Saturday, January 10, 2009
Baik Buruk
NGIN tahu apakah kebaikan susu kambing dan kepentingan potasium? Juga, bagaimana bilangan sperma boleh berkurangan serta mengapa anada perlu mendapatkan panduan ketika beriadah di gimnasium? Ikuti ruangan Baik Buruk pada mingggu ini.
Ginseng untuk lelaki
Lantaran kekuatan dan kecergasan terlalu sinonim dengan ciri maskulin, kekurangannya menjadikan lelaki umpama pinggan yang sumbing di tepi. Mereka memerlukan ginseng.
Turbo Booster untuk kulit
Saya suka menikmati hidup sepenuhnya dan pada masa yang sama, masih tampil segar dan bermaya setiap hari,” kata pelakon terkenal Hong Kong, Daniel Wu dalam kenyataannya baru-baru ini.
Aesar jaga stamina badan
ESAR Mustafa, 29 muncul dalam industri seni dua tahun lepas selepas menjadi peserta akhir, Malaysian Idol 2 dan Gangstarz 1 bersama kumpulan Equalstar. Kini Aesar bergerak solo di syarikat Giant Ant Sdn Bhd dengan lagu ciptaannya sendiri, Satu Cinta. Selain menyanyi, Aesar juga mula berjinak-jinak menjadi komposer dengan menyumbang lagu dan lirik kepada artis. Dalam kesibukan melayari kehidupan sebagai penyanyi dan komposer, Aesar tidak ketinggalan menjaga kesihatan. Selain aktiviti fizikal, Aesar menumpukan penjagaan makanan.
Sampai bila mampu berjalan?
IBU bapa mana yang tidak bersedih mengetahui kemampuan anak untuk terus berjalan semakin pudar jika tidak mendapat rawatan berterusan.
Wanita dan kerapuhan tulang
TULANG manusia berada dalam keseimbangan dinamik di mana berlakunya keadaan sel-sel membaiki dan memulihkan struktur tulang.
KOENZIM Q10: bahan bakar utama jantung
IKA anda selalu berasa letih, kemungkinan besar jantung anda tidak memperolehi 'bahan bakar' yang diperlukan untuk kekal sihat dan kuat. Bahan bakar istimewa ini ialah Koenzim Q10 (Co Q10). Ia adalah penting untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular.
Sistem pengangkutan patogen
PERKATAAN vektor mungkin sesuatu yang baru memandangkan ia lebih banyak digunakan untuk menunjukkan arah perjalanan daripada penyebar kuman. Vektor dalam erti kata penularan penyakit berjangkit merujuk kepada haiwan yang dapat menyebarkan kuman (virus, bakteria, parasit) kepada manusia. Ini mungkin kerana haiwan terbabit dijangkiti kuman yang sama, ataupun mereka menjadi 'rumah tumpangan' yang mengangkut kuman dari satu hos kepada hos lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)