"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Akhir 1441H☆



ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." [Surah al-Baqarah 156]

#Allah swt mengajar kita mengucapkan istirja' iaitu Innalillahi wainna ilaihi rajiuun إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ apabila ditimpa musibah, bencana, malapetaka dan ujian daripada Allah swt.

#Allah swt mengatakan bahawa sesiapa yang menyebut istirja' ketika menerima musibah maka ia akan:

1. Dilimpahi dengan pelbagai kebaikan
2. Beroleh rahmat daripada Allah
3. Memperolehi petunjuk hidayah daripada Allah.

#Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam ayat seterusnya:

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَیۡهِمۡ صَلَوَ ٰ⁠تࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةࣱۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

"Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya" [Surah al-Baqarah 157]

#Selain itu terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang ganjaran orang yang melafaz istirja' tatkala diuji, antaranya:

1. Nabi saw bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

"Apabila ada seorang muslim yang mengalami musibah, lalu dia mengucapkan kalimah seperti yang Allah perintahkan: Inna lillaahi wainnaa ilaihi raaji’uun’ dan berdoa: Ya Allah berikanlah pahala untuk musibahku, dan gantikan untukku dengan sesuatu yang lebih baik darinya. Maka Allah akan memberikan ganti untuknya dengan yang lebih baik. (HR Muslim)

2. "Allah pasti akan meringankan musibah yang dihadapinya" (HR at-Tabarani)

2. "Menjadikan kehidupannya lebih baik sesudah ditimpa musibah" (HR at-Tabarani)

3. "Allah menjadikan baginya pengganti yang disenangi" (HR at-Tabarani)

4. "Dibangunkan sebuah istana untuknya di syurga yang diberi nama Baitul Hamd" (HR at-Tirmizi)

♡Banyakkan bersabar atas musibah yang dikenakan dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Banyakkan berdoa, menyebut istirja' serta bergantung sepenuhnya kepada Allah swt. Semoga kita dikurniakan ganjaran pahala dan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Aamiiin♡

No comments: