"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 30 Jumadal Akhirah 1441H☆


وَٱللَّهُ یُؤۡتِی مُلۡكَهُۥ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمࣱ

"Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya" [Surah al-Baqarah 247]

#Kekuasaan berada di tangan Allah swt, diberikan kepada siapa saja yang dikehendaki tanpa memandang samada orang itu keturunan raja ataupun tidak, memiliki kekayaan atau tidak, yang dipuja manusia atau pun tidak. Semua terserah kepada Allah swt. Hal ini kerana Allah swt dengan kebijaksanaannya lebih mengetahui sesiapa yang layak dan siapa yang lemah.

#Jawatan kepimpinan bukanlah suatu kemuliaan, tetapi merupakan bebanan dan penyesalan di hari kiamat kelak. Sabda Rasulullah saw:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (HR al-Bukhari)

#Selain itu, kita juga dilarang untuk meminta-minta jawatan dan kedudukan. Dalam sebuah riwayat yang sahih, Sayidina Abu Musa al-Asy’ari r.a bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah saw. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah swt telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah saw bersabda:

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

“Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (HR Muslim)

#Dalam hadis yang lain Nabi saw telah mengingatkan  kepada Sayidina Abdul Rahman bin Samurah r.a:

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan (dalam politik). Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (HR al-Bukhari)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan: “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Abdul Rahman bin Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya, bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih Muslim)

#Al-Ahnaf pernah berkata:

قال لنا عمر بن الخطاب تفقهوا قبل أن تسودوا

Sayidina Umar bin al-Khattab mengatakan kepada kami: "Fahamilah agama sebelum memegang jawatan kekuasaan.”

قال سفيان لأن الرجل إذا أفقه لم يطلب السؤدد

Imam Sufyan as-Sauri menjelaskan perkataan Sayidina Umar tersebut: “Ini kerana jika seseorang telah memahami agama, dia tidak akan berhasrat terhadap kekuasaan” (Ibnul Jauzi, Shifah ash-Shafwah)

♡Ingatlah bahawa kekuasaan yang sebenar ialah di sisi Allah swt. Allah boleh melantik sesiapa sahaja yang dikehendaki. Mohonlah kekuatan dan bantuan Allah swt dalam urusan pemerintahan, agar kita tidak menyesal di Mahsyar kelak♡


No comments: