"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, December 11, 2012

Insentif Tambahan & Penyelarasan Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI 2012

Dapatkan info di  sini.

Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI 2012

Dapatkan info di  sini.

Demontrasi 2 : Life Enzim

Dapatkan info di  sini.

Demontrasi 1 : Life Enzim

Dapatkan info di  sini.

Testimoni : Life Enzim Pulmonary Tuberculosis

Dapatkan info di  sini.

Testimoni : Life Enzim

Dapatkan info di  sini.

Alternatif Merawat Kanser

Dapatkan info di sini

CNI NEWS DIS 2012

Dapatkan di sini

Stokis Bangi

Distribution Area Address Telephone Fax
BANGI SP
No 43A-1-1B 1st Flr Blok F Pusat Bdr Baru Bangi, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor. Business Hour : 10:30am - 7pm / Sunday Closed 019-3212827 / 019-3514041 / 03-89263540

Pneumokokal boleh bawa maut


mereka yang berusia 55 sehingga 65 tahun merupakan golongan berisiko dijangkiti penyakit pneumokokal.

BIASANYA fungsi paru-paru bagi seseorang akan merosot secara beransur-ansur bermula usia 20 tahun.

Jika tiada gangguan terhadap paru-paru seperti bahan kimia dari persekitaran atau gaya hidup yang sihat, kesihatan organ ini dapat dikekalkan sehingga usia tua tanpa sebarang masalah.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok atau pendedahan terhadap benda asing dari persekitaran menyebabkan berlakunya pelbagai jangkitan pada paru-paru yang mengakibatkan kerosakan serius.

Jangkitan pada sistem pernafasan manusia boleh melibatkan saluran pernafasan, jangkitan bronkitis dan jangkitan pada pundi-pundi udara dan pneumonia.

Menurut Pengarah Institusi Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif, salah satu penyakit yang melibatkan jangkitan paru-paru adalah pneumokokal yang merupakan penyakit kronik berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae.

"Daripada 90 peratus penyakit pneumokokal hanya 10 peratus daripadanya boleh menyebabkan penyakit serius.

"Bakteria tersebut mengakibatkan jangkitan pada anggota tubuh badan lain seperti pada selaput otak dan saraf tunjang (meningitis), jangkitan dalam darah (bacteremia), jangkitan pada paru-paru (pneumonia) dan jangkitan pada telinga (otitis media).

"Streptococcus pneumoniae boleh mengakibatkan penyakit berbahaya sehingga membawa kepada kematian. Dianggarkan 1.6 juta kematian berlaku setiap tahun berpunca daripada bakteria ini," katanya semasa majlis memperkenalkan vaksin Prevenar 13 untuk dewasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit pneumokokal telah dikesan menjadi antara pembunuh golongan dewasa apabila pada 2002 sebanyak 896,000 kematian berlaku di seluruh dunia.
salah satu penyakit yang melibatkan jangkitan terhadap paru-paru adalah pneumokokal.

Kumpulan berisiko

Selain golongan dewasa, penyakit ini turut menyerang golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah.

"Kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah merupakan antara golongan yang mudah dijangkiti penyakit tersebut terutama mereka yang kurang mendapat penyusuan badan sewaktu bayi, terlalu terdedah dengan asap rokok dan tidak mendapat imunisasi penyakit tersebut.

"Bagi golongan dewasa pula, mereka yang berusia 55 sehingga 65 merupakan golongan berisiko dijangkiti penyakit pneumokokal," katanya.

Dr. Abdul Razak berkata, pneumokokal boleh menyebabkan penyakit serius seperti meningitis, jangkitan terhadap telinga, paru-paru dan darah.

Katanya, sakit kepala, muntah-muntah, demam secara tiba-tiba, gegendang telinga membengkak, nafas pendek atau laju, pengsan dan sebagainya merupakan tanda-tanda jangkitan tersebut.

Lebih berbahaya, penyakit ini mampu menjangkiti orang lain melalui bakteria yang disebar oleh pesakit.

"Bakteria ini boleh disebarkan apabila pesakit atau orang yang membawa bakteria ini batuk atau bersin.

"Seseorang itu boleh juga mendapat jangkitan ini apabila tersentuh sesuatu yang mempunyai bakteria pneumokokal yang dapat melalui rongga badan manusia seperti mulut dan hidung," tambahnya.

Ujar Dr. Abdul Razak lagi, seseorang yang pernah dijangkiti penyakit ini juga mempunyai risiko untuk dijangkiti kembali.

Langkah terbaik bagi menghalang penyakit tersebut adalah dengan mendapatkan vaksin dan imunisasi yang mana bukan sahaja dapat mengurangkan penyakit tetapi juga mengurangkan kadar kematian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121211/kn_01/Pneumokokal-boleh-bawa-maut#ixzz2El4ORt2B 
 

Dengkur bukan bahan gurauan


BERDENGKUR ketika tidur sering dianggap perkara remeh sehingga menjadi bahan gurauan oleh rakan-rakan.

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan walaupun sebenarnya itu adalah petanda kepada masalah kesihatan.

Malah, tanpa kita ketahui, berdengkur adalah gejala penyakit yang serius kerana ia boleh membawa maut.

Bunyi bising semasa bernafas ketika tidur terhasil kerana sebahagian daripada saluran pernafasan kamu telah tersumbat.

Perkara ini berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi atau dengkuran itu terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain.