SAYA berusia 22 tahun dan masih bujang. Dipendekkan cerita, ketika saya berusia 7 atau 8 tahun, saya pernah diperkosa bapa saudara saya sendiri. Malangnya saya hanya membiarkan saja tanpa mengetahui apa yang dilakukan ke atas saya itu sebenarnya adalah salah. Tambahan pula pada waktu itu ibu bapa saya sangat garang dan saya sering dipukul mereka walaupun kesalahan yang saya lakukan kecil.
Pada usia 12 tahun saya mula sedar apa yang terjadi pada saya adalah suatu perkara yang amat mengerikan. Mulai saat itu saya menjauhkan diri dari manusia bertopengkan binatang itu kerana takut sekiranya menjadi mangsa lagi.
Saturday, March 28, 2009
Doktor di BM: Buasir tak halang hamil
SAYA berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Saya mengalami buasir sejak belum berkahwin. Setiap kali membuang air besar, ada bengkak yang keluar bersama najis. Saya sudah berubat dengan cara tradisi dan juga di hospital, namun bengkak itu tidak surut.
Saya tidak mahu menjalani pembedahan tetapi dalam masa sama saya takut juga jika buasir menyebabkan saya tidak boleh hamil. Apakah cara mengubati buasir tanpa menjalani pembedahan?
Saya tidak mahu menjalani pembedahan tetapi dalam masa sama saya takut juga jika buasir menyebabkan saya tidak boleh hamil. Apakah cara mengubati buasir tanpa menjalani pembedahan?
Gangguan pengumpulan lysosomal
Sesetengah kes LSD tidak dapat dikesan ketika kecil tetapi pesakit jadi semakin teruk apabila meningkat dewasa
Jangan memihak ketika anak bergaduh
MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.
Kelazatan yang membawa maut
BARU-baru ini, masyarakat nelayan di Terengganu dikejutkan dengan berita kematian seorang tekong dan keracunan teruk empat awak-awak kapal gara-gara memakan kari ikan buntal di perairan Dungun.
Menarik minat si manja kepada pemakanan sihat
SEPANJANG tahun awal tumbesarannya, si manja anda baru mula mengenali dan menikmati makanan. Perut dan seleranya kecil, tetapi apabila keperluan nutriennya bertambah, pengambilan makanannya juga akan bertambah. Inilah masanya untuk anda memastikan tumbesaran fizikalnya dengan memberikan makanan yang sesuai dan memupuk tabiat makan yang sihat.
Permulaan hidup memberus gigi sendiri
Leow Kuan Ting, Pelajar Kolej, 23
Saya mula memberus gigi sendiri sewaktu berusia tiga tahun. Ibu akan memujuk saya memberus gigi sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Setiap hari, saya akan bersembunyi untuk mengelak memberus gigi. Maka, ibu akan memujuk dengan berjanji untuk bercerita, membaca buku dan bermain bersama atau membiarkan saya bermain dengan anak patung selepas saya memberus gigi. Apabila saya mula menghadiri tadika ketika usia empat tahun, ia menjadi rutin kerana cikgu akan menyuruh kami memberus gigi selepas sarapan pagi.
Saya mula memberus gigi sendiri sewaktu berusia tiga tahun. Ibu akan memujuk saya memberus gigi sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Setiap hari, saya akan bersembunyi untuk mengelak memberus gigi. Maka, ibu akan memujuk dengan berjanji untuk bercerita, membaca buku dan bermain bersama atau membiarkan saya bermain dengan anak patung selepas saya memberus gigi. Apabila saya mula menghadiri tadika ketika usia empat tahun, ia menjadi rutin kerana cikgu akan menyuruh kami memberus gigi selepas sarapan pagi.
Manfaat program kesihatan
KESEDARAN pemeriksaan awal penyakit amat penting. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, orang ramai perlu sedar tentang keperluan pemeriksaan penyakit untuk mengelakkan rawatan penyakit yang melibatkan kos yang tinggi.
Nutrien antioksida bantu sistem imun
AKIBAT cuaca yang tidak menentu saya dan keluarga sering mendapat demam, batuk-batuk dan sakit tekak. Hampir saban bulan kami perlu ke klinik untuk mendapat ubat-ubatan. Adakah suplemen yang dapat membantu saya dan keluarga mencegah dari demam dan batuk-batuk berterusan?
Glukosamin dan kondroitin untuk osteoartritis
SAYA mula mengalami sakit sendi lutut sejak beberapa tahun lalu. Namun ia makin serius sehingga membataskan pergerakan saya.
Untuk meredakan kesakitan, saya kerap bergantung kepada ubat penahan sakit. Adakah penyelesaian yang lebih sesuai untuk saya menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih baik?
Untuk meredakan kesakitan, saya kerap bergantung kepada ubat penahan sakit. Adakah penyelesaian yang lebih sesuai untuk saya menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih baik?
Ujian provokasi bronkial untuk asma
PENYAKIT asma (lelah) adalah penyakit kronik paru-paru yang menyebabkan saluran pernafasan mengalami radang (inflamasi) dan menyempit (hiper-responsif).
Murung akibat krisis ekonomi
KEHILANGAN kerja merupakan cabaran utama penduduk seluruh dunia yang berkemungkinan berdepan dengan masalah kemurungan. Pada zaman serba memerlukan wang ini, pengangguran merupakan satu mimpi buruk dan perlu dihindari oleh setiap pekerja kerana desakan hidup masa kini yang semakin mencabar. Semuanya memerlukan wang untuk meneruskan hidup walaupun mengetahui krisis ekonomi bukan sesuatu yang dirancang kerana ia berlaku secara tidak diduga.
Ubat cegah kehilangan suara
KAJIAN yang dilakukan oleh Centre Hospitalier Regional et Universitaire de Tours mendapati pesakit kanser larinks mampu menyelamatkan peti suara mereka dengan menerima kombinasi ubatan berbanding hanya satu atau dua rawatan. Antara kombinasi ubatan tersebut ialah docetaxel, cisplatin dan 5-fluoruracil (TPF) ketika cetusan kemoterapi bagi menghalang kombinasi cisplatin dan 5-fluoruracil (PF).
Sebab kanak-kanak suka aiskrim
JANGAN salahkan kanak-kanak andainya mereka mampu menghabiskan semangkuk aiskrim berbanding hanya makan sedikit ketika makan malam. Menurut seorang profesor di Sains Kesihatan Gigi Awam, Universiti Washington, Susan Coldwell, ia berlaku kerana pembesaran tulang kanak-kanak tersebut.Malah tidak didedahkan sepenuhnya kepada makanan seimbang juga menyebabkan kanak-kanak ini lebih menggemari makanan remeh.
Rapuh tulang punca mudah gayat
PENGIDAP penyakit tulang rapuh atau osteoporosis didapati lebih mudah mengalami gayat, menurut penyelidik Korea, Dr. Ji Soo Kim, dari Universiti Kolej Perubatan Kebangsaan Seoul.
Tebuk leher ganti lamina
SEGALANYA bermula tanpa disengajakan. Asalnya batuk yang tidak henti-henti, demam dan tidak selesa di seluruh badan. Pemeriksaan terakhir rupa-rupanya memberi berita yang cukup mengejutkan.
Friday, March 27, 2009
Sunday, March 22, 2009
Ramai guru sakit jiwa
Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.
Panik mudah serang wanita
Panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.
Dedahkan kepada kacang untuk hilangkan alergi
KANAK-KANAK yang mempunyai alergi terhadap kekacang dapat disembuhkan dengan mendedahkan mereka kepada kacang secara oral. Menurut Pusat Perubatan Universiti Duke dan Hospital Kanak-Kanak Arkansas, pendedahan secara dos berperingkat dapat membantu kanak-kanak tersebut membina toleransi dengan alergi sehingga kesannya hilang dalam jangka waktu tertentu.
Sindrom otak bayi bergegar
Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
Kesukaran bayi pramatang
BIARPUN melepasi tahap kritikal ketika dilahirkan, kelangsungan hidup bayi pramatang tidak terhenti di situ.
Kulit paha gatal, keras dan hitam
Doktor,SAYA berusia 39 tahun, sudah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai dua orang anak. Masalah saya bermula selepas melahirkan anak kedua.
Pemakanan untuk tahun-tahun tumbesaran
ANAK ibarat cahaya yang menerangi hidup kita. Kita bukan sahaja mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya, tetapi juga menjaga mereka bagaikan menatang minyak yang penuh, harapan mereka akan membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna! Sebagai ibu bapa, kita perlu memberikan yang terbaik pada tahun-tahun tumbesaran (satu hingga enam tahun) kerana inilah waktunya mereka mula membesar dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
Karang di buah pinggang
TANGGAL 12 Mac bukan sahaja menandakan sambutan Hari Glaukoma Sedunia, malahan turut menjadi tarikh untuk sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia.
Hospital rai kanak-kanak
PELBAGAI cara dilakukan oleh badan-badan korporat dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.
Pemeriksaan awal elak CKD
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) merupakan isu kesihatan awam global yang utama, di mana 500 juta individu iaitu 10 peratus daripada penduduk dewasa di seluruh dunia mengalami masalah tersebut.
Psoriasis tidak berjangkit
PENYAKIT psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik.
Susu dan prestasi mental kanak-kanak
SUSU telah sekian lama diketahui mempunyai nutrien penting untuk pembesaran badan dan minda kanak-kanak dan juga sebagai satu sumber kalsium untuk tulang.
Penuaan dan kemerosotan mitokondria
LEBIH 200 penyakit keturunan dikaitkan dengan kerosakan fungsi mitokondria termasuk beberapa penyakit usia seperti Alzheimer, Parkinson, kencing manis, kanser, penyakit jantung dan strok. Fungsi mitokondria memberi kesan kepada hampir setiap proses penting sel.
Tibi tidak mengenal mangsa
KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.
Pemakanan untuk si manja
BADAN anak anda memerlukan pelbagai nutrien. Kebanyakan nutrien ini iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, diperolehi daripada makanan yang berlainan. Itulah sebabnya anda perlu memastikan diet si manja mengandungi pelbagai jenis makanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)