"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, September 28, 2019

HUKUM MEMBELI BARANG DARI ORANG KAFIR PADAHAL ADA MUSLIM LAIN YANG MENJUALNYA


❓Pertanyaan ke-3 pada fatwa nomor 3323:

Apakah hukum seseorang meninggalkan kaum muslimin dengan tidak menolong mereka, tidak ridha dan senang untuk membeli dari kaum muslimin, serta lebih suka membeli dari toko-toko orang kafir. Apakah ini halal ataukah haram?


✏ Jawaban al-Lajnah ad-Daaimah :

••>> "Secara asal, seorang muslim boleh membeli kebutuhan yang Allah halalkan baginya dari (penjual) muslim maupun kafir. Nabi shollallahu alaihi wasallam pernah membeli dari Yahudi.

•>> Namun, jika seorang muslim tidak mau membeli dari saudaranya sesama muslim tanpa sebab yang diperbolehkan, (seperti jika ia menipu, mengangkat harga terlalu tinggi, kualitas barang yang rendah, atau sebab lain yang diperbolehkan,) kemudian ia lebih suka membeli dari orang kafir, lebih mendahulukan membeli dari orang kafir dibandingkan orang muslim tanpa sebab yang diperbolehkan, ini adalah haram.

Karena itu termasuk sikap berloyalitas, ridha, dan cinta kepada kaum kafir.

Hal itu juga akan menyebabkan berkurangnya perdagangan kaum muslimin, kerugian, dan tidak lakunya barang dagangan mereka jika hal itu menjadi suatu kebiasaan yang diikuti.

•>> Namun, jika ada sebab yang membuat seseorang berpindah tidak membeli barang dagangan dari seorang muslim karena sebab seperti yang telah disebutkan sebelumnya (suka menipu, harga terlalu tinggi, kualitas barang rendah, -pen),
👉🏻 hendaknya ia menasihati saudaranya sesama muslim itu untuk meninggalkan kekurangan-kekurangan itu.
👉🏻 Jika penjual muslim itu menerima nasihat (mau berubah, -pen) alhamdulillah.
👉🏻 Kalau tidak, ia bisa berpindah pada penjual lainnya, meskipun penjual yang lain itu adalah kafir yang baik dalam menjual manfaat dan jujur dalam muamalahnya.

Hanya dari Allahlah taufiq, dan semoga sholawat dan salam senantiasa tercurah kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, dan para Sahabat beliau."

Al-Lajnah ad-Daaimah lil Buhuts al-‘Ilmiyyah wal Iftaa’:

Ketua: Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz
Wakil Ketua: Abdurrazzaq Afifi
Anggota: Abdullah bin Ghudayyan
Anggota: Abdullah bin Qu’ud


🇸🇦Lafadz Fatwa dalam Bahasa Arab:

السؤال الثالث من الفتوى رقم ( 3323 )
س3: ما حكم ترك المسلمين التعاون بينهم بأن لا يرضى ولا يحب أن يشتري من المسلمين، ويرغب في الشراء من دكاكين الكفار، هل هذا حلال أم حرام؟
ج3: الأصل جواز شراء المسلم ما يحتاجه مما أحل الله له من المسلم أو من الكافر، وقد اشترى النبي صلى الله عليه وسلم من اليهود، لكن إذا كان عدول المسلم عن الشراء من أخيه المسلم من غير سبب من غش ورفع أسعار ورداءة سلعة إلى محبة الشراء من كافر والرغبة في ذلك وإيثاره على المسلم دون مبرر - فهذا حرام؛ لما فيه من موالاة الكفار ورضاء عنهم ومحبة لهم، ولما فيه من النقص على تجار المسلمين وكساد سلعهم، وعدم رواجها إذا اتخذ المسلم ذلك عادة له، وأما إن كانت هناك دواع للعدول من نحو ما تقدم فعليه أن ينصح لأخيه المسلم بترك ما يصرفه عنه من العيوب، فإن انتصح فالحمد لله، وإلا عدل عنه إلى غيره، ولو إلى كافر يحسن تبادل المنافع ويصدق في معاملته.
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو ... عضو ... نائب رئيس اللجنة ... الرئيس
عبد الله بن قعود ... عبد الله بن غديان ... عبد الرزاق عفيفي ... عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Penerjemah: Abu Utsman Kharisman

☆Tadabbur Kalamullah 28 Muharram 1441H☆


وَإِذَا وَقَعَ ٱلۡقَوۡلُ عَلَیۡهِمۡ أَخۡرَجۡنَا لَهُمۡ دَاۤبَّةࣰ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ تُكَلِّمُهُمۡ أَنَّ ٱلنَّاسَ كَانُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا لَا یُوقِنُونَ

"Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami" [Surah an-Naml 82]

#Dalam Tafsir as-Sa'di menyebut: "Ad-Dabbah (binatang dari bumi)  adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman (apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama) dan keluarnya ad-Dabbah ini merupakan antara tanda-tanda besar hari Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam banyak hadis".

#Imam at-Tabari menyebut: "Kebanyakan ulamak berkata, keluarnya Dabbah (sejenis binatang dari bumi) yang disebut ini apabila manusia sudah tidak menyeru yang makruf dan tidak mencegah yang mungkar".

#Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah: "Binatang ini akan keluar pada akhir zaman semasa manusia telah rosak dan meninggalkan perintah-perintah Allah swt serta menukar agama yang haq (dengan mengikut kebatilan). Maka Allah swt akan mengeluarkan kepada mereka binatang dari bumi. Dikatakan ia dari Mekah. Dan dikatakan juga dari selainnya. Maka manusia mula berbicara berkenaan binatang tersebut"

#Datangnya Dabbatul Ardh (binatang bumi) ini untuk membezakan antara orang yang beriman dengan orang kafir. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, sabda Nabi saw:

"Dabbatul Ardh akan keluar dan bersamanya tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. Ia akan menekap (cop) kepada orang kafir. Kata Affan (periwayat hadis) menekap pada hidung orang kafir dengan cincinnya (jelaslah tanda kafir pada hidungnya). Dan jelaslah keceriaan pada wajah orang beriman dengan (sentuhan) tongkatnya sehingga ahli khiwan (yang sedang makan) berhimpun pada hidangan masing-masing. Salah seorang berkata: “Hai orang beriman” dan berkata: “Hai orang kafir.” (HR Ahmad, Ibn Majah dan al-Tirmizi. Hadis hasan)

#Ad-Dabbah ini akan muncul di Mekah. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah bin al-Yaman r.a, katanya Rasulullah saw menyebut tentang ad-Dabbah, lalu Huzaifah bertanya: "Ya Rasulullah, dari mana ia akan keluar?". Sabda Rasulullah saw:

مِنْ أَعْظَمِ الْمَسَاجِدِ حُرْمَةً عَلَى اللَّهِ

"Dari masjid teragung yang paling dimuliakan Allah (Masjid al-Haram di Mekah)" (HR at-Tabarani dan al-Hakim)

♡Beriman dan beramallah dengan bersungguh-sungguh di akhir zaman ini sebelum munculnya tanda-tanda besar kiamat. Ini kerana ketika munculnya ad-Dabbah dan selainnya maka sudah tidak berguna lagi iman dan taubat kerana saat itu terlalu hampirnya dengan kiamat. Wallahua'lam♡


Friday, September 27, 2019

KEBANGKITAN SEMAKIN HAMPIR BERLAKU?!


Melayu adalah satu bangsa yang menduduki kepulauan jauh ke Timur. Bangsa atau rumpun Melayu adalah dari Cambodia, Vietnam, Laos dan sebahagian dari Burma, Selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan  Borneo, Filipina, Kepulauan Indonesia, Papua New Guinea, dan Utara Australia. Melayu adalah bangsa yang banyak puaknya. Setiap puak ini ada bahasa mereka tersendiri. Tetapi bila bertemu suatu puak dengan yang lain, pertuturan mereka kebanyakkan menerusi bahasa baku. Jika kita bukukan Bahasa Melayu dengan menghimpunkannya baik dari puak seperti Jawa, Banjar, Bengkulu  dan lain-lain, nyata, Bahasa Melayu ini suatu bahasa yang amat kaya. Tetapi sampai ke hari ini belum ada lagi orang persendirian yang melangkah ke hadapan untuk mengumpulkan istilah-istilah bahasa Melayu. Dan kebanyakkan istilah kini kita terpaksa pinjam dari bahasa luar. Padahal Bahasa Melayu ini terlalu banyak dan kaya dengan istilah-istilahnya. 

Alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memuliakan bangsa Melayu dengan meletakkan atau memberi hormat dengan suatu jawatan tertinggi yakni Penghulu Wazir buat Sultan Sahibul Zaman Imamul Mahdi a.s.. Jadi pangkat wazir Melayu atau Penghulu Wazir yang berbangsa Melayu ini adalah Burhanu Kuramah Ghawthu-L Anam. Penghulu Wazir ini adalah seorang bangsa Melayu yang berbahasa Melayu. Bahasa Melayu ini halus bahasanya sebab berdasarkan rangkaian bahasa-bahasa lama.

BURHANUL KURAMA GHAWTHU-L ANAM 

Jadi diletakkan oleh Allah s.w.t seorang penghulu kepada segala wazir yang berbangsa Melayu, yang tidak disebut namanya tetapi disebut pangkatnya, Burhanul Kurama Ghawthu-L Anam. Burhanul Kurama maksudnya karamah yang indah. Seperti sebuah kisah seorang Abdal di Syria. Ia telah ditangkap oleh kerajaan dan dibuang negeri, dihantar duduk ke Lebanon. Sebaik sahaja beliau dipindahkan ke Lebanon, maka kurang Abdal di Syria menjadi 39 orang. Maka dengan tiba-tibanya Syria tidak menerima hujan dari sebulan ke sebulan hingga ke setahun. Maka pemerintah ini dapat menyaksikan Karamah Burhan Abdal tersebut,lalu dikembalikan Abdal tadi kepada asalnya, kepada kedudukannya di Syria. Sebaik sahaja beliau kembali ke Syria, hujan pun turun membasahi bumi Syria. 

Karamah yang burhan ini maksudnya  karamah yang indah. Kalau ia berada di suatu tempat itu, murah rezeki semua orang kerana dengannya. Kalau ia masuk kedai makan maka semua orang berduyun-duyun pula makan disana, seolahnya membawa barakah. Selalunya karamah ini tidak ditonjolkan tetapi jika diperhatikan dan dilihat dengan baik dapat kita menyaksikan karamah ini. 
 
Ghawthu-L Anam, iaitu salah satu pangkat daripada Qutb. Dalam dunia ini semuanya ada dua puluh dan Qutb yang tertinggi tu dipanggil Ghawth atau Qutbul Qutb. Ketika zaman Al-Mahdi a.s. dijanjikan oleh Allah s.w.t  Al-Mahdi a.s. akan dikelilingi 313 orang Ghawth atau Qutbul Qutb. Sedangkan untuk waktu-waktu biasa di mana kepimpinan Al- Mahdi tiada, hanya seorang sahaja Ghawth pada suatu masa. Tetapi apabila zaman Al-Mahdi a.s., dimuliakan oleh Allah s.w.t. akan bangsa manusia ini dengan diberi 313 ‘Grand Sheikh’ ataupun Ghawth, adapun penghulunya iaitu Ghawthu-L Anam. 
 
Seperti di dalam Al-Quran juga adanya kepala surah, pembuka surah, dan penghulu surah. Seperti mana dalam zaman Al-Mahdi a.s. kelak ada Penghulu Ghawthya, Ketua Ghawth, Sultanul Arifin, dan Sultanul Awliya. Ianya berpangkat-pangkat. Dan dijanjikan juga oleh Allah s.w.t Ketua Jeneral atau Ketua Pahlawan peperangan Al-Mahdi a.s. itu adalah seorang yang berbangsa Melayu. 
  
Walaupun Ketua Jeneral Al-Mahdi a.s. berbangsa Melayu, tidak semestinya jeneral-jeneral yang 70 000 dari jeneral Al-Mahdi a.s. semua berbangsa Melayu. Akan tetapi diketuai oleh ketua yang berbangsa Melayu. Sepertiga dari jeneral itu diberikan kepada bangsa Melayu yang mempunyai darah keturunan pahlwan-pahlawan Melayu dan juga berketurunan ahlul bait.  Ahlul bait di kalangan orang Melayu ini ramai. Jadi benarlah kata Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Laksamana Hang Tuah menyebut “Takkan Melayu hilang di dunia”. Jadi bangsa Melayu ini di akhir zaman pun dimuliakan oleh Allah Ta’ala.

Pernah Rasulullah s.a.w menunjukkan jari baginda ke arah timur jauh, Baginda bersabda “Akan bangkit satu bangsa dari timur jauh yang berduyun-duyun mereka masuk ke dalam agama Islam.”

Asalnya orang Melayu ini adalah satu bangsa yang menganut samada agama Buddha atau Hindu. Tetapi 700 tahun yang lalu,dengan berkat doa Rasulullah s.a.w. datang ahli sufi atau ahli tasawuf ,masyaikh dari tariqat berhijrah, berdakwah dan berniaga ke Tanah Melayu. Kerana mereka ini menampilkan laku yang lemah lembut dengan hati yang zuhud, maka ramai orang Melayu yang tertawan dengan peradaban dan tingkah laku mereka. Sehingga datang mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam dengan redha.

Bangsa Melayu ini memeluk Islam kerana mereka taat kepada adat mereka. Bangsa Melayu ini bahasanya dijunjung dan adatnya disanjung. Sejak awal lagi bangsa Melayu ada sultan. Di mana-mana sahaja kawasan Tanah Melayu pasti ada sultannya. Dengan adanya sultan bermakna adanya naungan dan rahmat Allah. Bila wujud kesultanan, maknanya wujudlah kuasa yang mutlak. Makanya rakyat di bawah payungan kuasa mutlak ini bersatu. 

Bersatu adalah unsur Islam. Dalam Islam tiada demokrasi. Dalam Islam cuma ada kuasa mutlak. Apabila kita hendak adakan demokrasi kita terpaksa membahagikan umat kepada dua bahagian barulah berlakunya pertandingan untuk merebutkan jawatan. Sedangkan dalam Islam faktor utama adalah penyatuan. Jadi, orang Melayu sejak dahulu sangat bersatu padu dan sangat menghormati perlembagaan kesultanan dan sangat mendaulatkan kesultanan mereka.

Sehingga Allah s.w.t menyebut diriNya di dalam Al-Quran Karim sebagai Malikul Mulk atau Raja segala Raja. Jadi di mana-mana negara atau tanah yang ada sultan, maka rahmat Allah s.w.t. melimpah kepada mereka. Jadi apabila pendakwah-pendakwah  Islam datang dan menunjukkan peradaban mereka, maka sultan begitu tertarik dengan akhlak mereka. Sehingga sultan mengurniai mashaikh-mashaikh ini tadi dengan jawatan yang tinggi seperti mufti, penasihat raja dan sebagainya. 

Maka sultan-sultan Melayu dengan sendirinya masuk Islam. Bila sultannya memeluk Islam, semua rakyat-rakyat mereka memeluk Islam dengan tiada berkecuali. Itulah kebaikan atau perpaduan dan bernaung di bawah sultan. Kalau orang Melayu ini tiada sultan, kita ini hidup bagaikan tiada tuan. Disebabkan itu sultan kita panggil Yang Di Pertuan. Kita tuankan dia, supaya dengan mempertuankan dia itu kita ada pemimpin yang memimpin kita ke arah jalan kebenaran.

Apabila sultan-sultan Melayu ini diberi hormat dengan mengahwinkan zuriat-zuriat  mereka kepada masyaikh-masyaikh ini dapat mereka zuriat dari ahlul bait dan awliya Allah. Maka bertambah limpahan rahmat Allah kepada mereka. Setelah memeluk Islam, sultan-sultan Melayu menukar nama mereka kepada yang baik-baik. Contohnya Parameswara kepada Iskandar Shah, Sultan Acheh kepada Malikul Zahir.

Jadi itulah keagungan Islam itu berpunca daripada sultan memeluk Islam, seluruh rakyat jelata tidak berkecuali baik tua atau muda, lelaki atau perempuan, semuanya masuk Islam. Makanya agama Islam menjadi agama rasmi di negara-negara ataupun kepulauan-kepulauan Melayu di timur jauh. 

Sebaik sahaja kesultanan Melayu jatuh ataupun binasa, maka dengan sendirinya Islam itu menjadi lemah. Kita bangsa Melayu yang tinggal di tanah Melayu ini dan terutama berada di zaman ini, janganlah terlalu ghairah sangat berpolitik sehinggakan setengahnya ada yang hendak menjatuhkan sultan-sultan Melayu. Apabila kita jatuhkan sultan-sultan Melayu maka hilang daulat orang-orang Melayu. Maka orang Melayu ini akan ditendang ke sana-ke sini ibarat sampah oleh bangsa -bangsa lain. 

Jangan sesekali kita menghapuskan raja-raja, kerana limpahan rahmat yang kita dapat ini adalah daripada naungan kedaulatan raja-raja Melayu. Maka kita kena mendaulatkan raja kita. Rasulullah s.a.w sendiri menasihati, bahawa ketika ini Bagindalah Sultan kepada segala orang- orang muslim, maka apabila Baginda wafat kepimpinan ini digantikan oleh para sahabat baginda yakni “Amirul Mukminin”. Selepas itu datangnya sultan-sultan Islam yang bernaung di bawah rahmat Allah dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah. 

Kesultanan Islam ini berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaik sahaja mana-mana negara yang memansuhkan kesultanan ini, pucuk kepimpinan akan diganti dengan diktator di mana mereka memerintah dengan kekejaman dan untuk kepentingan sendiri. Dan kesudahan bagi mereka ini adalah kebinasaan. 

Apabila sultan itu dimansuhkan, maka bangsa itu hilanglah daulatnya. Apabila hilang daulatnya, dilaknat oleh Allah bangsa itu dengan suatu kehinaan yang teramat sangat. Sehinggakan tentera musuh memasuki negara mereka, ke dalam rumah-rumah mereka sehingga ke dalam dapur mereka. Apa maksud dapur ini? Maksudnya di situlah anak dan isteri kita duduk, maknanya banyak perkara yang akan dilakukan bagi menghina kita sebagai seorang  Islam. Jadi kehinaan itu jatuh kepada diri kita kerana kita merobohkan kesultanan. 

Tapi alhamdulillah bangsa Melayu yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini masih bernaung di bawah sultan-sultan yang Islam. Dengan naungan ini maka raja dan rakyat jelata semuanya selamat. Jadi jika kita hendak berpolitik pun tidak mengapa janji  kita tegakkan kedaulatan sultan Melayu.

Dengan menegakkan kedaulatan sultan Melayu inilah Allah Ta’ala menjanjikan apabila sampai akhir zaman di mana dunia ini diperintah oleh sultan yang haq memerintah iaitu Sahibul Zaman Muhammad Al-Mahdi a.s . Di mana di saat pemerintahannya, orang yang duduk terkanan beliau adalah yang berbangsa Melayu. 

Dan diberi lagi kehormatan atas orang Melayu ini kerana dalam sistem kesultanan Melayu, sultan Melayu selalunya ada laksamana. Laksamana adalah panglima angkatan tenteranya yang bertanjak. Tanjak ini dikira serban juga kerana Nabi Isa a.s sahaja yang bertanjak, maksudnya Nabi Isa a.s memakai serban tiada topi atau kupiah di tengah-tengah. Tanjak ini juga memberi satu peradaban, kedudukan atau protokol di dalam kesultanan. Disebabkan adanya peradaban ini, Allah Ta’ala kurniakan juga Ketua Jeneral atau Panglima Al-Mahdi a.s. itu dari bangsa Melayu itu sendiri. Jadi ramai jeneral  Al-Mahdi dari kalangan orang Melayu, hampir ⅓ daripada 70 000 orang jeneral.

Kemuliaan ini bukan sahaja diletakkan kepada dua jawatan tertinggi, tetapi dari 99 orang raja atau sultan Islam dibawah kepimpinan Sultan Agung Islam Al-Mahdi  a.s , 7 daripada mereka adalah dari bangsa Melayu. Jadi sultan-sultan Melayu itu akan diberi hormat dan ditabalkan menjadi sultan. Salah satunya untuk Semenanjung Tanah Melayu, adalah dari keturunan kesultanan Melaka. Dua lagi sultan di Sumatera, setiap satu di bahagian utara dan selatan. Bahagian utara ini adalah dari pertengahan hingga ke utara Acheh adalah dari keturunan sultan Bangkahulu. Jadi keagungan  dari tengah Sumatera hingga ke puncak Acheh dipegang oleh darah kesultanan Bangkahulu. Manakala dari tengah ke selatan, adalah daripada darah kesultanan Palembang. Jadi keturunan ini juga ada kaitan dengan  kesultanan Bangkahulu. 

Dan dibangkitkan kesultanan Jawa, Sulawesi dan kesultanan Borneo, Pulau Mindanao (Filipina ).  Raja-raja ini berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu dari rumpun Melayu dalam pemerintahan Al-Mahdi  a.s.. Itulah kelebihan Allah Ta’ala berikan kepada bangsa-bangsa Melayu. Daripada raja-raja yang berbangsa Melayu ini semuanya adalah dari keturunan ahlul bait, iaitu keturunan yang baik-baik. 

Bukan sahaja bangsa Melayu dijadikan wazir terutama, juga jeneral terkanan  dan daripada 99 sultan yang memerintah dunia di bawah kesultanan di Madinah itu, 7 daripada mereka adalah dari rumpun bangsa-bangsa Melayu. Kalau ditanya siapa wazir itu, atau siapa jeneral itu, atau siapa pula raja-raja itu, nama-nama mereka tidak boleh disebutkan lagi sebelum masanya. Namun boleh dikhabarkan secara am.

Bagi sultan di Semenanjung Tanah Melayu, diberi penghormatan buat sultan berketurunan sultan Melaka dan mereka ini juga adalah dari kalangan ahlul bait. Di Jawa pula diberi tampuk kesultanan kepada keturunan Sultan Jawa. Jadi sultan ini daripada keturunan Sunan Kalijaga. Sunan Kalijaga ini adalah anak Sultan Jawa, ianya seorang awliya yang kemudiannya berkahwin dengan ahlul bait. Dari keturunan ini akan diberi kehormatan untuk memerintah.

Namanya tidak perlu disebut lagi sebelum masanya. Apabila tiba masanya semua orang akan mengetahui. Sebab kita bangsa Melayu sifatnya pelembut tetapi ramai juga dari bangsa kita ini yang terlalu hasad. Jadi disebut dalam Surah Al Maidah ialah orang yang terlalu hasad terhadap orang Islam ini adalah orang Yahudi dan musyrikin. Jadi banyak di kalangan bangsa Melayu ini yang musyrikin. Itulah punca utama kejatuhan kesultanan-kesultanan  Melayu terdahulu. Itulah sebab kita tidak boleh membuka rahsianya. Jika dibuka mungkin ada orang yang hasad dan cuba menginaya mereka yang telah dipilih. Apabila tiba masanya besok, apabila mereka ini telah berjabat tangan dengan Al-Mahdi  a.s, maka mereka termasuk dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t iaitu orang-orang yang berlindung di bawah orang yang "Musta'an Billah" (orang yang mendapat pertolongan Allah ) maka mereka ini terlindung dari fitnah Dajjal.

