"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Awwal 1441H☆



ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra'd 28]

#Antara perkara yang dicari dan diidamkan oleh manusia ialah ketenangan dan ketenteraman hati. Manusia sanggup berbelanja besar demi untuk mencari ketenangan dan kedamaian jiwa. Ada yang memilih muzik dan hiburan untuk ketenangan. Ada yang memilih sukan sebagai jalan ketenangan. Ada yang mencarinya di pantai, di taman rekreasi, di atas gunung, di mana yang dirasakan boleh memberi ketenteraman hati.

#Sebenarnya al-Quran telah memberi panduan yang jelas untuk mencapai ketenangan dan ketenteraman hati iaitu dengan sentiasa mengingati Allah (zikrullah). Iaitu ingat Allah dengan sentiasa zikir, sentiasa membaca al-Quran, sentiasa bertasbih, sentiasa bertahmid, sentiasa bertakbir, sentiasa bertahlil, sentiasa berselawat dan selalu menyebut atau melakukan perkara-perkara kebaikan.

إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

“Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” [Surah al-A’raf 56]

#Dalam hadis yang disampaikan oleh Sayidina Salman r.a, ada sekumpulan sahabat yang berzikir pada Allah, lantas Nabi saw melalui kumpulan mereka ketika itu, baginda pun bersabda:

مَا كُنْتُمْ تَقُوْلُوْنَ؟ فَإِنِّي رَأَيْتُ الرَّحْمَةَ تَنْزِلُ عَلَيْكُمْ ، فَأَحْبَبْتُ أَنْ أُشَارِكَكُمْ فِيْهَا

“Apa yang kalian ucapkan? Sungguh aku melihat rahmat turun di tengah-tengah kalian. Aku sangat suka sekali bergabung dalam majlis semacam ini” (HR al-Hakim)

#Di antara tempat yang boleh mendatangkan ketenangan dan ketenteraman hati ialah sentiasa berada dalam majlis ilmu, majlis al-Quran dan majlis yang mengingati Allah. Sabda Rasulullah saw:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah membaca Kitabullah dan saling mengajarkan satu sama lain, melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), akan dinaungi rahmat, akan dikelilingi para malaikat dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di sisi makhluk yang dimuliakan di sisiNya" (HR Muslim)

♡Untuk beroleh ketenangan dan ketenteraman jiwa maka sibukkan diri dengan perkara yang mendekatkan kita dengan Allah swt, pastikan lidah kita sentiasa basah menyebut nama Allah dan hadirkan diri dalam majlis ilmu yang diadakan di masjid surau yang berdekatan. Semoga kita dikurniakan ketenangan dan rahmatNya. Aamiiin♡


No comments: