"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Monday, March 22, 2010

Sabun organik Clarins

SEPERTI namanya yang gah, Annick Goutal merupakan satu jenama wangian berkelas mewah dari Perancis. Dipimpin oleh sekumpulan pencipta dan pereka haruman terbaik dunia, pemilikan produk itu semestinya meninggalkan satu perasaan sofistikated dan kualiti yang tiada tolok bandingnya.

Penggunaan bahan-bahan asli dan terunggul juga menjamin nilai wang yang dibelanjakan.

Dengan sentuhan haruman yang membuai jiwa dan mewarnai hidup yang ceria, koleksi ini kembali kepada cara pembuatan wangian menggunakan haruman berbentuk tradisional.

Cukup indah, eksklusif dan anggun, wangian ini menawarkan wangian eksklusif untuk mereka yang mementingkan gaya mewah.

Dihasilkan rata-ratanya daripada ekstrak botani, setiap wangian unik itu mewakili keistimewaan sifat gembira, signifikan momen tertentu atau memperingati diri seseorang.

Dari asap atau bau kemenyan kepada tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan haruman indah, malah ia juga menampilkan bau yang cukup sensual, seksi, menggoda dan enigmatik.

Pada masa dahulu, haruman digambarkan sebagai satu elemen kemewahan yang menggambarkan strata atau status seseorang dalam hierarki masyarakat.

Harta karun ini ditonjolkan pada pakaian golongan bangsawan yang membakar setanggi yang mengeluarkan bau yang harum untuk diserapkan pada baju.

Ada kalanya, kulit pokok disiat atau dipotong supaya titisan atau air yang mengalir daripadanya disapu pada baju dan sebagainya. Inilah taktik dan idea yang mencetuskan inspirasi kepada dua orang pencipta, Camille Goutal dan Isabelle Doyen.

Tanah liat melicinkan kulit

FAKTA yang mencatatkan bahawa tanah liat merupakan antara sumber semula jadi yang baik dalam penghasilan produk penjagaan wajah bukan lagi perkara baru.

Kandungan kelembapan yang tinggi dan fungsinya sebagai pembasmi kuman (antiseptik) yang terbaik menjadikan tanah liat menjadi satu produk yang mempunyai nilai tambah.

Memanfaatkan kelebihan sumber semula jadi itu, One C Resources, syarikat pengeluar produk kecantikan tempatan, menampilkan One Clay (1C).

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi One C Resources, Rozita Shamsuddin, 39, berkata, 1C adalah sejenis sabun tanah liat semula jadi yang membantu membersih, mengimbangkan kulit yang tak sekata, menghalus dan melembutkan kulit.

Produk tersebut turut membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari agar kelihatan lebih segar, berseri dan bermaya.

''Ia sesuai untuk wanita dan lelaki malah ia bukan sahaja disasarkan untuk golongan remaja dan orang dewasa malah produk 1C ini juga boleh dan sesuai untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak.

''Penghasilan 1C bukan sahaja bertujuan untuk kecantikan malah ia merupakan satu produk serbaguna.

''Ini kerana kandungan zat galian seperti magnesium, sodium, kalsium dan potasium dapat mengurangkan jerawat, bintik hitam serta penyakit kulit,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah membancuh sabun tersebut dengan campuran yogurt, susu atau buah-buahan, kemudian sapu pada permukaan wajah, tangan atau badan dan biarkan kering seketika sebelum dicuci dengan air.

Bagi mereka yang mengamalkannya secara berterusan ton warna kulit, tangan atau badan akan berubah dalam masa tiga minggu.

Jelas Rozita lagi, selain terdiri daripada bahan asas seperti tanah liat, ia turut mengandungi bahan-bahan semula jadi lain seperti avokado dan pokok teh.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama lima tahun di Institut Piawaian Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) sebagai Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi memberitahu, pihaknya telah menjalankan penyelidikan selama setahun sebelum 1C dihasilkan dan diedarkan di pasaran.

''Walaupun kini produk 1C telah berada di pasaran, kami masih lagi meneruskan penyelidikan untuk mengembangkan lagi fungsinya.

''Selepas ini kami dalam perancangan untuk menjadikan produk 1C ini satu produk untuk rambut dan juga produk untuk menguruskan badan," katanya.

Pada masa yang sama, Rozita turut menegaskan bahawa produk 1C bukanlah satu agen pemutihan sebaliknya ia adalah agen semula jadi yang mampu membersihkan pori-pori muka.

Sesiapa berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk 1C dan ingin menjadi stokis untuk mengedarkan produk 1C bolehlah melayari laman web www.oneclay.blog.com atau hubungi Rozita di talian 012-3871440.

Hormon rendah rambut gugur

KEGUGURAN rambut yang melampau atau alopecia totalis jarang berlaku tetapi kebanyakan wanita akan menghadapi tahap tertentu alopecia atau kehilangan rambut yang banyak.

Bulu pada badan tumbuh pada tempoh pusingan tertentu tetapi jangka pusingan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tubuh. Contohnya, rambut tumbuh lebih cepat daripada bulu ari-ari.

Semasa hamil, rambut akan tumbuh lebih lebat daripada kebiasaan. Tetapi sebaik selepas melahirkan bayi, tahap hormon anda akan mula berkurangan dan anda dapat melihat rambut anda semakin menipis dan banyak yang gugur.

Bagaimanapun, lama kelamaan rambut baru mulai tumbuh bagi menggantikan rambut yang telah banyak gugur itu.

Alopecia areata merupakan keadaan di mana rambut yang gugur pada satu-satu bahagian tubuh seperti di kepala bersaiz hingga sebesar duit syiling atau lebih.

Keadaan ini akan pulih secara semula jadi tetapi jika anda berjumpa doktor, doktor akan memberikan suntikan bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Jika anda menyedari rambut anda banyak gugur, iaitu lebih daripada 100 helai atau lebih sehari, anda patut berjumpa doktor.

Glaukoma buta dalam senyap

AGAK mengejutkan apabila statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini menunjukkan 1.8 peratus daripada rakyat Malaysia dikesan mempunyai masalah glaukoma.

Keadaan itu menjadikan masalah tersebut merupakan penyakit kedua tertinggi dalam bidang kesihatan mata.

Mungkin ramai tidak mengetahui fakta bahawa glaukoma adalah salah satu penyebab utama kebutaan kekal yang menjejaskan hampir jutaan manusia di seluruh dunia.

Ia merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik iaitu laluan yang membawa imej ke otak.

Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini akan merosakkan saraf optik seterusnya menyebabkan hilang penglihatan.

Menyedari akan tahap bahayanya penyakit tersebut, Pertubuhan Glaukoma Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Hari Glaukoma Sedunia.

Diadakan di salah sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, acara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Rosnah berkata, tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat di negara ini perlu membuat pemeriksaan mata secara berkala sebagai usaha mencegah daripada mendapat penyakit itu.

''Glaukoma adalah sejenis penyakit senyap yang boleh menyebabkan buta secara perlahan-lahan dan jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera, seseorang itu akan menjadi buta sepenuhnya.

''Dan anda bayangkan dalam 27 juta penduduk Malaysia, hanya 21 peratus daripada jumlah tersebut yang tahu apa itu glaukoma dan 70 peratus lagi langsung tidak tahu mengenai penyakit tersebut.

''Tiada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya selain rawatan pencegahan apabila ia dapat dikesan lebih awal,'' ujarnya.

Tambah Rosnah, penyakit glaukoma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja malah jika dilihat trend hari ini, penyakit yang kebiasaannya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun dan ke atas kini mula menyerang golongan remaja semuda 23 tahun.

Jelas beliau lagi, penyakit glaukoma hari ini merupakan satu masalah yang serius dan kadar pertambahan mereka yang menghidap penyakit tersebut adalah mengikut kadar populasi penduduk Malaysia.

Katanya lagi, kemudahan bagi merawat pesakit glaukoma akan diperluaskan ke hospital awam di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa glaukoma terjadi tanpa rasa sakit dan secara perlahan-lahan pesakit boleh hilang penglihatan tanpa disedari.

Oleh itu adalah mustahak ujian saringan mata dilakukan ke atas pesakit terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga.

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan dan rawatan perubatan yang betul serta sempurna dapat merawat serta mengawal glaukoma.

Faktor keturunan juga dilihat faktor yang berkait rapat dan mempengaruhi kebarangkalian seseorang itu menghidap glaukoma.

Jika ada ahli keluarga anda pernah menghidap glaukoma jenis kronik, ahli keluarga lain juga harus disaring lebih awal.

Gejala glaukoma di kalangan bayi baru lahir dapat dilihat dengan kewujudan lapisan kornea atau mata hitam yang tidak jernih seperti mata bayi biasa.

Saiz mata juga mungkin membesar kerana tekanan mata meningkat di dalam mata.

Kanak-kanak berumur beberapa tahun pula mungkin mengalami gejala silau dan kadang kala membenamkan muka ke bantal untuk mengelak mata terkena cahaya.

Perlu difahami bahawa glaukoma masih boleh dirawat dengan pelbagai jenis ubat titis yang mudah digunakan dan mempunyai kesan sampingan minimum.

Jika tekanan mata tidak dapat dipulihkan dengan ubat titis, pembedahan harus dilakukan.