat.
Burung jantan mempunyai ekor panjang berbentuk pita berwarna putih. Kawasan habitatnya adalah di bahagian tengah Pulau Irian.


4. Blue bird of paradise (Paradisaea rudolphi)

Burung ini berukuran kira-kira 30 cm, berwarna hitam, kepala warna coklat gelap, kaki kelabu. Burung jantan dihiasi dengan bulu sayap dengan dominasi warna ungu biru. Sehingga disebut juga dengan Cendrawasih Biru.

Blue Bird of Paradise adalah burung endemik Papua New Gunei .Kawasan habitatnya meliputi pergunungan tenggara
Papua New Gunei.


5. Riflebird Paradise (Ptiloris paradiseus)

Kalau anda pernah menonton filem Planet Earth, maka anda akan melihat burung ini. Burung ini mempunyai panjang kira-kira 30 cm dengan burung jantan berwarna hitam dengan warna-warni mahkota biru kehijauan, kaki hitam, kepala coklat gelap dan mulut kuning
Burung betina jenis ini berwarna coklat zaitun. Merupakan endemik di Australia timur, Riflebird juga terdapat di hutan hujan di New South Wales dan pusat Queensland.
Burung jantan dapat mengembangkan sayapnya dan memamerkannya sambil bergerak ke kanan dan ke kiri di hadapan burung betina untuk memikat burung betina.




6. Red bird of paradise (Paradisaea rubra)


Kita menamakannya Cendrawasih Merah, panjang kira-kira 33cm berwarna kuning dan coklat, serta berparuh kuning. Burung jantan dewasa boleh mencapai 72cm termasuk bulu-bulu hiasannya yang berwarna merah darah dengan hujung berwarna putih pada bahagian sisi perutnya.
Bulu muka berwarna hijau zamrud gelap dan di ekornya terdapat dua buah tali yang panjang berbentuk pilin ganda berwarna hitam. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat tua dan tidak mempunyai bulu-bulu hiasan.


Merupakan endemik dari Indonesia, Cendrawasih Merah hanya ditemui di hutan dataran rendah pada pulau Waigeo dan Batanta di kabupaten Raja Ampat, daerah Irian Jaya Barat.




7. Lawes’s Parotia (Parotia Lawesii)


Parotia lawesii berukuran sederhana dengan 27 cm. Kawasan habitatnya meliputi hutan pergunungan di tenggara dan timur Papua New Gunei. Burung jantan memiliki warna hitam dengan kening putih, warna-warni tengkuk biru ungu dan emas bulu dada hijau.
Dihiasi dengan tiga kawat hias kepala dari belakang setiap mata dan memanjang mengapit bulu yang berwarna hitam. Burung betina berwarna coklat dengan kepala burung gelap, dada kuning dan gelap.




8. King of Saxony bird of paradise (Pteridophora alberti)


King of Saxonyi adalah sejenis burung pengicau berukuran kecil, dengan panjang kira-kira 2cm. Burung jantan dewasa mempunyai bulu berwarna hitam dan kuning tua, dikepalanya terdapat dua helai bulu kawat bersisik biru-langit berkilap seperti panji yang panjangnya mencapai 40 cm dan dapat ditegakkan semasa memikat betina.
Burung ini dimakan Cendrawasih Panji. Bulu mantel dan ekor tumbuh memanjang berbentuk tudung berwarna hitam. Dada mata berwarna coklat tua, kaki berwarna kelabu coklat dan paruh berwarna hitam dengan bahagian dalam mulut berwarna hijau laut.


Burung betina berwarna kelabu coklat dengan garis-garis dan bintik gelap. Betina berukuran lebih kecil dari burung jantan dan tanpa dihiasi mantel atau bulu kawat hiasan. Kawasan habitatnya terdapat di hutan pergunungan pulau Irian.




9. Wilson’s Bird of Paradise (Cicinnurus respublica)


Wilson’s Bird of Paradise berukuran agak kecil dengan 21 cm. Burung jantan adalah berwarna merah dan hitam dengan jubah kuning di leher, mulut hijau muda, kaki biru dan dua bulu ekor berwarna ungu yang melengkung.
Sementara itu betina berwarna coklat dengan mahkota biru. Merupakan endemik Indonesia, dengan kawasan habitatnya di bukit dan hutan hujan dataran rendah Kepulauan Waigeo dan Batanta dari Papua Barat.




10. Princess Stephanie’s Astrapia (Astrapia stephaniae)
Stephanie Astrapia berukuran kira-kira 37 cm, burung ini berwarna hitam dengan warna-warni kepala biru-hijau dan ungu, disamping itu mempunyai bulu ekor panjang hitam ungu.
Burung betinanya berwarna coklat gelap dengan kepala hitam kebiruan. Habitat aslinya ada di pergunungan di pusat dan timur Papua New Gunei.