"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Awwal 1441H☆



فَإِنۡ أَعۡرَضُوا۟ فَقُلۡ أَنذَرۡتُكُمۡ صَـٰعِقَةࣰ مِّثۡلَ صَـٰعِقَةِ عَادࣲ وَثَمُودَ

"Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): "Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!" [Surah Fussilat 13]

#Ini merupakan ancaman Allah swt kepada orang kafir yang tidak mahu menerima kebenaran dan iman yang telah diajarkan kepada mereka. Setelah mereka diberikan peringatan yang jelas, tetapi masih juga ingkar dan kufur, maka telah sampai ayat ancaman ini kepada mereka dan juga kita.

إِذۡ جَاۤءَتۡهُمُ ٱلرُّسُلُ مِنۢ بَیۡنِ أَیۡدِیهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّا ٱللَّهَۖ قَالُوا۟ لَوۡ شَاۤءَ رَبُّنَا لَأَنزَلَ مَلَـٰۤىِٕكَةࣰ فَإِنَّا بِمَاۤ أُرۡسِلۡتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ

"(Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah", mereka menjawab: "Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Ia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): kamu diutus membawanya!" [Surah Fussilat 14]

#Allah swt memberi ancaman azab yang mengerikan untuk sesiapa yang berpaling daripada keimanan iaitu didatangkan petir yang bakal membinasakan sebagaimana yang telah dikenakan kepada kaum Aad dan kaum Thamud.

وَیُسَبِّحُ ٱلرَّعۡدُ بِحَمۡدِهِۦ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ مِنۡ خِیفَتِهِۦ وَیُرۡسِلُ ٱلصَّوَ ٰ⁠عِقَ فَیُصِیبُ بِهَا مَن یَشَاۤءُ وَهُمۡ یُجَـٰدِلُونَ فِی ٱللَّهِ وَهُوَ شَدِیدُ ٱلۡمِحَالِ

"Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya" [Surah ar-Ra'd 13]

#Ingatlah, janganlah sesekali menentang dan memilih jalan kekufuran kerana azab yang berat sedia menunggu orang-orang yang melampaui batas.

إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ لَشَدِیدٌ

"Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat" [Surah al-Buruj 12]

#Di dunia orang yang ingkar ini di ancam dengan panahan petir. Allah swt juga mengatakan di akhirat kelak mereka akan dihumban ke dalam neraka Jahannam.

وَلِلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِیرُ

"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah al-Mulk 6]

♡Takutlah ancaman Allah swt yang keras ini dan jangan sesekali memilih jalan yang sesat dan kufur. Hanya jalan taqwa dan taat sahaja dapat melepaskan diri daripada ancaman azab yang dahsyat ini. Jom suburkan taqwa!!♡


No comments: