"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rejab 1441H☆


وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ

“Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih" [Surah al-Waqi'ah 20]

#Para ahli tafsir seperti Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan mengatakan di dalam syurga terdapat banyak buah-buahan dan setiap ahli syurga itu bebas untuk memilih buah apa yang diingininya. (Lihat Tafsir al-Qurthubi)

وَفَـٰكِهَةࣲ كَثِیرَةࣲ * لَّا مَقۡطُوعَةࣲ وَلَا مَمۡنُوعَةࣲ

"Serta buah-buahan yang banyak. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya" [Surah al-Waqi'ah 32-33]

#Antara buah-buahan syurga yang disebut oleh Allah di dalam firmanNya ialah buah delima dan kurma.

فِیهِمَا فَـٰكِهَةࣱ وَنَخۡلࣱ وَرُمَّانࣱ

"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima" [Surah ar-Rahman 68]

#Buah-buahan itu pula sangat mudah dipetik dan dinikmati.

وَدَانِیَةً عَلَیۡهِمۡ ظِلَـٰلُهَا وَذُلِّلَتۡ قُطُوفُهَا تَذۡلِیلࣰا

"Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya" [Surah al-Insan 14]

#Oleh itu, kita digalakkan untuk makan buah-buahan terutama kurma kerana mengandungi pelbagai kebaikan dari sudut kesihatan dan pencernaan. Selain itu, kita juga disarankan agar mendahului makan buah-buahan sebelum menikmati makanan yang lain.

#Imam al-Ghazali rahimahullah berkata:

تَرْتِيبُ الْأَطْعِمَةِ بِتَقْدِيمِ الْفَاكِهَةِ أَوَّلًا إِنْ كَانَتْ فَذَلِكَ أَوْفَقُ فِي الطِّبِّ فَإِنَّهَا أَسْرَعُ اسْتِحَالَةً فَيَنْبَغِي أَنْ تَقَعَ فِي أَسْفَلِ الْمَعِدَةِ وَفِي الْقُرْآنِ تَنْبِيهٌ عَلَى تَقْدِيمِ الْفَاكِهَةِ

“Turutan cara makan yang dianjurkan adalah dengan mendahulukan memakan buah kerana itu sesuai dengan ilmu kedoktoran. Tambahan pula, ia (buah) lebih cepat dicerna maka lebih baik buah berada di bahagian bawah perut (berbanding makanan yang lain). Di dalam al-Quran terdapat peringatan agar mendahulukan memakan buah.” (Lihat Ihya’ ‘Ulum al-Din)

#Nikmatilah kesedapan dan kenikmatan buah-buahan didunia ini sebelum kita dapat menikmati kesedapan dan keenakan buah-buahan syurga yang tidak dapat digambarkan keenakan dan kelazatannya.

♡Inilah gambaran sebahagian dari kenikmatan dan keindahan syurga yang tiada taranya. Masih banyak lagi kenikmatan dan keindahan Syurga. Berusahalah agar kita berjaya mendiami syurga yang nikmatnya tiada tolok bandingannya♡


No comments: