"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Akhir 1441H☆



أَلَمۡ یَعۡلَمُوۤا۟ أَنَّهُۥ مَن یُحَادِدِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَأَنَّ لَهُۥ نَارَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدࣰا فِیهَاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡخِزۡیُ ٱلۡعَظِیمُ

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar" [Surah at-Taubah 63]

#Allah swt menyediakan satu tempat yang paling hina dan sengsara iaitu neraka Jahannam bagi mereka yang menentang Allah dan rasulNya. Menentang ajaranNya, perintahNya, rasul-rasulNya dan kebenaran wahyuNya. Ini merupakan balasan yang paling hina untuk penentang Allah dan rasul.

ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ شَاۤقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۖ وَمَن یُشَاۤقِّ ٱللَّهَ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

"(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya" [Surah al-Hashr 4]

#Malik meiwayatkan daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah r.a, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Api dunia yang kemu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api neraka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua api (dunia) dikumpulkan?” Rasulullah saw bersabda: “Ia lebih panas 69 kali ganda (dari api dunia)" (HR Muslim)

#Mereka juga diseksa dengan seksaan yang seberat-beratnya disebabkan mereka menolak kebenaran yang datang daripada Allah dan memilih kekufuran dan kederhakaan.

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ * فَیُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ

"Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar. Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya" [Surah al-Ghashiyah 23-24]

#Bahkan setiap kali mereka cuba lari daripada neraka disebabkan kesengsaraan dan kesakitan yang dialami, mereka akan dihumban semula ke dalamnya.

كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

"Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kemudian dikatakan kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini.” [Surah al-Hajj 22]

#Oleh itu, beringat dan berwaspadalah didunia ini, jangan sesekali menentang perintah Allah dan ajaran yang dibawa oleh para rasul kerana kesudahannya adalah neraka Jahannam dan azab yang tersangat menyakitkan.

كَذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡعَذَابُۖ وَلَعَذَابُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ أَكۡبَرُۚ لَوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ

"Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat)" [Surah al-Qalam 33]

♡Kesengsaraan dan akibat yang buruk akan dikenakan bagi sesiapa yang memilih kekufuran serta menolak kebenaran Islam. Untuk selamat dunia dan akhirat, ikutilah ajaran Islam dan taatilah perintah Allah dan Rasul♡


No comments: