"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Awwal 1441H☆



وَ إِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنِ

 “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku" [Surah asy-Syu’ara 80]

#Ayat ini menunjukkan bahawa yang menyembuhkan penyakit ialah Allah bukannya ubat atau manusia. Manusia hanya diminta untuk berubat dan berusaha menghilangkan penyakit dengan makan ubat, ruqyah dan berjumpa doktor. Namun yang menyembuhkan serta menghilangkan penyakit ialah Allah swt.

وَإِن یَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرࣲّ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥۤ إِلَّا هُوَۖ وَإِن یَمۡسَسۡكَ بِخَیۡرࣲ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ

"Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِیمُ ٱلۡخَبِیرُ

"Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya" [Surah al-An'am 17-18]

#Antara rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit ialah dengan memperbanyakkan bersedekah. Daripada al-Aswad bin Yazid, daripada Abdullah, Rasulullah saw bersabda:

دَاوُوا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ

“Mintalah kesembuhan penyakitmu (kepada Allah) dengan bersedekah.” (HR Imam al-Baihaqi. Hadis Hasan)

#Daripada Sayidina Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

داووا مرضاكم بالصدقة، وحصنوا أموالكم بالزكاة، فإنها تدفع عنكم الأعراض والأمراض

“Sembuhkanlah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah, dan bentengilah hartamu dengan (mengeluarkan) zakat, kerana sesungguhnya hal itu akan mencegah berbagai keburukan dan penyakit” (HR Imam ad-Dailami. Dhaif)

#Dikisahkan bahawa penulis kitab al-Mustadrak, Imam Abu Abdillah al-Hakim pernah mengalami penyakit cacar selama hampir setahun. Lantas ia meminta doa kepada orang-orang soleh, dia terus memperbanyakkan perkara ini (minta doa orang soleh). Ia juga rajin bersedekah kepada kaum muslimin dengan memberikan minuman pada rumah-rumah mereka. Orang ramai pun memanfaatkan minuman tersebut. Ternyata selepas melakukan di beberapa tempat (kota), Allah menampakkan kesembuhan baginya, penyakit cacar tadi hilang dan wajahnya kembali seperti sedia kala.

♡Pastikan kita sentiasa bersedekah dan banyak melakukan kebaktian, agar Allah menjauhkan kita daripada penyakit dan musibah serta menyembuhkan penyakit zahir dan batin yang ada pada diri kita. Aamiiin♡

No comments: