"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Akhir 1441H☆



وَفَرِحُوا۟ بِٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعࣱ

"Dan mereka bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat" [Surah ar-Ra'd 26]

#Kehidupan dunia adalah kehidupan sementara yang tidak kekal bahkan akan binasa. Kehidupan yang abadi dan lebih baik ialah kehidupan di negeri akhirat.

یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghafir 39]

#Oleh yang demikian, tidak sepatutnya kita terpedaya dengan tipu daya dunia. Namun, itulah hakikatnya bahawa kebanyakan manusia hari ini terlalu mencintai dunia sehingga melupakan akhirat. Sebahagian daripada mereka menjadi hamba dunia dalam memenuhi kehendak nafsu mereka.

#Imam Ibnul Qayyim menyatakan: "Kunci segala keburukan adalah cinta dunia dan panjang angan-angan".

#Daripada Sayidina Abu Musa al-Asy’ari r.a, Rasulullah saw bersabda:

مَنْ أَحَبَّ دُنْيَاهُ أَضَرَّ بِآخِرَتِهِ وَمَنْ أَحَبَّ آخِرَتَهُ أَضَرَّ بِدُنْيَاهُ فَآثِرُوا مَا يَبْقَى عَلَى مَا يَفْنَى

“Siapa yang begitu gila dengan dunianya, maka itu akan memudaratkan akhiratnya. Siapa yang begitu cinta akhiratnya, maka itu akan mengurangi kecintaannya pada dunia. Dahulukanlah negeri yang akan kekal abadi (akhirat) dari negeri yang akan fana (dunia).” (HR Ahmad. Hadis hasan)

#Diantara tanda-tanda kita sudah menjadi hamba dunia ialah:

1. Hari yang berlalu menyaksikan kita lebih sibuk dengan pelbagai urusan dunia berbanding urusan akhirat.
2. Sentiasa berfikir cara untuk menambah harta berbanding cara untuk menambah iman.
3. Menjadikan penat bekerja sebagai alasan dan halangan untuk tidak melakukan amal ibadah.
4. Melalui hari-hari tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian dan akhirat.
5. Menunda untuk bertaubat kepada Allah swt.
6. Terus menerus menangguh daripada melakukan amal soleh dan kebaikan.
7. Mendengar ancaman dan azab Allah namun langsung tidak berasa takut dan gerun.
8. Tidak berasa bersalah melakukan dosa dan perkara yang haram.
9. Tidak bersiap-siap saat waktu solat sudah tiba.
10. Memberi layanan istimewa kepada hal ehwal dunia dan bersambil lewa dalam hal akhirat.

♡Semoga kita berjaya menjadi hamba Allah yang sebenarnya dan dijauhkan kita daripada menjadi hamba dunia. Aamiiin♡


No comments: