"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, October 2, 2009

Jejak Kanser Dalam Hidupku



Kuasa Minda Bawah Sedar Anda

Kanser & Minda


Jejak benar Ku....

Sudah lebih satu dekad aku melaluinya. Apa kata pakar? “The first five years is the most crucial period. If you survived more than five years, then you are as good as cured.” Siapa lah aku? Pada ku bila seorang doktor berhujah, hanya Allah, s.w.t boleh mencabarnya. Lagi pula doktor pakar yang berhujah.

Lima tahun aku seorang yang gigih menjaga badan. Badan langsing bergaya hasil dari kekerapan bersenam. Alhamdullilah, ramai pesakit kanser payu-dara yang lain dipulihkan semangat kerana melihat keterampilan ku.

Bila sudah melewati lima tahun, ubat tamoxifen yang haram aku tinggalkan satu hari pun perlu diberhentikan kerana takut akan risiko kanser peranakan. Tiada ubat lain diberikan. Kanser-ku ER dan PR positif. Sebenarnya sudah ada ubat yang masuk ke pasaran tempatan dan hospital, yang memainkan peranan yang lebih baik, menyekat tindakan estrogen ke atas payudara. Aromatase inhibitors. Walaupun tiada ubat penghalang estrogen, lima tahun lagi berlalu dan aku tetap sihat. Masih tiada ancaman kanser yang dahulu. Agaknya sudah sembuh. Lagi pula kanser-ku jenis yang tidak begitu agresif. Rasa-rasanyalah, gred I dari segi keganasan dan noda limfa dibawah ketiak tiada yang positif.

Cuma yang mencurigakan ianya dekat dengan garisan pembedahan mastektomi (close to margin or less than 10mm from margin). Walaupun begitu sudah diberi sinar radiasi. Tentu sekali mesin rawatan yang kosnya mahal tak tersebut harganya oleh ku, berkesan menghapuskan sel-sel kanser yang tertinggal oleh pembedahan. Di tambah pula dengan enam pusingan kemoterapi yang mengajar erti loya dan mual yang sebenar.

Genap sepuluh tahun berlalu, ketulan kanser tumbuh didinding dada. Apa yang salah? Mungkin juga aku alpa dengan rutin gaya hidup sihat dan asyik bekerja tanpa sedar yang fizikal agak terabai. Badan juga sudah over-berisi. Tiada guna penyesalan. Sikap ku tetap positif dan melihat ke depan. Aku masih menganggap saranan dari pakar bertaraf kebenaran yang jitu. Aku lalui radiasi lagi ke tempat ketulan kanser yang berulang, yang sudah dibuang melalui pembedahan.

Tiga bulan berikutnya, sewaktu temujanji susulan, didapati dari pemeriksaan X-ray, sebelah dari paru-paru ku hampir lenyap ditenggelami oleh air. Plural effusion. Memang aku seorang yang kental semangat. Sudah teruk macam tu, aku masih dapat melalui hari-hari bekerja seperti biasa. Kalau tidak kerana pemeriksaan susulan hari itu, tentu terlewat dikesan. Paru-paru disebelah tempat diradiasikan. Terfikir akan perkaitan: radiasi melemahkan tisu dan benih kanser hidup subur! Benar

Dari hari itu aku rajin ikut nasihat rakan dan survivor lain tentang pengamalan pemakanan dan herbal anti-kanser. Juga rajin berubat secara tradisional. Pantang disebut cara rawatan dan perawatnya, akan ku usahakan. Rawatan konvensional juga ku ambil. Oleh kerana kemoterapi terdahulu adalah kategori ‘first line’, aku terima saja tawaran kemoterapi ‘second line.’

Memang kuat, tapi semangat ku yang tidak luntur melindungi ku dari kesan-kesan sampingan yang kuat. Hasil dari kemo yang kuat hanyalah menahan penaklukan kanser ke atas badanku. Ya, setakat bertahan. Pleural effusion masih terjadi dua kali lagi selepas kemo tersebut. Walau bagaimana pun, dengan amalan minum bermacam-macam jenis jus, termasuk jus pecah beling, aku berjaya hidup melebihi satu tahun dari tamatnya kemoterapi kedua dulu.

Kalau sesiapa yang tidak mengenali ku, melihat ketrampilan ku, tiada yang menyangka aku adalah pengidap kanser payudara peringkat 4, malah untuk mempercayai aku pernah mengidap kanser pun agaknya, susah. Aku cergas segar, mungkin kerana pengamalan herbal dan diet yang lebih sihat. Terasa memang sihat, walaupun masih ada batuk berdarah sekali-sekala.

Kebiasaan orang yang sihat walaupun sakit, terasa jemu juga menelan jus pecah beling dan kateh murai setiap hari. Kemungkinan juga aku begitu mengharapkan penyembuhan total, lantas ku abaikannya dan berhijrah kepada perawatan lain yang disarankan. Juga apabila berasa sihat, sudah tidak larat lagi hendak makan hanya "vegetarian food," tanpa gula dan terlebih garam. Manalah nak cari sayur-sayuran organik?. Kawasan keliling rumah ada, tapi malas lah nak tanam sendiri.

Apalah seronoknya hidup jika tidak boleh makan nasi dengan ikan panggang dan budu serta ulam-ulamannya. Bukankah ulam-ulaman itu “raw food?” Aku sedar akan pantang-larang yang popular di kalangan pesakit kanser -aku juga mengamalkannya semasa dalam bahaya kerana paru-paru yang hampir ranap - tetapi tak terlarat kerongkong ini untuk mengikutnya apabila badan sudah berasa sihat dan cergas. Malah, aku sudah diam-diam merancang untuk pulang bekerja.

Walaupun begitu hati masih tidak berpuas hati. Doktor ku seolah-olah membiarkan saja dan aku diberitahu, “We can’t proceed giving you trial chemotherapy because your cancer is stable.” Oleh kerana kepercayaan ku kepada kata-kata doktor sudah agak lentur, aku terus berusaha mendapatkan rawatan secara alternatif, sampai ke tahap pembedahan batin. Segala usaha ku secara alternatif atau komplementari sebenarnya menelan lebih banyak perbelanjaan dari rawatan konvensional, kerana secara konvensional aku dibiayai oleh majikan.

Sekarang ini, aku terlantar di katil hospital semenjak pulang dari rawatan alternatif yang terakhir. Walaupun terasa paru-paru lega kerana pembedahan batin yang dilakukan, ditakdirkan selepas itu aku mengalami pening dan sakit kepala yang paling kuat yang pernah ku alami.

Wakil sel kanser dari payu-dara ku yang bertapak di dalam saraf otak berhampiran dengan saraf tunjang sedang giat membesar, sehingga aku tidak dapat membuka mata dan bergerak kerana pening. Aku sedar, keadaan ku kritikal. Pembedahan adalah 50-50% peratus. Doktor cuma meluahkan anggaran tersebut tetapi tidak memperincikan samada 50-50 itu hidup @ mati atau hidup dengan ketulan kanser dibuang 100% atau hidup dengan komplikasi, seperti tidak sedarkan diri, tidak dapat bercakap dan berfikir dan sebagainya.

Bila sahabat ku Dr. H datang, ku pegang erat tangannya. Ku pohon dia berdoa supaya aku terselamat dengan pilihan rawatan, yang turut dipersetujuinya. Tidak kepada pembedahan. Akan ku terima radiasi paliatif, untuk mengecutkan kanser yang berada ditempat yang bahaya. Ia boleh menekan pernafasan ku serta merta, jika ia membesar.

Dr. H menyedarkan aku akan kehidupan yang seterusnya, dan tidak melepaskan harap dan semangat dalam kehidupan ini. Ikhtiar tetap disarankan walaupun aku hanya boleh mengerakkan kelopak mata. Dalam diam kaku, minda sedarku, tanpa diusik oleh pembedahan dan ubat bius boleh ku ajak membantu diriku. Boleh ku bawa bertaubat berkali-kali. Boleh ku bawa membuat saranan yang baik kepada diri atau ‘self-hypnosis’ untuk kesejahteraan.

Mungkin ada bibik penyesalan yang ku luahkan kerana Dr. H mengatakan, tiada guna didesak untuk mendapatkan lebih banyak lagi kemoterapi. Sabar. Kemungkinan kemoterapi yang kuat yang telah di ambil, telah mematikan kemaraan kanser di dada, paru-paru dan tulang, tetapi ianya tidak berkesan di arena saraf dan otak. Kemo tersebut tidak dapat mencari dan menghapuskan perwakilan sel kanser yang telah lama dahulu bermastautin di otak. Perwakilan-perwakil an di dada, atau di paru-paru atau ditulang telah memberi mandat kepada perwakilan di dalam otak untuk meneruskan perjuangan mereka, sebelum mereka dihapuskan atau dibantutkan oleh TAC dahulu.

Kata Dr. H lagi, kanser payu-dara adalah satu kanser yang amat licik dan pandai memperdayakan diri kita. Senjata kita yang utama adalah semangat yang kuat, kerohanian yang kuat supaya diri sejahtera selalu (tidak tension dan tertekan) serta usaha yang tinggi untuk berterusan memastikan pertahanan atau imuniti badan yang tinggi. Dia akhirnya memberi harapan dengan cerita tentang seorang kanser survivor yang menolak kemo barisan kedua (second line) yang dibawa pulang ke rumah ditolak diatas kerusi roda. Dengan hanya berusaha dengan herbal dan kekuatan Dalaman beliau hidup sehingga sekarang, walaupun semasa ditolak pulang paru-parunya penuh berair dan tulung-tulangnya tepu dengan sel-sel kanser.

Selamat berpisah kawan-ku, dan maafkan dosaku pada mu sekiranya ada. Esok, datang lagi, sekiranya aku masih ada.

Kepada sesiapa yang membaca, tidak kira siapa dan bila; doakan kebaikan untuk ku. Ku pohon.

Al Fatihah ....7x untuk beliau

Probiotik melegakan sembelit


“Ibu saya yang berusia 58 tahun sering mengalami sembelit. Ahli farmasi menyarankan agar beliau diberikan suplemen probiotik setiap hari.

Apa yang saya ingin ketahui adalah apakah itu probiotik, apakah manfaatnya kepada kesihatan dan amalan bagaimana yang boleh mencegah sembelit? Cadangan pihak tuan amat saya hargai,’’


JAWAPAN: Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik didefinisikan sebagai mikro-organisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada pengguna apabila diambil dalam kuantiti yang mencukupi.

Probiotik atau bakteria baik digunakan untuk menyeimbangkan mikroflora usus bagi membolehkan sistem pencernaan berfungsi secara normal serta mencegah berlakunya simptom-simptom gangguan usus.


Pengambilan probiotik dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM® membantu kesihatan usus serta bermanfaat untuk:

* Memperbaiki pergerakan usus dan melegakan sembelit.

* Mengurangkan angin berlebihan (kembung).

* Melegakan ketidakhadaman.

* Mengurangkan nafas berbau.


Apabila keseimbangan mikroflora dan kesihatan usus diperbaiki, Lactobacillus acidophilus NCFM® membantu merangsang sistem imum dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.

Penukaran rutin harian semasa bulan Ramadan memungkinkan kita mengalami gangguan sistem pencernaan seperti kembung perut, ketidakhadaman makanan dan risiko cirit-birit akibat pengambilan makanan luar yang tidak begitu menitikberatkan aspek kebersihan.


Dengan itu, pengambilan probiotik dari strain (jenis) yang terbukti secara klinikal ini akan mengurangkan risiko gangguan usus dan juga masalah cirit-birit dan sembelit yang lazim terjadi.

Sembelit juga boleh dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan air, iaitu sekitar enam hingga lapan gelas sehari, menambahkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayuran dan buah- buahan serta meningkatkan aktiviti fizikal seperti senaman.

Thursday, October 1, 2009

Periksa glukosa sendiri


Ia adalah satu cara yang berguna untuk menguruskan diabetes anda. Tetapi bagaimana?


KADAR kelaziman diabetes di seluruh dunia kian meningkat dan memerlukan kos rawatan yang tinggi terutamanya bagi golongan yang mengalami komplikasi diabetes.


Pengurusan dan pengawalan diabetes bukan hanya bergantung pada rawatan perubatan sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek lain. Antaranya, pemakanan yang teratur, seimbang dan sihat, senaman yang konstan, kawalan berat badan, tidak merokok dan patuh pada jadual lawatan turutan dan hadir untuk pemeriksaan darah.


Berjumpalah dengan pakar kesihatan profesional jika timbul sebarang kemusykilan.


Pemeriksaan sendiri Ia adalah satu cara yang berguna untuk menguruskan diabetes anda.


Penghidap diabetes dinasihatkan menjalani pemeriksaan sendiri bagi memperoleh tahap glukosa dalam darah yang normal setiap masa.



Biasanya apa yang anda rasa bukanlah satu petunjuk yang baik untuk mengenal pasti tahap glukosa dalam darah anda.


*Kandungan gula yang ada dalam darah adalah lebih penting.


*Meter glukosa dalam darah yang digunakan akan memberi keputusan gula dalam darah dengan segera melalui bacaan mmol/L.


*Keputusan ini amat penting untuk melakukan pengubahsuaian dalam aspek pemakanan, dos suntikan insulin, langkah tindakan segera jika berlaku hipoglisemia (glukosa dalam darah rendah) dan seumpamanya.


Cara-cara



* Sebelum makan


Diuji pada awal pagi, sekurang-kurangnya lapan jam berpuasa dan sebelum bersarapan pagi.
Sasaran: <>


* Selepas Makan



Diuji dua jam selepas makan.


Sasaran: <>

METER glukosa boleh diperoleh di pusat-pusat sumber atau farmasi.

Pemeriksaan sendiri ini hanya menggambarkan bacaan tahap glukosa pada masa pemeriksaan sahaja.



Ia tidak menggambarkan kawalan keseluruhan diabetes anda.



Untuk mengetahui tahap kawalan keseluruhan diabetes, anda harus menjalani pemeriksaan darah HbA1c.



Bacaan HbA1c adalah dalam bentuk peratusan kerana ia menggambarkan peratusan tahap glukosa yang melekat pada dinding sel darah merah anda.



Biasanya dilakukan di makmal perubatan hospital.


Siapa yang memerlukan?



*Semua penghidap diabetes.


*Pemeriksaan dan pemantauan sendiri ini amat penting terutamanya bagi penghidap diabetes yang menerima rawatan suntikan insulin, mengandung, pengidap yang selalu mendapat komplikasi seperti hipoglisemia (glukosa rendah) dan hiperglisemia (glukosa tinggi).


*Meter glukosa boleh diperoleh di pusat-pusat sumber diabetes dan farmasi-farmasi.



Dapatkan khidmat nasihat mengenai penggunaan peralatan meter glukosa dalam darah dan cara-cara untuk mengubah cara pemakanan dan dos insulin anda.



Kekerapan Ia bergantung kepada tahap kawalan glukosa, jenis rawatan yang diterima, sebarang komplikasi dan kemampuan dari segi ekonomi.


Jika penghidap diabetes menerima rawatan insulin, pemeriksaan seharusnya dilakukan setiap kali sebelum suntikan insulin atau mengikut arahan doktor.



Walaupun diabetes tidak boleh disembuhkan ia boleh dikawal dan pesakit boleh meneruskan kehidupan harian seperti orang normal.


Rencana ini disumbangkan oleh SHAREEN NUI dengan kerjasama ACCU-CHEK ROCHE DIAGNOSTICS.

Diet kawal diabetes


Bagaimanakah pengawalan diet dapat membantu pesakit diabetes?


Diabetes mellitus atau kencing manis tidak asing lagi di kalangan masyarakat sekarang.


Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus rakyat Malaysia menghidap diabetes jenis II dan hampir 20 peratus lagi mempunyai pradiabetes.


Malangnya lebih separuh daripada bilangan ini tidak menyedarinya.


Setiap tahun, lebih kurang 3.2 juta kematian (bersamaan dengan enam orang seminit) dicatatkan di seluruh dunia berpunca daripada komplikasi-komplikasi diabetes.


Penyakit diabetes biasanya tidak sembuh tetapi boleh dikawal.


Apa yang perlu dilakukan?


Mengekalkan paras gula atau glukos darah pada tahap normal atau terkawal. Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pemecahan tisu lemak di dalam badan secara berlebihan dan menghasilkan produk buangan yang dipanggil keton. I


a adalah toksik yang boleh menyebabkan koma.


Jenis makanan


Makanan bergula seperti gula-gula, biskut, kek, coklat, minuman ringan dan susu pekat manis, ais-krim, kuih-muih yang manis serta buah-buahan dalam tin.


Makanan berkanji dan berkarbohidrat seperti nasi, mi, roti, ubi kentang, bijirin dan buah-buahan juga memberi kesan kepada paras gula darah. Kesemua makanan ini perlu diambil secara sederhana.


Meminimumkan pengambilan lemak - contoh lemak tepu adalah kaki ayam, kaki lembu dan lain-lain, krimer bukan tenusu, krimer manis, susu penuh krim. Selain itu, minyak sapi, sosej, burger, daging cincang, kulit ayam, lemak daging, santan, marjerin dan mentega.


Makanan yang digalakkan


Sekurang-kurangnya setengah cawan sayur yang dimasak perlu diambil setiap hidangan utama dalam sehari.


Penghidap diabetes boleh makan buah dua kali sehari selepas makan dalam jumlah yang terhad.


Contohnya, setengah biji jambu batu diambil sejurus selepas makan tengah hari dan sebiji epal bersaiz sederhana diambil selepas makan malam.


Merancang pemakanan


Penghidap diabetes yang memerlukan suntikan insulin perlu makan dengan teratur mengikut masa supaya bersesuaian dengan tindakan insulin.


LAKUKAN aktiviti fizikal secara sederhana.


Sekiranya masa makan ditangguhkan atau terlupa makan mengikut masa, terlalu banyak suntikan insulin, atau melakukan aktiviti fizikal yang tidak terkawal, ini boleh menyebabkan hipoglisemia - paras gula darah menjadi terlalu rendah.



Tanda-tanda hipoglisemia:


* berpeluh dengan berlebihan, pening kepala, berdebar-debar, rasa terlalu lapar, ketar, kabur penglihatan, hilang pertimbangan atau rasa keliru, bercakap tidak menentu dan perasaan marah.


* Elakkan daripada gejala hipoglisemia. Jika anda merasakan tanda-tanda awal hipoglisemia, makanlah sedikit karbohidrat.


Pesakit perlu berhati-hati membuat pemilihan makanan bila makan di luar. Jangan segan memberitahu keperluan seperti mahu pengurangan garam, minyak, lemak, gula, perencah dalam penyediaan makanan.


Saiz makanan juga perlu diambil kira dalam menikmati makanan di luar.



Sekiranya mengambil ubat diabetes atau suntikan insulin, masa makan haruslah diambil berat.
Penghidap diabetes boleh menikmati makanan segera.



Tetapi hadkan kepada sekali sebulan. Sekiranya anda mengambil makanan segera, pastikan pada waktu makan yang lain makan makanan yang sihat seperti makanan yang dibakar, kukus, rebus dan lebihkan sayur-sayuran.


* Pesakit yang obes disarankan mengurangkan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh menyebabkan tindakan insulin kurang berkesan.


Senaman


Senaman isotonik: baik untuk kawal glukos dan kardiovaskular.


Contoh : senaman berjalan pantas, joging, berbasikal dan bermain tenis



Senaman isometrik: baik untuk mengawal glukos.


Contoh : mengangkat berat, bina badan dan tekan tubi.


Melalui aktiviti fizikal yang berjadual serta senaman yang berkala dan kawalan diet yang betul, paras glukos dalam darah dapat distabilkan.


Senaman juga membantu peredaran darah dan membuatkan badan sihat, aktif dan cergas.

Diabetes punca utama buta


Kemungkinan pesakit jadi buta adalah 25 kali ganda berbanding orang sihat



PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seorang penduduk dunia akan menjadi buta setiap lima saat. Manakala seorang kanak-kanak pula akan menjadi buta setiap minit. Anggaran ini selari dengan sejumlah 7 juta orang menjadi buta setiap tahun.



Jumlah itu menjadikan 180 juta orang di seluruh dunia berhadapan dengan ketidakupayaan penglihatan. Daripada jumlah itu 40 hingga 45 juta mereka buta. Angka ini dijangka meningkat seiring dengan pertumbuhan populasi warga tua yang akan bertambah dua kali ganda menjelang 2020.

Presiden Persatuan Oftalmologi Malaysia dan Ketua Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Prof Che Muhaya Mohamad, berkata daripada jumlah keseluruhan masalah kebutaan, 75 peratus boleh dielakkan.



Misalnya, hampir 153 juta kes kerosakan penglihatan sebenarnya disebabkan kesilapan refraktif yang tidak dibetulkan. Bagi kebanyakan kes, penglihatan normal dapat dikembalikan dengan pemakaian cermin mata.



“Begitupun, bukan semua kes boleh ditangani dengan mudah. Mata, seperti juga organ tubuh yang lain turut terjejas dengan faktor penuaan dan perubahan gaya hidup,” katanya.


Katanya, peningkatan populasi warga emas sebenarnya mendedahkan kepada risiko masalah penglihatan jika tiada pelan tindakan utama yang efektif. Tanpa pelan itu juga, dianggarkan 76 juta orang akan menjadi buta pada tahun 2020.



“Walaupun 80 peratus mereka yang berhadapan masalah ini berusia 50 tahun ke atas, suku daripada kes ini boleh dicegah, dirawat atau disembuhkan. Peningkatan usia tidak bermakna anda akan kehilangan penglihatan,”


“Ia dapat dicegah dengan melakukan saringan mata apabila seseorang berumur 40 tahun ke atas. Mereka yang menghidap penyakit kencing manis harus berjumpa pakar mata sekurang kurangnya setahun sekali,” katanya.


Di Malaysia bagaimanapun, kebanyakan punca masalah kebutaan adalah diabetes. Lebih malang, mereka yang terjejas dengan masalah itu dalam lingkungan usia produktif.


“Sehingga kini kencing manis adalah penyebab utama kebutaan baru di negara maju dan membangun. Kemungkinan seseorang pesakit kencing manis menjadi buta adalah 25 kali ganda dibandingkan orang yang sihat.



Namun, ia boleh dielakkan jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal,” katanya. Risiko kebutaan akibat diabetes sangat besar di Malaysia jika diukur pada jumlah penghidapnya. Pada 2006, jumlah pesakit diabetes meningkat kepada 14.5 peratus berbanding 8.5 peratus 10 tahun sebelumnya.



Manakala impak terbesar diabetes adalah pada kesihatan saraf (58 peratus) dan kesihatan mata (53 peratus). Prof Che Muhaya berkata, hampir 14 peratus pesakit diabetes akan mengalami komplikasi pada mata, lima tahun selepas didiagnos dengan diabetes.



Walaupun impak diabetes pada mata begitu besar, hanya lima ke 20 peratus pesakit saja yang menjalani pemeriksaan mata. Mereka yang menjalani pemeriksaan mata ini juga tidak menjalaninya secara berkala menyebabkan risiko kebutaan terhadap mereka sangat besar.



Fakta yang agak membimbangkan ini jelas Prof Che Muhaya dibuktikan melalui kajian pada tahun 2020. Kajian di tujuh hospital di tujuh negeri mendapati, 38 peratus dari 6288 pesakit kencing manis sebenarnya penghidap diabetes tanpa mereka sedari.



“Jika fakta ini diunjurkan kepada semua pesakit kencing manis yang berjumlah hampir 3.7 juta (14.5 peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia) maka 38 peratus sebenarnya menghidap diabetes yang berisiko menyebabkan kebutaan tanpa mereka sedari,” katanya.



Pemeriksaan mata berkala penting bagi pesakit diabetes kerana jika dikesan pada peringkat awal, ia boleh dirawat sama ada melalui rawatan laser atau pembedahan. “Oleh kerana impak negatif ini maka kebutaan disebabkan kencing manis harus dicegah seberapa segera.



Ini dapat dilakukan dengan menentukan semua pesakit kencing manis menjalani pemeriksaan mata berkala oleh doktor mata. Dengan mengesan masalah mata mereka di peringkat awal, rawatan dapat diberikan sebelum berlaku kebutaan,” katanya.




INFO: Mesej utama Hari Penglihatan Sedunia


1.Sebanyak 75% kebutaan dapat dielakkan


2.Populasi sedunia meningkat kepada umur lebih tua.


3.Risiko bagi katarak, glaukoma, retinopati diabetes, degenerasi makular, dan sebagainya meningkat dengan peningkatan usia


4.Sejumlah 80 peratus mereka yang buta berumur 50 tahun ke atas

5. Mata yang sihat dapat membantu penuaan yang aktif, di mana ia akan membantu mereka yang berumur hidup lebih lama


6.Tindakan yang tepat dapat mengekalkan penglihatan, jadi pastikan mata anda diperiksa secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Diabetes semakin menular


MUNGKINKAH apa yang dirisaukan selama ini menjadi kenyataan. Sebelum ini aras glukosa dalam badannya agak tinggi. Risau dan gelisah. Dia disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Yuen Kim bakal kehilangan kaki kanannya untuk selama-lamanya.


Menyesal kerana selama ini dia tidak berhati-hati soal makanan dan gaya hidupnya sendiri.


Ini antara situasi yang sering dialami pesakit diabetes di seluruh dunia.


Kurang peka untuk mencegah penyakit.


Jika penyakit ini tidak dicegah daripada peringkat awal, ia boleh menyebabkan kerosakan mata, serangan jantung, strok dan kerosakan kaki.


Menurut Pakar Endokrin, Dr. Hew Fen Lee, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang diserang diabetes.


Jika dalam keluarga mempunyai sejarah penyakit ini, anak yang sulung paling berisiko tinggi menghidap diabetes.


Selain itu, gaya hidup seperti merokok dan berat badan yang berlebihan seperti obesiti menjadi faktor utama seseorang diserang diabetes.


Kini, diabetes jenis dua adalah jenis diabetes yang paling lazim berlaku dan penyakit ini dihidapi kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia.


"Diabetes jenis dua disifatkan oleh kemerosotan progresif fungsi sel beta pankreas yang menghasilkan, menyimpan dan merembes insulin yang mengakibatkan hiperglisemia (aras gula darah yang tinggi) progresif.


Peningkatan pengeluaran glukosa oleh hati kerintangan insulin iaitu tubuh hilang kebolehan untuk menggunakan insulin dengan berkesan iaitu faktor genetik dan gaya hidup menyumbang kepada kerintangan insulin ini," katanya ketika sidang media eksklusif di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor anjuran Merck Sharp & Dohme baru-baru ini.


Kematian setiap sepuluh saat, satu orang mati akibat punca yang berkait dengan diabetes dan diabetes ialah sebab kematian akibat penyakit yang keempat tertinggi di dunia.


Diabetes yang bersifat epidemik terus menimpa semakin ramai orang di merata dunia tetapi begitu ramai sekali yang kurang sedar mengenai keluasan global ancaman diabetes.


Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 246 juta orang seluruh dunia atau hampir enam peratus penduduk dunia sekarang hidup dengan diabetes.


Anggaran ini dijangka akan meningkat sehingga kira-kira 380 juta menjelang tahun 2025 jika tindakan tidak diambil.


"Bilangan pesakit diabetes dijangka akan meningkat dengan paling banyak di negara-negara membangun.


Komplikasi yang berkait dengan diabetes kini merupakan salah satu punca kematian yang utama di banyak negara terutamanya melalui peningkatan risiko penyakit kardiovaskular," jelasnya.


Dalam pada itu, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan bahawa jangka hayat berjumlah 23 juta tahun hilang disebabkan ketidakupayaan dan mutu hidup yang merosot akibat komplikasi diabetes yang boleh dicegah


Penjagaan diabetes sering kali mencuri masa yang berharga daripada pendidikan, pekerjaan bergaji dan waktu senggang.


Komplikasi akibat diabetes seperti penyakit arteri koronari dan penyakit vaskular periferi, strok, neuropati diabetes, amputasi, kegagalan ginjal dan buta kini meningkatkan ketidakupayaan, menyingkatkan jangka hayat.


Bahkan, ia menelan belanja kesihatan yang sangat besar bagi hampir setiap masyarakat.
Menguruskan diabetes


Diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai salah satu ancaman yang utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial yang sangat besar terutamanya di negara-negara membangun.


Diabetes berkos tinggi walaupun sebelum didiagnosis lagi.
Kos langsung penjagaan kesihatan diabetes mencakupi antara 2.5 peratus hingga 15 peratus daripada belanjawan penjagaan kesihatan tahunan.


Pada tahun 2007 dunia dianggarkan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 828.58 bilion (AS $ 232 bilion) untuk merawat dan mencegah diabetes dan komplikasinya.


Menjelang tahun 2025, anggaran paling rendah ini akan melebihi RM 1,080 bilion (AS $302.5 bilion) di negara-negara yang berpendapatan sederhana seperti Malaysia, separuh daripada perbelanjaan perubatan diabetes digunakan ke arah pengawalan gula darah yang penting untuk mencegah hiperglisemia akut yang boleh mengancam nyawa.


Bakinya diagihkan antara penjagaan perubatan am dengan komplikasi kronik.


Langkah penjagaan


Menurut Dr. Fen Lee, untuk membantu mencegah diabetes jenis dua dan komplikasinya,


Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan supaya orang ramai mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul.


Selain itu, masyarakat digalakkan sentiasa cergas dengan melakukan gerak kerja tetap yang sederhana berat selama sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari. Gerak kerja hendaklah ditambah untuk mengawal berat badan.


"Rawatan diabetes melibatkan penurunan glukosa darah dan aras faktor risiko lain yang diketahui merosakkan salur darah.



Penggunaan tembakau juga mesti dihentikan untuk mengelakkan komplikasi," katanya.


Wednesday, September 30, 2009

Virus Influenza A H1N1 Ancaman Dunia




Pada bulan April lalu, dunia digemparkan dengan ancaman virus influenza A H1N1 yang menular di serata dunia bermula dari negara Mexico dan Amerika Syarikat. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif di mana ia melibatkan 182 buah negara dan angka kematian meningkat dari hari ke hari. Jumlah kematian yang dicatatkan telah meletakkan Malaysia di dalam kumpulan sepuluh buah negara yang mencatat angka kematian tertinggi akibat pandemik H1N1. Sehubungan itu, langkah pencegahan awal perlu di ambil. Bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang bahayanya virus ini, Dara.com telah menemu ramah Dr.Aizan Hassanuddin, Darul Ehsan Medical Center dan Cr. Roslan Mohd Yasin, Kaunselor Berdaftar, bagi mendapatkan penerangan daripada mereka.

Menurut Dr. Aizan Hassanuddin, umumnya virus influenza mempunyai beberapa genera antaranya virus influenza A, virus influenza B, dan virus influenza C. Virus influenza A merupakan virus yang paling kerap menyerang manusia berbanding virus influenza yang lain. Pelbagai variasi virus influenza A muncul selepas wujudnya Spanish Flu pada tahun 1919, termasuklah variasi terbaru yang dilaporkan pada April 2009 yang sama namanya iaitu virus infl uenza A H1N1.




Gejala biasa mampu mengundang kematian?




“Variasi virus H1N1 ini terbentuk daripada pencampuran genetic virus influenza babi, burung dan manusia yang menyebabkan penyakit berjangkit melalui saluran pernafasan. Virus ini berjangkit apabila pesakit selesema babi ini batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan terkena pada tangan pesakit atau permukaan-permukaan (surfaces) mahupun ia akan tersebar ke udara. Pada ketika itulah, seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit ataupun sentuhan pada permukaan-permukaan yang tercemar yang mengandungi titisan cecair tersebut.

Virus influenza H1N1 dianggarkaan boleh bertahan di persekitaran kita di antara dua hingga la[an jam. Dalam persekitaran yang kering dan panas, virus ini akan mati dalam tempoh yang lebih singkat. Virus ini bagaimanapun boleh dibunuh dengan menggunakan sabun, alkohol atau ubat-ubat anti septik.






Gejala-gejala biasa yang ditunjukkan akibat serangan virus infl uenza A H1N1 seperti demam, batuk, berhingus, dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain. Kebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat gejala ringan.






Dianggarkan sekitar sepuluh peratus mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung), jangkitan telinga tengah, kurang cecair badan serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi (seperti asma) bertambah teruk,” ujar Dr. Aizan panjang lebar tentang virus influenza A ini.

Basuh tangan hindar H1N1




PENJAGAAN kebersihan diri harus diberi keutamaan bagi mengelak atau mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit. Sementelah pula ketika ini penularan wabak Influenza A (H1N1) semakin sukar dibendung, maka penjagaan diri sempurna tidak harus dipandang remeh.




Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, antara amalan harian yang boleh dilakukan rakyat untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak seperti selesema adalah kekerapan membasuh tangan menggunakan sabun dan air, menutup mulut dan hidung dengan tisu sewaktu batuk atau bersin, membuang tisu selepas digunakan, tidak keluar rumah seandainya sakit, mengelak menyentuh mata, hidung dan mulut serta mengehadkan hubungan dengan mereka yang sakit.




Selain itu, perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan diet seimbang serta kerap bersenam bagi meningkatkan sistem imun badan.




Di samping itu, maklumat daripada Kementerian Kesihatan serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan membasuh tangan dengan sempurna penting kerana tangan menyebarkan kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit seperti demam dan selesema, maka dengan membasuh tangan - andai dilakukan dengan sempurna - adalah cara paling berkesan untuk mencegah penularan penyakit.






Menyedari kepentingan membasuh tangan, rangkaian sabun anti bakteria Antabax melancarkan program kesedaran dan pendidikan 'Antabax - Pelindung Utama Anda Demi Membasmi Kuman' sempena Ramadan dan Aidilfitri bersama dengan Stesen KL Sentral, baru-baru ini.






Sepanjang bulan Ramadan ini, semua tandas dan tempat membasuh tangan di tingkat satu dan dua Stesen KL Sentral akan dilengkapi dengan sabun cecair anti bakteria Antabax dan poster mengenai kaedah mencuci tangan dengan betul.




Selain itu, sebanyak 100,000 risalah pendidikan penjagaan kebersihan diedarkan sepanjang promosi bergerak enam hari bagi membolehkan pengunjung hab pengangkutan itu menyertai demonstrasi membasuh tangan dengan menyeluruh.






Sebanyak 10,000 kit penjagaan diri Antabax yang terdiri daripada paket Antabax, topeng muka dan risalah turut diedarkan semasa kempen itu.






Pengurus Pemasaran Lam Soon (Bahagian Pemasaran Isi Rumah dan Penjagaan Diri), Carmen Foo berkata, Stesen KL Sentral adalah hab utama pengangkutan di Lembah Klang yang menghubungkan seluruh Malaysia.






''Bulan puasa ini menyaksikan lebih banyak perjalanan domestik terutama di kalangan umat Islam apabila mereka bersesak untuk pulang ke kampung untuk berhari raya atau berbuka puasa bersama sanak saudara atau sahabat handai.






''Memang mendukacitakan apabila ada sanak saudara dijangkiti wabak ini terutama musim berhari raya. Oleh itu amat penting bagi semua pihak mengurangkan risiko penularan wabak ini dengan mengetahui penjagaan diri yang betul," katanya.






Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Semasa Sentral Sdn. Bhd., Roslan Datuk Mohd. Shariff menjelaskan, program bersama Antabax ini tepat pada masanya dan begitu relevan kerana ia diadakan menjelang waktu puncak ketika jumlah aliran penumpang dijangka berlipat ganda.




''Ini merupakan sumbangan positif terhadap usaha kerajaan bagi membendung penularan semua wabak penyakit berjangkit, termasuk virus A (H1N1), terutama menjelang musim perayaan ini,'' katanya.




Pentingnya jantung pekerja


MELIHAT telatah kanak-kanak, dapat dirasakan dengan jelas perbezaan keseronokan yang dikecapi dalam bergerak, bermain dan bergembira.


Bagi kanak-kanak, semua perkara merupakan satu pengalaman baru yang perlu diterokai, sementara ada di antara golongan dewasa seakan hilang rasa teruja terhadap persekitarannya.


Bolehkah semua ini digalaskan puncanya terhadap suasana kerja dalam zaman moden yang pantas dan menyerabutkan kepala?


Mungkin frasa kata bekerja untuk hidup (mencari rezeki) kini lebih sesuai ditukar kepada hidup untuk bekerja.


Dikerjakan


Mungkin disebabkan keinginan mengejar kemewahan ataupun aplikasi teknologi moden dalam pekerjaan telah memaksa ramai pekerja menghabiskan lebih banyak masa di pejabat daripada di rumah.


Balik ke rumah juga cuma untuk tidur, kadang kala hanya untuk beberapa jam sebelum terpaksa bangun awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke pejabat semula.


Bertuah sekali bagi golongan pekerja yang tidak terperangkap dalam rutin 'maut' yang menambah tekanan mental dan fizikal kerana akhirnya ia bukan sahaja akan merosakkan badan pekerja, malahan memberi kesan kepada organisasi yang mengupah mereka.


Masakan tidak, organisasi tersebut perlu menanggung kos perubatan yang tinggi dan juga kehilangan produktiviti tenaga kerja berkenaan.


Untuk itu, Pakar Perunding Kardiologi, Jabatan Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Shaiful Azmi Yahya menekankan pentingnya menjaga kesihatan diri dan jantung di tempat kerja.


"Sempena Hari Jantung Sedunia hari ini, kita perlu memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan jantung pekerja.


"Memandangkan kita menghabiskan lebih masa masa di tempat kerja, jangan biarkan diri terperangkap dalam gaya hidup yang boleh merosak dan menjejaskan kesihatan diri," katanya.


Beliau menyarankan kaedah mudah seperti banyakkan berjalan, menggunakan tangga (bukannya lif), menjaga apa yang dimakan dan tidak merokok untuk memastikan diri kekal sihat.


Tegasnya, majikan juga boleh menonjolkan sifat prihatin dengan menyediakan sedikit kemudahan untuk bersenam (gim) dan kafeteria yang menghidangkan pilihan makanan seimbang.


"Bagi sesebuah organisasi, kesihatan kakitangan menjadi tunjang kejayaan dan kelangsungan mereka.


"Jika pekerja sakit, organisasi tersebut juga yang akan kerugian dari segi pembiayaan perubatan dan juga kehilangan produktiviti kerja!"


Dr. Shaiful Azmi mendakwa masalah jantung kini berada di tangga kedua pembunuh utama rakyat Malaysia, di belakang jangkitan kuman (seperti denggi dan sebagainya).


"Sedangkan kereta juga kita perlu servis untuk pastikan bergerak lancar, inikan pula badan dan jantung kita.


"Lakukan pemeriksaan sebelum sebarang masalah timbul, terutamanya untuk mereka yang melebihi umur 40 tahun atau dalam kumpulan berisiko," ujarnya.


Beliau memaklumkan banyak mangsa serangan jantung yang akan menemui ajal (sekitar 20 peratus).



Tambahnya, bukan sahaja keluarga kehilangan orang tersayang, malahan majikan akan kehilangan tenaga kerja di usia mereka paling produktif.


Saringan dari ketika diri masih sihat juga sebenarnya melindungi dari bebanan kos rawatan jika mengalami penyakit jantung.



Dr. Shaiful Azmi menjelaskan kos rawatan pesakit dengan masalah jantung boleh melangkaui RM20,000, dan ini belum termasuk kos rawatan susulan.


"Pembedahan, prosedur rawatan, ubat dan kos ditahan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) menelan belanja besar bagi seseorang pesakit jantung.


"Kos ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya terdapat komplikasi semasa rawatan. Untuk itu, pemeriksaan berkala dan pencegahan dari awal dapat menyelamatkan anda dari beban kewangan untuk rawatan penyakit jantung kelak," tegasnya.


Kos rawatan yang besar ini juga pasti menjejaskan kewangan majikan, terutamanya jika terpaksa menanggung rawatan untuk ramai kakitangan dengan masalah jantung.


Untuk itu, jangan diabaikan atau diambil mudah kelebihan saringan dan pemeriksaan berkala yang hanya menelan belanja kecil berbanding rawatan selepas sakit.



Abaikan


Antara kesan jelas pengabaian kesihatan diri adalah kehilangan beberapa pemimpin, sehinggakan negara tidak putus-putus mengadakan pilihan raya kecil.


Dr. Shaiful Azmi turut berkongsi rasa kecewa bagaimana masalah jantung tetap diambil mudah masyarakat umum.


"Kita sering kali menganggap semua orang tiada masalah jantung. Pemeriksaan kesihatan jantung selalunya diabaikan selagi seseorang itu kelihatan sihat atau tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit.


"Pemeriksaan jantung sepatutnya dimulakan ketika kita masih sihat lagi, bukannya selepas sudah sakit. Periksa dari awal! Jika tiada masalah, boleh ulang saringan selepas satu atau dua tahun," tegasnya.



Menurut beliau, pemeriksaan berkala dari ketika badan masih sihat dapat memastikan tiada masalah pada jantung dan juga dapat mengesan sebarang masalah dari peringkat awal.



Tambahnya, jika kerosakan jantung lewat dikesan, dan pada usia yang sudah lanjut, pasti amat sukar untuk memulihkan dan merawat masalah tersebut.


"Ada juga yang mengalami sakit dada tetapi hanya mengabaikannya. Risiko untuk masalah jantung juga telah berulang kali dinyatakan tetapi masih ramai yang tidak ambil peduli.


"Mereka yang mempunyai faktor risiko masalah jantung perlu beri perhatian dan jalani pemeriksaan berkala sebelum berlakunya kerosakan yang tidak dapat dirawat lagi!"



Mengerjakan


Puasa selama satu bulan telah melatih diri kita untuk mengurangkan pengambilan makanan, terutamanya jenis yang memudaratkan badan.



"Semasa Ramadan, kebiasaannya ramai yang mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak ataupun air berkarbonat.


"Namun, semua kebaikan yang dikumpulkan sepanjang berpuasa boleh musnah dalam satu Hari Raya sahaja jika tidak menjaga apa yang dimakan," tegas Dr. Shaiful Azmi.


Beliau menyarankan orang ramai meneruskan amalan baik sepanjang Ramadan supaya segala manfaat kesihatan dapat dikekalkan selepas 1 Syawal, sehingga Ramadan tahun hadapan dan selama yang boleh.


"Jika tidak boleh ubah gaya hidup secara drastik sekalipun, ubah sedikit-sedikit dahulu. Mulakan dengan puasa sunat selepas Hari Raya.


"Berpuasa bukan sahaja baik untuk perut, malahan organ-organ lain, termasuklah jantung anda," katanya.


Selain kolestrol tinggi (makanan berlemak), tekanan darah tinggi, diabetes, tekanan (stres), obesiti dan kurang bersenam, Dr. Shaiful Azmi sekali menegaskan peranan rokok terhadap masalah jantung.


"Sudah berbuih mulut mengulang kesan rokok terhadap jantung dan kesihatan badan. Pekara ini masih sukar dikawal sepenuhnya memandangkan rokok menjadi sumber pendapat pihak tertentu.


"Walaupun beberapa langkah sebelum ini masih kurang memberi kesan terhadap tabiat buruk ini, tindakan kerajaan meningkatkan jumlah tempat larangan merokok dilihat dapat membantu mengurangkan kesan asap rokok."



Beliau menekankan perlunya menghalang tabiat merokok mengambil tempat di usia remaja dan kanak-kanak lagi untuk menghalang bilangan perokok terus meningkat.



"Jangan dilupa, masih banyak pesakit yang mengalami masalah atau penyakit jantung akibat rokok," ujarnya.


Dr. Shaiful Azmi terus menegaskan pentingnya pemeriksaan awal, semasa masih sihat dan bukannya selepas sudah timbul gejala penyakit.


"Saya sendiri menjalani pemeriksaan berkala, termasuk pemeriksaan darah bagi memastikan tiada bacaan yang melebihi tahap normal.


"Jika pemeriksaan mengesan sesuatu masalah sekalipun, kita masih mempunyai pilihan seperti mengubah gaya hidup, pemakanan dan senaman sebelum perlu mengambil sebarang ubat atau rawatan," jelasnya.


Tambahnya, sedangkan kereta yang dibeli mahal dijaga rapi, inikan pula badan dan jantung kita.



Peliharalah jantung anda supaya tidak luput nyawa secara tiba-tiba.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Serat bantu lambatkan lapar


Aspek pemakanan sihat penting didik kanak-kanak berpuasa


PEMILIHAN makanan yang betul membantu kanak-kanak dalam menjalani ibadah puasa. Walaupun mereka mungkin tidak mampu berpuasa penuh sehari, namun memberi mereka juadah mengikut piramid makanan membantu melambatkan proses lapar.



Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Norlaily Md Nasir, berkata aspek pemakanan sihat dan seimbang penting dalam mengajar kanak-kanak berpuasa.

“Makanan berserat perlu ditekankan kerana ia melambatkan proses lapar,” katanya.


Selain makanan berserat, pilihlah makanan seperti roti, nasi, bijirin dan ubi juga perlu dihidangkan ketika berbuka dan bersahur bagi membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.



“Daging, ayam, ikan, kekacang, susu dan hasil tenusu perlu ada dalam penyediaan juadah berbuka puasa kerana ia penting dalam membekalkan sumber protein dan kalsium yang berguna untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang mereka.


“Ada persepsi kononnya mengambil makanan berminyak dapat membantu kanak-kanak menjalani ibadah puasa dengan melambatkan rasa lapar. Bagaimanapun, ia salah sama sekali sebaliknya, pengambilan makanan yang berminyak membahayakan kesihatan.



“Makanan berminyak cenderung meningkatkan risiko obesiti dan penyakit. Pilihlah makanan berserat kerana ia berupaya melambatkan rasa lapar,” katanya,



Lebih utama, kata Norlaily, banyak minum air kosong kerana ia bertindak menyingkirkan kotoran dan toksin dalam badan. Selain ia diperlukan bagi mengelak berlaku dehidrasi, ia juga memberi kesan yang buruk pada kesihatan kanak-kanak.



Perkara lain yang perlu diutamakan juga dalam pemilihan diet kanak-kanak sama ada mereka berpuasa atau tidak ialah pengambilan makanan yang membekalkan tenaga seperti roti, nasi, mi, bijirin, ubi dan kentang.


“Makanan berserat melambatkan proses lapar manakala makanan berprotein penting untuk pertumbuhan tisu badan,” katanya.



Norlaily berkata, selain kanak-kanak, ibu yang hamil pertama kali menjalani ibadah puasa juga perlu memberi tumpuan kepada pemilihan makanan.


Ini kerana banyak perubahan fisiologi ketika hamil, sekali gus keperluan kalori, nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan vitamin serta mineral lain sangat diperlukan.



Pemakanan seimbang dan sihat ketika hamil masih diperlukan berdasarkan piramid makanan yang mengandungi empat aras makanan yang penting. Hidangan makanan yang diambil setiap hari perlulah mengandungi:


· Aras pertama - nasi, roti, mi, bijirin dan ubi Makanan dalam aras ini berfungsi untuk membekalkan tenaga dan perkembangan janin.


· Aras kedua - sayur-sayuran dan buah-buahan Makanan dalam aras ini berfungsi membekalkan vitamin dan mineral untuk mencegah berlaku sembelit ketika kehamilan. Vitamin C, vitamin A serta zat besi juga boleh diperoleh dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.


· Aras ketiga - ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu dan produk tenusu. Makanan dalam aras ini berfungsi membekalkan sumber protein yang penting dalam pertumbuhan tisu. Selain itu, makanan ini juga membekalkan sumber kalsium yang penting dalam pertumbuhan tulang serta zat besi untuk pembentukan darah.


· Aras keempat - lemak, minyak, gula dan garam


Makanan dalam aras ini membekalkan vitamin larut lemak (A, D, E dan K) serta asid lemak untuk perkembangan otak.


Secara mudah, ibu hamil perlu mempelbagaikan pengambilan makanan dan tidak hanya mengambil satu jenis makanan saja kerana ia membekalkan pelbagai jenis nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan.



Kata Norlaily, selain bertindak melambatkan proses lapar, pemilihan makanan berserat membantu mengelakkan sembelit terutama serat jenis tidak larut yang bertindak sebagai ‘span’ dalam menyerap air di usus.


Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Makanan berserat juga dipercayai boleh menyingkirkan toksin dalam badan yang menyebabkan kita berasa lesu dan letih. Ini kerana kehadiran vitamin dan mineral dalam makanan berserat membantu proses penyingkiran toksin ini.



Info



Serat


· Makanan berserat boleh didapati dalam dua bentuk iaitu serat larut dan serat tidak larut.


· Serat larut berkesan mengurangkan tahap gula dan tahap kolesterol dalam darah. Ia juga menggalakkan penyerapan nutrien daripada makanan ke dalam badan. Contoh makanan yang mempunyai serat larut adalah sayur-sayuran (peria,kubis), buah-buahan, kekacang, bijirin penuh.


· Serat tidak larut berfungsi memastikan salur pencernaan bebas halangan. Serat jenis ini menyerap air, sekali gus membantu cepat kenyang. Antara bijirin penuh dan sayur-sayuran.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090830093017/Article/

Monday, September 28, 2009

Kolesterol boleh diwarisi


Kajian dapati pemendapan dalam salur darah boleh berlaku seawal usia dua tahun

FAKTOR pemakanan yang tidak dikawal dan malas bersenam sememangnya diketahui antara menyumbang peningkatan kolesterol dalam darah. Bagaimanapun ada satu lagi penyebab, yang tidak boleh diubah tetapi masih boleh dicegah iaitu Familial Hypertriglyceridemia.


Masalah ini merujuk tahap kolesterol dalam darah yang tinggi dan penghasilan kolesterol di hati yang lebih aktif berbanding orang lain.

Puncanya? Pasti ramai yang terkejut apabila mengetahui masalah kesihatan ini diwarisi secara genetik. Familial Hypertriglyceridemia berlaku disebabkan kekacauan genetik dan secara mudah bermaksud anda memperoleh ‘salinan’ yang tidak baik daripada gen keturunan iaitu sama ada ibu atau bapa anda.


Lebih membimbangkan, keadaan ini secara umumnya tidak disedari sehinggalah seseorang itu sudah akil baligh atau awal kedewasaan.



Pakar Perubatan Kardiologi, Pusat Perubatan Heart Care Kuala Lumpur (KLHC), Dr Mohd Rafik Ahmad Marican, berkata secara perbandingan mereka yang bebas Familial Hypertriglyceridemia tetapi berdepan dengan masalah kolesterol tinggi mungkin meninggal dunia pada usia 50 tahun kerana serangan jantung.

Sebaliknya, mereka yang berdepan masalah Familial Hypertriglyceridemia berkemungkinan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia yang lebih muda, iaitu mungkin sekitar 20 ke 30 tahun.


“Pemendapan kolesterol dalam salur darah sebenarnya bermula seawal usia dua tahun. Jika mereka yang mengalami Familial Hypertriglyceridemia, jumlah pemendapan yang terkumpul lebih banyak dan cepat berbanding orang lain,” katanya.


Bagaimanapun Familial Hypertriglyceridemia bukanlah faktor dominan dalam keseluruhan kes pemendapan kolesterol yang tinggi. Jumlah mereka yang berhadapan dengan keadaan ini lebih rendah berbanding mereka yang obes, tidak bersenam dan tidak menjaga pemakanan.


Dr Mohd Rafik berkata, masalah utama kolesterol yang tinggi ia tidak menunjukkan sebarang simptom. Komplikasi kolesterol tetap muncul dan lazimnya kemunculan itu sudah pun menggambarkan tahap yang teruk. Komplikasi paling biasa adalah serangan jantung.
Justeru, ini sekali gus turut menjelaskan mengapa 50 peratus pesakit jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan di hospital. Kata Dr Mohd Rafik, kolesterol hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan darah. Secara umumnya, jika seseorang itu berlatar belakang keluarga yang berisiko, ujian darah perlu dibuat pada usia 20 tahun. Jika seseorang itu sihat dan keluarga juga bebas sebarang masalah kesihatan berkaitan, ujian darah perlu dibuat pada usia 25 tahun. Seterusnya, ujian darah perlu dibuat sekali dalam dua tahun atau sekali dalam tiga tahun.


“Sedikit sebanyak kita perlu mengakui, kesan urbanisasi itu atau gaya hidup moden memberi impak pada kesihatan. Tidak bersenam, makan makanan yang tinggi kandungan garam, lemak dan berminyak menyebabkan peningkatan pemendapan kolesterol. Bukan saja mereka yang obes, malah mereka yang bertubuh kurus juga tinggi kolesterolnya,” katanya.


Risiko itu menjadi berlipat ganda jika seseorang itu merokok yang hanya mempercepatkan kadar pemendapan kolesterol dalam pembuluh darah.


Dr Mohd Rafik berkata, di sebalik keburukannya, kolesterol ada juga gunanya iaitu menolong menghasilkan sel baru dan sesetengah jenis hormon. Namun jumlah yang berlebihan boleh mengundang masalah dan seterusnya padah.


“Secara umum, jumlah keseluruhan kolesterol seseorang yang dianggap sihat adalah 5.0 mmol/L iaitu kolesterol tidak baik (Low-density lipoprotein - LDL) mesti kurang daripada 2.58 mmol/L,” katanya.

Namun jika seseorang memiliki kadar LDL hingga 3.0 mmol/L tetapi bebas daripada faktor risiko lain seperti tiada tekanan darah tinggi, masalah diabetes atau ginjal, angka itu dianggap normal.


Untuk kolesterol baik (High-density lipoprotein - HDL) pula, ia mesti melebihi 1.03 mmol/L manakala kolesterol jenis triglyceride pula mesti kurang 1.68 mmol/L.

Kata Dr Mohd Rafik, jumlah LDL yang tinggi boleh menyekat arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar. HDL pula melekat dengan LDL dan membawanya ke hati. Ia berfungsi mengurangkan jumlah LDL dalam sistem tubuh. Manakala, Triglycerides bukan sejenis kolesterol, tetapi lemak yang terapung dalam darah. Bagaimanapun, jika jumlahnya tinggi ia juga berupaya meningkatkan risiko kardiovaskular.


Malah, jika tahap kolesterol dalam darah dan triglyceride tinggi, risiko berlaku masalah jantung koronari adalah lebih ketara.

Info

Kompliksi kolesterol tinggi


· Atherosclerosis - Masalah penyempitan arteri


· Risiko penyakit jantung koronari - Abnormaliti atau kerosakan pada arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung.


· Serangan jantung - Ia berlaku apabila bekalan darah dan oksigen di otot jantung tersekat selalunya oleh darah beku dalam koronari arteri. Ia menyebabkan otot jantung mati.


· Angina - Sakit dada atau rasa tidak selesa yang disebabkan otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.


· Masalah kardiovaskular seperti sakit jantung dan salur darah.


· Angin ahmar - Ia berlaku terjadi apabila darah beku menyekat arteri atau vena mengganggu aliran darah ke otak. Ia juga mungkin terjadi apabila salur darah pecah dan sel otak mula mati

Punca kolesterol tinggi

Risiko yang tidak boleh diubah

· Genetik - lebih berisiko jika mereka yang pernah berdepan dengan masalah koronari jantung atau tahap kolesterol dalam darah yang tinggi adalah ibu bapa atau adik beradik atau ibu saudara.

· Lelaki lebih terdedah dengan pembentukan atherosclerosis

· Usia yang meningkat

· Putus haid - perempuan putus haid (50 tahun ke atas) lebih banyak berhadapan dengan serangan jantung berbanding lelaki yang sebaya Risiko boleh ubah

· Nutrisi - Ada sesetengah makanan mengandungi kolesterol tinggi seperti telur, organ dalaman haiwan, sesetengah jenis makanan laut dan makanan yang dijeruk. Daging merah, sosej, pai, sesetengah jenis keju, pastri, kek dan krim.

· Gaya hidup - tidak bersenam dan merokok (mempercepatkan serangan jantung)

· Berat badan - obesiti

· Pengambilan alkohol


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090809105209/Article/

Alternatif merawat masalah kolesterol


BERDASARKAN pengalaman lalu, tahap kolesterol darah saya boleh meningkat dengan ketara selepas sebulan perayaan. Bagaimanakah saya boleh mengawal peningkatan ini?

Jawapan,

Peningkatan paras kolesterol akan berlaku apabila kita mengambil makanan berkolesterol tinggi.
Pengambilan lemak trans akan meningkatkan kolesterol berbahaya (LDL) dan merendahkan kolesterol baik (HDL), seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak tepu banyak dijumpai dalam makanan berasaskan haiwan seperti lembu, kambing, lemak ayam, mentega, susu, keju dan produk tenusu yang lain. Oleh yang demikian, hadkan pengambilan makanan tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, pengambilan red yeast rice (beras yis merah) dan minyak ikan boleh membantu.

Red yeast rice diperolehi daripada penapaian beras dengan yis merah (Monascus purpures).

Red yeast rice mengandungi statin semula jadi yang menghalang penghasilan kolesterol dalam hati (sekitar 80 peratus kolesterol dihasilkan oleh hati) dengan merencatkan aktiviti enzim hydroxymethylglutaryl coenzyme A (HMG-CoA) reductase.

Minyak ikan laut pula kaya dengan asid lemak omega-3 dan bermanfaat untuk merendahkan paras trigliserida.

Selain itu, minyak ikan juga bermanfaat untuk:

1. Mengurangkan risiko aritmia yang boleh membawa kepada kematian mengejut

2. Mengurangkan risiko trombosis yang membawa kepada serangan jantung dan strok

3. Mengurangkan trigliserida dan paras kolesterol

4. Mengurangkan kadar pertumbuhan plak aterosklerotik

5. Merendahkan tekanan darah

6. Mengurangkan tindak balas keradangan

Hasil penyelidikan juga mendapati gabungan minyak ikan dan Red Yeast Rice ini berkesan untuk menangani peningkatan kolesterol dan kesannya menyamai ubat rawatan kolesterol.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm