"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, March 19, 2011

Membaik pulih kaki itik


PEMBEDAHAN adalah penyelesaian membaiki masalah kaki leper.


MASA bersekolah dulu, Mohd. Haziq Ariffin, 21, sering diejek rakan-rakan kerana mempunyai kaki yang leper sehinggakan ada yang mengejek dia berjalan seperti itik.

“Saya tidak sedar mengenai keadaan kaki saya sehinggalah rakan-rakan dan keluarga memberitahu yang saya berjalan tidak normal.

“Pada masa itu saya ingat ia merupakan kecacatan kekal dan tiada rawatan spesifik. Lagipun kaki saya tidak merasa sakit ketika berjalan,” katanya ketika ditemui Jurnal di Hospital Pantai Cheras (PHC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar anak ketiga daripada empat beradik itu, dia mulai sedar kasut yang dipakai cepat haus semasa berumur 13 tahun .

Bahagian tepi kasut cepat rosak sehingga Haziq terpaksa menukar kasut yang baru.

 “Saya juga mula rasa sakit pada bahagian pergelangan kaki, betis dan lutut. Jika berdiri terlalu lama kaki saya juga cepat merasa lenguh.

“Malah, saya juga tidak dapat melakukan kerja berat seperti mengangkat barang dan tidak aktif bersukan,” katanya yang kemudiannya mendapat rawatan di salah sebuah hospital swasta.

Haziq hanya diberikan pelapik kasut khas yang mempunyai lengkungan untuk kakinya.

Menurutnya, semasa memakai alat tersebut kakinya tidak merasa sakit tetapi apabila tidak memakai pelapik tersebut kakinya kembali merasa sakit terutama ketika di dalam rumah.

KHAIRUL FAIZI memeriksa kaki Haziq selepas pembedahan membaik pulih kaki dijalankan.




“Akhirnya, sakit saya mula melarat di bahagian pinggang dan tulang belakang. Saya juga tidak dapat tidur dengan lena dan akhirnya mengambil keputusan mendapatkan rawatan pakar lain,” kata pelajar jurusan pengurusan perhotelan di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

Menurut Pakar Perunding Kaki dan Pergelangan Kaki Hospital Pantai Cheras, Dr. Khairul Faizi Mohammad, disebabkan keadaan kesihatan Haziq bertambah teruk dan umurnya yang semakin meningkat, pelapik kaki atau kasut khas tidak lagi mampu merawat.
“Haziq perlu melakukan pembedahan untuk membetulkan keadaan kakinya yang leper,” katanya yang berpengalaman selama enam tahun dalam rawatan penyakit yang melibatkan kaki dan pergelangan kaki.

Ujar Khairul, ada tiga punca utama kenapa kaki menjadi leper. Salah satu daripadanya disebabkan tendon tibialis posterior yang bermasalah semasa proses tumbesaran.

Selain itu, kecederaan yang melibatkan tendon ketika kemalangan juga boleh menyebabkan kaki menjadi leper.

“Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis juga berpotensi menyebabkan kaki yang normal menjadi leper.

“Sebabnya, ia memberi kesan terhadap urat saraf dan juga sendi pada kaki sekali gus menyebabkan otot-otot kaki menjadi kendur dan leper,” katanya.

Jelasnya, sememangnya orang ramai tidak akan sedar mengenai penyakit tersebut kecuali apabila kaki mula merasa sakit.

Menurut Khairul, biasanya penyakit kaki leper berlaku pada kedua-dua belah kaki jadi rawatan membetulkannya adalah perlu.

“Pembedahan perlu dilakukan untuk mendapatkan lengkungan pada kaki. Caranya ialah dengan mematikan sendi-sendi yang tidak penting atau tidak terlalu besar pada bahagian jari kaki.

KHAIRUL menunjukkan lengkung kaki yang normal.


“Selain itu, pesakit juga perlu melakukan proses memendekkan arca di bahagian dalam kaki dan memanjangkan arca di bahagian luar kaki,” katanya mengenai prosedur pembedahan penyakit kaki leper.

Ulasnya, urat keting pada kaki juga terpaksa dilonggarkan dengan tujuan untuk mendapatkan bentuk kaki yang normal.

Selepas itu, satu alat berupa rod titanium dimasukkan ke dalam kaki dan alat berbentuk X iaitu plat X diletakkan seumur hidup bagi mendapatkan bentuk dan mengimbangkan keadaan kaki.

Tambahnya, selepas pembedahan pesakit juga perlu melakukan fisioterapi dalam masa dua hingga tiga bulan untuk memulihkan keadaan kaki.

Ditanyakan mengenai kaki bayi mahupun kanak-kanak yang leper, Khairul meberitahu, perkara tersebut adalah normal.

“Ibu bapa tidak perlu risau jika kaki anak leper kerana biasanya selepas umur kanak-kanak tersebut menjangkau lima hingga enam tahun, mereka akan mendapat bentuk kaki yang normal.

“Pembedahan hanya dilakukan pada mereka yang tumbesarannya sudah terhenti. Sebagai contoh, dalam lingkungan umur 20 tahun ke atas,” katanya lagi.

Haziq selepas menjalani pembedahan pada tahun lepas, kini sudah tidak merasa sakit di bahagian kaki, lutut, pinggang dan tulang belakang.

“Saya rasa macam mendapat kaki yang baru dan sudah boleh melakukan kerja-kerja dengan baik,” katanya kini melakukan latihan praktikal di Hotel Shangri-La Putrajaya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Gabungan vitamin untuk kulit

Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan.
Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Khasiat air liur lintah


Terima kasih Zanna, Jelita Sari, Hotel Quality, Shah Alam, Lot 7-1A, Plaza Perangsang, Pers. Perbandaran, Shah Alam, Selangor. (Tel: 03-55195031/013-2842015)

LINTAH akan menghisap darah kotor pada bahagian kepala yang mengalami masalah migrain.



DI sebuah pusat kecantikan, penulis memerhatikan seekor lintah menghisap darah kotor keluar dari bahagian kepala pesakit.

Teknik rawatan itu semakin mendapat sambutan khususnya bagi mereka yang inginkan rawatan tradisional atau alternatif lain.

Rawatan yang dikenali sebagai bekam lintah itu merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor dari tubuh pesakit. Darah-darah kotor akan disedut oleh lintah bertujuan menyahkan darah kotor.

Lintah digunakan sebagai medium bagi menarik keluar darah kotor dari tubuh.

Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin, yang berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.

Selain itu, terdapat juga ekstrak hormon pheromone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual.

Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitri oxide pula dapat mempercepatkan peredaran darah.

Dari sudut perubatan pula, lintah daripada spesies Hirudo Medicianalis. banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain, sakit kepala dan sebagainya.

Sebagai rumusan, kedua-dua bidang ini saling melengkapi dan mempunyai kelebihan bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit atau masalah dalaman.

Bekam lintah merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah tersebut.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Tidak perlu terlalu panik




Profesor Dr. Muhaya Mohamad menjelaskan, kebimbangan yang melampau boleh menjejaskan kesihatan mental dan menganggu aktiviti harian.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan masalah radiasi kerana kerajaan sudah melakukan persiapan untuk memantau hal ini.

"Seharusnya orang ramai mengambil iktibar perkara ini.

Bukan terlalu memikirkan pencegahan yang perlu
diambil tetapi persediaan mental amat perlu. Misalnya, kita melihat rakyat Jepun kehilangan ahli keluarga mereka. Kita perlu menghargai ahli keluarga bermula dari sekarang. Dalam hal ini, kita menyaksikan kerajaan berusaha untuk memantau keadaan dan akan memberi maklumat dari semasa ke semasa," katanya yang sering diundang untuk memberi motivasi di televisyen dan radio.

Dalam pada itu, setiap individu boleh mendapatkan panduan pencegahan radiasi untuk mengurangkan kebimbangan.

Dr. Muhaya turut menasihatkan orang ramai tidak mengabaikan urusan harian termasuk rutin penjagaan kesihatan yang biasa dilakukan semata-mata takutkan radiasi.

"Mungkin selepas ini orang ramai takut bersenam di luar rumah kerana takut terkena kesan pencemaran radiasi.

Selagi belum ada maklumat yang tepat, masyarakat tidak perlu terlalu panik dan bimbang sehingga menjejaskan kesihatan mental," ujarnya.

Kesejahteraan mental , kestabilan emosi, kemantapan sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal, serta perhubungan sosial yang positif amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang benar-benar sihat.

Fenomena ini secara logiknya adalah sejajar dengan definisi kesihatan seperti mana yang dinyatakan oleh World Health Organization atau WHO, iaitu health is a state of complete physical, mental and social well being and not merely the absence of disease or infirmity.

Definisi ini sebenarnya memberitahu kepada kita bahawa untuk menjadi seorang individu sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental memerlukan kita memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri sendiri serta orang lain dalam perhubungan di samping memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran kita.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Friday, March 18, 2011

Genetik tingkatkan risiko kanser kolon


Kanser kolon berisiko terhadap mereka yang berusia lebih 60 tahun.


SIAPA sangka keseronokan menikmati hidup tanpa sebarang penyakit bahaya lebih separuh abad akhirnya diuji dengan penyakit kanser kolon pada usia emas.

Bukan mudah untuk mengenal pasti puncanya kerana penyakit ini tiada penyebab tunggal. Hampir semua kanser kolon bermula dengan ketumbuhan bukan kanser atau dikenali sebagai polip yang akhirnya secara senyap bertukar menjadi sel kanser.

Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, Pakar Gastroenterologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Selangor berkata, sesiapapun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser kolon jika usia melebihi daripada 60 tahun.

Antara risiko-risiko lain ialah makan satu diet tinggi dalam daging merah atau daging proses, mempunyai polip kolorektal, berpenyakit radang usus penyakit Crohn atau kolitis berulser) dan ahli keluarga pernah menghidap kanser usus.

Tambah Dr. Abdul Malik , sindrom genetik tertentu turut meningkatkan risiko untuk kanser kolon.

Kolon atau kolorektal, ialah kanser yang berlaku di awal usus besar (kolon) atau dubur (akhir kolon).

Lain-lain jenis kanser boleh menjejaskan kolon, seperti limfoma, tumor karsinoid, melanoma dan sarkoma.

Kes-kes seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah yang luar biasa.

Diagnosis awal boleh meningkatkan kesembuhan. Apa anda makan boleh memainkan peranan dalam kanser risiko usus besar anda.

Kanser kolon boleh terjadi dengan satu serat rendah yang tinggi lemak diet dan daging merah.

Merokok dan minuman beralkohol adalah faktor risiko lain yang berkaitan dengan punca kanser kolon.
Banyak kes kanser kolon tidak mempunyai gejala-gejala.

Gejala-gejala berikut bagaimanapun, mungkin menunjukkan kanser kolon:

lSakit abdomen dan rasa tidak puas selepas membuang air besar.

lDarah dalam najis.

lCirit-birit, sembelit atau perubahan lain dalam tabiat-tabiat membuang air.

lSekatan usus.

lKehilangan berat dengan tiada alasan yang diketahui.


Tanda-tanda dan ujian-ujian


Cara untuk mendiagnos penyakit kanser kolon ialah menerusi kolonoskopi dan Sigmoidoscopy. Bagaimanapun hanya melalui proses kolonoskopi membolehkan kita melihat keadaan keseluruhan kolon.

Ujian darah juga boleh dibuat untuk mengesan penyakit ini. Ujian ini dinamakan complete blood count (CBC) untuk anemia.

Ujian fungsi hati


Jika doktor anda mengesyaki yang anda mempunyai barah kolorektum, lebih banyak ujian akan diadakan untuk melihat jika kanser itu telah merebak. Ini dipanggil pemeringkatan CT atau MRI mengimbas abdomen, kawasan pinggul, dada, atau otak boleh digunakan untuk melakonkan kanser. Kadang-kadang, imbasan PET juga digunakan.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Elak risiko kanser payu dara

Wanita sebenarnya mempunyai reaksi yang berbeza apabila diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan payu dara mereka.

Apa yang lebih membimbangkan atau mungkin menjadi trauma dalam hidup, jika wanita itu didiagnosis menghidap barah payu dara.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesanan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Bagaimanapun pemakanan yang teratur dan sihat memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang sempurna.

Bukan lagi rahsia, melalui pemakanan berasaskan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.

Mereka mendapati pengambilan soya dan begitu juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati, wanita yang mengambil minuman susu kultur dengan lebih kerap di lihat kurang berpotensi untuk di jangkiti kanser payu dara, walaupun mereka tidak mengambil makanan berasaskan soya dalam jumlah yang banyak.

Kajian itu juga mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS atau lebih dikenali sebagai Strain Shirota) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan Strain Shirota mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujarnya semasa membentangkan kertas kerja di Simposium Kanser Payu Dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Kajian kertas kerja itu mengkaji hubung kait antara pengambilan minuman yang mengandungi Strain Shirota dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.

Bakteria yang dinamakan LcS dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan bahawa kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semula jadi tubuh khususnya aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," tegasnya.

Tegasnya dalam kajian itu, seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu berbanding mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.

Dalam pada itu, sebanyak 40 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang menyatakan mereka tidak makan banyak produk soya tetapi minum Yakult empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang minum tiga kali atau kurang seminggu.

''Sebelum ini terdapat kajian yang mendapati pengambilan unsur soya turut memberi pengaruh dalam pengurangan risiko kanser payu dara.

''Penyumbang kepada pengurangan risiko kanser payu dara itu adalah disebabkan oleh pengaruh LcS kepada mikroflora yang terdapat pada usus yang sekali gus menambahbaikan metabolisme pada unsur soya," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Sunday, March 13, 2011

Kahak litupi paru-paru


MESIN penyedut khas digunakan bagi mengeluarkan kahak yang mula melitupi paru-paru.


PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk.

Keesokan paginya selepas memandikan Mia, Hanisah menyusukan anaknya seperti biasa. Tetapi Mia
kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas.

Mia menolak susu yang diberi Hanisah. Hanisah mula risau. Dia kemudian membawa anaknya ke hospital dan berjumpa doktor pakar.

Mia didiagnosis penyakit bronkiul akut. Nasib baik Hanisah cepat bertindak sementelah kahak telah berkumpul di hidung dan paru-paru Mia.

Keadaan lebih teruk berlaku pada Chacha. Bayi lelaki berusia lima bulan itu tidak tidur sepanjang malam.

Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak.

Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit.

Muntah

Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat ditelan Chacha. Semuanya dimuntahkan semula.

Chacha kemudian dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Chacha dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.

Lima hari Chacha berada di ICU dan tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut.

Selepas seminggu, Chacha dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa.

Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. Selepas dua minggu, barulah Chacha dibenarkan pulang ke
rumah.

“Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia
disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV).

“Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit.

“Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun,” kata Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.

Ujarnya, jangkitan virus tersebut disebabkan oleh beberapa faktor.

Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori
melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain.

“Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

“Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan.

“Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda,” katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan kanak-kanak.

Berulang

Jelasnya, bronkiul akut juga sangat berkait rapat dengan persekitaran yang berhabuk, selain pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster.

Malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan mendedahkan bayi kepada risiko bronkiul akut dan asma.

Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria.

Namun, antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan.

Ditanya sama ada penyakit tersebut boleh berulang, Aziah memberitahu, bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.

“Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga.

“Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut.

“Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya,” katanya.

Ulas Aziah lagi, bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.

“Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya.

“Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Bersalin tambah risiko rahim jatuh

UTERUS atau dalam bahasa harian lebih senang disebut rahim, mungkin boleh dilambangkan sebagai kasih sayang bagi seorang wanita.

Di dalam organ inilah, 'benih' cinta antara dua individu bersatu, membesar selama 40 minggu dan apabila sampai masanya, menyingkap dunia melalui frasa yang cukup istimewa.

Sebagai organ yang mempunyai fungsi ajaib melahirkan cahayamata, pastinya tugas berat tersebut sedikit sebanyak membebankan dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Rahim jatuh atau uterovaginal prolapse adalah satu daripadanya. Ia berlaku apabila rahim turun atau jatuh daripada kedudukan anatomi asalnya di aras tonjolan tulang iskium (ischial spine).

"Punca utamanya ialah kelemahan otot-otot dan ligamen-ligamen sokongan rahim serta lantai pelvis yang disebabkan oleh beberapa perkara," kata Dr. Ixora.

Menurut beliau, otot-otot lantai pelvis atau saraf pudendal iaitu saraf yang menjadi penyambung di bahagian tersebut boleh tercedera ketika proses kelahiran. Tambahan lagi kepada wanita yang melalui proses kelahiran lebih daripada empat kali, mereka sangat terdedah kepada risiko mengalami rahim jatuh.

Faktor lain seperti kekurangan tisu kolagen sama ada sejak lahir atau disebabkan oleh menopaus dan masalah keabnormalan tulang belakang seperti 'spina bifida' juga mengundang masalah ini.

Dianggarkan sekitar 30 peratus wanita berusia mengalami masalah rahim jatuh tetapi peratusan sebenarnya tidak diketahui dengan tepat kerana ramai yang malu untuk berjumpa doktor.

Walaubagaimanapun kata beliau, terdapat juga wanita muda yang mengalami masalah ini tetapi ia jarang berlaku. Jika berlaku sekali pun mungkin berpunca daripada masalah saraf pudendal yang wujud secara semula jadi sejak lahir atau akibat kecederaan saraf tunjang atau penyakit saraf seperti gullain-barre dan poliomyelitis.

"Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, sembelit dan batuk yang berpanjangan serta selalu mengangkat beban berlebihan atau berpanjangan untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan otot lantai pelvis lemah," kata beliau.

Jelas Dr. Ixora, biasanya masalah rahim jatuh akan diiringi masalah organ-organ pelvis lain seperti pundi kencing, faraj, uretra (salur kencing), rektum (usus besar) dan usus kecil yang dipanggil pelvic organ prolapse (POP).

Antaranya masalah cystocoele ( pundi kencing jatuh / bonjolan pundi kencing ke dalam faraj) dan rectocoele (usus besar rektum jatuh / bonjolan rektum ke dalam faraj).

Selain daripada itu ia juga diiringi oleh masalah kencing seperti stres inkontinens (kebocoran akibat batuk, bersin atau ketawa dan masalah pundi kencing terlalu aktif.

Kategori rahim jatuh:

l Peringkat pertama : serviks turun dari kedudukan normalnya sehingga bukaan faraj tetapi rahim masih di
dalam faraj

l Peringkat kedua : serviks dan sebahagian rahim turun dari kedudukan normalnya sehingga melepasi bukaan faraj tetapi fundus rahim masih di dalam faraj

l Peringkat ketiga (procidentia) : serviks dan keseluruhan rahim termasuk fundusnya dan dinding faraj turun melepasi bukaan faraj.

Simptom-simptomnya:

l Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj

l Ketulan pada faraj

l Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)

l Sakit belakang

l Sakit semasa hubungan seks

l Pendarahan faraj selepas menopaus

l Inkontinens kencing

l Sukar buang air kecil / besar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Mata cantik, pikat hati

Mata cantik, pikat hati




MEMILIKI sepasang mata yang menawan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Pelakon Hollywood, Bette Davis menjadi terkenal di seluruh dunia kerana memilik sepasang mata yang cantik. Lagu-lagu menarik dicipta khusus buatnya kerana ramai yang memuja keindahan matanya. Kecantikan mata tidak seharusnya dipandang ringan. Sejajar dengan peningkatan usia, mata menjadi kurang menarik, justeru teknik kosmetik dan esthetic boleh digunakan bagi mencantikkan mata .

Bagaimanakah struktur mata yang sebenar?

Mata kita terletak dalam soket mata iaitu lubang pada tengkorak yang didindingi tulang tipis dan berlubang lubang kecil yang di panggil cribriform. Ia dikelilingi sekeping lelemak yang dinamakan tarsal plate. Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan yang dinamakan saluran limfatik. Saluran limfatik mata akan bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain lain bahagian tubuh kita. Apabila saluran ini tersumbat maka banyak lemak akan terkumpul dan mengeras membuat mata kelihatan bengkak dan dan cengkung.

Struktur mata yang penting dalam estetik terdiri dari konjunktif mata, kelopak mata, dan iris mata. Iris merupakan bahagian yang mempunyai pigmen bagi memberikan warna mata.

Konjunktif merupakan lapisan jernih pada mata. Masalah pada kornea ialah terjadinya selaput mata akibat daripada kecederaan kornea yang berpunca daripada pengumpulan epithelium. Lapisan selaput sebegini membesar perlahan-lahan sehingga boleh menjejaskan penglihatan. Biasanya kes sebegini di namakan pterygium. Bagi mereka yang mengalami kencing manis, katarak adalah gangguan mata yang menghalang penglihatan dan mesti dibuang melalui pembedahan. Katarak berada pada lensa mata dan terhasil akibat gula yang tinggi dalam darah yang kemudian bertukar kepada sorbitol sehingga membentuk katarak.

Konjunktif merupakan bahagian mata yang berwarna putih. Kehadiran salur darah halus yang banyak membuatkan konjunktif menjadi kuning. Dewasa ini terdapat pembedahan menggunakan laser yang mampu memutihkan kembali warna konjunktif yang membuatkan warna mata kuning dan tidak menarik. Selepas pembedahan laser mata tampak putih kembali. Warna kuning pada konjunktif juga menjadi asas bagi doktor mengesan penyakit berkaitan dengan hati dan pundi hempedu. Bilirubin iaitu sejenis bahan yang dihasilkan hempedu mempunyai afiniti yang tinggi pada konjunktif. Semakin kuning warna konjunktif mata bermakna semakin tinggi paras bilirubin. Pemeriksaan darah bagi melihat enzim yang dihasilkan oleh hati dapat membantu mengesan tahap kerosakan hati.

Terdapat pelbagai vitamin di pasaran bagi mencantikkan mata. Vitamin mata membentuk sel-sel mata yang lebih baik. Buah-buahan dari jenis beri mempunyai anti-oksida yang baik untuk mata. Ia membuatkan mata tampak bersinar dan berseri. Malah ada yang mengatakan penglihatan menjadi lebih baik apabila mengamalkan beri. Terdapat pelbagai jenama beri di pasaran yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mata.

Penggunaan kanta lekap yang pelbagai warna turut menjadikan mata tampak lebih cantik. Namun penggunanya harus berhati-hati kerana berisiko terdedah kepada jangkitan dan ulser kornea. Kanta lekap harus diperbuat daripada bahan yang tidak mendatangkan alahan kepada penggunanya. Kanta lekap juga harus bersih demi menjamin tiada kuman yang menyerang mata. Elak berkongsi kanta lekap kerana ia akan menyebabkan transmisi kuman dari seorang ke seseorang yang lain. Jangkitan pada mata sangat sukar dirawat. Ia memerlukan antibiotik dan juga pemeriksaan rapi.

Ada kalanya saluran darah yang banyak di bawah mata menjadikan bahagian di situ lebam dan tampak gelap. Sel-sel darah akan merangsang pula melanocyte menjadi aktif menyebabkan kawasan mata menjadi semakin lebam. Rawatan yang baik adalah dengan menggunakan enzim khas untuk memecahkan dan menghadamkan sel darah yang terkumpul. Enzim ini boleh didapati dalam bentuk krim.

Bagi sesetengah orang lapisan lemak pada tarsal plate pula mudah menipis dan akhirnya hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk. Perkara ini biasanya boleh diatasi dengan filler. Filler untuk mata dibuat daripada asid hyaluronik yang berteknologi tinggi. Apabila ia dimasukkan di bawah kulit, ia mampu mengisi ruang kosong membuatkan wajah kelihatan lebih menarik .

Lapisan lemak pada tarsal plate kelihatan sebagai eye bags dan membuatkan individu tampak tua. Dewasa ini terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan bagi membuang lebihan lemak sebegini seperti laser lipolisis dan juga pembedahan membuang lemak pada kelopak mata.

Jika kelopak mata bermasalah, pembedahan dibuat bagi menganjalkannya dan kening boleh diangkat menggunakan kaedah serdev suture. Pembedahan yang sesuai ialah dengan menggunakan laser.

Crow feet merupakan garis halus atau kedutan yang terdapat pada mata. Selalunya ia melanda mereka yang
berusia 35 tahun ke atas dan boleh dihapuskan dengan pelbagai cara contohnya BTA, pengelupasan bersiri, laser dan filler.

Masalah lain yang sering mengganggu kulit kelopak mata ialah ekzema iaitu alahan kulit. Ekzema berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik. Pengidapnya akan berasa gatal, panas dan perit. Akibat digosok berulang kali mata turut kelihatan merah dan pedih. Rawatannya ialah dengan memberikan ubat anti alahan dan juga antibiotik yang sesuai.

Stye pula merupakan jangkitan kuman jenis streptococcus yang menyebabkan kelopak ditumbuhi kudis kecil. Rawatan yang baik adalah antibiotik disapukan pada mata dan juga antibiotik yang dimakan. Manakala kalazion pula sejenis kutil keras yang tertanam di dalam kelopak mata dan boleh dibuang melalui pembedahan.

Tahi lalat yang terlalu besar pada kelopak mata turut mengganggu penglihatan dan membuat kelopak mata menjadi berat. Adalah lebih baik untuk kita membuangnya.

Pelbagai warna sapuan dihasilkan dan juga celak dicipta untuk mata. Semuanya dilakukan bagi menyerlahkan warna mata. Seorang kawan gemar menggunakan bulu mata palsu yang pelbagai corak dan membentuk keningnya pelbagai bentuk bagi mencantikkan mata. Matanya yang bercahaya pastinya mempersonakan siapa yang memandang.

Kak Sal sering mengadu kepada saya matanya bengkak terutama apabila waktu pagi. Menurutnya apabila bangun tidur mata tampak sembap menyebabkan Kak Sal lebih suka memakai cermin mata hitam bagi menyembunyikannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Pilih diet rendah protein

ADAKAH anda tahu risiko kardiovaskular boleh bermula walaupun fungsi buah pinggang mengalami sedikit kerosakan? Dan adakah anda sedar penyakit kardiovaskular menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?

Mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.

Anda mungkin tertanya, apakah kaitan maklumat ini dengan diri sendiri? Banyak, jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit buah pinggang atau jantung, sama ada anda sedar atau tidak.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Ini kerana pencegahan awal sakit buah pinggang menjadi lebih kronik dapat menyelamatkan jantung anda.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara Selangor, Dr. Soehardy Zainudin, sakit buah pinggang kronik ialah keadaan kedua-dua buah pinggang pesakit mengalami kerosakan.

Ia berlaku apabila buah pinggang rosak teruk disebabkan oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Lazimnya, kata Dr. Soehardy, penyakit berkembang secara perlahan-lahan dengan menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak ketara pada peringkat awalnya.

''Malah, kebanyakan penghidap langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.

''Apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia (pendarahan berlebihan). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna,'' jelas beliau.

Tambahnya, tekanan darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyebab utama yang mencetuskan kegagalan buah pinggang kronik .

Pada sakit buah pinggang peringkat akhir di negara ini, statistik bersamaan dengan kira-kira 100 orang dalam sejuta penduduk.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Soehardy memberitahu setiap tahun ada lebih empat hingga lima ribu pesakit baru.

"Pada tahun lepas sahaja terdapat 25 ribu pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Ramai yang tidak tahu kegagalan buah pinggang boleh berlaku secara tiba-tiba atau akut. Keadaan ini selalunya terjadi selepas prosedur pembedahan yang rumit atau kecederaan teruk, ubat-ubatan tertentu seperti penahan sakit atau apabila pembuluh darah yang menghala ke arah buah pinggang tersekat," ujarnya.

Rawatan

Dalam pada itu, rawatan bergantung kepada tahap penyakit tersebut dengan matlamat untuk menghentikan atau melengahkan tahap perkembangannya.

Ketika ini, seseorang yang mengalami sakit buah pinggang kronik sama ada memerlukan penapis tiruan (dialisis) ataupun pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidupnya.

Diet rendah protein

Ramai yang tidak menyedari kos terapi penggantian buah pinggang seperti dialisis dan transplan yang jauh lebih tinggi, sehingga 10 kali ganda berbanding pengurusan penyakit buah pinggang yang efektif menerusi terapi pemakanan buah pinggang .

Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, kata Dr. Soehardy, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing.

Pada masa yang sama, pengambilan fosfat dalam diet mestilah dikurangkan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan.

Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak.

''Ini sekali gus membolehkan pesakit menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan paling penting, menangguhkan kegagalan buah pinggang kronik memasuki tahap akhir, dari tempoh tiga ke lima tahun. Selain itu, setiap pesakit perlu menjalankan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, jangan minum alkohol dan melakukan banyak aktiviti fizikal,'' kata Dr. Soehardy.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Peluang hidup kedua



AMINUDDIN bersalaman dengan Mohamed Noor Said menggunakan tangan kanannya yang diserang strok.


ENAM bulan lalu, Aminuddin Othman, 47, merupakan tunggak keluarga, mencari rezeki dan membesarkan enam anaknya. Namun penyakit angin ahmar atau strok yang dideritai menyebabkan bahagian kanan tubuhnya tidak boleh digerakkan.

Dia tidak boleh menjamah makanan seperti individu normal. Sebahagian tubuhnya ibarat tidak bernyawa lagi.

Mulutnya pula herot dan patah kata yang terbit dari bibirnya hanyalah desisan angin. Namun, semangatnya begitu kental. Jauh di dasar sanubarinya yakin ‘sebelah nyawanya’ yang hilang akan dikembalikan.

“Masa depan seolah-olah gelap gelita apabila disahkan strok oleh doktor, tiada ruang lagi untuk saya meneruskan kehidupan, malah saya terpaksa berhenti membawa teksi” luahnya.

Namun Aminuddin tabah dan menguatkan semangat. Hasilnya, kini dia memperoleh kegembiraannya semula malah mampu meneruskan kehidupan bahagia bersama keluarga.

Selepas hampir enam bulan menjalani terapi urutan menggunakan mesin khas di Setapak, Kuala Lumpur dan memakan ubat, dirinya sedikit pulih.

Suaranya dan sebutan perkataan semakin jelas sejak Februari lalu.

Malah akuinya, semasa awal menghidap strok , semua keperluan diri diuruskan oleh isterinya, Lelawati
Manan, 46. Kini seboleh-bolehnya dia mahu melakukan sendiri.

Menceritakan saat-saat dirinya diserang strok , katanya, segala-galanya berpunca daripada penyakit darah tinggi serta pemakanan yang tidak seimbang.

“Pada awalnya, tangan saya menjadi kebas ketika memandu teksi. Tiba-tiba, bahagian tubuh kanan pula tidak boleh digerakkan, malah rasa sekeliling saya seperti berpusing dan separuh badan keras. Bayangkan masa itu saya sedang membawa seorang penumpang dan sebelah tangan saya tidak boleh gerak. Kemudian saya menarik brek dan menahan teksi lain,” ceritanya ketika menceritakan detik cemas yang berlaku di Jalan Petaling, Selangor.

Katanya lagi, mulutnya juga menjadi herot dan tidak boleh menyebut patah perkataan.

“Masa tu, saya rasa dunia sudah gelap hanya mati sahaja yang paling hampir,” ceritanya bersungguh.

Namun kesungguhan isteri dan anak-anaknya membuatkan dia semakin tabah menghadapi dugaan hidup.

Bercerita lanjut detik itu, seorang pemandu teksi yang lain menghantarnya pulang ke rumah di Taman Wilayah
Selayang Fasa 4, Selayang, Kuala Lumpur.

Isterinya kemudian membawa dia ke Hospital Selayang dan doktor mengesahkan dia diserang strok.
“Tiada apa yang dapat saya lakukan ketika itu, hanya doa yang saya termampu. Apa yang saya terkilan, saya baru sahaja empat bulan membawa teksi. Isteri pula bekerja di tadika tetapi berapa sangatlah gaji dia.
Sedangkan kami ada enam anak yang masih bersekolah. Mujur ada kakak yang menawarkan saya rawatan fisioterapi percuma di Setapak,” tambahnya yang menjalankan perniagaan sendiri sebelum menjadi pemandu teksi.

Walaupun mempunyai kenderaan sendiri, dia tidak mampu lagi membayarnya dan tersadai di rumah kerana isteri dan anak-anaknya tidak boleh memandu.

Setiap hari kakaknya akan menemani dia untuk menjalani fisioterapi di pusat terapi tersebut.

Usaha

Berkat kegigihan, usaha tanpa mengenal putus asa dan berdisiplin dengan latihan, selepas hampir empat bulan, kini Aminuddin sudah boleh berjalan perlahan-lahan dan bertutur .

“Ia menyerang secara tiba-tiba tanpa ‘sebarang petanda’. Dia tidak pernah didiagnosis berpenyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

Bagaimanapun berada di pusat terapi banyak memberi perubahan kepada saya dan peluang untuk sembuh bertambah baik dengan dorongan keluarga,” jelasnya.

Dia sedar penyakit yang dihidapinya kini tidak mungkin sembuh 100 peratus, tetapi cukuplah jika dia dapat bekerja semula.

“Apa yang penting saya tidak berputus asa dan sentiasa mencuba. Selebihnya berserah kepada Allah Taala.

“Saya menganggap ini sebagai hidup kedua saya. Peluang yang diberikan perlu saya gunakan sebaik-baiknya.

Kerana itulah, saya mahu segera sembuh untuk memperbaiki kehidupan keluarga saya,” ujarnya yang bersyukur kerana kakaknya sudi meminjamkan wang untuk persekolahan anak-anak dan rawatannya.

Kewangan

Walaupun digalakkan menjaga pemakanan, Aminuddin tidak kisah hidangan makanan hariannya.

Menyedari kekangan sumber kewangan keluarga, dia akan menjamah apa jua yang dimasak oleh isterinya.

Bahkan dia tidak mahu bergantung kepada bantuan orang ramai semata-mata tetapi dia mengharapkan pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya tentang nasibnya. Sejak diserang strok, permohonan bantuan sudah dihantar tetapi masih belum ada maklum balas.

“Saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak sentiasa memberi sokongan dan menjadi pembakar semangat untuk melawan penyakit ini,” ujarnya yang boleh dihubungi di talian 019-3612536 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Wilayah fasa 4, Selayang, Kuala Lumpur, Mohamed Noor Said (013-3909944).

Panduan bakal ibu

TEMPOH 40 minggu yang dilalui sepanjang mengandung belum tentu cukup sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu. Terutama buat mereka yang kali pertama melaluinya, pengalaman menguruskan 'manusia kecil' yang baru menjengah ke dunia pastinya menyukarkan.

Kekok untuk kali pertama mengendong bayi, menyusu, memandikan dan menguruskan pelbagai perkara. Ibarat perlu bersiap sedia 24 jam, itu belum lagi dikira kira masalah lain seperti kembung, ruam dan sebagainya.

Kerana itu mereka yang baru pertama kali bergelar ibu perlukan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman. Bio-Oil, jenama yang sangat akrab dengan mereka yang bergelar ibu memulakan inisiatif menawarkan bilik rundingan dalam penjagaan antenatal secara percuma di Hospital Tengku Ampuan
Rahimah Klang.

Sebuah bilik khas disediakan dengan bidan bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang tersebut sedia melayan sebarang soalan bakal ibu dan mereka yang baru bergelar ibu.

"Ini merupakan sebahagian daripada program komuniti Bio-Oil. Kami memahami bagaimana perasaan seorang bakal ibu dan ibu yang baru pertama kali melalui detik tersebut kerana kami juga seorang ibu," kata Low Hooi Wan, Pengurus Bahagian Nuvanta Sdn. Bhd. yang mengedarkan jenama tersebut.

Sebagai ibu katanya, banyak perkara yang mereka ingin tahu dan tidak semua ibu berpeluang mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan. Kata beliau, pihaknya juga bercadang untuk menambah bilik seumpama di hospital lain dan berharap mendapat sokongan daripada badan-badan terlibat untuk berkerjasama menjayakannya.

Bercakap mengenai pengalaman sepanjang tempoh kehamilan pula, kata beliau, kesan regangan antara perkara yang dialami oleh kebanyakan bakal ibu. Tanda hitam hodoh di pinggul, perut dan paha ibarat igauan ngeri buat mereka yang melalui pengalaman itu.

Walaupun ia wujud pada bahagian yang bertutup, namun kehadirannya membuatkan wanita berasa tidak selesa dan rendah diri.

Bio-Oil menjadi diyakini wanita seluruh dunia dalam mengatasi masalah regangan ibu hamil selain memberi manfaat kepada kulit secara keseluruhan. Buat mereka yang bersalin secara pembedahan, kesan parut yang panjang di bahagian perut sukar untuk hilang walaupun pelbagai produk sudah dicuba. Dalam kes ini, jenama yang menjadi pilihan nombor satu di 11 buah negara termasuk Malaysia, United Kingdom dan Australia ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan parut, kesan regangan dan kulit yang tidak sekata.

Bio-Oil mengandungi minyak PurCellin iaitu kandungan unik vitamin dan minyak tumbuhan semula jadi termasuk vitamin A dan E, lavender, rosemary, minyak kalendula dan ekstrak camomile.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm

Wanita Malaysia dihimpit kemurungan?

WANITA lebih mudah risau dan terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki. Demikian kata Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh.

Menurutnya, dianggarkan 73 juta wanita seluruh dunia mengalami episod kemurungan major setiap tahun.
"Ia lebih ketara di negara-negara maju di mana peningkatan kes bunuh diri banyak berlaku. Kini, penyakit ini mula menular ke negara membangun dan tidak ketinggalan Malaysia juga dilihat semakin ke arah itu," kata beliau ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di hospital tersebut baru-baru ini.

Katanya, sebanyak 13 peratus wanita yang mengalami proses kelahiran mengalami masalah mental termasuk kemurungan setiap tahun.

Pada peringkat yang lebih teruk, ia mengundang perbuatan bunuh diri yang kini dilaporkan menjadi antara tujuh punca kematian untuk wanita berusia 20 hingga 59 tahun di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.

Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.

Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

Jelas Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

"Mengambil berat tentang kesihatan mental membantu kita untuk merasa lebih sihat secara fizikal. Begitu juga sebaliknya kerana kedua-dua perkara ini saling berkait," katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya ambil masa untuk rehat dan berani untuk berbincang mengenainya bersama saudara atau teman terdekat.

"Anda sendiri mungkin sedar dengan perbezaan diri apabila mengalami masalah mental seperti kemurungan. Malah rakan-rakan terdekat juga pasti akan sedar mengenainya. Seandainya ada yang menasihati anda agar bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan, jangan tunggu lagi," katanya.

Menurut beliau, kerja, keluarga dan kawan-kawan memberi kesan kepada kesihatan mental dari sudut kebaikan dan keburukan. Justeru katanya, setiap individu perlu pandai mengimbangi kerjaya dan kehidupan mereka agar sihat mental dan fizikal.

Nikmati kehidupan sewajarnya

Kata Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental yang baik membantu kita menikmati hidup dan menangani masalah dengan sewajarnya.

"Ia menawarkan rasa nikmat kehidupan dan memberi kita kekuatan dari dalam. Seperti kita menjaga badan melalui pemakanan yang betul dan melakukan senaman, kita boleh lakukan sesuatu untuk menjaga kesihatan mental," katanya.

Mampu untuk bercakap mengenai masalah yang dialami dan membuat keputusan secara berhemah mengenai kesihatan mental sendiri adalah langkah pertama terbaik buat mereka yang mengalami masalah tersebut.

Kemampuan untuk bangkit kembali daripada masalah atau kesukaran dan menangani dengan bijak adalah peranan terbaik dalam menjaga kesihatan mental yang baik, kata beliau.

Menurutnya, membuang segala perkara negatif juga membantu bagi mengelak diri dibelenggu masalah. Setiap individu juga katanya perlu mengubah perspektif diri ke arah menjalani hidup yang lebih sihat mental dan fizikal.

"Kita tidak boleh mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku, tetapi kita boleh belajar bagaimana untuk melaluinya," ujarnya.

Pelajari bagaimana untuk menangani stres dengan segera merupakan langkah yang bijak, apatah lagi andai ia melibatkan masalah kerja.

Kumpulan sokongan

Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menubuhkan kumpulan sokongan yang dikenali sebagai "Women to
Women Wellbeing Tea-Talks" yang bertindak sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dalam pelbagai cabang berkaitan isu kesihatan.

Pelbagai topik akan dibincangkan dalam suasana santai dan ia percuma untuk mereka yang berminat.
Sesi pertama akan dimulakan pada 30 April ini dengan tajuk "Hidup Dengan Kanser Payudara" oleh Dr.
Harjit Kaur dan Dr. Nor Hamidah sendiri akan bercakap dari sudut kesihatan mental.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

Kepentingan ujian saringan kesihatan


SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Dr. Nani Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular .

Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.

"Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

"Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.

"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian saringan atas beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeriksaan itu dan kesibukan masa.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia amat penting dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu mengurang atau mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan kardiovaskular.

Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi adalah faktor utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit pembunuh nombor satu di negara ini.

Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali setiap tahun bermula usia 40 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik dinasihatkan berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara lanjut mengenai ujian saringan ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian menjalankan pemeriksaan berkenaan.

"Seseorang boleh menjalankan ujian saringan di mana-mana klinik kerajaan dan hospital, klinik serta makmal swasta yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

"Mereka perlu berpuasa selama lapan jam sebelum boleh menjalani ujian saringan.

"Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan diperoleh dalam jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik dan makmal swasta serta sebulan di klinik kerajaan," ujarnya.