"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, February 20, 2010

Apakah nilai minda yang sihat?

Melangsing Badan Cara Mudah Agar Langsing Lagi Yakin!

Ener Fruit

Royal Jelly Lyophilized

Wanita buang cyst khuatir tiada zuriat

SOALAN
SAYA seorang isteri berumur 27 tahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Usia perkahwinan saya masuk tahun ketiga.

Saya pernah menjalani pembedahan membuang cyst enam bulan lalu di ovari kiri.

Selepas pembedahan, doktor mengesahkan tiub falopio kiri saya tersumbat manakala di sebelah kanan adalah normal.

Saya risau kerana sehingga kini saya masih belum hamil. Suami ada membuat pemeriksaan kesuburan dan suami tiada masalah.

Doktor ada memberikan saya ubat kesuburan (Clomid), namun setiap bulan saya tetap didatangi haid.

Saya pernah terdengar mengenai rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) dan permanian berhadas (IUI).

Adakah sebarang had umur untuk menjalani rawatan ini?

Berdasarkan masalah saya hadapi, adakah IVF atau IUI lebih berkesan untuk saya?

Apakah perbezaan ketara antara dua rawatan terbabit?


ITA
Shah Alam, Selangor


JAWAPAN

ANDA boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada doktor anda mengenai beberapa perkara berkaitan penyakit anda sebelum mengetahui peluang kehamilan anda tanpa bantuan berbanding dengan bantuan rawatan kesuburan.

Sekiranya pembedahan terbabit dilakukan secara laparoskopi, lazimnya doktor akan memberikan anda cakera padat rakaman pembedahan itu untuk rekod simpanan atau rujukan anda:

1. Jenis cyst terbabit misalnya endometrioma (sejenis endometriosis), cyst korpus luteal, cyst dermoid, cyst epitilial dan seumpamanya.

Lazimnya, dinding cyst ini akan diuji secara histopatologi di makmal dan keputusannya dapat diketahui dalam masa satu hingga beberapa minggu.

2. Punca tiub falopio tersumbat contohnya penyakit radang pelvis (PID).

3. Keadaan tiub falopio lagi satu secara keseluruhannya (misalnya tersumbat, berbonggol-bonggol, jejari fimbriae melekat dan kontot)

4. Keadaan ruang pelvis secara keseluruhannya

Usia anda masih muda, peluang kehamilan anda (lebih-lebih lagi dengan rawatan kesuburan) lazimnya berada pada paras tinggi sebelum seseorang wanita mencapai usia 28 tahun di mana tahap kesuburannya mula menurun.

Secara am, berikut adalah beberapa fakta yang boleh dijadikan panduan:


Anda dinasihatkan mengambil ubat kesuburan dalam jenis dan dos yang bersesuaian bagi memastikan pada setiap kitaran haid anda, ada saja telur 'cantik' iaitu folikel telur yang besar pada ovari kanan anda.

Ini kerana jika tidak, anda hanya berpeluang hamil (sekitar 15 peratus) jika pada kitaran terbabit telur keluar dari ovari kanan. Tiada ketetapan atau giliran bagi seseorang wanita untuk ovulasi berlaku dari ovari kanan atau ovari kiri. Seseorang boleh mengalami ovulasi dari ovari kiri berturut-turut sebelum diselangi dari sebelah kanan pula.

Pada masa sama, status tiub falopio kanan juga penting diketahui. Jika tiub falopio kanan tidak tersumbat dan berfungsi elok serta ovulasi berlaku dari ovari kanan, anda boleh memilih untuk melakukan hubungan seks atau menjalani rawatan IUI.

Rawatan IVF memberi peluang kehamilan yang paling tinggi untuk mana-mana wanita, lebih-lebih lagi pada golongan usia anda. Cuma, kosnya juga jauh lebih tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM15,000. IVF memintas kegunaan tiub falopio, semua telur anda dari sebelah kiri dan kanan boleh disedut keluar dan digunakan melalui satu prosedur pembedahan khas.

Kemudian telur ini akan disatukan bersama-sama sperma suami anda untuk persenyawaan membantu embrio sebelum dimasukkan semula ke dalam rahim anda.

Bagaimanapun, peluangnya juga bukanlah 100 peratus. Sekiranya anda sudah bersedia, IVF memberi peluang yang paling tinggi. Namun, jika belum, anda boleh mengambil ubat kesuburan disusuli pemantauan menggunakan ultrabunyi trans-vaginal bagi memantau perkembangan telur di sebelah ovari kanan.

Kemudian, apabila sudah sampai waktu subur, anda bolehlah mengambil suntikan pencetus ovulasi sebelum menjalani IUI. Jika tidak berkemampuan untuk menjalani IUI, hubungan seks boleh dilakukan, tetapi memberi peluang kehamilan yang paling rendah antara ketiga-tiga ini.

Perit setiap kali buang air kecil

SAYA berusia 19 tahun dan sudah berkahwin. Masalahnya, sejak akhir-akhir ini bahagian faraj saya sering berasa pedih dan perit apatah lagi selepas membuang air kecil.

Ini membuatkan saya rasa tidak selesa untuk melakukan sebarang pekerjaan.

Baru-baru ini, saya ada terbaca di satu artikel yang menyatakan peranakan seseorang itu turun dan menyebabkan rasa sakit setelah membuang air kecil.

Untuk pengetahuan doktor, saya juga kerap melakukan hubungan intim bersama suami.

Adakah kekerapan mengadakan hubungan intim itu boleh mengakibatkan faraj berasa pedih selepas membuang air kecil?

ANN
Kuala Lumpur

PERIT setelah membuang air kecil mungkin berpunca daripada luka, sama ada luka melecet akibat hubungan seks atau luka melecet akibat jangkitan kuman.

Bukan mudah untuk rahim jatuh, lebih-lebih lagi pada usia anda serta belum pula melahirkan anak. Rahim juga tidak berulang kali turun naik (setelah mengurut). Pemeriksaan doktor dapat mengesan lokasi luka terbabit. Rawatan yang bersesuaian juga boleh diberikan.

Dingin selepas ikat peranakan

SOALAN
SAYA dan suami sudah berkahwin selama hampir 10 tahun. Kami bersetuju untuk tidak mempunyai anak lagi dan saya sudah mengikat peranakan saya awal tahun ini.

Masalahnya, hubungan antara kami semakin renggang dan kami tidak bersama seperti dulu (hubungan kelamin kami kini hanya dua atau tiga kali sebulan).

Saya agak buntu, adakah tindakan mengikat peranakan memberikan kesan sedemikian?

Sejak saya melalui proses mengikat peranakan (April hingga kini, Disember), saya tidak lagi didatangi haid. Apakah punca keadaan itu?

ISTERI RISAU
Melaka

JAWAPAN
MENGIKAT tiub falopio hanya menutup laluan tiub falopio. Memandangkan tiub falopio tidak mengeluarkan hormon terutama hormon keperempuanan (estrogen dan progesteron), maka mengikat tiub falopio sepatutnya tidak mengganggu paras hormon anda.

Masalah hubungan seks adalah sesuatu yang lebih kompleks dan lazimnya mempunyai beberapa punca sekal igus. Anda dan suami dinasihatkan berbincang dengan doktor anda secara lebih mendalam.

Setelah doktor anda menerangkan secara visual mengenai prosedur pembedahan mengikat tiub falopio, anda mungkin akan lebih memahami dan tidak menyalahkan pembedahan itu saja.


Lazimnya, setelah wanita mengetahui tidak perlu lagi bimbang akan kemungkinan hamil, ia bukan saja melancarkan haid, malah mengeratkan keintiman hubungan seks.

Kebimbangan atau masalah anda yang mungkin tidak disedari juga mungkin memberi kesan kepada ovulasi anda sehingga menyebabkan gangguan haid.

Namun, eloklah anda juga memeriksa ujian air kencing bagi memastikan ia bukan disebabkan kehamilan. Ada juga laporan mengenai kehamilan setelah mengkat tiub falopio.

Pelbagai risiko pembedahan Caesarean

ISTERI saya baru-baru ini bersalin anak sulung secara pembedahan.

Soalan
ISTERI saya baru-baru ini bersalin anak sulung secara pembedahan.

Apakah kesan sampingan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan? Ada yang mengatakan jika isteri bersalin secara pembedahan, bilangan anak yang boleh dilahirkan setakat tiga orang sahaja.


Adakah itu benar?
RADIN,
Kuala Lumpur


Jawapan
BERIKUT adalah antara beberapa panduan am berkaitan kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean.



Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.

Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan.


Isteri anda mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin.


Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.

Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.


Pada hari kedua selepas pembedahan, sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.


Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.



Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).

Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.



Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.

Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.


Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.


Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.


Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterine rupture.


Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.


Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

Ketulan putih di puting payudara

SAYA berumur 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada April 2009.

Soalan

SAYA berumur 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada April 2009.

Saya agak risau dengan keadaan payudara kiri saya yang putingnya tidak timbul, sama ada ketika bersama suami atau tidak.


Puting kanan payudara saya tiada masalah. Baru-baru ini, puting payudara kiri saya ada semacam ketulan putih kecil sebesar jerawat nasi tapi bukan nanah. Ada kalanya, ia berbau.

Apakah masalah pada puting payudara itu? Mungkinkah ia petunjuk masalah kesihatan lain?

INA,
Kuala Lumpur


Jawapan KEADAAN ini dinamakan inverted nipple. Ini tidak bermakna anda tidak mempunyai puting payudara tetapi ia tidak timbul, malah boleh termasuk ke dalam.


Kawasan kulit berhampirannya pula boleh menyebabkan pengumpulan kotoran atau peluh sehingga mengeluarkan bintil putih seperti yang anda alami.


Puting payudara yang termasuk ke dalam mungkin boleh dibetulkan, namun ia memerlukan kesungguhan dan kesabaran kerana ia memakan masa yang lama.


Anda boleh memulakannya dari sekarang secara meletakkan jari telunjuk dan ibu jari pada dasar kawasan perang sekitarnya (areolar), kemudian menekannya ke dalam dan ke luar seolah-olah mengembangkan kawasan terbabit.

Pada masa sama, jari telunjuk dan ibu jari tangan sebelah lagi bolehlah cuba menarik keluar puting terbabit.


Lakukan sekerap mungkin, mana tahu, ia mungkin berjaya keluar kelak.


Anda juga harus faham bahawa setelah keluar kelak, ia mungkin boleh termasuk kembali dan anda boleh memulakan kembali teknik di atas.


Pada masa sama, anda mungkin perlu meluangkan masa untuk meneliti kawasan tengah areolar itu supaya ia dibiarkan kering.


Inverted nipple tidak bermakna seseorang tidak boleh menyusukan bayinya kelak, penyusuan badan cuma memerlukan teknik yang betul.


Inverted nipple juga lazimnya tidak berkaitan masalah serius jika ia sudah dialami sejak kanakkanak lagi seperti anda.


Jika ia baru saja dialami, kemungkinan penyakit bahaya perlu diteliti.

Tiga tahun tiada haid

SAYA berusia 48 tahun dan mempunyai lima anak. Masalahnya sejak tiga tahun lalu, saya tidak didatangi haid. Saya turut mendapatkan rawatan doktor pakar sakit puan.

Soalan
SAYA berusia 48 tahun dan mempunyai lima anak. Masalahnya sejak tiga tahun lalu, saya tidak didatangi haid. Saya turut mendapatkan rawatan doktor pakar sakit puan.

Sepanjang saya mengambil ubat hormon yang dibekalkan doktor, haid saya kembali normal.


Bagaimanapun, saya hanya boleh makan ubat terbabit selama dua tahun saja kerana difahamkan, ubat itu membuatkan saya berisiko menghadapi barah jika diambil lebih daripada dua tahun.


Kini saya langsung tidak didatangi haid dan saya juga tidak mengalami gejala menopaus.

Apakah masalah saya sebenarnya? Adakah benar ketiadaan haid itu memudahkan saya mendapat penyakit? Untuk pengetahuan doktor, saya juga mengalami sakit di bahagian betis selama itu.


Adakah penyakit ini ada kaitan dengan keadaan saya ini?
MEEZAH,
Shah Alam, Selangor


Jawapan
PADA usia anda, eloklah anda menjalani pemeriksaan dalaman serta ultrabunyi trans-vaginal untuk menilai keadaan rahim anda terutama ketebalan lapisan endometrium.


Ujian darah untuk mengetahui paras hormon FSH dan hormon estradiol juga boleh dijalani di samping ujian hormon lain seperti prolaktin dan tiroid yang juga berkaitan dengan ketiadaan haid.


Setiap ubat mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Anda tidak menyatakan jenis ubat hormon yang anda ambil dulu.


Pengambilan ubat atau produk yang mengandungi hormon estrogen diketahui memberikan peningkatan risiko pembentukan darah beku yang berpotensi menyumbat saluran paru-paru sehingga membahayakan nyawa, terutama dalam golongan berisiko seperti obes, mempunyai sejarah keluarga dengan strok, merokok dan seumpamanya.


Anda boleh memastikan keadaan vena trombosis pada kaki anda secara menjalani ujian ultrabunyi doppler.


Di samping itu, hormon estrogen dikaitkan dengan risiko seperti barah payudara dan barah endometrium.


Pengambilannya perlulah dalam dos yang diketahui serta dipantau keperluannya oleh doktor masing-masing.

Telur tidak beri kesan buruk kepada kandungan

SAYA berusia 23 tahun dan hamil enam bulan.

Saya sering makan telur separuh masak. Ada yang memberitahu, ia tidak baik untuk wanita hamil. Adakah ia benar? Saya juga gemar makan buah oren dan menikmatinya setiap hari. Adakah ia memudaratkan?

Setiap kali tidur, saya menyapu minyak zaitun atau losen pada perut. Adakah sapuan berkenaan boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

FARA,
Kelantan.

Jawapan

KASIH sayang seorang ibu bermula sebelum anak itu dilahirkan lagi. Seboleh mungkin, setiap ibu inginkan anak yang bukan saja sihat dan normal, tetapi pintar.

Maka ibu sanggup mengambil apa-apa makanan atau produk yang dikatakan dapat membantu mendapatkan anak sebegitu.

Islam pula menggalakkan kesederhanaan, termasuk dalam pengambilan makanan. Saya belum pernah mendengar laporan kajian perubatan yang mengatakan telur separuh masak (yang merupakan sumber protein) memberi kesan buruk kepada kandungan.
Begitu juga dengan buah oren (mengandungi vitamin C) dan minyak zaitun (mempunyai vitamin E). Mungkin pengambilan buah oren secara berterusan boleh mengakibatkan pedih ulu hati kerana vitamin C bersifat asid dan wanita hamil pula lebih lazim mengalami pedih ulu hati disebabkan kesan kehamilan yang melambatkan pengosongan isi perut.

Sakit gigi masa berpantang

ISTERI saya sering sakit gigi semasa berpantang. Katanya, ada giginya yang rosak.

Adakah sebarang mudarat jika isteri saya ingin mencabut gigi semasa berpantang?

HAMAL NASIR,
Kuala Lumpur
Jawapan

KEROSAKAN gigi lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria. Kuman boleh memasuki aliran darah melalui lokasi ini dan menyebabkan jangkitan pada organ lain pula, yang lebih ditakuti adalah jangkitan bakteria seperti streptococcus spp pada injap jantung yang lebih dikenali sebagai jangkitan bakteria endokarditis.

Jangkitan kuman ke injap jantung ini juga boleh berlaku menerusi demam biasa contohnya sakit tekak. Setiap orang termasuk wanita hamil digalakkan menjalani pemeriksaan gigi secara berkala bagi mengesan kerosakan gigi yang perlu diperbaiki, ini dapat mengelakkan kuman terbabit menjangkiti bahagian lain.

Jika ada kerosakan, ia hendaklah diperbetulkan. Kepercayaan mencabut gigi sewaktu hamil boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal adalah suatu mitos.

Kepercayaan menjalani rawatan gigi sewaktu hamil boleh menyebabkan masalah juga adalah suatu mitos.
Sebaliknya, kerosakan gigi yang tidak dirawat sama ada sewaktu hamil ataupun tidak boleh menjadikan kerosakan itu lebih teruk malah gigi terpaksa dicabut, ia juga boleh memberikan kesan lanjut yang lebih serius (contohnya penyakit rheumatik jantung).

Bawalah isteri berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjut. Doktor mungkin akan turut membekalkan anda dengan antibiotik di samping ubat penahan sakit yang diberikan untuk beberapa hari.

Di samping itu, pemeriksaan selepas berpantang dengan doktornya sebelum ini juga dapat menilai keadaan kesihatan dirinya.

Jerawat tumbuh di kemaluan wanita hamil 7 bulan

SAYA berusia 29 tahun dan sudah berkahwin. Kini saya hamil tujuh bulan anak sulung.

Masalahnya, saya mengalami ketumbuhan jerawat yang banyak di kemaluan saya. Jerawat ini membengkak dan menghasilkan nanah. Kadangkala ia menimbulkan kesakitan pada saya.

Apakah punca ketumbuhan jerawat dan cara untuk merawatinya?

Saya bimbang jerawat ini mendatangkan mudarat kepada saya sebab ia tumbuh agak banyak. Apakah saranan doktor untuk saya menangani masalah ini?

FUZA,
Kuala Lumpur

Jawapan

JERAWAT bernanah lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman pada liang yang tersumbat oleh kotoran.

Eloklah doktor memeriksa anda terlebih dulu dan memastikan ia benar-benar jerawat ataupun masalah lain. Lebih penting, mendapatkan rawatan bersesuaian dan pada masa sama, mencari punca ia kerap terjadi dan banyak.
Jika ia (jerawat ataupun kuman saja) berada berhampiran bukaan faraj ataupun berada di dalam faraj, tidak mustahil ia boleh menjangkiti bayi anda sewaktu dilahirkan kelak.

Enam tahun tanpa zuriat

SAYA berusia 33 tahun dan berkahwin selama enam tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Kami sudah mencuba ubat Clomid selama beberapa bulan sebelum berjumpa pakar sakit puan. Doktor pakar itu pula menasihatkan kami menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) menggunakan kaedah suntikan.

Pada kali pertama, saya menjalani ujian darah dan ia berhasil tetapi menurut doktor, ia tidak bertahan lama dan saya keguguran selepas kandungan berusia enam minggu tetapi tidak perlu menjalani cucian dilation dan curettage (D&C).

Saya mengulangi IUI terbabit sebanyak dua kali tetapi masih serupa, hamil tetapi tidak bertahan lama. Hanya pada kali kedua saja doktor menyuruh saya menjalani D&C. Saya ada mendapatkan rawatan tradisional dan diberitahu rahim saya tidak kuat. Apakah masalah saya sebenarnya?

MEENA,
Kuala Lumpur

Kemaluan gatal selepas suami kahwin lain

APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.

APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.

SOFIE,
Selangor KEGATALAN pada farah boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, sama ada daripada permukaan kulit anda sendiri atau suami, saluran dubur anda atau suami, pundi kencing atau jangkitan kuman penyakit seksual. Anda bolehlah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor anda. Apa yang lebih penting adalah untuk anda dan isteri atau pasangan seksual suami anda menjalani ujian pap smear secara berkala.

Ngilu ketika bersama suami

SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.

SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.

Setiap kali kami bersama, zakar suami saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih.


Mengapa ia berlaku? Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya. Apa saranan doktor untuk menangani masalah ini?
IBU MUDA, Shah Alam ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja. Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok. Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.

Senaman kurangkan risiko osteoporosis

KETIKA kedatangan haid, adakah kita digalakkan untuk bersukan? Adakah benar ia boleh memberi kesan kepada masalah osteoporosis apabila kita bersukan ketika haid?

KETIKA kedatangan haid, adakah kita digalakkan untuk bersukan? Adakah benar ia boleh memberi kesan kepada masalah osteoporosis apabila kita bersukan ketika haid? NUR NAIMAH Kuala Lumpur KEPADATAN tulang bertambah padu dengan senaman seperti bersukan. Ini bermakna, senaman sedemikian adalah kaedah yang murah, sihat dan berkesan untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Cuma, bagi wanita obes, senaman sebegini boleh memberi tekanan kepada sendi utama seperti lutut dan boleh mengakibatkan peradangan sendi terbabit pula (osteo-arthritis). Wanita lebih berisiko mendapat osteoporosis bagi mereka yang menopaus, kurang bersenam, kurang kalsium dan vitamin D, terlalu kurus, merokok, mengambil minuman beralkohol, mengambil steroid dan seumpamanya. Mempunyai haid juga memberi makna seseorang masih belum menopaus. Maka senaman dan haid tidaklah meningkatkan risiko osteoporosis.

Wanita menyusu eksklusif berbadan dua

Soalan
SAYA sudah hamil semula setelah melahirkan anak sembilan bulan lalu.
Saya belum lagi datang haid sejak melahirkan bayi. Tiba-tiba, saya rasa perubahan seperti loya dan keadaan fizikal perut yang semakin membesar.

Untuk pengetahuan puan, saya menyusukan anak secara eksklusif untuk dua bulan pertama (ketika cuti bersalin) dan kini masih lagi menyusukan anak.

Saya rasa kandungan saya sudah memasuki bulan kedua atau ketiga. Ini adalah kehamilan keenam dan saya reda walaupun sebenarnya kurang bersedia.

Saya ingin merancang setelah melahirkan nanti. Saya berharap doktor dapat memberikan nasihat waktu yang sebaik-baiknya untuk merancang.

Saya pernah menggunakan kaedah IUCD dan tidak berniat menggunakannya lagi kerana kurang selesa.

Saya merancang menggunakan kaedah implan, tetapi bilakah waktu paling baik untuk melakukannya?

Adakah ia mengganggu penyusuan bayi? Apakah syarat untuk menggunakan kaedah terbabit?

MIRZA
Kuala Lumpur

Jawapan
KAEDAH penyusuan badan secara eksklusif bagi tujuan mencegah kehamilan hanya berkesan sekiranya semua (bukannya salah satu) syarat di bawah dipenuhi:

* Usia bayi yang dilahirkan di bawah empat bulan (ada pendapat yang mengatakan enam bulan)
* Menyusu badan sepenuhnya
* Belum didatangi haid

Sekiranya salah satu syarat terbabit tidak dipenuhi misalnya selepas tempoh usia sembilan bulan seperti dalam keadaan anda, kaedah ini tidak lagi dijamin keberkesanannya dan anda terdedah kepada risiko kehamilan.

Pada setiap pemeriksaan antenatal ini, anda digalakkan berbincang dengan doktor anda mengenai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran.

Jika anda ingin menyusu badan, kaedah tidak berhormon (seperti IUD) ataupun kaedah berhormon progestin saja (seperti pil tertentu, suntikan depo atau implan) boleh digunakan, pilihlah yang bersesuaian dengan anda.

Seperti yang dinyatakan di atas, selepas kelahiran kelak, anda boleh meneruskan penyusuan badan dan menggunakan kesempatan kaedah ini untuk turut mencegah kehamilan selama tempoh empat bulan dengan syarat anda belum didatangi haid dan menyusu badan sepenuhnya.

Pada penghujung tempoh empat bulan terbabit (tanpa perlu menunggu kedatangan haid), anda perlu bertukar kepada kaedah lain yang berkesan.

Jika penyusuan badan tidak eksklusif, anda dinasihatkan menunggu kedatangan haid (sebagai kepastian bahawa anda tidak hamil) sebelum implan dipasang.

Anda juga boleh memilih untuk memasang implan lebih awal (pada penghujung waktu berpantang) lebih-lebih lagi jika anda serius tidak menginginkan kehamilan dalam masa terdekat selepas itu. Ini kerana kaedah implan sangat berkesan (menghampiri 100 peratus).

Kaedah implan tidak mengganggu penghasilan susu badan. Lazimnya ia selamat digunakan. Bagaimanapun, doktor akan membuat saringan kesihatan secara pertanyaan dan pemeriksaan mudah sebelum memasang implan terbabit.

Perkara yang juga penting adalah bagi anda untuk mengetahui kemungkinan kesan sampingan kaedah implan (lazimnya gangguan haid iaitu sedikit-sedikit atau tiada langsung) dan membuat perbandingan dengan kaedah lain.

Kurang kefahaman dan kesediaan untuk menerima kemungkinan ini boleh menyebabkan seseorang tertekan serta menghentikannya (dalam keadaan implan, dikeluarkan) sebelum waktunya. Memandangkan implan mempunyai kos muka yang tinggi, ini boleh dianggap membazir jika dikeluarkan sebelum waktunya.

Isteri dalam pantang sakit punggung

Soalan
ISTERI saya baru saja melahirkan anak secara normal dan masih lagi dalam berpantang kira-kira 25 hari.

Masalahnya, isteri saya merasa sakit di sekitar punggung dan tidak selesa sehingga tidak boleh duduk. Pada pandangan doktor, apakah sebenarnya yang dialami oleh isteri saya dan bagaimana untuk mengatasinya?

ZUL
Kuala Lumpur

Jawapan
ANDA dinasihatkan membawa isteri untuk pemeriksaan doktor. Ini bagi memastikan tiada kemungkinan seperti bengkak akibat pengumpulan darah beku (hematoma) di bahagian faraj dan seumpamanya.

Walaupun masih dalam tempoh berpantang, lazimnya ibu baru bersalin tiada masalah pergerakan dan duduk selepas seminggu bersalin.

Firaun kaya penyakit

AHLI arkeologi Mesir terkenal, Zahi Hawass berpengalaman selama lebih dua dekad dalam bidang kajian cari gali, sejarah dan budaya Mesir.

IMAGINASI kita mungkin membayangkan raja Mesir purbakala itu sempurna fizikal, gagah dan memiliki wajah yang tampan.

Namun, gambaran itu sangat berbeza pada salah seorang firaun paling terkenal, Tutankhamun yang lebih dikenali dengan gelaran Raja Tut.

Itulah yang berjaya dibongkar oleh sekumpulan saintis baru-baru ini.

Berasaskan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) selama dua tahun, nyatalah imej remaja lelaki yang menawan pada artifak Raja Tut jauh berbeza daripada jasad sebenar yang tersemadi.

Raja Tut terpaksa berdiri menggunakan tongkat kerana kakinya bengkok manakala bibirnya didapati sumbing.

Penemuan 130 batang tongkat di tempat persemadiannya membuktikan masalah kakinya itu.

Kaki bengkok

Bahkan cerita dia mati dibunuh kerana terdapat lubang pada tengkoraknya adalah tidak tepat. Dia sebenarnya mati akibat penyakit malaria yang telah melumpuhkan sistem imunisasi tubuhnya.

Raja Tut mula popular selepas mumia berusia 3,300 tahun itu ditemui pada tahun 1922 dengan limpahan barang kemas dan artifak, termasuk topeng emas di sisinya.

Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masihi dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun.

Lebih memeranjatkan, saintis mendapati sebahagian penyakit yang dihidapi Raja Tut merupakan penyakit keturunan.

Bapanya, Akhenaten sumbing bibir manakala datuknya, Amenhotep III mempunyai kaki yang bengkok dan menghidap penyakit pemberhentian darah ke kaki iaitu Kohler.

Penyakit genetik lain seperti skoliosis dan tulang belakang melengkung turut ditemui pada mumia-mumia lain daripada Dinasti ke-18 firaun.

Kalau sudah namanya penyakit genetik, tidak mustahil jika keturunan firaun terdahulu juga kaya penyakit seperti mereka.

Ujian DNA ke atas ratusan mumia itu juga mendapati beberapa mumia mempunyai persamaan penyakit iaitu diserang parasit malaria.

Sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Howard Markel berkata, sesetengah penyakit Raja Tut termasuk penyakit tulang terjadi akibat perkahwinan sumbang mahram.

"Kanak-kanak yang dilahirkan hasil perkahwinan sesama adik-beradik cenderung untuk menghadapi masalah genetik," lapor beliau dalam Journal of the American Medical Association (JAMA).

Sebenarnya, Raja Tut merupakan anak kepada firaun Akhenaten dengan adik kandung Akhenaten sendiri yang belum dikenal pasti. Wanita itu bukan isteri utama Akhenaten iaitu Permaisuri Nefertiti.

Sebelum ini juga terdapat spekulasi bahawa bapa Raja Tut ialah firaun Smenkhkare yang kurang dikenali.


WAJAH Raja Tut yang dibina semula menggunakan mesin pengimbas CT oleh sekumpulan saintis pada 2005.

Smenkhkare merupakan firaun yang memaksa seluruh rakyat Mesir menyembah tuhan matahari, Aten.

"Terdapat banyak kekeliruan tentang pewarisan takhta firaun dan mengetahui Tutankhamun merupakan pewaris langsung kini telah mengubah segalanya," kata Salina Ikram, seorang pakar mumia Universiti Amerika di Kaherah.

Mirip perempuan

Kajian terbaru itu turut mendedahkan bahawa dua janin yang bersemadi bersama Raja Tut mungkin merupakan anak-anaknya.

Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass yang terlibat dalam kajian itu mengakui dia telah melakukan kesilapan selama ini apabila menentang ujian DNA dilakukan ke atas mumia-mumia.

"Saya tidak pernah terfikir yang kita akan memperoleh penemuan yang begitu hebat seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, kajian tersebut menyangkal kenyataan sebelum ini yang mengatakan keluarga firaun mengalami penyakit pelik yang menyebabkannya berfizikal mirip perempuan.

Teori itu timbul daripada gaya artistik yang digambarkan pada patung-patung firaun yang mempunyai dada dan punggung yang menonjol serta wajah yang membujur.

"Nampaknya, Tutankhamun atau Akhenaten tidak mempunyai bentuk fizikal yang signifikan dengan teori itu," lapor saintis.

Projek DNA

Kini, pakar-pakar sedang berusaha untuk mengenal pasti siapakah adik Akhenaten yang merupakan ibu Raja Tut serta siapa pula isteri Raja Tut.

Projek DNA itu juga mahu mengenal pasti yang mana satukah mumia yang bernama Nefertiti, seorang permaisuri yang masyhur dengan kecantikannya.

"Belum terbongkar sepenuhnya, banyak lagi kajian yang perlu dilakukan," kata Hawass.

Pada masa ini, satu pameran firaun, Tutankhamun and the Golden Age of Pharaohs sedang berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Di situ, mumia Raja Tut, mumia yang dipercayai ibunya dan neneknya, Permaisuri Tiye turut dipamerkan.


RAJA Tut menghadapi masalah kaki bengkok.

Dr. Howard Markel, sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan berkata: "Walaupun penemuan itu akan mencacatkan kisah kehebatan Raja Tut selama ini, ia tidak akan mengubah gambaran orang ramai terhadapnya.

"Dia jauh lebih terkenal kerana apa yang dimiliki dan yang dipakainya berbanding apa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya."

Makam Raja Tut yang terletak di Lembah Raja-Raja di Luxor itu sendiri merupakan satu tarikan yang kuat di Mesir.

Ekonomi Mesir amat bergantung kepada perlancongan. Ia menyumbang kira-kira AS$10 bilion (RM35 bilion) kepada pendapatan tahunan negara itu.

Legakan hidung tersumbat

HIDUNG berhingus dan tersumbat adalah tanda alahan disebabkan unsur seperti tungau debu, bulu binatang atau debunga pada saluran hidung menjadinya sakit dan bengkak.

Pensyarah Kanan, JabatanTekak dan Telinga (ENT), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Balwant Singh Gendeh berkata, di Barat perubahan musim menyebabkan kandungan debunga yang lebih tinggi pada masa-masa tertentu menyumbang kepada masalah ini, ia dikenali sebagai 'hay fever'.

Simptomnya

Tetapi di Malaysia, faktor yang paling biasa ialah tungau debu yang menjadikan simptomnya dialami sepanjang tahun.

Katanya, dianggarkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami sejenis alahan dengan 60 peratus daripadanya berlaku pada peringkat masih bayi iaitu sebelum usia meningkat setahun.

"Walaupun alahan jarang sekali membawa maut, kesannya kepada mereka yang mengalaminya termasuk tanda-tanda fizikal dan tekanan emosi berikutan pelbagai halangan yang membantutkan perjalanan hidup mereka .

"Walaupun begitu, kesedaran mengenai alahan di kalangan rakyat Malaysia masih agak rendah," kata Balwant.

Tambah beliau, ramai yang tidak sedar bahawa alahan tercetus atas sebab yang khusus dan kesannya boleh mengganggu aktiviti dan prestasi harian.

Disebabkan ini, ramai yang mengalami alahan tidak mendapatkan rawatan hingga menjadi serius seperti sakit kepala, sesak nafas, air hidung meleleh, gangguan tidur dan hilang tumpuan.

Tetapi kini, mereka yang sering mengalami hidung berhingus dan tersumbat kini mempunyai pilihan baru iaitu dengan penggunaan Avamys.

Ia merupakan sejenis penyembur hidung dengan reka bentuk unik dan dipaten bagi penggunaan yang lebih mudah dan berkesan.

Pengurus Hal Ehwal Perubatan di GlaxoSmithKline Pharmaceuticals bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Tan Teik Wooi berkata, Avamys mengurangkan serta melegakan radang pada hidung.

"Walaupun terdapat banyak jenis rawatan untuk melegakan pelbagai simptom alahan rinitis, pilihan paling berkesan untuk jangka masa panjang ialah semburan hidung yang mengandungi kortikosteroid dengan dos rendah yang dihidu terus pada hidung untuk mengawal keradangan," katanya.

Inovasi rawatan wajah

JIKA sebelum ini anda terpaksa menahan kepedihan untuk mendapatkan kulit yang lembut dan licin, kini anda tidak perlu melalui pengalaman tersebut untuk mendapatkan hasil yang sama. Mudah, selamat, tidak menyakitkan, cepat dan efektif, itulah teknologi terkini dari Amerika Syarikat yang diberi nama Hydrafacial.

Daripada namanya sahaja sudah boleh dibuat kesimpulan bahawa rawatannya menumpukan kepada air. Justeru ia lebih selamat, berkesan dan seperti yang kita semua sedia maklum air memang 'ubat' paling mujarab untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Perkhidmatan yang pertama kali diperkenalkan di negara ini hanya boleh didapati dari Imperial Medical Centre (IMC) yang terletak di Menara See Hoy Chan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pusat kecantikan ini memberikan anda pengalaman baru untuk rawatan muka dengan teknologi baru bagi mendapatkan kulit halus dan mulus.

Pakar Kecantikan IMC, Dr. Anjalee Nair berkata, kulit yang tidak mendapat air secukupnya tidak akan kelihatan sempurna dari luaran.

"Apabila keadaan tersebut dibiarkan dan tidak dirawat dengan kaedah yang betul maka sel kulit seseorang individu itu akan rosak dan proses penuaan bermula walaupun usia masih muda.

"Jika sebelum ini kaedah dermavibration digunakan untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, namun ia menyebabkan kulit merah dan sedikit pedih. Dengan Hydrafacial ini langsung tiada risiko. Selepas rawatan, pelanggan boleh terus menggunakan alat solek seperti biasa dan boleh keluar ke mana sahaja," ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

Menurut Anjalee lagi, sesiapa sahaja boleh mencuba rawatan ini sama ada kulit sensitif, berjerawat dan apa saja jenis masalah kulit. Cuma tempoh rawatan mengambil masa yang lebih lama bagi kulit yang bermasalah untuk kesan optimum.

"Hydrafacial ini berfungsi mengembalikan semula kadar kelembapan yang sepatutnya ada pada kulit kita. Seperti yang kita ketahui tubuh badan kita 70 peratus dari tubuh badan kita adalah air. Apabila kita semakin tua, kulit akan mengalami kekeringan. Pencemaran juga salah satu faktor kulit hilang kelembapan. Apabila ini terjadi, kulit akan mengecut perlahan-lahan dan garis halus atau kedutan timbul. Pelanggan yang melalui rawatan Hydrafacial ini akan dapat merasa air dimasukkan semula ke dalam kulit wajah justeru mengurangkan kesan kecutan dan garis halus pada wajah sebelum ini," jelasnya.

Hydrafacial berfungsi menerusi proses penyingkiran sel kulit mati dan kotoran. Pada masa sama, ia membersihkan, melembap dan menyerap serum yang baik untuk kulit.

Pelanggan tenang, sejuk, segar dan langsung tidak menyakitkan.

"Sebab itu sesiapa sahaja boleh mencubanya termasuk ibu mengandung. Rasanya umpama berus lukisan yang meluncur ke wajah anda. Tambahan lagi proses rawatan minimum hanya mengambil masa selama 15 minit hingga 30 minit. Kesannya pula dapat dilihat serta merta selepas rawatan," katanya yang mencadangkan proses rawatan sebanyak enam sesi untuk kesan terbaik.

Selepas rawatan, doktor akan memberikan nasihat berdasarkan keadaan kulit pelanggan. Sekiranya perlu rawatan susulan, mereka turut dibekalkan dengan set penjagaan wajah.

"Selesai rawatan Hydrafacial, kulit pelanggan akan dipakaikan krim penahan sinaran matahari SPF 30 dari jenama Terraderm supaya anda boleh terus keluar dan tanpa risau kulit terdedah kepada cahaya matahari," katanya.

Harga untuk rawatan istimewa ini memang berbaloi sekiranya anda mengambil pakej lima kali rawatan terus iaitu dari RM2,750. Bagi yang berminat boleh hubungi talian 03-2161 5701

Kuma-kuma hindar jerawat

KUMA-KUMA atau nama komersialnya saffran antara rempah-ratus yang cukup mahal dalam masakan. Tetapi jarang sekali kedengaran ia digunakan dalam industri kecantikan khususnya produk penjagaan wajah.

Tumbuhan kecil berwarna kuning daripada keluarga Iridacea ini ditanam di beberapa negara seperti Iran, Sepanyol, Turki, India dan Itali.

Ia merupakan rempah termahal di dunia kerana dianggarkan sebanyak 150,000 hingga 200,000 kuntum bunga kuma-kuma diperlukan bagi mendapatkan sebanyak satu kilogram stigma kering.

Pelbagai ujian klinikal oleh saintis dan pakar-pakar kimia mengesahkan bahan ekstrak kuma-kuma memiliki nilai perubatan yang tinggi seperti dapat mengubati jerawat dan penyakit kulit.

Perubatan Ayurveda sejak ribuan tahun telah menggunakan bahan ekstrak kuma-kuma dalam lebih daripada 20 jenis ubat-ubatannya.

Pemilik First Impression Beauty Saloon, Fahrina Sheek Daud berkata, rawatan wajah yang menggunakan bahan campuran kuma-kuma dan serbuk emas dapat membantu menegang dan mencerahkan kulit muka.

''Rawatan ini sesuai bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas kerana pada umur ini struktur kulit mula berubah sedikit demi sedikit.

''Rawatan yang mengambil masa selama satu setengah jam ini memulihkan kulit yang suram tadi agar nampak bersih, cerah, halus, tegang dan lembap,'' kata Fahrina yang telah menjalankan perniagaan kecantikan ini selama lapan tahun.

Langkah-langkah:

1. Mula-mula muka akan dibersihkan menggunakan pembersih muka yang mengandungi herba, buah-buahan dan kuma-kuma bagi pembersihan secara mendalam untuk kulit lebih berseri.

2. Setelah dibersihkan, skrub yang mengandungi minyak gandum, kuma-kuma, aprikot dan tanah liat merah disapu pada muka bagi menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih lembut.

3. Masker minyak tea-tree yang dicampur vitamin E, D, minyak gandum dan lemon disapu pada muka selama 10 minit bagi mengecilkan pori-pori dan sebagai anti oksida dan menjadikan kulit bersinar.

4. Muka diurut menggunakan krim urut kuma-kuma bercampur jel serbuk emas selama 20 minit bagi menegang, menganjalkan kulit dan anti penuaan.

5. Muka disapu rata dengan masker pencerah yang mengandungi basil, tulsi dan minyak kuma-kuma bagi memberi lebih kelembapan. Akhir sekali, krim pelindung matahari disapu pada muka.

Urat kaki bersimpul

BERDIRI atau duduk terlalu lama memang tidak baik untuk kesihatan. Tapi kadang-kadang kita tidak ada pilihan lain. Kesan daripada duduk atau berdiri terlalu lama itu sebenarnya akan menyebabkan pelebaran urat darah atau vena dalam bahagian tubuh terutama di kaki.

Menurut pakar fisioterapi dari Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka, Kapten Hamid Ahmad, kemunculan vena verikos (varicose veins) mudah dikesan kerana ia akan dapat dilihat menerusi simpulan urat-urat berwarna kebiruan yang ada kalanya akan timbul di permukaan kulit terutama di bahagian betis dan kaki.

"Asal perkataan verikos ini sebenarnya daripada bahasa latin iaitu varix yang bermaksud simpul. Semua pembuluh darah berpotensi menjadi verikos, tapi urat yang paling berisiko adalah di betis dan kaki. Ini disebabkan peningkatan tekanan pada urat di bahagian bawah tubuh.

"Kajian menunjukkan sebanyak 70 peratus wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana, kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, tapi sebaliknya mengurangkan aliran darah ke bahagian pelvis.

"Perubahan pusingan darah ini untuk membantu perkembangan janin, namun pada satu aspek ia melebarkan vena di kaki. Varicose vein pada wanita mengandung memang akan menjadi lebih teruk pada penghujung kehamilan," ujar Hamid ketika ditemu bual pada sesi bengkel kesihatan untuk para fisioterapi di Hotel Mahkota, Melaka, baru-baru ini.

Bengkel bertajuk Rehabilitasi Fisioterapi untuk Kecederaan Sukan ini adalah anjuran syarikat pembekal alat bantuan perubatan tanah air, Pinang Medical Supplies.

Menurut Hamid, wanita sememangnya begitu prihatin dengan keadaan ini kerana tidak mahu kaki kelihatan tidak menarik kerana timbul urat-urat yang bersimpul-simpul.

Menurutnya, bagi yang tidak mengandung pula, iaitu mereka perlu berdiri atau duduk untuk satu jangka masa panjang ketika kerja seperti guru dan pekerja kilang, penyakit ini boleh menyebabkan rasa ngilu dan tidak selesa.

Dan jika dibiarkan ia boleh menjadi serius.

"Selain mengandung, faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini ialah pekerjaan, umur dan berat badan. Lebih gemuk seseorang maka mudahlah verikos vena terhasil.

"Pada peringkat awal, pesakit mungkin akan mengalami simptom seperti cepat penat, rasa berat dan sengal otot. Di peringkat akhir pula hingga boleh menyebabkan luka atau ulser pada urat tersebut," jelasnya.

Cara mengelakkan

Perubatan moden menawarkan pelbagai kaedah rawatan untuk penyakit ini dan biasanya ia membabitkan pembedahan bergantung kepada tahap keseriusan penyakit. Tetapi tentu ramai daripada kita meletakkan pilihan tersebut sebagai yang terakhir jika ada ikhtiar yang lebih baik.

Memang diakui wanita lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini, bagaimanapun ia boleh dielak dengan pemakaian stokin, penjagaan berat badan dan senaman yang berkala.

"Jika anda mula merasa berat untuk bergerak di bahagian kaki, tak boleh berdiri atau duduk untuk satu jangka masa panjang, kulit berubah warna, mengelupas, ulser kulit, otot lemah, kulit gatal atau rengsa anda mungkin mengalami penyakit ini. Jadi jumpalah doktor anda untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang cara mengelakkan ia menjadi lebih teruk," katanya yang telah berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang fisioterapi.

Salah satu cadangan yang pasti diberikan oleh pegawai perubatan ialah pemakaian stokin.

Bagaimanapun ia bukanlah stokin biasa. Ia diperbuat daripada mesin berkualiti menggunakan teknologi canggih dari Jerman.

Stokin yang dinamakan OPPO Compression Stocking ini berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke paha sekali gus meningkatkan aliran darah secara betul ke bahagian jantung.

"Ia diperbuat dari silikon dan getah khas untuk mengelakkan daripada bergumpal dan melucut ke bawah," ujar Hamid.

Hamid menambah, bagaimanapun pemakaiannya bergantung pada cadangan pakar terapi fisioterapi sama ada untuk perlindungan atau juga pencegahan.

Fobia objek dan situasi

KETAKUTAN melampau atau fobia yang dialami oleh seseorang tidak sama dengan orang lain. Kadang-kadang fobia yang dialami oleh seseorang itu nampak remeh sehingga tidak difahami oleh orang lain mengapa orang itu terlalu takutkan sesuatu objek atau situasi itu.

Ia mungkin telah wujud sejak kanak-kanak lagi sehingga terbawa-bawa sehingga dewasa. Contohnya, takutkan haiwan seperti ular, lipas, cacing, katak, anjing dan sebagainya.

Ada juga yang takutkan situasi seperti berada dalam bilik doktor gigi, dalam kegelapan, di tempat yang besar, kosong dan lapang atau di tempat yang kecil dan sempit seperti di dalam lif. Ketakutan seperti ini mungkin berlarutan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu berpeluh-peluh.

Ikuti perkongsian kisah fobia daripada ZulfazliSuhadi, Belina Abdul Hamid, Hurraini Ismail dan Nadia Mohd. Danish Haniff.

Belina Abdul Hamid

Ketakutan atau fobia seorang suri rumah, Belina Abdul Hamid pada ulat gonggok dan binatang berkaki banyak seperti lipan serta ulat bulu bermula semasa dia berumur tujuh tahun.

''Masa itu saya sedang tidur. Bila hampir pagi, saya terasa macam ada benda yang melekat pada bahagian dalam kaki seluar tidur saya. Saya raba-raba dan terpegang satu benda yang licin dan bergulung. Gelinya. Apa lagi saya pun menjerit dan melompat-lompat dalam bilik sehingga ke ruang tamu.

''Abang yang mendengar jeritan saya cepat-cepat datang dan bertanya kenapa. Saya kata ada ulat dalam seluar tidur saya. Dia pun ambil dan terus campak keluar,'' kata Belina yang masih geli-geleman walaupun kini dia sudah berusia 25 tahun dan berumah tangga.

Kata Belina, takutnya pada ulat gonggok sukar diceritakan sehinggakan hendak menyapu atau menolak ulat gonggok menggunakan kayu pun dia seperti dapat merasakan badan binatang itu yang lembik dan bergulung bila disentuh.

Peristiwa lain yang masih segar dalam ingatan Belina ialah semasa berumur 14 tahun, seekor kala jengking telah melekat pada bahunya semasa dia sedang tidur.

Entah berapa lama kala jengking itu berada di bahunya Belina sendiri tidak tahu. Cuma bila pagi semasa dia hendak bergerak, bahunya terasa berat. Dia memegang bahunya dan terasa ada benda licin dan kerana terperanjat, terus ditepisnya dan terpelanting ke kaki. Bila lampu dibuka, dia terlihat kala jengking dan terus terjerit-jerit sehingga abangnya masuk ke bilik dan membunuh kala jengking tersebut.

Nadia Mohd. Danish Haniff

Ramai wanita yang terlalu takutkan lipas termasuk seorang model, Nadia Mohd. Danish Haniff ini. Kadang-kadang kita tidak faham mengapa orang takut sangat pada lipas kerana serangga itu bukannya menggigit atau berbadan lembut seperti ulat bulu atau cacing.

Kata Nadia, dia tidak boleh langsung melihat lipas setelah sekali dia terpijak serangga tersebut yang kemudian terbang pula ke badannya.

''Gelinya. Pada saya, rupa lipas memang menakutkan. Saya geli apa lagi kalau ia terbang. Memang saya lari terus masuk bilik,'' katanya yang juga takutkan kumbang besar.

Nadia berkata, walaupun dia amat takutkan lipas namun jika berhadapan dengan serangga itu, dia akan segera menyemburnya dengan racun serangga. Setelah mati, dia akan menyapu lipas tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Zulfazli Suhadi

Jurusolek artis terkenal, Zulfazli Suhadi ini pula fobia memandu laju setelah mengalami peristiwa belakang kereta yang dinaikinya dilanggar oleh kereta lain dengan kuat.

''Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu. Kami berlima di dalam kereta setelah habis penggambaran di Port Dickson. Akibat pelanggaran itu, pemandu tercedera agak teruk dan dimasukkan ke hospital serta perlu memakai alat sokongan leher.

''Nasib baik yang lain-lain termasuk saya tidak cedera. Kami cuma luka-luka ringan tetapi badan saya sakit-sakit. Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah memandu laju. Kalau dekat lebuh raya pun saya akan pandu setakat 80 atau 90 kilometer sejam. Jika ada lori atau bas di lorong sebelah yang bawa laju, saya mula terasa seram. Saya akan bagi mereka jalan dulu.

''Kawan-kawan yang naik satu kereta dengan saya akan kata saya ni bawa kereta macam pak cik-pak cik,'' katanya.

Menurut Zulfazli, fobianya bukan setakat itu. Malah dia tidak boleh melihat gambar atau membaca surat khabar yang menyiarkan kisah-kisah kemalangan yang mengakibatkan badan hancur, kepala putus, kaki digilis dan macam-macam lagi.

''Saya tak boleh terima tajuk atau gambar-gambar macam itu. Ia hanya membuatkan saya teringat-ingat dan sukar tidur. Kalau boleh, janganlah siarkan gambar-gambar yang mengerikan itu,'' ujarnya lagi.

Hurraini Ismail

Kisah Hurraini Ismail, 22, mahasiswa jurusan Sains Ternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini agak lucu juga. Walaupun pengajian yang diikuti memerlukannya 'berdamping' dengan pelbagai jenis haiwan namun rupa-rupanya dia sendiri fobia dengan katak.

Menurut Hurraini, fobia terhadap katak dialaminya sejak kecil. Bukan sahaja tidak boleh melihat gambar malah jika ada yang menyebut perkataan katak itu sendiri sudah membuatkannya geli-geleman dan bahunya mula ternaik-naik tanda geli. Gelinya pula bukan sekejap, lama baru hilang dan reda.

Menceritakan bagaimana dia mula geli dan fobia terhadap katak, kata Hurraini, masa itu dia sedang mencari barang. Tiba-tiba dia terpegang satu benda yang sejuk, lembik dan berair. Terus dilepaskannya dan menjerit-jerit serta lari sekeliling rumah.

Kawan-kawan yang mengetahui Hurraini geli dengan katak pernah mengusiknya dengan menghadiahkannya patung katak. Bila kotak hadiah dibuka, Hurraini tidak ingat malu lagi dan terus mencampakkan patung katak tersebut.

Ditanya bagaimana jika dia perlu membuat post mortem ke atas katak, jawabnya, dia akan meminta pensyarahnya menukarkan pada kucing, tikus atau binatang lain. Pokoknya, bukan katak.

Ketidakmampuan mengawal rasa takut

Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.

Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.

Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.

Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.

Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.

''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.

''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.

"Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.

''Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90 peratus kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.

''Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap.

''Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.

''Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa,'' ujar Daniel Zainal lagi.

Menurut beliau, antara jenis fobia yang biasa ialah:

l Fobia terhadap binatang tertentu.

l Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.

l Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

l Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.

l Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.

Daniel Zainal berkata, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan.

Ujarnya, orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.

Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.

Produk semula jadi untuk bayi

MENYEDARI hakikat kulit bayi yang sensitif, sesetengah ibu bapa begitu cerewet dalam pemilihan produk penjagaan kulit untuk bayi mereka.

Ini bagi mengelak kesan sampingan yang tidak diingini seperti alahan terhadap kandungan bahan-bahan kimia yang mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi.

Memahami kebimbangan itu, Kiehl's Baby menampilkan rangkaian produk penjagaan untuk si comel yang dirumus daripada bahan-bahan semula jadi terpilih.

Ia juga melalui ujian pediatrik bagi memastikan selamat untuk kulit bayi yang sememangnya begitu halus dan sensitif.

Sempena kehadiran sambutan Hari Ibu pada bulan depan, Kiehl' Baby tampil dengan lima produk terbaru meliputi Gentle Foaming Hair and Body Wash.

Ia merupakan mandian buih untuk rambut dan badan dengan paras PH yang seimbang agar kulit bayi tidak terlalu kering.

Mandian yang tidak pedihkan mata ini adalah hasil gabungan buah-buahan dan herba semula jadi seperti vanila, epal, pear dan beri yang membuatkan kulit bayi lebih segar.

Bagi menjadikan kulit bayi lebih mulus dan lembut ditampilkan pula Nurturing Baby Cream for Face and Body dengan kandungan minyak isirong aprikot, mentega shea dan madu asli.

Baby Lip Balm diperkenalkan bagi mengelakkan kekeringan bibir dengan campuran minyak avokado dan minyak beras. Diformula sebegitu lembut sehingga ia boleh digunakan untuk kegunaan harian pada hidung dan pipi.

Melengkapkan rangkaian untuk Hari Ibu ini ialah Diaper Rash Ointmen dan Gentle Ceansing Milk.

Pedih ulu hati atau kembung?

KERAP kali berlaku situasi di mana ibu bapa berhadapan dengan bayi menangis berterusan tanpa diketahui sebabnya. Apabila dibawa ke doktor atau pakar pediatrik mereka akan menyatakan bayi anda mungkin kembung.

Begitupun sebagai ibu, naluri anda menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi anda membuatkan dia berterusan menangis, resah dan tidak selesa.

Bayi anda mungkin mengalami gejala penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau dengan kata mudah pedih ulu hati.

Jangan risau gejala ini boleh dirawat dan bayi boleh kembali lega selepas mendapat rawatan sebaiknya.

Apakah Reflux

Ia berlaku apabila otot yang berfungsi menutup esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) lemah. Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, makanan dan cecair boleh kembali semula ke dalam esofagus dan menyebabkan kesakitan dan pedih, sering kali disifatkan sebagai pedih ulu hati (heartburn). Jadi tidak hairanlah bayi anda menangis.

Jika bayi anda mempunyai simptom-simptom di bawah dia mungkin mengalami reflux:

lSedu

lMenangis

lLapar tetapi berhenti makan walaupun baru beberapa minit bermula

lMenjerit

lMenolak apabila disusukan sama ada susu badan atau botol

lSukar untuk menelan

lKerap mengeluarkan air liur

lSakit belakang

lResah

lMenegakkan kaki ketika menangis

lAsma

lBersin

lBatuk

lSusah tidur

lTercekik

Jika anda merasakan bayi mengalami reflux, buat temujanji dengan doktor kanak-kanak bagi membincangkan hal ini lebih lanjut.

Begitupun ada beberapa tip yang boleh diikuti dalam menangani bayi yang mengalami reflux

lTinggikan bantal bayi dengan meletakkan tuala di bawahnya.

lLetakkan bayi anda pada kedudukan menegak/berdiri sekurang-kurangnya setengah jam selepas dia makan atau menyusu.

lJika anda menyusukan badan elak daripada makan makanan berasid seperti buah-buahan citrus atau sos tomato, elak juga makanan berminyak. Anda juga harus elak daripada mengambil terlalu banyak produk tenusu.

lJika bayi masih tidak selesa, minta doktor anda merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik.

lJaka ubat yang diberi doktor tiba-tiba tidak berkesan, bawa semula ke doktor untuk diperiksa semula bagi kemungkinan diberi dos yang lebih tinggi.

lUrut lembut perut bayi arah ikut jam.

Mengurus risiko hipertensi

PEMBUNUH senyap, tekanan darah tinggi atau hipertensi kini menjejaskan kehidupan dan kesihatan fizikal lebih satu bilion pesakit di seluruh dunia.

Di Malaysia, dianggarkan lebih 4.8 juta rakyat menghidap hipertensi yang disifatkan sebagai penyakit gaya hidup paling kronik dan 'giat' menyerang negara-negara membangun.

Secara tempatan, hipertensi merupakan faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular (jantung) termasuk merokok, aktiviti fizikal tidak bersesuaian dan keadaan klinikal seperti diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasinya masih boleh dielakkan.

Ia hanya memerlukan disiplin dalam kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan berat badan ideal.

Namun mengamalkan disiplin gaya hidup sihat memerlukan perubahan sikap dan kesungguhan dalam melaksanakannya.

"Untuk mencapai objektif ini, perlu ada usaha kolaborasi antara profesional, penggubal polisi, industri itu sendiri dan tentunya pihak media.

"Kerjasama antara kerajaan dan industri sama pentingnya. Seperti contoh, industri farmaseutikal boleh membantu menyediakan ubatan pada kos lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-7 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Prof. Datin Dr. Chia Yook Chin, Presiden MSH, Dr. Azani Mohd. Daud dan Pengerusi Saintifik, Datuk Dr. Azhari Rosman.

Rawatan

Rawatan bagi tekanan darah tinggi sehingga kini terbukti mampu mengelak timbulnya penyakit kardiovaskular dan membantu memperbaiki kualiti kehidupan pesakit.

Malangnya pemantauan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa hipertensi kekal sebagai penyakit yang paling lemah pengendaliannya di mana-mana lokasi seluruh dunia.

"Memang ada peningkatan dari segi kadar rawatan kepada pesakit yang disahkan menghidap hipertensi tetapi kadar kawalan masih terlalu rendah," ujar beliau.

Dari segi pengurusan hipertensi, katanya, terapi paling efektif mampu mengawal tekanan darah tinggi hanya jika pesakit berkenaan bersungguh mengambil ubat yang disaran dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, motivasi meningkat apabila pesakit melalui pengalaman positif disokong oleh hubungan komunikasi baik bersama doktor.

"Perkongsian klinisian (doktor)-pesakit yang berasaskan kepercayaan, hormat dan pengetahuan holistik berhubung pesakit amat penting sekali.

"Pesakit lazimnya mementingkan kemudahan akses, tidak perlu menunggu terlalu lama dan respons positif yang mempengaruhi kepuasan serta komitmen terhadap rawatan diberikan," jelasnya.

Kelab Hipertensi Malaysia

Justeru, peranan pertubuhan profesional seperti MSG amat penting terutama dalam merangka aktiviti dan menyebarkan kesedaran di masyarakat umum mengenai hipertensi.

Sehingga kini pelbagai garis panduan ke arah pengurusan hipertensi yang efektif telah diterbitkan.

Sebagai bahan rujukan yang penting dalam amalan klinikal, garis panduan tersebut harus dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang terkini.

Sejajar dengan itu, Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) edisi ketiga Pengurusan Hipertensi diterbitkan dua tahun lalu dan Panduan Rujukan Pantasnya dilancarkan pada Mesyuarat Saintifik MSH tersebut.

"Hipertensi merupakan penyakit membawa maut dan dalam kebanyakan kes, pesakit langsung tidak melalui diagnosis.

"Sedangkan, tekanan darah mesti diperiksa jika peluang itu timbul dan doktor berkenaan harus berusaha membantu pesakit yang disyaki menghidapnya," tambah beliau.

Selain itu, adalah penting bagi pengamal perubatan memaklumkan pesakit tentang pentingnya mengambil ubat dan risiko kesan sampingan bagi mengawal tekanan darah dengan betul.

Pada masa sama, MSH menubuhkan Kelab Hipertensi Malaysia (MHC) terdiri daripada ahli di kalangan pesakit dan penjaga untuk menyebarkan kesedaran dan mempromosi kaedah penjagaan bagi penyakit tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai hipertensi, kunjungi laman web www.msh.org.my atau Kelab Hipertensi Malaysia di http://mhc.msh.org.my.

Cara wanita lalui usia emas

BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim.

"Penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an. Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Gejala-gejala ini perlu dititik beratkan kerana jangka hayat bagi seorang wanita boleh mencecah hingga 80 tahun. Ia lebih panjang daripada jangka hayat sebelum ini.

Kajian menunjukkan senario ini disebabkan sosioekonomi penduduk dunia semakin baik. Justeru itu, bilangan warga emas sekarang semakin tinggi. Namun, jika terlalu ramai, ia mungkin menjadi masalah kepada negara kerana kebanyakan golongan ini tidak berfungsi," jelas beliau.

Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau, jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh hidup ini.

Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.

"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an yang mengalami proses penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada.

Pada usia meningkat ini, bagi yang berkahwin mungkin akan rasa keseorangan kerana anak-anak akan berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Ini turut dialami oleh wanita yang kehilangan pasangan atau belum berkahwin," jelasnya.

Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Beliau menjelaskan, ada rawatan yang mengurangkan sakit sendi tulang tetapi tidak berkesan kerana ia masih mengehadkan pergerakan mereka.

Misalnya, golongan warga emas mungkin boleh menggunakan tongkat untuk berjalan atau duduk ketika mengerjakan solat.

Pada usia ini juga, wanita juga perlu berhati-hati kepada penyakit yang banyak terdapat dalam masyarakat seperti darah tinggi dan diabetes.

"Tidak semua wanita akan menghadapinya tetapi kemungkinan itu ada. Namun bagi wanita, ini bukan penamat kehidupan kerana masih ada rawatan untuk mengatasi masalah ini. Yang penting, masing-masing mengambil inisiatif melakukan rawatan saringan seperti mamogram, pap smear dan ultrabunyi. Ujian saringan ini penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun. Misalnya, kanser tidak mengira umur dan pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk pencegahan awal," ujarnya.

Dr. Suhaimi memberitahu, pemeriksaan sendiri seperti payu dara perlu dilakukan sebagai inisiatif diri sendiri.

Selain itu, wanita juga perlu melakukan rutin pemeriksaan kesihatan seperti hepatitis B, kolestrol, darah tinggi dan sebagainya.

Pada masa ini, wanita merupakan golongan yang ramai bekerja. Justeru itu, penjagaan kesihatan dari awal amat penting. Namun, terdapat juga wanita yang sering menafikan penyakit mereka menyukarkan pencegahan awal.

"Tidak sukar melakukan pemeriksaan, misalnya saringan osteoporosis boleh dilakukan melalui mesin imbasan tulang. Dengan mengetahui keputusan tahap kekuatan tulang, kita boleh melakukan pencegahan awal," jelasnya.

Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak.

Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok.

Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

"Sebagai gaya hidup yang sihat, setiap orang perlu melakukan senaman. Antara kelebihan senaman ialah mengurangkan tekanan dan risiko obesiti. Ramai wanita tidak tahu masalah kitaran haid dipengaruhi oleh masalah obesiti. Oleh itu, pengawalan berat badan amat perlu. Selain itu, senaman dapat mengimbangkan dan menguatkan otot.

Namun, senaman yang dilakukan perlu mengikut kemampuan peringkat umur. Bagi mereka yang tidak larat, tidak perlu berlari. Hanya banyakkan berjalan seperti waktu pagi sekurang-kurangnya hingga berpeluh," katanya.

Pelbagai penyakit yang boleh dihadapi wanita berusia 40-an;

Menopaus

Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid

l Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat

l Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

l Menopaus berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopaus?

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopaus yang tidak disenangi. Ini termasuk makanan berkhasiat, elakkan merokok, selalu bersenam, berfikir secara positif, melakukan pemeriksaan Pap Smear, melakukan pemeriksaan payu dara dan rawatan hormon gantian ( HRT ).

Kanser payu dara

l Dua peratus daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun dan majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis.

l Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payu dara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku di kalangan wanita).

l Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosis sebagai kanser payu dara.

l Perlu lakukan pemeriksaan payu dara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).

l Ujian yang dijalankan jika disyaki kanser termasuk ujian darah, Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB) Core Needle biopsi, ultra bunyi dan mamogram.

Kanser rahim

l Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

l Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.

l 7.9 peratus (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser rahim.

l 10.5 peratus dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser rahim.

l Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

n Mencegah lebih baik dari merawat.

n Amalkan cara hidup yang sihat.

n Setia pada pasangan anda.

n Lakukan pap smear setiap tiga tahun.

n Terdapat vaksin terbaru yang boleh mengawal kanser ini.

Osteoporosis

n Merupakan satu keadaan di mana tulang menjadi kurus dan lemah. Ia menyebabkan tulang anda menjadi sangat rapuh.

n Individu yang menghidapi osteoporosis mempunyai tulang yang rapuh dan cenderung mengalami masalah patah tulang pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.

n Individu pada semua peringkat umur, tulangnya tidak mencapai ketumpatan yang optima semasa zaman kanak-kanak dan remaja, berisiko mengalami osteoporosis. -Keadaan ini berlaku terutamanya kepada warga emas.

n Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan:

l Pengambilan makanan yang seimbang: Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.

l Bersenam secara tetap: Lakukan latihan senaman imbangan berat seperti berjalan dan angkat berat serta jenis senaman yang lain termasuk Tai Chi.

l Amalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan diet yang sihat dan seimbang (Panduan Diet Malaysia), elakkan merokok, mengawal stres dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Obesiti

n Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :

n Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.

n Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.

n Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.

n Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.

n Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.

n Bertambah gemuk apabila umur meningkat.