"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1441H☆



وَیَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِینَ كَذَبُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌۚ أَلَیۡسَ فِی جَهَنَّمَ مَثۡوࣰى لِّلۡمُتَكَبِّرِینَ

"Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?" [Surah az-Zumar 60]

#Allah swt menyatakan balasan dan azab di hari kiamat kepada golongan yang tidak mempercayai  Allah, berdusta terhadap Allah, sombong dan takabbur tidak mahu beriman kepada Allah swt. Wajah mereka menjadi hitam legam dan dihumban ke dalam neraka Jahannam. Keengganan dan kedegilan mereka tunduk pada Allah Tuhan sekalian alam membinasakan masa depan mereka di akhirat.

#Wajah mereka menjadi muram, sedih, malu dan hitam legam. Lebih hitam dan gelap daripada malam yang gelap gelita. Firman Allah swt:

وَٱلَّذِینَ كَسَبُوا۟ ٱلسَّیِّـَٔاتِ جَزَاۤءُ سَیِّئَةِۭ بِمِثۡلِهَا وَتَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةࣱۖ مَّا لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِنۡ عَاصِمࣲۖ كَأَنَّمَاۤ أُغۡشِیَتۡ وُجُوهُهُمۡ قِطَعࣰا مِّنَ ٱلَّیۡلِ مُظۡلِمًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya" [Surah Yunus 27]

#Hal ini berbeza sama sekali dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Wajah mereka putih berseri bersinar ceria.

وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ نَّاضِرَةٌ * إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةࣱ * وَوُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذِۭ بَاسِرَةࣱ

"Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-ser, melihat kepada Tuhannya. Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh" [Surah al-Qiyamah 22-24]

#Bahkan orang beriman bukan sekadar berseri-seri wajahnya, mereka gembira dan sentiasa tertawa dengan nikmat yang dikurniakan Allah. Manakala orang yang derhaka suram dan berdebu wajah mereka. Firman Allah swt:

وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ مُّسۡفِرَةࣱ * ضَاحِكَةࣱ مُّسۡتَبۡشِرَةࣱ * وَوُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذٍ عَلَیۡهَا غَبَرَةࣱ * تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ * أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ

"Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. Tertawa, lagi bersuka ria. Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu. Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka" [Surah 'Abasa 38-42]

♡Inilah kesan dan balasan bagi manusia yang degil, derhaka, kafir dan menentang Allah serta ajaran para Rasul. Mereka menjadi sehina-hina makhluk dan manusia paling menyesal di akhirat kelak. Bertaubat, insaflah dan berimanlah kepada Allah swt, nescaya selamat dunia dan akhirat♡


No comments: