"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Akhir 1441H☆



مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ یَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [Surah at-Taghabun 11]

#Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang samada pada dirinya, hartanya atau anaknya melainkan dengan qadha dan takdir Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, qadhaNya dan takdirNya nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya dengan berserah diri kepada perintahNya, dan redha dengan takdirNya.

#Seorang Mukmin yang mendapat petunjuk Allah serta benar ketaqwaannya terhadap Allah swt, tidak pernah melihat musibah sebagai perkara yang merosakkan iman atau menjauhi diri daripada terus beriman, melainkan menerima ujian musibah sebagai sebahagian daripada kebaikan dan ganjaran pahala daripada Allah swt.

#Rasulullah saw bersabda: "Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (HR Muslim)

#Berkata Sayidina Umar bin al-Khattab r.a: "Demi Allah, tidak ada satu bala yang menimpa ke atasku melainkan Allah memberikan empat nikmat kepadaku, iaitu

1. Pertama, musibah itu tidak dikenakan kepada agamaku melainkan musibah itu untuk diriku.
2. Kedua, tidak ada yang lebih nikmat selain musibah itu datang kepadaku mengikut kemampuanku.
3. Ketiga, aku merasa nikmat kerana musibah itu tidak menghalangku untuk redha kepadaNya dan
4. Keempat, sesungguhnya aku mengharap pahala dari setiap musibah yang mendatangiku".

#Inilah contoh iman seorang mukmin yang sentiasa beroleh petunjuk Allah swt, tatkala ditimpa ujian maka setiap ujian itu diterima dengan lapang hati bukan dengan rasa keluh kesah atau kekesalan yang mengundang hasutan syaitan ke dalam dirinya.

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" [Surah al-Ankabut 3]

♡Bagi orang Mukmin yang beriman, apa sahaja musibah yang menimpa, ia adalah medan untuk menambah amal ibadah serta jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana tujuan utama hidup ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari redha Allah dan menjadi penghuni syurga Allah swt yang kekal abadi♡

No comments: