"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Awwal 1441H☆


رُّبَمَا یَوَدُّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ لَوۡ كَانُوا۟ مُسۡلِمِینَ

"Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam" [Surah al-Hijr 2]

#Allah swt menceritakan keadaan penyesalan orang kafir di hari akhirat kelak. Berlakunya penyesalan yang paling dahsyat. Pada waktu itu orang-orang kafir akan menyesal sangat-sangat. Mereka berharap sangat yang mereka dulu di dunia jadi mukmin. Mereka sangat ingin agar menjadi orang Islam.

#Hal ini kerana disebabkan mereka mati dalam keadaan kafir maka mereka diharamkan syurga selama-lamanya. Mereka akan kekal menjadi penghuni neraka, diseksa dan diazab selama-lamanya, tiada masa tamatnya. Namun, jika seorang itu mati sebagai seorang Islam yang berdosa, jika dimasukkan ke dalam neraka dan diazab dengan sedahsyat-dahsyatnya, namun suatu ketika akan di keluarkan daripada neraka, ada tempoh tamatnya.

#Ini menunjukkan bahawa orang Islam yang melakukan dosa besar, akan dikeluarkan daripada neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Daripada Sayidina Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah saw bersabda:

أُخْرِجُوا مِنَ النَّارِ مَن كانَ في قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إيمَانٍ

“Keluarlah dari neraka siapa sahaja yang di dalam hatinya masih ada iman walaupun seberat biji sawi” (HR al-Bukhari)

#Dalam hadis riwayat Ibnu Mas'ud menceritakan kisah seorang Muslim ahli neraka yang dimasukkan ke dalam syurga. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku tahu siapa orang yang paling terakhir dikeluarkan dari neraka dan paling terakhir masuk ke syurga. Iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dengan merangkak. Kemudian Allah berfirman kepadanya: “Pergilah engkau, masuklah engkau ke dalam syurga". Ia pun mendatangi syurga, tetapi ia membayangkan bahwa syurga itu telah penuh. Ia kembali dan berkata: “Wahai Rabbku, aku mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh”. Allah berfirman kepadanya: “Pergilah engkau dan masuklah ke dalam syurga". Ia pun mendatangi syurga, tetapi ia masih membayangkan bahawa syurga itu telah penuh. Kemudian ia kembali dan berkata: “Wahai Rabbku, aku mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh". Allah berfirman kepadanya: “Pergilah engkau dan masuklah  ke dalam syurga, kerana untukmu disediakan syurga seperti dunia dan sepuluh kali ganda daripadanya". Orang tersebut berkata: “Apakah Engkau memperolok-olokku atau menertawakanku, sedangkan Engkau adalah Raja segala Raja?” Ibnu Mas’ud berkata: “Aku melihat Rasulullah saw tertawa sampai nampak gigi geraham baginda. Kemudian baginda bersabda: “Itulah penghuni syurga yang paling rendah darjatnya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Disebabkan hal inilah penghuni neraka (orang kafir) menyesal kerana dulu sewaktu didunia mereka menolak dakwah Islam dan tidak mahu menjadi seorang Muslim. Apabila mereka diazab dan selama-lamanya akan diazab mulalah mereka ingin menjadi seorang Muslim agar dapat keluar dan selamat dari neraka namun penyesalan sudah terlambat.

♡Allah swt menceritakan hal ini (perihal masa depan/kiamat) agar kita mengambil pengajaran sekarang dan jangan menyesal di akhirat kelak. Jom jadi seorang Muslim yang beriman kepada Allah♡

No comments: