"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Akhir 1441H☆



 وَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Dan ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Jumu'ah 10]

#Orang yang sentiasa ingat Allah ialah orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan dan urusan sekalipun.

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ

Daripada Sayidatina ‘Aisyah r.anha berkata, Rasulullah saw selalu berzikir (mengingat) Allah pada setiap waktunya.” (HR Muslim)

#Firman Allah swt:

إنَّ في خَلْقِ السَّماوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِهِمْ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring.” [Surah Ali Imran 190-191]

#Berkata Qatadah rahimahullah: “Inilah keadaanmu wahai manusia. Ingatlah Allah ketika berdiri. Jika tidak mampu, ingatlah Allah ketika duduk. Jika tidak mampu, ingatlah Allah ketika berbaring. Inilah keringanan dan kemudahan dari Allah swt".

#Dengan kita sentiasa ingat kepada Allah swt, maka Allah juga akan sentiasa ingat kepada kita dengan rahmatNya, kasih sayangNya serta petunjukNya.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

“Maka, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu” [Surah al-Baqarah 152]

وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

“Jika ia (hambaKu) mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat (berlari)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Seseorang yang benar-benar beriman ialah mereka yang tidak lalai dan leka dari mengingati Allah dalam setiap keadaan♡

No comments: