"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, May 29, 2021

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak beriman  (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".

(Sahih Bukhari, no: 13) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:  


1.  Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim dengan memuliakan, menghormati dan menyayangi mereka.


2.  Jika kita suka diri mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mengasihi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Ia adalah tanda kesempurnaan iman.


3.  Jika kita suka memperolehi nikmat dunia kita juga sewajarnya suka agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya.


4.  Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.


5.  Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini  begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.


6.  Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara”.

(al-Hujurat: 10)


7.  Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.


Semoga Allah memberikan kita taufik untuk berkasih sayang sesama saudara kita yang beriman sebagaimana kita suka mendapatkan hal yang sama walau dimana mereka berada.


30hb Mei  2021

18hb Syawal 1442H

Doa



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


Doa’ Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling kerap...


Daripada Anas R.A, beliau berkata:


كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Doa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling sering diucapkan ialah:


اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


 “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Imam Muslim menambah dalam riwayatnya:


وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ


"Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya."

 

Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:


كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ.


Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam selalu mengucapkan:


يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك 


(Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Kemudian aku pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?" Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."

(Hadith Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Baihaq dan At-Tabarani)


Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:


قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ ؟ قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ ؟ قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ ، وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.


Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling banyak apabila Baginda di sisi engkau?" Beliau menjawab: “Doa Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling banyak adalah:


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” 


Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi ws sallam ; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa:


“يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. 


Lalu Baginda menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya."

(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi)


Teruskanlah berdoa memohon kepada Allah...


وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ 


‎"Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan)".

(Ash-Shura: 26)


Justeru, berdoalah mohon ketetapan di atas jalan hidayah untuk dirimu sendiri...



Friday, May 28, 2021

Mengasihi Sesama Muslim Tuntutan Iman



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Daripada Anas RA, Nabi SAW, bersabda: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Mengasihi sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.


2.  Menyayangi dan mengasihi saudara Muslim yang lain walau dimana mereka berada, bangsa apapun mereka adalah antara kriteria sifat berukhuwah dan tanda kesempurnaan iman seseorang.


3.  Ibn Qayyim menyatakan kasih sayang dalam berukhuwah:


a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain

b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.


4.  Dalam suasana PKP ini, ada orang yang dijangkiti virus Covid 19 dan tidak kurang mereka yang walaupun tidak dijangkiti virus namun terkesan dan melalui pelbagai kesusahan dan keperitan. Adakah kita memiliki sifat ukhuwah dan sanggup bersusah payah demi mereka?


5.  Saudara kita di Palestin yang melalui kesusahan dan keperitan mempertahankan bumi para anbiya dan Masjidil Aqsa dengan darah dan nyawa. Adakah kita juga turut merasainya dengan bersusah payah membela dan membantu mereka?


6.  Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan berkasih sayang sesama kita. 


29hb Mei  2021

17hb Syawal 1442H

Wednesday, May 26, 2021

Hari Kiamat

 ☆Tadabbur Kalamullah 13 Syawwal 1442H☆


إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ


“Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan” [Surah ThaHa 15]


#Kiamat tetap akan berlaku. Cuma masa dan waktunya disembunyikan dan hanya diketahui oleh Allah swt sahaja. 


#Namun begitu, tanda-tanda akan berlakunya kiamat didedahkan di dalam hadis Nabi saw agar kita sentiasa bersedia menghadapinya dengan taubat dan bersegera melakukan amal soleh.


#Daripada Sayidina Huzaifah bin Asid r.a bahawa Nabi saw di dalam bilik dan kami berada di bawahnya. Maka Nabi saw bertanya: "Apa yang kamu bincangkan?" Mereka menjawab: "Perihal as-Sa’ah (hari Kiamat)". Lalu Nabi saw bersabda:


إنَّ السَّاعَةَ لَا تَكُونُ حَتَّى تَكُونَ عَشْرُ آيَاتٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَالدُّخَانُ وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ، وَيَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ، وَطُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدَنٍ تَرْحَلُ النَّاسَ


“Sesungguhnya hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga berlaku sepuluh tanda ini iaitu gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di rantau Arab, asap, Dajjal, Dabbah yang melata di bumi (sejenis haiwan), Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, api yang keluar dari lembah Aden yang akan mengiringi manusia" (HR Muslim)


#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:


بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: الدَّجَّالَ، وَالدُّخَانَ، وَدَابَّةَ الْأَرْضِ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَأَمْرَ الْعَامَّةِ، وَخُوَيْصَّةَ أَحَدِكُمْ


“Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Dajjal, Asap, Dabbah yang melata di bumi, terbit matahari dari Barat, urusan umum (Kiamat) dan perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian)” (HR Muslim)


#Berkata Syeikh al-Mubarakfuri rahimahullah: "Ketahuilah bahawa riwayat-riwayat ini (berkaitan tanda-tanda besar Kiamat) telah menjadi perselisihan pada susunan tanda-tanda yang sepuluh (tanda besar Kiamat). Untuk itu, telah berselisih para ahli ilmu dalam menentukan susunannya. Telah dikatakan bahawasanya tanda besar Kiamat yang pertama adalah Asap, kemudian keluarnya Dajjal, kemudian turunnya Nabi Isa, kemudian keluarnya Ya’juj dan Ma’juj, kemudian keluarnya al-Dabbah, kemudian terbit matahari dari Barat kerana orang kafir memasuki Islam pada zaman Nabi Isa sehingga dakwah ini menjadi satu” (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi)


#Al-Hafiz Imam Ibnu Kathir berpendapat keluarnya binatang dari perut bumi merupakan tanda hari Kiamat yang pertama kali terjadi. 


#Pendapat yang agak kuat ialah pendapat al-Hafiz Ibnu Hajar iaitu dengan keluarnya Dajjal sebagai tanda kiamat yang pertama.


#Ketahuilah bahawa tanda-tanda Kiamat ini tidak mempunyai susunan yang khusus. Ini kerana, hadis yang menceritakan perihal ini berbeza dari sudut susunannya. Para ulamak turut berbeza pendapat dalam menentukan tanda besar Kiamat yang pertama dan terakhir. Ini menunjukkan bahawa tidak ada nas atau hadis yang menjelaskan secara khusus berkaitan susunannya melainkan ia hanyalah ijtihad para ulamak dalam menentukan susunan tersebut.


♡Kesimpulannya, hari kiamat pasti terjadi. Sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi saat-saat ini dengan amal soleh dan melazimi taubat kepadaNya. Ini kerana, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita daripada segala fitnah dan ujian ini melainkan dengan iman dan ketaqwaan yang sebenarnya. Semoga Allah memelihara iman kita dan menjadikan kita hambaNya yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamiiin♡

☆Tadabbur Kalamullah 14 Syawwal 1442H☆

Gerhana Bulan


وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ 


"Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering" [Surah Yasin 39]


#Fenomena gerhana bulan telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu.


#Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan secara kebetulan tetapi ia merupakan suatu Sunnatullah yang telah diaturkan oleh Allah Taala. Firman Allah swt:


سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا 


“Sebagai suatu Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu" [Surah al-Fath 23]


#Apabila berlakunya gerhana bulan atau matahari, semua umat Islam disarankan untuk menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid/surau berdekatan, bersedekah dan perbanyakkan doa.


#Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Kaifiat Solat Sunat Gerhana Bulan:


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala"


Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa Iftitah.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.

5. Ruku' dan membaca tasbih sekira-kira 100 ayat

6. lktidal. Kemudian membaca surah al-Fatihah.

7. Membaca Surah Aali Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat. 

9. Iktidal.

10.Sujud dan membaca tasbih.

11.Duduk antara dua sujud.

12.Sujud kembali.

13.Berdiri ke rakaat kedua.


Rakaat Kedua:

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca Surah an-Nisa' atau mana-mana surah.

3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat

4. lktidal. Kemudian membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca Surah al-Maidah atau mana-mana surah.

6. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat. 

7. Iktidal.

8. Sujud dan membaca tasbih.

9. Duduk antara dua sujud.

10. Sujud kedua.

11.Membaca tasyahud akhir.

12.Memberi salam.


#Solat gerhana juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi saw.


♡Setiap peredaran yang berlaku di cakarewala ini telah ditentukan oleh Allah dan kesemua itu beredar pada tempat peredaran masing-masing. Ini merupakan suatu bentuk kekuasaan dan keagungan Allah swt yang tidak dapat ditandingi dengan akal dan kepintaran manusia. Sama-samalah menyaksikan kebesaran kejadian Allah swt ini serta menunaikan tuntutan syariat seperti melakukan solat sunat gerhana, bersedekah, memohon keampunan, berdoa dan sebagainya♡



Bersedekah

وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

(Maksudnya): Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh".

وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَاۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

(Maksudnya): Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

-Surah Al-Munafiqun, Ayah 10 - 11

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة


Bahawa Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.

(Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain walau dimana mereka berada.


2.  Sebagai orang Muslim, menjadi kewajipan kepada kita untuk  menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:


a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain


b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi contohnya di Palestin


3.  Dalam isu umat Islam di Palestin dan pembebasan Masjidil Aqsa adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk tidak membiarkan kezaliman berterusan. Menjadi kewajipan kita membantu mereka paling tidak dengan wang ringgit dan doa. 


4.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.


5.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat


6.  Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.


7.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.


8.  Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:


a.  Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar. 


b.  Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”


27hb Mei  2021

15hb Syawal 1442H

Sunday, May 23, 2021

Tadabbur Kalamullah 11 Syawwal 1442H



وَلَقَدۡ كَتَبۡنَا فِی ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ یَرِثُهَا عِبَادِیَ ٱلصَّـٰلِحُونَ


"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" [Surah al-Anbiya' 105]


#Antara hamba-hambaNya Allah yang soleh yang akan memerintah bumi ini dengan penuh keadilan, kerahmatan dan kedamaian ialah Imam Mahdi. Sesungguhnya majoriti ahli ilmu bahkan ia adalah satu kesepakatan bahawa sabitnya khabar berkenaan kemunculan al-Mahdi bahkan dia adalah benar dan akan keluar pada akhir zaman. 


#Rasulullah saw bersabda:


‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‌‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا


"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman" (HR Abu Dawud)


#Sabda Rasulullah saw lagi:


‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ


"Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun" (HR Abu Dawud)


#Hadis ini menjadi tanda penguat dari Rasulullah saw bahawa al-Mahdi akan keluar di akhir zaman dan tidak ada syak lagi padanya. Beliau akan keluar dan menguasai keseluruhan bangsa Arab serta akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan saksama. Kekuasaannya juga selama tempoh tujuh tahun.


#Kata Samahah as-Syaikh Abd al-Aziz bin Abd Allah bin Baaz Rahimahullah: "Beliau (al-Mahdi) adalah Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.anhum. Imam ini (al-Mahdi) adalah di antara rahmat Allah kepada umat yang keluar pada akhir zaman lalu dia akan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menghalang kezaliman dan kejahatan. Allah akan menaburkan dengannya panji kebaikan ke atas umat serta menjadi hidayah dan taufiq serta memberi petunjuk kepada sekalian manusia".


#Ciri-ciri yang terdapat pada diri al-Imam al-Mahdi sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Nuaim al-Asfahani di dalam kitab al-Sa’ah Li Asyrath al-Sa’ah: 


1. Di bahagian bahunya ada tanda yang sama pada bahu Nabi saw.

2. Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa dan Nabi Isa akan solat di belakangnya

3. Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar

4. Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.


#Berkata al-Allamah Imam Ibnu Khaldun dalam kitab Mukaddimahnya: "Ketahuilah bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya, bahawa tidak boleh tidak di akhir zaman kelak akan kemunculan seorang lelaki dari kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan, dan diikuti oleh kaum muslimin, dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan-kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai al Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya"


♡Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana bumi telah dipenuhi dengan kezaliman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini♡