"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadal Akhirah 1441H☆


وَمَن جَٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ

“Dan sesiapa yang berjihad (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjihad untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk" [Surah al-Ankabut 6]

#Menurut ahli tafsir, al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah menyebut dalam tafsirnya: "Surah al-Ankabut merupakan surah Makkiyyah dan ayat “Dan sesiapa yang berjihad” bermaksud “sesiapa yang beramal soleh".

#Diantara perkara utama dan besar ganjarannya di sisi Allah swt ialah berjihad atau beramal soleh. Sesiapa yang melakukannya maka semua ganjaran itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Bahkan dijanjikan di dalam hadis Rasulullah saw tentang kehebatan dan kemuliaan jihad di jalan Allah ini. Antara keistimewaannya ialah:

1. Beroleh syurga tertinggi ialah syurga al-Firdaus (HR al-Bukhari)
2. Akan datang di hari kiamat dengan darah yang berbau haruman kasturi (mati di medan perang)
3. Dikira mati syahid yakni kematian yang lebih baik daripada menguasai seluruh dunia ini (HR an-Nasaie)
4. Timbangan amalnya (di Mizan) di Mahsyar menjadi berat (HR al-Bukhari)
5. Tergolong dalam kalangan orang yang paling baik (HR an-Nasaie)
6. Beroleh pahala seperti orang yang berpuasa dan sembahyang malam tanpa henti (HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
7. Mata mereka tidak akan disentuh api neraka (HR at-Tirmizi)
8. Diharamkan neraka untuk mereka (HR al-Bukhari)
9. Diampunkan dosanya oleh Allah dan Tuhan kagum akan keberanian mereka (Abdullah bin Mas'ud)
10. Infaq untuk jihad di jalan Allah beroleh pahala 700 kali ganda (HR at-Tirmizi)
11. Dijauhi azab kubur (HR at-Tirmizi)
12. Sentiasa beroleh rezeki yang tidak putus-putus dari Allah (Surah Aali Imran 169)
13. Beroleh ganjaran yang lebih baik daripada dunia dan isinya (HR Ibnu Majah)

#Inilah antara ganjaran bagi orang yang berjihad sama jihad di sabilillah di medan perang, jihad di medan ilmu, jihad melawan nafsu, jihad melibatkan harta, jihad membangunkan ekonomi umat Islam, jihad dakwah muslim dan non Muslim, jihad Amar Makruf Nahi Mungkar, jihad mengajar al-Quran, jihad uruskan masjid surau, jihad mendaulat politik dan pemerintahan Islam, jihad menentang pemimpin zalim dan apa sahaja amal soleh dan kebaikan yang perlu diperjuangkan.

♡Beramal dengan Islam adalah jihad. Jihad memerlukan pengorbanan yang mahal iaitu melibatkan harta, masa, tenaga, darah dan nyawa. Jihad juga memerlukan kesabaran dan kekentalan kerana ia memerlukan masa yang panjang dan lama. Jom berjihad di posisi masing-masing mengikut kepakaran dan kemampuan diri. Wallahua'lam♡


No comments: