"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, February 7, 2009

Karotid angioplasti cegah strok

SELEPAS anda diserang strok, apakah nasihat doktor kepada anda? Biasanya doktor akan meminta anda mematuhi jadual pengambilan ubat, berhenti merokok, bersenam dan menjaga pemakanan anda. Ini bagi mengelakkan anda tidak diserang strok sekali lagi.

Rasa pedih pada dada, kebas di kaki

SAYA lelaki berusia 25 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter (sm) dan berat badan 58 kilogram (kg). Saya kerap berasa pedih pada dada dan kebas-kebas di kaki. Kadang kala saya berasa cemas, perut juga akan memulas, sakit bahagian tulang belakang, selalu bersin serta berhingus terutama waktu pagi dan tidak kerap membuang air besar. Ada kalanya saya sukar untuk membuang air besar.

Kaunselor Anda: Suami hidup penuh maksiat, dosa

SAYA berkahwin pada 1986 dan dikurniakan lima anak. Selepas 11 tahun berkahwin, sikap suami berubah. Dia mengabaikan tanggungjawab terhadap kami. Dia bebas berkawan dan mula terbabit dengan perempuan, judi dan empat nombor ekor malah mula meninggalkan sembahyang serta puasa.

Khatan tak ganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak

WAJIBKAH kanak-kanak perempuan dikhitankan? Ramai ibu bapa hari ini memilih untuk tidak mengkhitankan anak perempuan mereka dengan alasan ia bukan perkara wajib dalam Islam, selain beranggapan boleh merosakkan fisiologi.

Kaunselor Anda: Hati hancur suami miliki cinta baru

Selepas 13 tahun hidup bahagia, suami mahu kahwin lain

Dr Noordin Darus: Warna aura

Teknologi kamera boleh kenal pasti warna aura seseorang

Kutu mudah berjangkit

PERNAH melihat anak perempuan anda menggaru kepala terutama ketika tidur? Yang pasti perlakuannya itu kerana kepalanya gatal, tetapi tahukah anda punca sebenar masalah itu disebabkan kutu?

Baik Buruk

RUANGAN Baik Buruk pada minggu ini akan menerangkan kepadam anda mengenai kebaikan lutein, regangan dan urutan serta keburukan kosmetik karsinogen.

Tip anak obes

Ibu bapa bertanggungjawab terhadap perkembangan emosi, fizikal dan masa depan anak mereka.

Osteoartritis & Osteoporosis

DI seluruh dunia, berjuta orang mengalami masalah tulang dan sendi. Masalah seperti artritis dan osteoporosis memberi kesan yang besar terhadap mutu kehidupan seseorang. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua.

Derita osteoartritis

BAGI kebanyakan daripada kita, penyakit osteoartritis dilihat hanya dialami oleh warga tua bersesuaian dengan umur, tahap metabolisme serta kesihatan mereka yang semakin merosot.

'Dengkur' ketika menyusu

Tidak ramai ibu bapa menyedari masalah komplikasi rawan tekak atau laringomalasia membuatkan bayi mereka mengeluarkan bunyi dengusan nyaring ketika menelentang.

Darah hitam mencurigakan

Ketika saya membuang air kecil pagi tadi, terdapat darah berwarna hitam pada tuala wanita saya.

Peliharalah mata anda

Mata sangat berharga kurniaan Tuhan yang membolehkan kita melihat. Sistem penglihatan yang sempurna ini akan berkurang sedikit demi sedikit apabila meningkatnya usia.

Robot peneraju masa depan perubatan

PADA zaman teknologi ini manusia semakin obses mencipta kemudahan berasaskan robot untuk membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan.

Friday, February 6, 2009

Kelainan Payudara Yang Tidak Berbahaya

Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom berikut:
- Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang 'keras' di payudara anda?
- Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
- Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?
- Adakah kesakitan tu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
- Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
- Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak berbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak berbahaya (benign) atau sistik mastitis kronik.Berapa kerapkah kelainan payudara tidak berbahaya ini berlaku?Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku.

Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!Apakah kelainan kelainan payudara yang tidak berbahaya?Kelainan ini adalah penyakit bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adarya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista. Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat dating haid (menopaus).Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dan ovari telah mencapai tahap maksimum untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apa pun rawatan diberikan.Apa yang menyebabkan kelainan ini?Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon seks wanita.

Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopaus).Bagaimana saya tahu bahawa saya mengidapnya?Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payu dara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termasuklan ujian radiologi seperti mamogram atau X-ray payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah dengan menyedut keluar cecair dan ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum.Doktor pakar mungkn akan satu pembedahan kecil yang dipanggil biopsi di mana tisu dan ketulan akan diambil untuk diperiksa.

Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Ia merupakan perkara yang biasa kalau anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda alami walaupun diagnosanya bukanlah barah atau kanser.Apakah rawatan bagi penyakit ini?Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakan coli yang baik dan pakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan cola di mana kandungan kafein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di dalam badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit.'Rawatan' tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu. Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fizikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat.

Thursday, February 5, 2009

Seribu satu khasiat ulam

MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini.

Monday, February 2, 2009

Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angin ahmar.

Tiroid biasa atau kanser?

PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.