"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Awwal 1441H☆



یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghafir 39]

K#Antara perkara utama dan penting yang perlu kita sedari dan ketahui bahawa tujuan hidup seorang Muslim adalah untuk akhirat, bukan untuk dunia.

#Orang beriman hendaklah  memandang dunia sebagai sesuatu yang akan hilang, lenyap, dan musnah. Dunia adalah sesuatu yang tidak sempurna dan hina. Dunia adalah tempat kesedihan, kesusahan dan kesengsaraan. Dan dunia ini hanya tempat persinggahan sementara untuk kita mengutip bekalan untuk perjalanan jauh dan panjang menuju negeri akhirat.

#Orang beriman juga perlu memandang akhirat sebagai sesuatu yang pasti datang, kekal dan abadi. Kurniaan dan kebahagiaan yang terdapat di negeri akhirat tersangat mulia dan lebih baik dengan apa yang ada di dunia. Firman Allah swt:

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal" [Surah al-A’la 17]

#Namun malangnya, kebanyakan manusia lalai dan leka ditipu dengan dunia. Mereka lebih mencintai dan menggilai nikmat serta kesenangan dunia yang akan binasa itu. Mereka sayangkan kesenangan dunia hingga melupakan kenikmatan akhirat (syurga). Akhirat tiada dalam fikiran dan hati mereka. Segala peringatan dan nasihat tentang akhirat langsung tidak memberi kesan bahkan semakin kuat memburu dunia. Sebenarnya hati mereka telah mati.

#Berkata Malik bin Dinar rahimahullah: "Sesungguhnya apabila badan sakit, maka makan, minum, tidur dan istirehat tidak lagi bermanfaat baginya. Begitu juga dengan HATI. Apabila ia cenderung kepada cintakan dunia, maka nasihat-nasihat tidak lagi berguna baginya"

#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

مُحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ : هَمٌّ لَازِمٌ ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى.

"Pencinta dunia tidak akan terlepas dari tiga perkara:
1. Kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus,
2. Kepenatan (keletihan) yang berlanjutan,
3. Penyesalan yang tidak pernah berhenti"

#Oleh itu, untuk mengelakkan diri kita daripada mencintai dunia dan melupai akhirat, maka hendaklah sibukkan diri kita dengan ibadah dan penuhi waktu untuk beramal dan berjuang di jalan Allah.

#Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ ! تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِـيْ أَمْلَأُ صَدْرَكَ غِنًـى وَأَسُدُّ فَقْرَكَ ، وَإِلَّا تَفْعَلْ مَلَأْتُ يَدَيْكَ شُغْلًا وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ

"Wahai anak Adam! Curahkanlah (gunakanlah) waktumu untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan (kecukupan) dan Aku tutup kefakiranmu. Jika engkau tidak melakukannya, maka Aku penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan tutup kefakiranmu" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

♡Gunakan waktu hidup didunia ini untuk mengumpul bekalan pahala sebanyak-banyaknya agar kita selamat dan bahagia di akhirat kelak. Jangan sesekali lalai dan tertipu dengan nikmat dunia yang ada tarikh luputnya. Ayuh, bekerjalah di dunia untuk akhirat!!♡

No comments: