"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, April 18, 2024

PUASA 6 SYAWAL




Nabi S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)

*JOM TERUS BERDOA UTK PALESTINE...*

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang2 Hamas.”*

*“Ya Allah, timpakanlah azab keras-Mu terhadap kaum Yahudi penjajah yang zalim, serta siapapun yang mendukung dan membantu mereka, wahai Yang Maha perkasa dan Maha mengalahkan.”*

*"Ya Allah, kepada-Mu lah kami serahkan urusan orang Yahudi"*

*”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”*

*Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.*

Wednesday, April 17, 2024

Puasa Enam Menampung Kekurangan


1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:

إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم 

“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan slat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud)

2. Selain itu, puasa enam turut dikatakan memiliki pahala amalan setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)

3. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:

جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة

“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan sepuluh akan bersamaan) puasa 10 bulan, dan puasa enam akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)

4. Lalu andai kita mempunyai kesempatan, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. 

Semoga Allah membimbing kita.


Tuesday, April 16, 2024

AIR KELAPA MUDA DAN LIMAU NIPIS




MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN GULA KENCING MANIS DAN DARAH TINGGGI

Cara-caranya :

Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus.👍

Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.

Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah  kita.

Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuh kan segala penyakit tersebut

*SEMOGA BERMANFAAT...

Perapan Ayam




Protein Bar