Saturday, May 30, 2009
Kimoterapi rawat kanser pankreas
HINGGA kini, kanser pankreas adalah penyakit yang paling sukar dirawat. Namun kajian terbaru mendapati teknik kimoterapi mampu mengubati penyakit tersebut.
Buang cecair kepala
Setelah imbasan dilakukan oleh doktor pakar, Noraqilah disahkan mengalami lebihan cecair yang terkumpul di dalam kepala.
Kepulan penyakit
BERMULA dengan ingin mencuba merokok seperti yang dilihat dalam filem atau di kalangan golongan dewasa, seorang remaja mungkin kekal sebagai perokok tegar seumur hidupnya. Jika seseorang mula dengan menghisap banyak rokok secara mendadak, ia sebenarnya mampu menjadikannya khayal atau membunuh jika tahap nikotina dan kimia tembakau terlalu tinggi di dalam badan.
Kanser lidah
LIDAH adalah salah satu organ deria manusia. Ia mengandungi tunas-tunas rasa yang membolehkan kita merasa makanan dan seterusnya memberikan kualiti hidup lebih baik.
Imuniti dan penyakit berjangkit
SELESEMA burung? SARS? H1N1? Sistem imun badan anda berada dalam keadaan bahaya! Jenis virus Influenza A H1N1 yang menular kebelakangan ini merupakan ancaman yang amat serius.
Tulang dan lenggok badan
DOKTOR,Saya ingin bertanya tentang cara saya berjalan dan bentuk badan (macam wanita), yang tidak menggambarkan saya seorang lelaki. Adakah masalah ini disebabkan masalah tulang? Tulang saya terutamanya di bahagian lutut boleh berbunyi pop. Saya tak pernah mengalami sebarang kecederaan selama ini. Tulang pinggul pula saya rasakan agak berbeza. Saya amat tertekan dengan masalah (jalan lenggang lenggok) berjalan seperti wanita yang diiringi pelbagai kata-kata sindiran. Terima kasih.
Probiotik bantu cegah penyakit
PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya.
Masalah penghadaman di kalangan rakyat malaysia
APABILA membincangkan tentang isu kesihatan dan kesejahteraan, kesihatan saluran penghadaman biasanya kurang diutamakan berbanding topik yang membabitkan jantung dan tekanan darah. Tetapi usaha menjaga kesihatan sistem penghadaman anda tidak kurang penting berbanding usaha menjaga kesihatan semua bahagian lain badan. Masalah kesihatan saluran penghadaman bukan sahaja mengganggu perut dan usus, tetapi juga boleh menjejaskan kehidupan anda.
Friday, May 29, 2009
Passionately You perangi dua kanser serentak
STATISTIK terkini melaporkan sebanyak 1,600 kes baru melibatkan kanser serviks dikesan dan dirawat di hospital-hospital seluruh negara pada setiap tahun.
Osteoporosis menyerang dalam senyap
MENJELANG tahun 2050 dianggarkan sebanyak 50 peratus kes keretakan tulang pinggul akan berlaku di seluruh Asia.
Demensia boleh dielak
"APA nama kamu tadi?" soal moyang Aizat kepadanya. Seingat Aizat sudah lebih 10 kali moyangnya bertanya soalan yang sama pada hari itu. Reaksinya seolah-olah baru bertemu dengan cicitnya walaupun Aizat sebenarnya sudah seminggu menghabiskan cuti sekolahnya di kampung.
Positif tangani anak cedera otak
APABILA anak-anak terlebih aktif, tidak menangis apabila jatuh dari tempat tinggi, kurang kepekaan merasa atau lambat respons terhadap sesuatu perkara yang menggemparkan, anda perlu berhati-hati! Terdapat kemungkinan anak anda mengalami kecederaan otak.
Thursday, May 28, 2009
Aircond kereta penyebab kanser
Buka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Subscribe to:
Posts (Atom)