"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Awwal 1441H☆



وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطࣰا

"...Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran" [Surah al-Kahfi 28]

#Allah swt menegaskan agar jangan sesekali mematuhi dan menuruti kehendak golongan yang leka hatinya dan mengikut hawa nafsu. Jangan terpengaruh dengan golongan yang jauh dari wahyu kerana mereka bertuhankan hawa nafsu dan mereka lalai dalam hal ehwal agama.

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Jangan berkawan dengan orang yang terlalu cinta kepada dunia. Iaitu mereka melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah sehingga meletakkan cinta kepada dunia lebih tinggi dari cinta Allah swt".

#Allah swt mengarahkan kita untuk terus bersama kelompok manusia yang sentiasa mengharapkan redha Allah swt.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya mereka yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah orang yang mengharapkan RAHMAT (KEREDHAAN) Allah. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Baqarah 218]

#Memperolehi rahmat dan keredhaan Allah adalah matlamat kehidupan setiap insan yang soleh yang mahukan syurga. Inilah matlamat perjuangan dan kehidupan para Nabi dan para Rasul.

إلهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى

"Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, keredhaanMu adalah pencarianku"

♡Jangan sesekali bersama dan berkasih sayang dengan golongan yang lalai, leka dan mengikuti hawa nafsu kerana mereka mampu menjauhkan kita daripada mengingati Allah swt. Bertemanlah dengan mereka yang soleh, bertaqwa dan hidup demi mencari keredhaan Allah. Semoga kita dihimpunkan bersama mereka yang diredhaiNya di SyurgaNya yang tertinggi. Aamiiin♡


No comments: