Apa yang anda lihat di bawah bukanlah ulat bulu, tetapi ratu anai-anai. Ratu anai-anai merupakan serangga terbesar dan menjadi ratu yang memerintah ribuan anai-anai. Satu sahaja fungsinya adalah untuk menghasilkan telur anai-anai sebanyak 20000 biji sehari.
Bukan itu sahaja, ratu anai-anai akan menentukan anai-anai yang akan menetas nanti akan bertugas sebagai anai-anai pekerja yang membina sarang, anai-anai pekerja yang mencari makanan, anai-anai askar yang melindungi sarang dan raja anai-anai untuk pembiakan.
Yang mengejutkan adalah ratu anai-anai ini boleh hidup sehingga 25 tahun. Ratu anai-anai tidak mempunyai anggota untuk bergerak tetapi ia akan diangkat oleh anai-anai pekerja jika ia perlu bergerak ke sesuatu tempat atas tujuan keselamatan.
Istana ratu anai-anai ini betul-betul berada di tengah-tengah dan dasar sarangnya hingga menjadikan ia sukar untuk diserang oleh musuhnya.
Petua orang dulu-dulu, nak hapuskan anai-anai perlulah membunuh ibunya terlebih dahulu (ratu anai-anai) kerana tiada ratu anai-anai maka tiada lah anai-anai.
Kredit: Khairul Azli
No comments:
Post a Comment