Dan kita orang-orang Melayu ini berdoalah supaya orang yang dipilih itu minta samada di kalangan ahli keluarga kita atau anak kita atau sahabat handai. Jadi dapat kita menumpang rahmat mereka. Menumpang rahmat ini baik, dapat kita selamat di dunia dan akhirat. 

Kita sebagai bangsa Melayu ini hendaklah sentiasa cuba melatih diri kita subur dan baikkan perangai kita dengan sifat lemah-lembut. Itulah sifat bangsa Melayu dan barangsiapa bersifat lemah lembut nescaya mereka ini termasuk dalam orang-orang yang mati dalam Islam. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang kami sebut-sebut, anugerahkan kami Ya Allah hati yang zuhud, baikkan perangai kami dengan lemah lembut dan matikan kami di dalam sujud.

Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.aljitrawiy
.
#melayu #tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri #konspirasi #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #akhirzaman #dajjal #oneeye #freemason #illuminati #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral #global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi

Sunnah Rawatib

ILMU TIDAK BERMANFAAT TANPA AMAL

🔰|| ﷽ ||🔰
💎(FAEDAH PAGI)💎     

✍🏻 Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah berkata:

الذي عنده مكتبة ضخمة وهو تارك للعمل أو مبتدع، هذا مثل الحمار يحمل الكتب ولا يستفيد منها.

"📚Orang yang memiliki perpustakaan besar,

📈namun dia tidak beramal,

🔥atau dia seorang ahli bid'ah,

⚡maka dia seperti keledai yang mengangkut kitab-kitab yang mana dia tidak bisa mengambil manfaat dari kitab-kitab tersebut."

📚 Ittihaful Qary, jilid 2 hlm. 43

Bab : Solat Sunat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

❤️❤️❤️❤️❤️💚💚💚💚💚
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
💚💚💚💚💚❤️❤️❤️❤️❤️
صباح الخير
               

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Abu Daud

Kitab Solat

Halaman : 1059

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ حَدَّثَنِي النُّعْمَانُ بْنُ سَالِمٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَوْسٍ عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Isa telah menceritakan kepada kami Ibnu 'Ulayyah telah menceritakan kepada kami Daud bin Abu Hind telah menceritakan kepadaku An Nu'man bin Salim dari 'Amru bin Aus dari 'Anbasah bin Abu Sufyan dari Ummu Habibah dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; Barangsiapa mengerjakan solat sunat dua belas rakaat dalam sehari, maka akan di bangunkan baginya rumah di syurga.

☆Tadabbur Kalamullah 27 Muharram 1441H☆



إِنَّنِیۤ أَنَا ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِی وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِیۤ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku" [Surah Ta-Ha 14]

#Allah swt memerintahkan kita menyembahNya. Hanya Allah, Tuhan yang wajib kita sembah, tiada selainNya. Dan diantara tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembahNya, mengabdikan diri kepadaNya.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Surah az-Zhariyat 56]

#Salah satu perbuatan dan amalan utama untuk mengabdikan diri kepada Allah swt ialah dengan menunaikan solat. Dengan menunaikan solat akan mengingatkan kita kepada Allah swt.

#Untuk mengingatkan kita kepada Allah ketika solat maka hati mesti khusyuk. Hati yang hanya ingat akan Allah, ingat akhirat, ingat kematian, penuh menghayati kalam yang dibaca. Hati yang tenang dan damai daripada gangguan dunia dan sampah-sampah syahwat. Imam Junaid al-Baghdadi rahimahullah berkata, khusyuk adalah perasaan rendah diri di dalam hati di hadapan Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib.

#Nabi saw bersabda:

اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ

"Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingati mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (melaratnya) (kerana tidak mampu memenuhinya)" (HR al-Baihaqi)

#Berkata Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Maadarij as-Saalikin:

صَلَاةُ المُنَافِقِينَ صَلَاةُ أَبْدَان، لَا صَلَاة قُلُوب

"Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat dengan hati".

♡Sembahlah Allah dengan sebenar-benar sembahan dan jangan sesekali lalai dan syirik kepadaNya. Solatlah dengan benar-benar khusyuk dan jangan sesekali dilakukan sambil lewa kerana solat adalah amalan pertama akan dihisab di Mahsyar kelak♡

Bacalah AlQuran

🌴Kata ulama, *bacalah al-Quran* sebanyak mana kita makan.

🌴Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

🌴Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

🌴Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.

🌴Sebelum menutup mata, usahakan *hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.*

🌴Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.

🌴Dengan surah al-Mulk, kita *selamat dari azab kubur.* Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.

🌴Surah al-Kahfi *menyelamatkan kita dari fitnah dajal.* Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.

🌴Surah al-Baqarah *penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar.* Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.

🌴Jika kita belum boleh baca al-Quran, *doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.*

🌴Cari guru, dan belajarlah al-Quran.

🌴Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.

🌴Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.

🌴Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukan.

Lotion kapur sireh










Assalamualaikum puan.
Terima Kasih kerana berminat dengan Losyen Kapur Sireh.
***********************
LOTION KAPUR SIREH by Bidan Liza

🌻 Kegunaan Lotion Kempis Perut 🌻
⚘sesuai untuk ibu lepas bersalin
⚘mengempiskan perut
⚘mencantikkan kulit
⚘menghilangkan parut
⚘membuang angin
⚘mencerahkan kulit di celah peha & ketiak
⚘boleh hilangkan tompok2 hitam di wajah

🌻 Bahan - bahan 🌻
⚘kapur sireh
⚘halia
⚘limau nipis
⚘air mawar
⚘olive oil
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Khasiat & Fungsi Losyen Kapur Sireh

⚄Membantu Mengurangkan Perut Buncit Dan Selulit

⚄Membantu Membuang Angin Dalam Badan

⚄Mengurangkan Kesakitan Akibat Senggugut

⚄ Membantu Mengurangkan Sakit Sendi Dan Otot

⚄Membantu Melegakan Lenguh-lenguh Badan

⚄Membantu Mengurangkan Sakit Pinggang Dan Belakang

⚄Membantu Melegakan Kembung Perut

⚄Membantu Mengurangkan Kesan Ruam Dan Kesan Lecur

⚄ Boleh Digunakan Sekerap Mungkin

RM 20 / 100ml
Postage RM 8/ ss RM12

Puan nak berapa botol? 😊

MENAFKAHI KELUARGA BESAR PAHALANYA


•┈┈•┈┈•⊰✿📚✿⊱•┈┈•┈┈•


☝️ Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

(( دِينَارٌ أنْفَقْتَهُ في سَبيلِ اللهِ، وَدِينار أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أنْفَقْتَهُ عَلَى أهْلِكَ، أعْظَمُهَا أجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أهْلِكَ ))

💐
"Dinar yang engkau infakkan di jalan Allah,
⛓ dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan budak,
⛺️ dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan
🏡 dinar yang engkau berikan sebagai nafkah keluargamu,
👍🏻 yang paling besar pahalanya adalah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu."

📚 [H.R. Muslim no. 1661]

•┈┈•┈┈•⊰✿📚✿⊱•┈┈•┈┈•
NAFKAH WAJIB LEBIH BESAR PAHALANYA DARIPADA SEDEKAH SUNNAH
•┈┈•┈┈•⊰✿📚✿⊱•┈┈•┈┈•

✍🏻 Abu Qilabah rahimahullah mengatakan,

💡
"Siapa yang lebih besar pahalanya daripada orang menafkahi keluarganya yang masih kecil-kecil.

💎 Allah menjadikan mereka iffah (menahan dari perilaku rendah, seperti meminta-minta) karenanya.

🍽 Allah mencukupi mereka dengan perantaraan orang itu."

📚 [disebutkan dalam Shahih Muslim hadis no 1660]
ــــــــــــ ❁ ❁ ❁ ❁ ــــــــــــ

وأيُّ رجلٍ أعظمُ أجراً من رجلٍ ينفقُ على عيالٍ له صغار يُعِفُّهم الله به ، ويُغنيهم الله به


DIKABULKANNYA DOA ORANG YANG MENGALAMI KESUSAHAN

🔰|| ﷽ ||🔰
💎(FAEDAH PAGI)💎
       
*✍ Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata :*

✅ Sungguh Allah ta'ala akan mengabulkan doa orang yang mengalami kesusahan tatkala ia berdoa kepada-Nya.

💧Jika seseorang berdoa kepada Rabb-nya di saat mengalami kesusahan, dengan yakin bahwa Allah akan mengabulkan doanya, maka Allah ta'ala akan mengabulkannya.

💦Sekalipun orang-orang kafir, jika mereka berdoa kepada Allah di saat kesusahan, maka Allah akan mengabulkannya, meskipun Dia mengetahui bahwa mereka akan kembali lagi kepada kekufuran.

🌊Apabila mereka digulung ombak yang besar laksana gunung di lautan, maka mereka berdoa kepada Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah telah menyelamatkan mereka, mereka pun berbuat syirik. Maka, Allah mengabulkan doa mereka, karena mereka jujur kembali kepada Allah di dalam doa-doa mereka.

📌 Allah subhanahu wa ta'ala akan mengabulkan doa orang yang mengalami kesusahan, walaupun ia kafir.

📚 Syarh Riyadhish Shalihin (1/221)

✍ قال الشيخ محمد بن صالح العثيمين رحمه الله :
أن الله عز وجل يجيب دعوة المضطر إذا دعاه، فإذا دعا الإنسان ربه في حال ضرورة موقناً أن الله يجيبه، فإن الله تعالي يجيبه، حتى الكفار إذا دعوا الله في حال الضرورة أجابهم الله، مع انه يعلم انهم سيرجعون إلي الكفر، إذا غشيهم موج كالظل في البحر دعوا الله مخلصين له الدين، فإذا نجاهم أشركوا، فينجيهم لأنهم صدقوا في الرجوع إلي الله عند دعائهم، وهو سبحانه يجيب المضطر ولو كان كافراً.
📚 شرح رياض الصالحين (٢٢١/١)

Mee Racun

Mee Racun di Batu Pahat.
Sebelum sampai lagi aku dah diracun. Katanya nak makan mee racun. Bagai diracun aku ikut aje waze tu. Dah sampai kedai, 2 pinggan mee racun dipesan. Pinggan kita nak habis, diracun pula pinggan dia. Sebabnya, dia tak habis. Ntah berapa kali aku diracun petang ni. 

Nanti buat dia buat² heran tanya kenapa semakin gemuk..

Racun ditangan kananmu... 🎵🎶

Lebah


☆Tadabbur Kalamullah 26 Muharram 1441H☆


وَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِیعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat" [Surah an-Nur 56]

#Untuk memperolehi rahmat daripada Allah swt, tiga perkara yang diminta untuk kita lakukan:

1. Dirikan solat
2. Tunaikan zakat
3. Taat kepada Rasulullah saw.

#Melakukan ketaatan dan amal soleh serta mencintai baginda Rasulullah saw mengundang turunnya rahmat Allah dalam kehidupan kita. Dengan rahmat Allah, kita akan merasa tenang dan bahagia serta jauh daripada bala bencana.

#Orang yang sentiasa mendirikan solat, akan sentiasa didoakan kebaikan oleh Allah dan para malaikat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidatina ‘Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat (merahmati) terhadap (orang yang berada) dibahagian saf yang kanan" (HR Abu Dawud)

#Begitu juga dengan amalan zakat, mengundang rahmat dalam bentuk keamanan. Syeikh Ali al-Jarjawi dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa Falsafatuhu berkata:

“Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada keamanan dalam negara. Beliau memberi banyak alasan dan hujah bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas menunjukkan bala menimpa masyarakat, negeri, negara dan tempat di mana pengabaian untuk mengeluarkan zakat berlaku. Natijah yang lebih parah lagi membawa kepada pembunuhan, jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan kewangan.”

#Dan rahmat terbesar akan kita perolehi apabila mentaati Rasulullah saw dengan menunaikan seluruh ajaran yang disampaikan oleh baginda.

وَإِن تُطِیعُوهُ تَهۡتَدُوا۟ۚ وَمَا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِینُ

"Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata" [Surah an-Nur 54]

♡Tunaikanlah solat, zakat dan bersungguh-sungguhlah mentaati Rasulullah saw agar kita sentiasa dinaungi rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat♡

Bab : Solat Sunat Diatas Kenderaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

❤️❤️❤️❤️❤️💚💚💚💚💚
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
💚💚💚💚💚❤️❤️❤️❤️❤️
صباح الخير
               

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Abu Daud

Kitab Solat

Halaman : 1035

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَبِّحُ عَلَى الرَّاحِلَةِ أَيَّ وَجْهٍ تَوَجَّهَ وَيُوتِرُ عَلَيْهَا غَيْرَ أَنَّهُ لَا يُصَلِّي الْمَكْتُوبَةَ عَلَيْهَا


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Salim dari ayahnya dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakan solat sunat di atas kendaraannya ke arah mana saja kendaraannya menghadap, dan pernah juga mengerjakan solat witir di atas kendaraan, namun beliau tidak pernah mengerjakan solat fardhu di atas kendaraan.

Apocalypto

Tajuk cerita ni apocalypto. Pasal kisah orang seorg lelaki bangsa org asli yg cuma nak selamatkan anak isteri dia jer drpd dizalimi dan dijadikan hamba abdi.

Ada plot yg menarik utk dipelajari. Mel Gibson memg study la masa buat cerita ni. Sbb isteri hero tu,  dia Jaguar Paw x silap aku. Mengandung dan terpaksa melahirkan anak dalam sebuah lubang yg bertakung dgn air.

Baby tu kuar terus swimming pergi kat mak dia. Sbb baby ni memg dh ada skill swimming since dlm rahim lagi. Terus baby tu bonding skin to skim dgn mak tu.

Memg salute laa aku tgk. Sbg suami dan ayah, aku selalu berfikir apa tindakan aku kalau nak selamatkan anak isteri. Yg budak sorg tu anak sulung dia. Siap terluka kaki koyak. Dia pakai sumber alam jer nak ubat.

Ni plot masa lepas bersalin. Uri belum keluar lagi beb. Mak tu gagah. Nak tahu sbb apa mak tu kuat even selepas bersalin? Ni logik taw.

Sbb dia fokus dan x diganggu. So oxytocin dirembeskan ke tahap optimum. Sbb tu mak2 yg GB diorg smpai 2 malam x tido. Sbb hormon tu dikeluarkan dgn optimum. So depa ada tenaga even bertarung sepenuh jiwa raga melahirkan anak.

Allah Maha Adil. Dia tahu tenaga banyak nak guna masa bersalin. Dia tahu kudrat wanita x sekuat lelaki tp kenapa keperitan bersalin tu ditanggung perempuan?

Nilah rahsia dia. Bila gentlebirth mcm ni, badan otomatik rembeskan hormon yg merangsang badan dan sistem neuron utk kekal segar. Supaya dpt pantau anak yg baru keluar. Sistem ni Allah dh cipta. Cuma sbb ramai ibu2 terpaksa berdepan isu trauma sblm bersalin lg. Tenaga dh abes kat situ. Morale down. Sokongan xde. Ilmu xde. Last2 baby lahir hormon yg sepatutnya dirembeskan xde. Sbb tu terus longlai.

Cemana nak skin to skin? Sbb tu mamalia lain, nak bersalin pun cari kawasan yg gelap, tenang. N dia ada tenaga lepas tu nak handle anak2 dia.

Smpaikan dah jadi pelik, bila seorg ibu GB, dan ada tenaga. Org jadi hairan. Ni sistem Allah cipta. Kita belajar dan manfaatkan.

Mudah mudahan makin ramai org sedar pentingnya proses bersalin yg tenang. Sbb proses nak keluarkan khalifah ni wajar dihormati.

Owhh.. Lupa nk bgtaw. Pada geng2 yg tak suka birth story n kata benda tu lucah. Better jgn tgk citer ni. Sbb nti ko kata ni cerita lucah pulak.. 😁

Wednesday, September 25, 2019

Brek Pad perlu ditukar?


1. Bunyi yang kuat dari bahagian brek kereta anda
Jika anda mendengar bunyi seperti logam bergeser dari bahagian roda kereta anda, itu sebenarnya petanda yang brake pad anda sudah nipis ataupun hampir habis tempoh.

2. Pemeriksaan secara visual
Brake pad bolek dilihat melalui celahan rim untuk mengesan kehausan. Ia merupakan bahagian yang bersentuh secara langsung dengan cakera brek. Ia juga perlu mempunyai ketebalan minima 3 milimeter. Jika kurang dari itu, segera hantar ke bengkel untuk diperiksa ataupun ditukar baru.

3. Kereta sentiasa bergerak ke satu bahagian
Sewaktu memandu jika kereta anda selalu bergerak ke satu bahagian sama ada kiri atau kanan, ia juga merupakan satu petanda yang brek pad  perlu ditukar.

4. Gegaran kuat
Jika pedal brek bergerak sewaktu anda ingin membrek, ia mungkin sudah terlaku nipis ataupun mungkin juga terlalu panas.

Brek Pad merupakan komponen yang amat penting dan mesti selalu diberi perhatian. Jikka tali sawat boleh menyelamatkan enjin dan poket anda, pad brek yang baik pula mampu menyelamatkan nyawa anda dan penumpang. Sekian...

Rawatan Herba




















Motivasi Dakwah












MULIANYA SIKAP TAWADHU (RENDAH HATI)



✍🏻 Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

من أساء اليك ثم جاء ليعتذر فإن التواضع يوجب عليك قبول معذرته  وتكِلّ سريرتهُ إلى الله تعالى

"Barangsiapa berbuat keburukan padamu, lalu kemudian ia datang meminta maaf. Maka sungguh sifat rendah hati telah mewajibkan bagimu untuk menerima udzurnya. Adapun hakekat sebenarnya yang tersembunyi hendaknya dipasrahkan kepada Allah Ta'ala."

📚 Tahdzibul Madarij (2/687)


☆Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1441H☆


وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah at-Taubah 61]

#Berkata Syeikh al-Maraghi dalam tafsirnya: "Menyakiti Rasulullah saw selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar".

#Jika kita mencintai dan menyayangi baginda Rasulullah saw maka wajib untuk kita mempertahankan dan mengagungkan baginda melebihi daripada segala makhluk yang lain.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Hisyam r.a berkata:

“Kami mengiringi Nabi saw, dan baginda memegang tangan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. Kemudian Sayidina Umar berkata kepada Nabi saw: "Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku". Maka Nabi saw menjawab: "Tidak, demi yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah engkau sangat mencintaiku melebihi dirimu". Lalu Sayidina Umar berkata kepada baginda: "Sungguh, sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku". Maka Nabi saw bersabda: "Sekarang (engkau benar), wahai Umar" (HR al-Bukhari)

#Keimanan yang kukuh, berusaha mengikuti sepenuhnya ajaran rasul, menyibukkan diri dengan seruan dakwah, merelakan diri untuk melakukan perkara kebaktian dan kebajikan serta istiqamah memperjuangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah dengan sebenar-benar kesungguhan akan menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang menyakiti dan mengecewakan baginda saw.

#Jauhilah lidah dan perbuatan kita daripada perkara yang menyebabkan kita menyakiti baginda saw. Jauhilah perbuatan dosa dan maksiat. Jangan sesekali menghina dan memperlekehkan kedudukan dan kemuliaan baginda saw. Jangan sesekali bersikap sambil lewa dalam mengamalkan ajaran baginda saw. Jangan sesekali menentang perjuangan dan dakwah baginda saw. Jangan sesekali mendahului di dalam sesuatu urusan atau hukum hakam agama yang telah ditetapkan oleh baginda saw. Kerana semua ini termasuk menyakiti Rasulullah saw.

#Begitu juga kepada orang bukan Islam, hormatilah ajaran Islam dan umat Islam. Jangan sesekali menghina dan memperlekehkan ajaran Islam. Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji berkenaan tanggungjawab orang bukan Islam di dalam negara Islam: “Mereka hanya dibenarkan memperkatakan perkara yang baik tentang agama Islam. Jikalau mereka memburuk-burukkan al-Quran, Rasulullah saw atau mencaci undang-undang Allah, mereka akan dihukum ta’zir.”

♡Ingatlah, jangan sesekali terlibat dalam perbuatan menyakiti Rasulullah saw. Penghinaan kepada Allah, Rasulullah saw dan ajaran Islam adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dibuat main-main. Hiduplah dengan harmoni dan hormatilah hak setiap manusia dan pegangannya♡

☆Tadabbur Kalamullah 24 Muharram 1441H☆


إِنَّ ٱلَّذِینَ یُحِبُّونَ أَن تَشِیعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِی ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)" [Surah an-Nur 19]

#Mencipta dan mereka fitnah itu mudah. Menyampaikan fitnah juga mudah. Menyebarkan fitnah juga mudah. Membuat orang ramai percaya dengan fitnah yang direka juga mudah. Merosakkan imej mangsa fitnah juga mudah.

#Namun, dalam ayat ini Allah mengingatkan bahawa azab yang akan ditanggung oleh pembuat dan penyebar fitnah itu tidak mudah. Terlalu dahsyat dan ngeri azab yang menanti.

#Pada malam Israk Mikraj, ada satu golongan yang dilihat sedang menggunting bibir dan lidah mereka. Rasulullah saw bertanya kepada Jibril, siapakah mereka itu?. Dijawab Jibril: "Merekalah penyebar fitnah" (HR at-Thabrani)

#Perbuatan menyebarkan fitnah kelihatan mudah dan ringan, namun ingatlah bahawa perbuatan itu dikira salah satu dosa besar yang bakal menempah azab yang berat. Firman Allah swt:

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَیۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ وَتَحۡسَبُونَهُۥ هَیِّنࣰا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِیمࣱ

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya" [Surah an-Nur 15]

#Perbuatan menyebarkan fitnah juga menjadi penyebab seseorang itu diharamkan syurga untuknya. Sabda Rasulullah saw:

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" (HR Muslim)

♡Berwaspadalah, janganlah kita tergopoh gapah dalam berkongsi apa-apa sahaja berita atau maklumat yang belum tentu sahih, dibimbangi ia berita fitnah. Dibimbangi apabila fitnah sudah tersebar, terlalu susah untuk menghentikannya dan kadangkala melatanya fitnah itu diluar jangkaan kita serta kesannya juga berpanjangan dan tiada cara mudah untuk menamatkannya. Takutlah akan azab Allah, jangan sesekali terlibat dengan penyebaran fitnah!!♡


Model Neo


*MODEL NEO*
✔ 3 Suhu (panas, sejuk, biasa)
✔ Tangki besar (5.8 liter)
✔ Percuma servis setiap 2 bulan!
✔ Percuma tukar filter setiap 4 bulan!
✔ Warranty penuh sehingga 7 tahun!!! 😍😍
✔ Diiktiraf WQA

KENAPA PERLU PASANG SEKARANG??

- PERCUMA pendaftaran
- PERCUMA pemasangan
- PERCUMA 1 bulan
- SUPER BIGWOW hanya RM65 je sebulan (harga asal rm108)

*FIZA NAK 57 ORG JE LAGI UTK PROMOSI NI!!!*
Siapa cepat dia dapat!!!

NAK TAHU LEBIH LANJUT? Whatsapp FIZA ye 😘👇

www.wasap.my/60162620819/neo65
www.wasap.my/60162620819/neo65

Diet Telur Rebus untuk kurus