"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 28 Jumadal Akhirah 1441H☆



 وَإِذَا مَا غَضِبُوا۟ هُمۡ یَغۡفِرُونَ

"...Dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya" [Surah ash-Shura 37]

#Diantara ciri-ciri orang yang beriman ialah cepat memaafkan. Apabila mereka disakiti atau diperlakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, mereka memaafkan dan tidak membalasnya.

#Memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain.

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Jadilah pemaaf, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah al-A'raf 199]

#Dengan memaafkan orang lain, dijanjikan dengan ganjaran pahala yang istimewa.

فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

"...Dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya)" [Surah asy-Shura 40]

#Kita juga diperintahkan agar mencontohi Rasulullah saw dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya, Rasulullah saw seorang pemaaf. Baginda tidak mudah berasa sakit hati apatah lagi berdendam walaupun diperlakukan dengan pelbagai perbuatan menyakitkan, bahkan turut mengancam nyawanya. Maka sewajarnya kita mencontohi Rasulullah dalam memaafkan orang lain.

#Sabda Nabi saw: “Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan” (HR al-Bukhari)

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma: “Allah memerintahkan kepada orang beriman untuk bersabar ketika ada yang membuatnya marah, membalas dengan kebaikan jika ada yang buat jahil, dan memaafkan ketika ada yang buat kejahatan. Jika setiap hamba melakukan semacam ini, Allah akan melindunginya dari gangguan syaitan dan akan menundukkan musuh-musuhnya".

♡Jadilah manusia yang sabar dan pemaaf, nescaya dikasihi makhluk dibumi dan disayangi oleh Allah swt♡


No comments: