"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Akhir 1441H☆


وَمَاۤ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?" [Surah al-Balad 12]

#Tadaddur Kalamullah semalam (13 Jamadil Akhir 1441H) menyebut amalan pertama yang jika dilakukan akan beroleh kedudukan/darjat yang tinggi disisi Allah swt iaitu membebaskan hamba sahaya. Amalan yang berikutnya ialah:

2. Memberi makan pada hari kelaparan

أَوۡ إِطۡعَـٰمࣱ فِی یَوۡمࣲ ذِی مَسۡغَبَةࣲ

"Atau memberi makan pada hari kelaparan" [Surah al-Balad 14]

#Ibrahim an-Nakha'i rahimahullah mengatakan bahawa yang dimaksudkan tentang ayat ini ialah di hari makanan sukar didapati, sukar dicari (saat krisis, bencana dan musibah).

#Apabila berlaku peperangan, kemarau, gempa bumi, banjir besar, serangan virus berbahaya dan seumpamanya maka manusia berada dalam suasana yang sangat sukar untuk mendapat bekalan makanan. Mereka hidup dalam kebuluran dan kelaparan.

#Allah swt mengatakan sesiapa yang membantu memberi makan kepada orang yang memerlukan di saat-saat getir ini maka tergolong dalam amal yang tinggi darjatnya disisi Allah swt.

#Daripada Sayidina Abu Musa r.a, Rasulullah saw bersabda:

فُكُّوا الْعَانِىَ يَعْنِى الأَسِيرَ, وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ

“Bebaskanlah tahanan, berilah makan orang yang lapar, dan jenguklah orang sakit.”(HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.a, ia berkata,

أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ

Ada seseorang bertanya kepada Nabi saw: "Islam yang bagaimana yang paling baik?". Baginda saw bersabda: "Memberi makan (pada yang memerlukan)..." (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Ibnu Umar r.huma, Nabi saw bersabda:

وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ

“Sesiapa yang sentiasa membantu (menyelesaikan) hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa menolongnya dalam (menyelesaikan) hajatnya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Rajinlah membuat orang lain bahagia dan bantulah kesusahan mereka kerana amalan ini termasuk amal yang tinggi darjatnya disisi Allah♡

*Tiga lagi amalan akan di sambung dalam Tadabbur Kalamullah yang berikutnya.....(bersambung lagi)


No comments: