"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

Haman: Kisah Penasihat Yang Merosakkan


1. Allah mengabadikan kisah Haman sebanyak enam kali di dalam al-Quran. Semua nama Haman disebut bersama dengan nama Firaun, menunjukkan betapa rapatnya hubungan Haman dengan Firaun. Firman Allah ini:

إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ

“Sesungguhnya Firaun dan Haman serta tentera mereka berdua adalah golongan yang bersalah. (al-Qasas:8)

2. Perhatikan ayat ini, Allah menyebutkan nama Haman bersama dengan Firaun. Malah Allah menggunakan lafaz “tentera mereka berdua” seolah Haman dan Firaun mempunyai kedudukan yang sama, iaitu Tuan dan penasihatnya sama-sama bersalah.

3. Menurut Ibn Kathir, Haman adalah Menteri yang menasihati Firaun dalam perkara yang merosakkan. Bahkan, apabila ada agenda yang jahat, Firaun akan mengarahkan Haman untuk melakukannya. Seakan mereka saling membantu dalam usaha kejahatan.

4. Penasihat yang merosakkan ini ada di mana-mana. Ada sahabat yang menasihatkan kejahatan buat kawannya. Ada penasihat yang menasihatkan perkara yang mengelirukan kepada Menterinya yang akhirnya mereka tidak sedar akan kemungkaran yang dibawa.

5. Atas dasar itu al-Imam Sufyan al-Thauri ketika menghuraikan tentang hadith kepentingan bersahabat dengan sahabat yang baik menyebutkan tentang Haman dan Firaun ini. Beliau seakan menggambarkan pemimpin menjadi rosak disebabkan oleh penasihat mereka juga yang merosakkan. Kata Sufyan al-Thauri:

 انْظُرُوا إِلَى فِرْعَوْنَ مَعَهُ هَامَانُ

“Perhatikan (apa yang berlaku) pada Firaun yang memiliki (penasihat yang rosak) iaitu Haman. (al-Khattabi, Kitab al-Uzlah)

6. Al-Imam al-Tabari turut merekodkan kisah bagaimana Firaun tertarik dengan pendekatan dakwah Nabi Musa yang menegurnya kesesatannya. Namun, setelah berjumpa dengan Haman, dia kekal atas kejahatannya setelah dinasihatkan oleh penasihatnya tadi. (al-Tabari, Tarikh; al-Ghazali, Ihya Ulumuddin).

7. Dengan sebab itu Rasulullah pernah bersabda:

"إِذَا أَرَادَ اللهُ بِالأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزيرَ صِدْقٍ؛ إِنْ نسِيَ ذَكَّرَهُ، وإنْ ذَكَرَ أَعَانه، وإِذَا أَرَادَ اللهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيْرَ سُوْءٍ؛ إِنْ نسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وإنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ"

“Apabila Allah berkehendakkan Pemimpin yang baik, maka dijadikan kepadanya Penasihat yang benar. Sekiranya dia lupa, maka penasihatnya akan mengingatkannya, sekiranya dia ingat, penasihatnya akan membantunya. Namun sekiranya Allah berkehendakkan yang selainnya (yang tidak baik) maka dijadikan Pemimpin itu mempunyai Penasihat Yang Jahat. Apabila dia leka, penasihatnya membiarkan sahaja, apabila dia ingat (untuk melakukan kebaikan), penasihatnya tidak membantunya.” (HR Abu Daud, Ibn Hibban) 

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: