"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, April 26, 2024

Ayah


AYAH...

Ayah memang tidak mengandungmu, tapi dalam darahmu, mengalir darahnya...

Ayah memang tidak melahirkanmu, tapi suaranyalah yang pertama kau dengar ketika lahir untuk menenangkan jiwamu....

Ayah memang tidak menyusuimu, tapi dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu...

Ayah memang tidak menyanyikanmu, agar kau tertidur, tapi dialah yang menjamin kau tetap nyaman dalam lelapmu...

Ayah memang tidak mendekapmu seerat ibumu, itu karena dia khawatir karena cintanya ia tidak bisa melepaskanmu.. ketika kau sudah bisa membangun sendiri hidupmu...

Ayahmu tidak pernah kau lihat menangis, bukan karena hatinya keras, tapi agar kau tetap percaya, dia kuat untuk kau bisa bergantung dilengannya...

Sayangi dan hormati ayahmu.. memang syurga ada ditelapak kaki ibumu, tapi tidak ada syurga untukmu tanpa keredhaannya...

Memang kau diminta mendahulukan ibumu, tapi ayahmu adalah jiwa raga ibumu...

Jemaah Tabligh


Nasihat saya, jika sedang lepak di rumah, tiba tiba ada pendakwah datang bagi salam dan nak cakap bab agama, tak payah menyorok dalam tandas, atau bawah katil, atau pura pura pakai helmet nak keluar dari rumah, atau suruh anak cakap, ayah takde, jangan buat macam tu

Tapi keluar je rumah, jawab salam, dan tadah je telinga dengar ceramah mereka bukan lama pun, lima minit ke 10 minit je nanti mereka akan tanya nama siapa? 

Bagitahu je nama penuh, lepas tu mereka akan cerita tentang iman dan amal, dan mereka akan beredar dan mungkin itulah pertemuan pertama dan terakhir

Tapi yakinlah, nama korang akan di sebut dalam doa Tahajjud mereka, agar korang diberikan kebaikan dunia dan akhirat

Sungguh doa yang terbaik adalah doa kepada saudara seagama tanpa pengetahuannya. Maka bantulah mereka agar ada modal untuk berdoa dalam Tahajjud

Nasihat ini agak deep, sila baca dua tiga kali

Perkongsian,
Saiful Hj Yusoff

Jemaah Tabligh


Nasihat saya, jika sedang lepak di rumah, tiba tiba ada pendakwah datang bagi salam dan nak cakap bab agama, tak payah menyorok dalam tandas, atau bawah katil, atau pura pura pakai helmet nak keluar dari rumah, atau suruh anak cakap, ayah takde, jangan buat macam tu

Tapi keluar je rumah, jawab salam, dan tadah je telinga dengar ceramah mereka bukan lama pun, lima minit ke 10 minit je nanti mereka akan tanya nama siapa? 

Bagitahu je nama penuh, lepas tu mereka akan cerita tentang iman dan amal, dan mereka akan beredar dan mungkin itulah pertemuan pertama dan terakhir

Tapi yakinlah, nama korang akan di sebut dalam doa Tahajjud mereka, agar korang diberikan kebaikan dunia dan akhirat

Sungguh doa yang terbaik adalah doa kepada saudara seagama tanpa pengetahuannya. Maka bantulah mereka agar ada modal untuk berdoa dalam Tahajjud

Nasihat ini agak deep, sila baca dua tiga kali

Perkongsian,
Saiful Hj Yusoff

Thursday, April 25, 2024

Baja tumbuhan


Resepi Hormon Air Kelapa Muda Yang Di Amalkan Oleh Pekebun Thailand-Tanaman Cepat Berbuah
.
Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.
.
.
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
.
.
Cara-cara:
.
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

*Jangan Saling Bermusuh*






عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام

_*Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, jangan saling bermusuhan, jangan saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"*_ (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka

2.  Sifat iri hati dan cemburu kepada kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim

3.  Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara. 

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

*Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh"* (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4.  Sebagai Muslim, kita boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan. Berusahalah mencari titik persamaan.

5.  Elakkan diri kita daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.

Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang.

26hb April 2024
17hb Syawal 1445H

Wednesday, April 24, 2024

SURAT UNTUK RINDU



```Aku tak tahu bagaimana untuk memulainya
Setelah jarak memaksanya jauh dariku
Sesekali air mata datang untuk menenangkan diriku yang berantakan

Aku hanya terus menghitung hari
Mengukur jarak yang semakin terasa jauh
Setiap jejak dan tapak yang aku tinggalkan 
Tak sedikitpun memberi kesan untuk melupakan

Maka ketika aku tiba dirasa bimbang
Dilema yang menguatkan namun juga melemahkan
Engkau hadir sebagai asa dari sebuah penantian

Engkau tumbuh dengan cepatnya
Mengalir begitu derasnya
Hingga atmaku tak mampu untuk menahannya

Seiring dengan waktu berlalu
Kita adalah kawan dalam menunggu
Serta bentuk pengorbanan dari sebuah rasa

Menjelma bersama asa
Memaksa jarak untuk segera berlalu
Dan masa untuk segera bertemu

Tetaplah di sini
Temani aku jangan pernah pergi
Melangkah bersamaku jangan berhenti
Aku berjanji tak akan pernah menyakiti
Sebab engkaulah kawan dalam sepi, kini dan nanti

Aku dan rindu```




*Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut*





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ

_*Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)."*_ (Sunan Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki

2.  Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.

3.  Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) termasuk segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang  memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.

4.  Salman al-Farisi menyatakan: Jika sifat kasih sayang dicabut bermakna sebahagian dari imannya juga akan dicabut maka jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.

Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi akhlak terpuji dan mengukuhkan iman kita.

25hb April 2024
16hb Syawal 1445H

Tuesday, April 23, 2024

BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL


📌 
🩷💚  Tarikh cadangan puasa 6 bagi 
tahun 2024 M/1445 H: 

🌟 22/4  (Hari Putih +
      Isnin) 13 Syawal 
🌟 23/4. ( Hari Putih ) 
      14 Syawal
🌟 24/4. ( Hari Putih ) 
      15 Syawal
🌿 25/4. ( Khamis ) 
      16 Syawal
🌿 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal
🌿 2/5 ( Khamis ) 
      23 Syawal

Berhimpun 3 Fadhilat
1. Puasa 6 Syawal
2. ⁠Puasa Isnin Khamis
3. ⁠Puasa Hari Putih

✔️ Tahniah buat yg dah
       selesai
✔️ Buat awal itu yg terbaik

Muhasabah

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*


*❝ KATA-KATA ROMANTIS ALLAH UNTUK KITA* ❞
========================

> *"Kau adalah milikKU"* 
*(QS. Al-Baqarah: 156)*

> *"AKU tak akan membiarkan kamu tersesat. Karena AKU sangat menyayangimu"* 
*(QS. Al-Ahzab: 43)*

> *"Letakkan AKU dihatimu, maka AKU pun akan meletakkanmu didalam hatiku"*
*(QS. Al-Baqarah: 152)*

> *"Kau ingat dan menyebut namaKU, maka AKU akan lebih dekat denganmu"* *(QS. Al-Baqarah: 186)*

*"Jangan sedih dan merasa sendiri jika seseorang* *menyakitimu. Karena AKU akan* *menemanimu setiap saat"*
*(QS. At-taubah:40)*


 𝗠𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗿𝗶

Thursday, April 18, 2024

PUASA 6 SYAWAL




Nabi S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)

*JOM TERUS BERDOA UTK PALESTINE...*

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang2 Hamas.”*

*“Ya Allah, timpakanlah azab keras-Mu terhadap kaum Yahudi penjajah yang zalim, serta siapapun yang mendukung dan membantu mereka, wahai Yang Maha perkasa dan Maha mengalahkan.”*

*"Ya Allah, kepada-Mu lah kami serahkan urusan orang Yahudi"*

*”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”*

*Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.*

Wednesday, April 17, 2024

Puasa Enam Menampung Kekurangan


1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:

إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم 

“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan slat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud)

2. Selain itu, puasa enam turut dikatakan memiliki pahala amalan setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)

3. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:

جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة

“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan sepuluh akan bersamaan) puasa 10 bulan, dan puasa enam akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)

4. Lalu andai kita mempunyai kesempatan, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. 

Semoga Allah membimbing kita.


Tuesday, April 16, 2024

AIR KELAPA MUDA DAN LIMAU NIPIS




MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN GULA KENCING MANIS DAN DARAH TINGGGI

Cara-caranya :

Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus.👍

Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.

Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah  kita.

Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuh kan segala penyakit tersebut

*SEMOGA BERMANFAAT...

Perapan Ayam




Protein Bar