"Doktor, kalau saya bengkokkan jari ni, nanti masa nak luruskan, rasa macam tersangkut! Kadang-kadang bunyi pop!"
Jika kalian alami gejala di atas, anda mungkin menghidapi trigger finger (jari picu)
Apa benda tu?
▪️Ia adalah masalah pada jari yang dialami disebabkan oleh keradangan pada ligamen A1 pulley (takal) yang membalut tendon pembengkok jari, atau keradangan tendon itu sendiri.
▪️Apabila berlaku keradangan, pulley dan tendon berkenaan membengkak, dan ini akan menyebabkan tendon tersekat di dalam terowong serta menghasilkan bunyi 'pop' ketika cuba untuk luruskan jari.
▪️Setiap kali tendon tersekat, ia akan bertambah radang dan keadaan boleh menjadi semakin teruk. ia juga boleh menyebabkan terjadinya biji kecil (nodule) pada kawasan jari.
Apa punca trigger finger?
▪️Aktiviti genggam dan memicit berulang kali
▪️Kecederaan pada jari
▪️Tekanan serta pereputan tulang
▪️Ia lebih kerap berlaku kepada populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam lingkungan 50-60an.
Apa tanda-tanda trigger finger ?
▪️Jari susah bergerak terutamanya pada waktu pagi
▪️Jari tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan
▪️Bunyi 'pop' apabila meluruskan jari
▪️Terdapat nodule (ketulan) pada pangkal jari yang terlibat
Apakah Rawatan untuk trigger finger?
Trigger finger mempunyai beberapa tahap dan rawatannya bergantung pada klasifikasi ini.
▪️Tahap 1: Sakit pada bahagian pangkal jari tetapi jari tidak tersangkut.
▪️ Tahap 2: Jari tersangkut tetapi pesakit boleh meluruskan kembali jari tersebut tanpa bantuan.
▪️ Tahap 3: Jari tersangkut, dan perlu bantuan tangan sebelah untuk luruskan semula.
▪️Tahap 4: Jari tersangkut, dan tidak dapat diluruskan semula.
Bagi tahap 1-2 rawatannya adalah:
1. Ubat anti-radang dan tahan sakit.
2. Fisioterapi:
— regangan tendon
— urutan pada tendon sheath
— terapi lilin
— terapi ultrasound
Bagi tahap 3-4 rawatannya adalah:
1. Suntikan steroid pada pangkal jari untuk mengurangkan keradangan tendon dan pulley.
2. Pembedahan kecil:
— bius
— kulit dibuka 1cm
— ligamen A1 pulley dipotong
— kulit dijahit
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment