"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Akhir 1441H☆



وَمَاۤ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?" [Surah al-Balad 12]

#Tadaddur Kalamullah (13 dan 14 Jamadil Akhir 1441H) telah menyebut dua amalan yang jika dilakukan akan beroleh kedudukan/darjat yang tinggi disisi Allah swt iaitu membebaskan hamba sahaya dan memberi makan pada hari kelaparan (ketika berlaku bencana, krisis dan musibah). Sekarang akan dibincangkan amalan ketiga yang tergolong dalam amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

3. Memberi makan dan menyantuni anak yatim yang ada hubungan kaum kerabat

یَتِیمࣰا ذَا مَقۡرَبَةٍ

"(Memberi makan) Kepada anak yatim dari kaum kerabat" [Surah al-Balad 15]

#Anak yatim merupakan insan yang wajib disayangi, disantuni dan dibantu kerana mereka tiada lagi orang tua yang menyayangi mereka. Allah swt memerintahkan kita mengambil berat tentang anak yatim jika ingin beroleh darjat yang tinggi disisi Allah swt.

#Daripada Ummu Said binti Murrah Al-Fihri, daripada ayahnya, daripada Nabi saw bersabda:

أَنَا وَكاَفِلُ الْيَتِيْمِ فِي الْجَنَّةِ كَهَاتَيْنِ، أَوْ كَهَذِهِ مِنْ هَذِهِ -شَكَّ سُفْيَانُ فِي الْوُسْطَى أَوِ الَّتِيْ يَلِيْ الإِبْهَامُ

“Kedudukanku dan orang yang mengasuh anak yatim di syurga seperti kedua jari ini atau bagaikan ini dan ini.” [Salah seorang perawi Sufyan ragu apakah nabi merapatkan jari tengah dengan jari telunjuk atau jari telunjuk dengan ibu jari] (HR al-Bukhari)

#Baginda saw bersabda:

أَتُحِبُّ أَنْ يَلِيْنَ قَلْبُكَ وَتُدْرِكَ حَاجَتُكَ اِرْحَمِ اليَتِيْمَ وَامْسَحْ رَأْسَهُ وَأَطْعِمْهُ مِنْ طَعَامِكَ يَلِنُ قَلْبُكَ وَتُدْرِكُ حَاجَتُكَ

“Apakah engkau suka hatimu menjadi lembut dan kamu mendapatkan hajatmu (keperluanmu)? Rahmatilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berikanlah makan kepadanya dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lembut dan nescaya kamu akan mendapatkan hajatmu” (HR Abdurrazaq dalam Mushannafnya)

#Anak yatim yang perlu diutamakan (di dahulukan) ialah yang mempunyai hubungan kerabat (kekeluargaan). Sabda Rasulullah saw:

نَعَمْ لَهَا أَجْرَانِ أَجْرُ الْقَرَابَةِ وَأَجْرُ الصَّدَقَةِ

“Benar, untuk sedekah kepada kerabat akan mendapatkan dua ganjaran: (1) pahala menjalin hubungan kerabat, (2) pahala sedekah itu sendiri” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Peluang untuk beroleh darjat yang tinggi disisi Allah dengan amal-amal yang disebutkan Allah ini terhidang di depan mata kita. Rebutlah peluang ini atau hanya menjadi sesalan selepas mati♡

*Dua lagi amalan, akan di sambung dalam Tadabbur Kalamullah yang berikutnya.....(bersambung lagi)

No comments: