"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, March 6, 2010

Pembedahan kosmetik cara baru

ROSE (bukan nama sebenar) merasakan tubuhnya belum kelihatan cantik. Dengan penuh yakin, dia memilih untuk menjalani rawatan sedut lemak. Walaupun berbelanja besar, dia ingin mencari doktor yang benar-benar ada kepakaran dan pengalaman.

Langkahnya laju menuju ke Pusat Perubatan Prince Court yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Di sana, dia mendapati bukan sahaja wanita berminat melakukan pembedahan kosmetik termasuk sedut lemak, lelaki juga ada keberanian yang sama. Ternyata teknologi itu menjadi buruan lelaki dan wanita untuk sama-sama tampil cantik dan tampan.

Memikirkan beberapa kes kematian akibat rawatan sedut lemak, menjadikan Rose lebih berhati-hati. Daripada menggadaikan nyawa di klinik kecantikan biasa, dia memilih pusat perubatan ternama. Dengan kos yang hampir sama, aspek keselamatan dan keselesaan lebih terjamin.

Pembedahan kosmetik seperti sedut lemak tidak boleh dipandang ringan biar pun ia dikatakan satu prosedur biasa dan melibatkan pembedahan kecil. Sekecil mana pun pembedahan itu tetap ada risiko tersendiri.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) menganggarkan, bagi setiap 100,000 pembedahan sedut lemak, tiga hingga 100 kes berakhir dengan kematian.

Perunding Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Yap Lok Huei membetulkan tanggapan bahawa sedut lemak bukanlah proses menurunkan berat badan.

Ia merupakan proses membetulkan kecacatan anggota supaya tampak normal atau untuk kecantikan semata-mata.

"Sebelum anda mengambil keputusan menjalani sebarang pembedahan kosmetik, perkara pertama perlu anda tanya diri sendiri adakah ia benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi keinginan," katanya sambil menunjukkan rawatan terkini sedut lemak menggunakan sistem Body-jet.

Tambah Dr. Lok Huei, pakar pembedahan kosmetik akan memeriksa kesihatan pesakit terlebih dulu bagi memastikan mereka sihat untuk menjalani pembedahan.

"Individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan terlalu gemuk tidak layak dibedah kerana risiko pembedahan sangat tinggi.

" Pelbagai komplikasi boleh berlaku ketika dan selepas pembedahan, terutama pembekuan darah dalam pembuluh darah. Selain itu jika anda demam atau mengalami jangkitan, anda perlu menunggu sehingga sembuh terlebih dulu," jelasnya.

Individu yang sesuai menjalani rawatan lemak adalah mereka yang mempunyai berat badan normal atau lebih sedikit.

Mereka juga mesti mempunyai kulit anjal, tegap dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Pembedahan sedut lemak bertujuan memperbaiki bentuk dan bukan mengurangkan berat badan.

"Jika anda gemuk atau berlebihan berat badan, rawatan terbaik adalah jaga makan dan kerap bersenam.

"Ini kerana proses membuang lemak tidak akan menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana lemak yang disedut terletak di bawah kulit," ujarnya.

Bagi individu yang alami gejala lemak viseral akibat kegemukan di pinggang (ukuran pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan), rawatan sedut lemak tidak menghilangkan masalah anda kerana lemak penyebab masalah ada di dalam abdomen.

Justeru itu, amat penting seseorang memilih doktor yang benar-benar bertauliah dan berpengalaman.

Tidak dinafikan ramai keliru kerana banyak klinik persendirian, malah pusat kecantikan, menawarkan rawatan sedut lemak tetapi orang ramai perlu berhati-hati.

"Selidik dulu latar belakang doktor dan klinik yang menawarkan khidmat itu. Pastikan ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan khusus untuk pembedahan kosmetik, sama ada doktor berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Persatuan Pakar Bedah Plastik, Estetik dan Kraniomaksilofasial Malaysia (Mapacs)," katanya.

Menyentuh tentang Body-jet, Dr. Lok Huei memberitahu, ia merupakan antara mesin sedut lemak terbaru dan pertama di Malaysia.

Mesin yang dicipta di German pada tahun 1988 ini mengurangkan risiko dan lebih selamat.

"Tidak seperti mesin lain, teknik sedut yang digunakan agak lembut. Lemak yang diganti dengan pancutan air mengurangkan komplikasi. bahkan meminumkan trauma kerosakan tisu manusia," ujarnya.

Pembedahan sedut lemak adalah asas dalam pengurusan pembedahan kontur tubuh. Ia sebenarnya memulakan era baru pembedahan plastik yang lebih bersifat minimally invasive dengan parut pembedahan yang kecil. Justeru sedut lemak digunakan untuk membetulkan kebanyakan masalah kontur tubuh.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi gynoid pattern collection, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di android pattern collection yang tertumpu di perut dan dada.

Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontur tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang, ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.

Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.

Cara terbaik menyingkirkan lemak, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa.

Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)

INFO

l Ia bertujuan membuang lemak dari bahagian-bahagian tertentu badan seperti perut, punggung, lengan dan juga sekitar paha. Dalam bahasa Inggeris, sedut lemak dikenali nama liposuction atau lipoplasty.

l Pembedahan sedut lemak bukanlah alternatif bagi mengurangkan berat badan. Ia lebih mengembalikan bentuk tubuh badan.

l Pembedahan ini biasanya dilakukan dengan memberi pesakit anaesthesia umum. Namun begitu ada juga yang menjalani pembedahan tersebut menggunakan anaesthesia setempat.

l Individu yang ingin menjalani pembedahan mesti mempunyai kesihatan yang baik tanpa mengidap apa-apa penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

l Bahagian yang biasa dilakukan adalah perut dan paha bagi kaum wanita, manakala kaum lelaki pula perut dan tepi perut.

Makanan seimbang jaga buah pinggang

Petah dan lincah. Gaya tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 52 yang lebih mesra dengan panggilan Chef Wan ternyata mencuit hati hadirin. Di saat semua orang membincangkan isu serius tentang sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (WKD) 2010, Chef Wan menceriakan suasana.

Namun, di sebalik gelak ketawa Chef Wan, dia sendiri mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi dengan pesakit lain. Atas kedegilan dan sikap tak acuh dalam menjaga pemakanan, bapa Chef Wan disahkan menghidap kencing manis.

"Sudah menjadi budaya masyarakat kita, suka duduk dan minum lama-lama di kedai makan. Pengalaman Chef Wan sendiri, disebabkan kedegilan orang tua mendengar nasihat, kaki bapa saya dipotong kerana kencing manis. Itu baru cebisan kisah penyakit ini dan ramai lagi mangsa di luar sana kerana gaya hidup," ujarnya ketika majlis pelancaran sambutan WKD di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sebagai tukang masak, Chef Wan sentiasa berkongsi menu baru khususnya makanan seimbang.

Terpilih sebagai duta Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF), Chef Wan sangat teruja. Katanya, dia akan mengadakan demonstrasi memasak bagi memupuk tabiat pemakanan sihat di kalangan masyarakat.

"Sikap masyarakat yang gemar memakan apa sahaja sebenarnya boleh diubah. Kita perlu berjaya dengan apa yang kita makan, bukan paksa orang untuk makan. Justeru itu, gaya hidup makan di luar seperti kedai makan dan restoran perlu diubah.

Kita perlu balik pada zaman dahulu iaitu makan di rumah bersama keluarga untuk membentuk institusi keluarga. Makan di luar belum menjamin kualiti dan kebersihan makanan. Kebiasaannya mereka ingin untung. Sebab itulah, bila orang tanya rahsia kesihatan, saya jawab makanan seimbang," katanya.

Chef Wan menambah, setiap individu mempunyai pengambilan makanan yang tidak sama dan perlu mengikut gaya hidup. Tambah Chef Wan, tidak semestinya gemuk itu tidak elok tetapi setiap individu perlu berjaga-jaga risiko penyakit itu penting.

Nasihatnya, sikap perlu diubah dan mengawal makanan dengan cara yang seimbang.

Sambuatan WKD

Dalam pada itu, WKD akan disambut meriah buat kali kelima pada 11 Mac ini di lebih 100 buah negara termasuk Malaysia. WKD merupakan kempen kesedaran global yang memberi fokus terhadap pentingnya penjagaan buah pinggang serta bertindak sebagai medan terbaik kepada orang ramai bagi menjalani pemeriksaan buah pinggang. Pemeriksaan bertujuan mengetahui sama ada mereka berisiko untuk menghidap penyakit buah pinggang atau tidak. Tahun ini kempen diharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kaawlan penyakit kencing manis bagi menghindari daripada diserang penyakit buah pinggang kronik (CKD).

CKD berlaku apabila seseorang mengalami pembuangan albumin yang berlebihan dalam air kencing atau kemorosotan ketara dalam fungsi buah pinggang. Lebih daripada 500 juta penduduk dunia menderita akibat beberapa penyakit buah pinggang. Setiap tahun ramai yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang yang berpunca daripada penyakit kencing manis.

Apabila CKD tidak dikawal pada peringkat awal sehingga mengakibatkan kerosakan buah pinggang, maka proses berikutnya adalah dialisis atau pemindahan buah pinggang. Bagaimanapun, pelbagai rintangan dan kesukaran dalam mendapatkan buah pinggang baru untuk proses pemindahan menyebabkan ramai pesakit memilih untuk kaedah rawatan haemodialysis atau peritoneal dialisis. Kini, di Malaysia terdapat 20,000 pesakit dialisis dan kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan giat mengenal pasti pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan bagi menanggung kos rawatan dialisis yang semakin meningkat.

Bagi mereka yang ingin memperoleh maklumat lebih terperinci berhubung dengan aktiviti sambutan WKD, sila hubungi talian bebas tol NKF di 1300-88-3110 atau layari laman web, www.nkf.org.my, www.worldkidneyday.org atau e-mel ke edu@nkf.org.my.

Ketahui DHA minyak ikan selamat

Jika anda pergi ke pasar raya untuk mencari susu formula bayi, anda akan lihat kebanyakan jenama mempunyai perkataan "DHA" tertulis pada pelekatnya. Kemudian jika anda berjalan beberapa langkah lagi anda dapat lihat kotak-kotak yang mengandungi telur ayam pun mempunyai perkataan yang sama tercetak padanya. Anda hairan mengapa DHA dimasukkan ke dalam makanan ini. Jawapannya wajar diperhatikan terutama sekali bagi wanita yang mengandung.

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90 peratus daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!

Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantug kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.

Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pralahir yang mereka ambil.

Manfaat kepada bayi dan kanak-kanak daripada suplemen DHA .

Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi:

"Penyelarasan mata dengan tangan

"Kemahiran gerakan bermotor

"Jangka tumpuan yang lebih panjang

"Markah IQ yang lebih tinggi

DHA daripada sumber-sumber diet

"Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHA-nya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.

"Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.

"Daging organ, seperti hati.

"Sejumlah kecil boleh didapati dalam kuning telur

Nasihat memakan ikan dan Amaran Pemakanan daripada badan-badan pakar di USA

Persatuan Jantung Amerika, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), mengeluarkan nasihat/amaran berkaitan dengan pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methilmerkuri, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, dan juga bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Ini boleh membawa kepada kesan negatif terhadap jangka masa penumpuan, penguasaan pertuturan, keupayaan penglihatan dan mengesan ruang, daya ingatan dan penyelarasan. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa di dalam rahim ibu.

Bandingan antara DHA daripada susu ibu dan DHA daripada minyak ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja. Bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalammembran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf. Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik.

Penyulingan molekular

Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui suatu proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Bagaimana pun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100 peratus methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada sensitif alat ujian yang digunakan.

DHA daripada sumber sayur-sayuran (alga) - Suatu Pilihan yang lebih selamat

Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga kini boleh didapati. Ia mengemukakan pilihan yang lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu, yang ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa cemas tentang ketosikan methilmerkuri ataupun kandungan EPA yang tinggi.

Martek Biosciences, dari USA, merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang berjaya mengeluarkan DHA daripada jenis alga yang telah dipatenkan dan ditumbuhkan secara besar-besaran dalam tangki penapaian yang ditempatkan pada jarak yang jauh dari laut, dengan menggunakan air yang ditapis - semuanya ini dikawal ketat di bawah syarat perkilangan GMP. Oleh sebab itu, alga daripada Martek tidak sekali-kali akan terdedah pada pencemaran.

Alga yang ditanam jauh dari laut bermakna alga ini tidak terdedah kepada pencemar lautan. DHA daripada sumber alga juga adalah bebas daripada lain-lain asid lemak politaktepu yang berantai panjang seperti EPA, yang wujud secara semulajadi dalam minyak ikan.

Dosej yang disyorkan

Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk pra lahir dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

DHA bersalut enterik

Suplemen DHA yang diperbuat daripada kapsul sayuran bersalut enteric juga mempunyai keistimewaan. Salutan enteric melindungi kapsul itu daripada tindakan asid dalam perut, dengan itu memastikan kapsul itu akan menghancur dalam usus, dan tidak dalam perut. Penyerapan DHA adalah lebih baik apabila ia diserap dalam usus. Lagipun, tidak akan berlaku rasa pahit-pahit apabila ibu itu bersendawa. Ini merupakan suatu perkara yang penting bagi seorang ibu mengandung kerana dia mungkin berasa terlalu sensitif terhadap bau-bau tertentu.

Panduan membeli suplemen untuk ibu mengandung dan menyusu (susu ibu)

Dalam memilih suplemen DHA untuk ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusu susu ibu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran. Ini merupakan pilihan yang lebih selamat kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin yang mungkin terdapat dalam DHA yang sumbernya daripada ikan. Untuk memilih suplemen DHA yang baik kualitinya, pastikan alga itu dikeluarkan dalam keadaan kawalan yang ketat demi untuk menjaminkan keselamatan dan ketulenannya.

Memastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan semasa menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra lahir yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan hidupnya kelak.

Rosyam hibur setiausaha

Peranan setiausaha bukan sekadar menjaga hal peribadi bos tetapi telah berkembang menjadi kerjaya yang cukup dikagumi dan menuntut komitmen serta ketelusan.

Setiausaha bukan sekadar jawatan yang pada dasar menjaga rutin ketuanya sehari suntuk tetapi turut menuntut kesetiaan, kerajinan dan pelbagai lagi faktor lain. Ibaratnya, kejayaan seseorang ketua juga berkait rapat dengan keserasiannya berganding bahu bersama setiausaha.

Sempena Minggu Setiausaha yang akan disambut pada bulan depan, menjadi kelaziman setiausaha dihargai. Jika biasanya setiausaha dibawa ke majlis makan malam sambil berhibur dengan penyanyi terkenal, majalah WANITA terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. menganjurkan hari WANITA bersama Setiausaha dengan tagline Menjana Kerjaya Berhemah, Berjiwa Cemerlang dengan satu pendekatan baru, yang lain daripada yang lain.

"Bukan hiburan semata, sebaliknya setiausaha yang hadir ke majlis WANITA bersama Setiausaha ini akan menerima pelbagai ilmu baru bagi memantapkan kerjaya dan diri," kata Pengarang WANITA, Normala Hamzah.

Menurut Normala, panel ternama seperti Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Paduka Toh Puan Seri Diraja Noor Aini, Datuk Dr. Norashikin Mokhtar dan Datuk Dr. Fadzilah Mohd Ali akan memberi pelbagai input dengan topik menarik seperti Integriti dan Budaya Kerja, Menjadi Setiausaha yang Dikagumi, Sayangi Diri Anda dan siri motivasi berguna sepanjang seminar sehari itu.

Menariknya seminar ini, para peserta akan berpeluang mempelajari ilmu mempertahankan diri dan keselamatan di tempat kerja melalui demonstrasi yang bakal dilakukan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Berani Guard Sdn Bhd, Saliza Abdullah dan anak buahnya sertai tip gaya hidup sihat dari Pakar Nutrisi, Unit Perhubungan Korporat dan Kesihatan, Kumpulan Produk Nestle Sdn Bhd, Nurul Ilani Ahmad.

DipisahkanFesyen dan kecantikan tentunya tidak boleh dipisahkan daripada setiausaha, sehubungan itu Butik Jarumas telah diberi kepercayaan membuat pertunjukan fesyen sementara demonstrasi solekan serta dandanan akan dipersembahkan oleh pakar kosmetik jenama terkenal, Nouvelles Visages.

Menyerikan majlis, Rosyam Noor akan tampil dengan acara menarik yang bakal menguji para setiausaha.

Dengan hanya RM200 untuk seorang, peserta akan menerima langganan tiga bulan percuma majalah WANITA, sijil, door-gift serta berpeluang memenangi cabutan bertuah dan hadiah misteri.

WANITA Bersama Setiausaha yang dianjurkan bersama rakan stratagik Alfio Raldo dan Nestle Nesvita, Berani Guard dengan Penaja Utamanya Nouvelle Vasages menjanjikan pengisian berilmu untuk peserta.

"WANITA berharap mereka yang bergelar setiausaha akan turut serta dalam seminar ini yang pastinya akan mendapat banyak manfaat yang boleh dipraktikkan dalam kerja mereka. Pendaftaran berkumpulan melebihi 5 orang akan diberi potongan harga istimewa,'' tambah Normala.

Bakal diadakan pada Sabtu, 10 April, bertempat di Prince Ballroom, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur, inilah masanya untuk menghargai setiausaha yang sentiasa setia dan berusaha. Keterangan lanjut atau pendaftaran sila hubungi Iskandar di talian 03-89262999 atau 013-3451945 atau redaksi Wanita sambungan 476/471/479.

Montokkan buah dada

Tepat pukul 10 pagi, loceng di pintu klinik saya berdering. Pembantu klinik bergegas membuka pintu. Kedengaran suara suara kecil sapa menyapa di luar. Sebentar kemudian tetamu tersebut di jemput masuk. Saya terus keluar menemui tetamu tersebut. Janji temu telah pun di buat seminggu yang lalu dan kini beliau tiba bagi memenuhinya.

Wanita yang bernama Puan S memang cantik bergaya berkebaya ketat. Potongan badannya sungguh cantik. Sekali pandang tak ubah macam seniwati Sarimah dalam filem Tiga Abdul. Umur beliau dalam lingkungan awal 50-an.

Kalau zaman sekarang bolehlah dibandingkan dengan Beyonce atau Jennifer Lopez.

Saya kagum dengan penampilan beliau yang sungguh bergaya dan anggun.

Meskipun usia sudah melepasi angka 50, namun beliau masih cantik bergaya. Jelas beliau yang amat menitik beratkan imej .

Saya mempersilakan beliau masuk ke bilik rundingan. Di situ lebih privacy dan kami boleh berbincang panjang lebar. Puan S bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah jabatan. Selain itu dia juga bijak berniaga secara kecil-kecilan. Tutur katanya lembut dan berhemah sekali.

''Saya ada masalah besar doktor,'' katanya sambil menyambung:

''Buah dada saya dah mengecut dan perkara ini amat merunsingkan saya."

Setelah membuat pemeriksaan, saya agak terkejut melihat apa yang dikatakan adalah benar. Dia terpaksa memakai coli yang tebal dan memasukkan seketul kapas tebal di dalamnya. Jika tidak dadanya akan kelihatan rata sahaja. Timbul perasaan kasihan di dalam hati saya.

"Selepas mengandung dan bersalin anak kelima saya jadi begini. Mulanya saya tidak kisah namun akhirnya hal ini tidak di senangi oleh suami saya. Gara gara dada yang leper kami bercerai," perlahan wanita menutur kata.

Saya bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata tersebut lantas bertanya:

"Sampai begitu sekali ke tindakan suami Puan?

Air mata mengalir di pipi Puan S yang cantik lawa. Dia meneruskan ceritanya. "Pelbagai penghinaan dilemparkan kepada saya oleh bekas suami saya. Hidup saya dulu bertemankan air mata sahaja. Akhirnya dia bertemu wanita yang mampu membahagiakannya dan meninggalkan saya yang serba kekurangan."

Sudah 10 tahun saya hidup bersendirian. Dia menyambung luahan hati bahawa dia cukup terluka dengan perkara itu dan enggan lagi memikirkan soal rumah tangga.

"Dan kini saya bertemu jodoh baru dan bakal bernikah semula. Namun trauma buah dada yang leper ini membuatkan saya rasa tidak yakin. Saya minta doktor besarkan buah dada saya. Ramai artis macam Pamela Anderson besarkan buah dada mereka,'' katanya dengan penuh harapan.

Sememangnya saya bersimpati dengan Puan S. Apatah lagi setelah melihat sendiri keadaan buah dadanya yang leper. Saya dapat bayangkan jika saya ada di tempatnya. Sudah tentu saya juga berasa malu dan rendah diri sekali.

Kekal aktif biar pun berusia

SEBUT saja perkataan tua, tergambar di fikiran kita kelibat lelaki atau wanita yang uzur, berpenyakit dan tidak mampu untuk melakukan kegiatan secara aktif. Bagi kebanyakan orang, tua bermakna penamat segala-galanya terutama dari sudut aktiviti fizikal termasuk seksual.

Tua juga diumpamakan hanya menunggu ajal dan sering disisihkan. Ini kerana istilah tua dikaitkan terus dengan penampilan tidak menarik, kendur, kedut, kerepot dan klimaksnya nyanyuk.

Malah lebih menyedihkan apabila caruman atau wang pencen hasil penat lelah semasa bekerja terpaksa dilaburkan untuk merawat pelbagai penyakit kronik yang mendatang ketika tua.

Datuk Dr. Hassan Yaacob menarik perhatian mengenai penuaan dan persepsi yang silap mengenainya terutama di kalangan rakyat Malaysia. Ketika ditemui beliau membangkitkan satu persoalan menarik iaitu mampukah manusia hidup sehingga usia 150 tahun?

Semestinya jawapannya mustahil. Terutamanya untuk hidup pada usia itu dalam keadaan mental serta fizikal yang masih boleh diharapkan. Biarpun hakikatnya ramai yang mahu hidup lama untuk menambah amal ibadat dan menebus dosa-dosa lama.

Dr. Hassan yang juga Profesor Pelawat di Res Institute for Traditional Medicine Toyama Med & Pharm University, Japan menegaskan, mengikut kajian, manusia sememangnya mampu menjangkau usia lebih panjang dalam keadaan sihat mental dan fizikal.

Pengalaman

Beliau berkongsi pengalaman menetap di sebuah perkampungan di Toyama, Jepun. Kekagumannya terserlah melihat warga tua pada usia 70 dan 80 tahun masih gigih mengusahakan sawah dan ladang. Kudrat dan penampilan wajah mereka tidak membayangkan usia.

"Masyarakat di sana mengamalkan gaya hidup berkualiti, tua sememangnya tidak boleh dielak tetapi persediaan menghadapi proses penuaan sepatutnya bermula sejak muda.

''Itu kekurangan dalam masyarakat kita terutama orang Melayu. Apabila usia meningkat, kita tidak peduli lagi tentang penjagaan diri, malas bersenam, tidak menjaga makan sehingga menjejaskan penampilan diri,'' ujar Dr. Hassan yang juga Pengerusi Eksekutif Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kajian pakar perubatan menunjukkan usia 40-an adalah peringkat umur di mana sifat keremajaan seseorang mula hilang sekali gus membuka tirai penuaan.

Bermula dari peringkat itu, proses yang sepatutnya berlaku adalah tidak membiarkan penuaan merosakkan diri seseorang sebaliknya pergerakan jam biologi itu mesti diterima secara positif.

Dalam erti kata lain, kepekaan terhadap kemerosotan kesihatan akibat penuaan boleh ditunda dan dihalang seperti mana penemuan pakar awet muda di Amerika Syarikat (AS).

Dr. Hassan yang terkenal dengan produk kesihatan berasaskan ekstrak gamat menggariskan lima faktor penentu muda atau tua seseorang bukan dari sudut usia.

l Sistem imunisasi semakin merosot

l Fungsi memori dan kognitif menurun

l Struktur otot sukar dibentuk semula dan jumlah lemak dalam badan bertambah

l Aktiviti seksual semakin berkurangan

l Kadar penyembuhan luka semakin lambat

Langkah memastikan kesemua faktor itu diterbalikkan mesti menjadi perhatian manusia yang ingin melalui usia tua secara aktif dan sihat.

Masyarakat Malaysia terutama orang Melayu mesti menukar kepercayaan bahawa tua penamat segala-galanya. Sebaliknya usia emas mesti dimanfaatkan sepenuhnya termasuk mengisi peluang melihat alam ciptaan Allah.

Amalan itu jelas dipraktikkan di kalangan masyarakat Eropah, Jepun dan Korea. Adalah pemandangan biasa pasangan warga tua dari negara-negara tersebut mengisi usia tua dengan aktiviti pelancongan.

Jika mereka boleh, mengapa kita tidak. Yang penting betulkan persepsi mengenai penuaan dan tingkatkan pengambilan suplemen kesihatan yang mampu merejuvanasi sistem sel-sel badan.

Ekstrak habatussauda dalam produk kesihatan

SEJAK dahulu, tumbuhan habatussauda atau nama saintifiknya Nigella sativa telah terkenal dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia.

Dikenali sebagai jintan hitam oleh penduduk negara ini, penanamannya banyak dijalankan di kawasan Mediterranean yang mempunyai iklim gurun.

Ia termasuk di Sri Lanka, Sudan, Iran, Yaman, Itali, Greece dan juga India.

Mengambil peluang memperluaskan kajian dan penyelidikan mengenai tumbuhan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru telah memperkenalkan produk makanan tambahan berasaskannya.

Dikenali sebagai Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF), ia merupakan produk nutraseutikal yang diekstrak daripada biji habatussauda.

Ekstrak tersebut mengandungi bahan bioaktif Timokuinon (TQ) yang kaya dengan agen antioksida.

Menurut penyelidiknya, Prof. Dr. Maznah Ismail, TQRF mempunyai keupayaan melindungi dan merawat penyakit berkaitan penuaan, kardiovaskular dan juga kanser.

''Kepelbagaian penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berlaku dalam badan manusia kesan penyebaran radikal bebas.

''Kebanyakan radikal bebas terhasil daripada faktor pemakanan, aktiviti, pengambilan ubat-ubatan dan ia juga boleh berlaku secara natural.

''Jadi, pengambilan bahan antioksida akan dapat membantu mengurangkan serta mencegah tekanan oksidatif ini,'' katanya pada sidang akhbar majlis promosi produk penyelidikan UPM di Serdang baru-baru ini.

Kajian penghasilan TQRF telah dijalankan di bawah Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains UPM bermula daripada tahun 2005 hingga 2008.

Seramai tiga orang penyelidik telah terlibat dalam kajian yang dibiayai sepenuhnya oleh geran daripada pihak UPM bernilai RM283,000.

TQRF dihasilkan daripada sumber biji habatussauda yang di ambil dari Yaman dan Iran.

Makanan tambahan yang ditawarkan dalam bentuk minyak, emulsi dan gel lembut itu mempunyai kelebihan dijalankan menerusi kajian secara saintifik.

Sasaran penggunanya pula adalah daripada kalangan golongan tua serta individu berisiko mendapat penyakit kardiovaskular.

Melihat kepada proses penyelidikan TQRF, biji habatussauda diekstrak menggunakan mesin khas yang dikenali sebagai Supercritical Fluid Extraction (SFE).

Teknologi SFE mempunyai kelebihan mampu menghasilkan lebih 50 peratus kandungan minyak iaitu lapan hingga 10 kali ganda lebih sebatian antioksida yang tinggi.

''Aktiviti mengekstrak menggunakan SFE ini dibuat dengan suhu terkawal dan tertutup untuk mengelak kemasukan oksigen yang boleh menyebabkan bahan TQ meruap.

''Jadi, SFE boleh dianggap sebagai teknologi hijau yang menyumbang kepada penjagaan alam sekitar kerana menukar karbon dioksida kepada oksigen untuk kegunaan organisma hidup,'' jelasnya.

Melalui sistem SFE juga, kandungan bahan TQ juga boleh ditentukan mengikut parameter yang telah dipatenkan.

Untuk skala makmal, mesin SFE mampu menjalankan proses mengekstrak dengan kapasiti satu liter pada satu-satu masa.

Setakat ini, pihak UPM telah menjalankan projek perintis bagi implementasi SFE bersama Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) dengan kapasiti dan skala yang lebih besar.

Untuk TQRF pula, produk yang berada di bawah kajian pra-klinikal itu telah dipatenkan dan bakal dipasarkan secara komersial tidak lama lagi.

Pihak UPM bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan juga antarabangsa dalam membantu memperluaskan pasaran produk tersebut.

Ketika ini, kajian TQRF turut dijalankan secara klinikal bagi kegunaan di kalangan wanita yang telah menopaus pula.

Kopi atau viagra

PERNAHKAH anda menikmati kopi yang dijual di kedai mamak ataupun di mana-mana gerai dengan harga RM5 hingga RM6 secawan? Tidakkah anda terfikir bahawa harga tersebut jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan harga biasa iaitu sekitar RM1?

Apakah yang membuatkan perbezaan harganya begitu ketara? Adakah disebabkan kopi itu sendiri yang berkualiti ataupun bahan-bahan lain yang dicampur bersama?

Jika dilihat daripada senario tersebut, ternyata kopi yang dijual adalah kopi-kopi jenama tertentu yang dikatakan sebagai penguat tenaga batin atau syahwat.

Tetapi sejauh manakah kenyataan tersebut benar dan berasas dengan hanya campuran ekstrak herba tertentu?

Ia ternyata menimbulkan kekeliruan orang ramai. Malah bagi mereka yang gemar menikmati kopi ‘power’ yang dikatakan mampu meningkatkan tenaga batin ini, anda dinasihatkan agar berfikir dua tiga kali.

Ini kerana selain mengandungi bahan-bahan ekstrak herba tempatan seperti tongkat ali dan kacip fatimah (yang lazim terdapat di dalam kopi segera), ia juga sebenarnya telah dicampur dengan bahan terlarang yang mampu menyebabkan kematian.

Ia diakui benar oleh pakar pemakanan, Norul Hasliza Shams Hashim.

Menurut Norul, kopi ‘power’ yang dirampas di pasaran hari ini bukan sahaja mengandungi ekstrak herba-herba tempatan malah ia turut mengandungi bahan terlarang atau ubat terkawal iaitu Sildenafil.

Jelas Norul, Sildenafil bukan sahaja merupakan sejenis dadah atau ubat yang mahal harganya malah ia juga merupakan bahan terkawal di mana cara pengambilannya perlu mendapat preskripsi, pengesahan, kebenaran serta pengawasan daripada doktor.

‘‘Seperti umum ketahui, Sildenafil biasanya terdapat di dalam Viagra, sejenis ubat yang mampu memberi rangsangan seks kepada sesiapa sahaja yang mengambilnya terutama kaum lelaki.

‘‘Tetapi pengambilan yang tidak dikawal serta melebihi dos juga boleh mempercepatkan komplikasi kesihatan termasuk kematian jika peminumnya mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung serta buah pinggang,’’ ujar beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, Sildenafil tidak sepatutnya dicampurkan bersama makanan kerana ia merupakan sejenis ubat terlarang.

Penggunaannya perlu didaftarkan dan diisytiharkan dengan Biro Pengamalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Ulas Norul, bahagian penguat kuasa tidak mampu membendung penjualan kopi ‘power’ di pasaran kerana undang-undang di Malaysia sendiri tidak mewajibkan mana-mana pengusaha produk berasaskan makanan mengisytiharkan isi kandungan produk masing-masing.

Oleh yang demikian, penguatkuasaan hanya dilakukan sekiranya mendapat aduan daripada orang ramai dan itupun setelah pemeriksaan dilakukan ke atas produk-produk tersebut.

Jika dilihat daripada kopi itu sendiri, menurut Norul, ia sememangnya mengandungi kafein yang menjadikan peminumnya berasa segar dan sihat.

Selain itu, kafein tersebut juga dapat membantu individu-individu yang mengalami masalah penyakit seperti Parkinson dan kencing manis jenis 2.

Malah menurut Norul, terdapat kajian yang menyatakan kopi juga berkemungkinan dapat meningkatkan kesuburan lelaki dengan peningkatan pergerakan sperma (sperma lebih aktif).

Bagaimanapun segala kajian yang dilakukan memerlukan lebih penyelidikan untuk membuktikan atau mengesahkan penemuan tersebut.

Tidak dinafikan, kopi yang berasal daripada buah biji kopi yang berwarna kemerahan merupakan minuman yang paling digemari dan dikenali di seluruh dunia.

Ini kerana kopi mudah diperolehi selain sudah menjadi satu kemestian atau adat, menjadi ‘sajian’ kepada tetamu.

‘‘Jika dilihat daripada kandungan asalnya iaitu kafein, ia merupakan satu struktur kimia ataupun bahan aktif semula jadi yang secara amnya tidak memudaratkan kesihatan sesiapa sahaja yang meminumnya.

‘‘Ini kerana kafein tadi merupakan bahan perangsang semula jadi dan merupakan bahan makanan yang selamat dan ia telah pun disahkan oleh U.S Food and Drug Administration (USFDA) sebagai Generally Regarded As Safe’ (GRAS),’’ katanya.

Ulas beliau lagi, selain kafein, kopi turut mengandungi bahan antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.

Ini kerana kita terdedah kepada radikal bebas hasil semulajadi daripada metabolisma badan daripada oksigen yang disedut dan ia mampu mengundang pelbagai penyakit kronik.

Menurut beliau, ada juga kajian menyatakan bahawa antioksida yang terdapat di dalam kopi mampu melindungi peminumnya daripada penuaan selain mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung dan juga strok.

‘‘Hari ini, kopi yang terdapat di pasaran yang mengandungi pelbagai ekstrak herba sebenarnya adalah untuk memudahkan orang ramai untuk menikmatinya.

‘‘Ini kerana jika herba-herba tersebut direbus begitu sahaja ia mungkin susah untuk diminum kerana baunya serta rasanya yang pahit dan sekiranya dicampur di dalam kopi ia dapat dinikmati seperti kopi biasa,’’ katanya mengakhiri perbualan.

Monday, March 1, 2010

Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat

BOLEH dikatakan setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di bahagian tubuh. Biasanya ketuat tersebut tidak mengganggu dan ada juga yang boleh hilang sendiri tanpa perlu dibuang menerusi pembedahan.

Ketuat juga boleh berlaku pada kanak-kanak, untuk pengetahuan anda, ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan human papillomavirus (HPV).

Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di bahagian yang terguris atau luka seperti di kaki, tangan dan jari jemari.

Ketuat ini biasanya tidak menimbulkan kesakitan melainkan jika ia tumbuh di bahagian tapak kaki atau bahagian tubuh yang selalu bergesel atau disentuh dengan kerap.

Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat HPV? Cara mudah ialah dengan menyentuh barangan yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kuman HPV, sebagai contoh perkongsian penggunaan tuala atau apa saja.

Kanak-kanak yang mempunyai tabiat menggigit kuku lebih terdedah untuk jangkitan berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai tabiat tersebut.

Jenis-jenis ketuat

Ketuat biasa sering ditemui di jari, tangan, lutut dan siku. Ketuat biasanya ini bersaiz kecil, keras pada sifatnya dan berwarna perang pudar. Permukaan ketuat biasa menyerupai kubis bunga dan ada bintik-bintik hitam kecil di dalamnya.

Ketuat rata bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku pada kanak-kanak rasanya lebih lembut, warnanya pula boleh jadi merah jambu, perang lembut atau kuning. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ketuat rata ini di bahagian wajah namun tidak mustahil ia juga boleh timbul di bahagian lengan, lutut dan tangan.

Ketuat plantar pula biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini memang mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Adakalanya ketuat boleh tumbuh di kawasan genital namun ia lebih banyak berlaku di bahagian jari, kaki dan tangan.

Adakah ketua berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Mengelakkan ketuat

Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, namun amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka tersebut.

Menguruskan ketuat

Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Para doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit.

Cara untuk membuangkan ada pelbagai termasuk; penggunaan krim khas, cyrosurgeri, rawatan laser.

Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia akan tumbuh kembali.

Sunday, February 28, 2010

Rawat jongang dari kecil

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).


NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.

Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan.

Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.


PEMAKAIAN pendakap gigi tidak menjejaskan rutin harian pesakit.

Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik.

Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi.

Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian.

Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.

Sokongan keluarga tangani komplikasi Parkinson

YAH mula terlihat orang kerdil yang mempunyai wajah hodoh dan kulit hitam (halusinasi visual). Kadangkala, ayah ternampak wajah ibu bapanya yang telah meninggal, bersama-sama dengan orang kerdil tersebut.

''Orang-orang kerdil itu biasanya berkumpul di balkoni rumah dan bercakap-cakap antara satu sama lain dengan suara ganjil. Disebabkan ketakutan, ayah bersembunyi dalam bilik tidur sepanjang hari, sambil mengunci kesemua tingkap dan menurunkan langsir," cerita Ebby Loo tentang penyakit yang dihadapi bapanya.

Mungkin tidak ramai yang sudi berkongsi cerita mengenai penyakit seperti itu. Namun bagi Ebby, maklumat itu penting untuk membantu masyarakat luar berdepan dengan masalah tersebut.

Mendengar cerita tentang Loo Peng Hock, 73, ternyata kehidupan bapa wanita itu yang penuh dengan cabaran selama 14 tahun lepas berubah setelah menghidap Parkinson.

Warga emas itu dilanda masalah satu demi satu. Sebagai anak dan penjaga, dia dan keluarga mengharapkan bapanya bakal berdepan dengan kehidupan lebih baik.

"Pada beberapa tahun pertama, dia mengalami tekanan. Apabila simptom motor Parkinson melarat, pergerakannya tidak lagi stabil manakala kakinya kerap menjadi kaku. Namun, dengan sokongan keluarga dan pengambilan ubat-ubatan seperti Stalevi, Madopar (250) dan Madopar HBS (125), dia mampu mengatasi masalah pergerakan badannya," ujar Ebby ketika ditemui pada majlis pelancaran buku berjudul Two Sides of The Same Brain: Psychiatric Disorders and Parkinson's.

Sejak awal 2008, Peng Hock mula mengalami simptom demensia Parkinson.

Menurut Ebby, antara kesemua komplikasi Parkinson yang dialaminya, yang paling dahsyat ialah psikosis, yang bermula pada September 2002. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan itu, bapanya mengalami empat episod psikosis.

Episod pertama merupakan serangan paling mengejutkan dan teruk bagi dirinya dan juga seluruh keluarga. Sebelum episod psikosis yang pertama itu, mereka tidak pernah mendengar tentang perkataan halusinasi. Tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran mereka bahawa pesakit Parkinson boleh mengalami halusinasi.

"Pada tanggapan kami, Parkinson adalah suatu penyakit otak yang hanya mengakibatkan masalah pergerakan badan.

Ayah mengadu kepada emak bahawa dia terserempak orang yang datang dari dunia lain," tambahnya.

Pada peringkat ini, Ebby membawa ayahnya ke klinik pakar mental untuk menerima rawatan. Setelah menjalani rawatan antipsikotik dan ubat penenang (Lorasepam dan Ativan), segala halusinasi bapanya hilang.

Apabila Peng Hock menunjukkan tanda-tanda telah sembuh, Ebby sekeluarga mengambil keputusan memberhentikan pengambilan kesemua ubat.

Selepas serangan psikosis yang pertama, Ebby dan adik-beradiknya mula memahami simptom penyakit mental yang berkaitan dengan Parkinson, khasnya halusinasi.

Ebby lebih bersedia untuk menghadapi episod psikosis sekiranya ia berulang.

"Suatu malam ketika semua orang tidur, ayah memandu kereta adik saya dan membawa orang kerdil bersama pemimpin mereka ke jalan persisiran pantai (Weld Quay). Pada pagi berikutnya, ayah memberitahu adik saya bahawa dia telah menghantar kesemua orang kerdil kembali ke tempat asal mereka," katanya.

Berikutan kejadian tersebut, Peng Hock dibawa ke klinik pakar mental lagi. Setelah mengalami rawatan anti psikotik dan ubat penenang (Lorazepam), penyakit mentalnya pulih.

Serangan psikosis yang ketiga berlaku pada September 2006. Ebby mendapati bapanya sentiasa gelisah dan mengibas seluarnya dengan menggunakan tangan.

Dalam konteks ini, Ebby dan keluarganya mendapati mereka telah membuat kesilapan ketika memberi rawatan kepada bapanya. Sewaktu tiga serangan psikosis yang pertama, kesilapan mereka adalah memberhentikan ubat anti psikotik sebaik sahaja ayah sembuh.

"Sekarang, kami faham bahawa rawatan ubat anti psikotik ini perlu diteruskan sepanjang masa iaitu seumur hidup bagi mencegah episod psikosis berulang. Kalau tidak, kami semua tidak akan berpeluang hidup aman," tambahnya.

Ebby memberitahu, selain psikosis yang berkaitan dengan Parkinson, satu lagi pengajaran daripada kisah keluarga mereka adalah betapa pentingnya peranan penjaga dalam rawatan psikosis atau sebarang komplikasi lain.

Ebby dan adik-beradiknya berusaha memberitahu bapa mereka ketika berdepan dengan Parkinson. Tanpa sokongan, bapanya mungkin akan menjadi teruk dan tidak dapat mengawal diri serta situasi.

Secara idealnya, penjaga harus membantu doktor menangani masalah psikosis dengan mengenal pasti simptom awal psikosis dan memaklumkan kepada doktor serta-merta mengenai kemunculan simptom tersebut. Dengan cara ini, pesakit mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh kerana rawatan spesifik dimulakan pada peringkat awal sewaktu psikosis baru saja bermula.

Paling unggul adalah melalui pendidikan kesihatan yang berkesan, penjaga dapat melaporkan kepada doktor tentang simptom psikosis yang berlaku pada kali pertama. Dalam kes Peng Hock, kesemua ahli keluarganya terutama Ebby telah memainkan peranan penting dalam kejayaan rawatan psikosis dengan mengenal pasti simptom awal psikosis setiap kali penyakit itu berulang. Kita semua harus faham bahawa rawatan optimum Parkinson memerlukan kerjasama satu pasukan termasuk penjaga.

Ejakulasi awal resahkan lelaki

l Kes Satu

Seorang lelaki berusia awal 30-an mengadu sering mengalami ejakulasi awal. Dia resah dan malu sekiranya isterinya tidak mendapat kepuasan ketika mereka bersama.

l Kes Dua

Seorang wanita berusia 30-an dan baru setahun berkahwin mengadu tidak pernah kenal erti klimaks hingga terpaksa berpura-pura demi memuaskan suami. Apa yang berlaku sebenarnya?

Dua paparan kes itu adalah kejadian sebenar yang sering dihadapi pasangan suami isteri akibat ejakulasi awal (PE).

Penafian, malu, rasa bersalah, hampa dan resah. Perasaan rendah diri membelenggu lelaki yang mengalami masalah pancutan mani awal atau PE. PE ialah sejenis masalah seks umum di kalangan lelaki yang masih kurang difahami. PE kini didapati mungkin menjadi punca masalah dalam beribu-ribu perkahwinan dan hubungan intim antara pasangan di seluruh rantau Asia Pasifik. Ia sekali gus menekankan betapa perlunya lelaki yang dihantui PE untuk mendapatkan nasihat perubatan dan merawat masalah tersebut.

Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA) baru yang membabitkan lebih 5,000 lelaki menunjukkan bahawa tahap kesedaran tentang masalah yang kian menular itu masih rendah di rantau ini. Dalam kajian ini, responden diminta untuk menilai sendiri sama ada mereka menghidap PE. Selain itu, mereka turut menjawab soal selidik Alat Diagnostik Ejakulasi Awal (PEDT) untuk membuat penilaian objektif sama ada mereka menghidap PE.

Berasaskan hasil tinjauan, sehingga 29 peratus lelaki mungkin menghidap PE di Malaysia dan 31 peratus di rantau Asia Pasifik. Sementara itu, kaum lelaki secara umumnya keberatan untuk membincangkan secara terbuka atau mendapatkan nasihat atau rawatan profesional berkaitan dengan kegagalan seks kerana ia mungkin amat memalukan mereka.

Menurut Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, PE merujuk kepada disfungsi seks umum yang mungkin dialami sejak hubungan seks pertama atau kemudian.

Persatuan Perubatan Seks Antarabangsa mentakrifkannya sebagai "disfungsi seks lelaki yang mempunyai ciri-ciri iaitu ejakulasi yang sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum atau dalam masa kira-kira satu minit selepas persetubuhan (kemasukan zakar ke dalam vagina).

Selain itu, kegagalan menangguhkan ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersetubuh. Ia juga menyebabkan kesan peribadi yang negatif termasuk kegelisahan, gangguan, keresahan atau keputusan untuk mengelakkan hubungan seks.

Selain tahap kesedaran yang rendah, kajian PEPA juga mendapati tahap kefahaman yang rendah tentang PE di rantau ini. Malangnya, sehingga 35 peratus daripada responden berpendapat PE dan ED adalah lebih kurang sama. Hampir separuh daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat bagi ED. Satu dalam setiap tiga responden percaya PE langsung tidak boleh dirawat dengan berkesan.

Tambah Dr. Zulkifli, kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati bahawa serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang juga membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan, memainkan peranan penting menentukan masa ejakulasi.

"Matlamat utama bagi terapi PE, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku ialah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi. Ia mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya, atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul," katanya.

Dr. Zulkifli memberitahu, rawatan yang betul boleh menamatkan kekecewaan yang dialami penghidap PE dan juga pasangan seks mereka.

"Malangnya, situasi bertambah buruk kerana doktor dan pesakit tidak membincangkan perkara berhubung seks seperti yang sepatutnya kerana rasa malu atau kerana tanggapan buruk yang dikaitkan dengannya. Sementara itu, kaum wanita pula rasa berat hati untuk membincangkan perkara ini. Padahal, kami dapati ramai lelaki akan mendapatkan nasihat doktor jika didorong oleh pasangan mereka," katanya.

Antara rawatan yang disarankan adalah komunikasi antara pasangan, pendidikan psiko-seksual, strategi pemikiran dan perbuatan. Ini termasuk beberapa teknik seperti stop-start (Semens 1956 iaitu berhenti, kemudian mula. Selain itu, squeeze (Master and Johnson 1970) iaitu tahan pancutan dengan memegang atau memicit dan stop-pause (Kaplen 1980) iaitu berhenti dan tunggu.

Sementara itu, menurut Pakar Punding Urologi Universiti Malaya, Dr. George Lee, kaum lelaki perlu sedar bahawa PE adalah masalah perubatan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan.

"Berita baik bagi mereka PE boleh dirawat. Saya tahu mungkin sukar untuk membincangkan hal intim, tetapi mereka tidak keseorangan dan bantuan boleh didapati. Kesan PE terhadap lelaki dan pasangan mereka boleh menjejaskan hubungan. Ini bukan sahaja suatu masalah yang menyentuh soal harga diri atau kejantanan, tetapi juga memberi kesan besar terhadap kepuasan wanita, dan juga hubungan secara keseluruhannya," katanya.

Tekanan

Hasil tinjauan mendedahkan ramai responden yang disahkan menghidap PE menafikan masalah mereka. 31 peratus disahkan menerusi PEDT sebagai menghidap PE atau mungkin menghidap PE, tetapi hanya 13 peratus mengakui mereka mengalami PE. Selain itu, hasil tinjauan mendapati 29 peratus lelaki Malaysia mungkin menghidap PE, dengan Malaysia menunjukkan peratusan responden tertinggi.

Secara keseluruhan, kaum lelaki amat resah dengan masa yang singkat sebelum ejakulasi dan kegagalan mengawal ejakulasi.

"Lelaki tidak harus terus menderita dalam diam. Tinjauan serantau ini menunjukkan bahawa ramai yang tidak sanggup tampil untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dipandang serong atau rasa malu.

"Kaum lelaki perlu sedar bahawa untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan, mereka tidak seharusnya membiarkan masalah yang boleh dirawat menjejaskan keupayaan mereka menikmati hubungan seks yang memuaskan dengan pasangan mereka," tambah Dr. Lee.

Pendarahan saluran gastrousus

Mengeluarkan najis hitam bermakna pendarahan yang bermula dari perut atau duodenum dan ini bermakna anda perlu kecemasan perubatan

Ia adalah mudah untuk mengenal satu pukulan atau luka pada badan anda kerana anda dapat melihat darah mengalir keluar. Tetapi bagaimana anda tahu jika anda ada pendarahan dalaman? Jawapannya adalah dalam najis anda. Sebagai contoh, pesakit dengan pendarahan gastrousus aktif daripada perut atau duodenum umumnya akan mengeluarkan najis yang seakan-akanberwarna hitam. Pesakit yang berdarah dari usus besar akan mengeluar najis bercampur dengan darah atau sambut darah.

Tetapi apakah akan berlaku jika anda tidak boleh melihat darah? Dengan peralatan

'immonuchemical kit', ia akan membantu seseorang yang mengalami pendarahan dalaman atau najis hitam yang kita tak dapat melihat dengan mata kasar.

Apa itu pendarahan gastrousus?

Saluran gastrousus (GI) kita adalah esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Pendarahan boleh dari mana-mana bahagian. Mengenali puncanya adalah langkah pertama untuk mengatasi perkara ini.

Dari mana pendarahan?

Pendarahan bahagian atas gastrosus

Esofagus, perut dan duodenum adalah dari bahagian atas. Jika anda berdarah dari bahagian ini, anda akan mengeluarkan najis yang berwarna hitam. Ini menandakan darah dalam najis. Anda mungkin muntah darah yang berwarna merah menyala, darah beku yang berwarna gelap atau muntah seperti serbuk kopi. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan banyak dari bahagian atas saluran gastrousus, anda mungkin mengeluarkan darah yang berwarna merah menyala yang keluar dari dubur anda.

Pendarahan bahagian bawah GI

Usus besar, rektum, dan dubur adalah dari bahagian bawah gastrousus. Jika anda mengalami pendarahan dari bahagian bawah gastrousus, anda akan mengeluarkan darah yang berwarna merah menyala (darah baru) atau merah pulasan (darah lama). Lagi jauh punca pendarahan dari dubur lebih gelap warna darahnya. Jika anda mengalami pendarahan dari sebelah kanan kolon iaitu sekum atau kolon menaik (ascending colon) atau kolon melintang (transverse colon), anda akan mengeluarkan najis berwarna merah menyala.

Bagaimana doktor mengesan pendarahan?

Endoskopi - Kaedah ini digunakan untuk diagnosis dan merawat keadaan yang melibatkan esofagus, perut dan duodenum. Ia dilakukan dengan menguna kamera kecil pada hujung tiub fleksibel panjang iaitu endoskop. Kaedah ini biasa digunakan jika najis anda berwarna hitam atau anda muntah darah. Penggunaan kaedah ini membolehkan pemeriksaan bahagian esofagus, perut dan duodenum. Melalui kaedah ini, doktor pakar anda boleh menghentikan punca pendarahan.

Kolonoskopi - Kaedah ini digunakan untuk memeriksa bahagian dalam kolon dan rektum. Pemeriksaan ini dilakukan dengan menggunakan kolonskop, iaitu dengan mengunakan kamera kecil yang dipasang pada tiub fleksibel. Kaedah ini digunakan jika anda mengalami pendarahan bahagian bawah saluran gastrousus. Kolonoskopi membolehkan pemeriksaan dan rawatan bagi pendarahan dari usus besar.

Angiogram Mesenterik - Kaedah ini menggunakan kontras ataupun dipanggil dye dan disuntik ke dalam urat pesakit agar saluran darah boleh dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini membolehkan doktor mengesan punca pendarahan dengan mengenal pasti lokasi saluran darah di mana dye itu aktif. Pendarahan ini boleh dikenal pasti semasa angiogram. Kaedah ini digunakan jika endoskopi dan kolonoskopi tidak dapat mengesan punca pendarahan atau tidak dapat menghentikan darah.

Endoskopi kapsul - Kaedah ini menglibatkan penggunaan kamera video menggunakan bateri sebesar kapsul. Alat ini digunakan untuk memeriksa usus kecil, bergerak mengikut pergerakan peristalsis. Teknik tidak invasif ini membolehkan doktor mengenal pasti punca pendarahan, terutamanya dalam usus kecil dan pesakit ini tidak perlu ubat penenang. Endoskopi kapsul hanya merupakan alat diagnosis. Pesakit masih perlu ujian selanjutnya untuk merawat pendarahan.

Enteroskopi - Kaedah ini membabitkan penggunaan skop optik yang panjang untuk memeriksa dan merawat bahagian usus kecil. Pemeriksaan usus kecil agak rumit dan membabitkan prosedur yang panjang. Dengan ini, kaedah ini tidak disyorkan oleh doktor pakar.

Pendarahan ini boleh dihentikan dengan kaedah:

Suntikan - Untuk peptik ulser yang berdarah, adrenalin mungkin disuntik untuk menghentikan pendarahan dengan mengurangkan diameter arteri (vasokonstriksi). Kaedah ini murah, mudah dilakukan dan boleh didapati. Untuk pendarahan penyakit variks, suntikan histoacryl glu atau terapi ikatan atau ikatan variks adalah paling sesuai. Suntikan glu akan membolehkan glu menutup punca pendarahan.

Alat pemanas - Alat ini mengeluarkan haba dan tekanan secukupnya dan kemudian dikenakan ke atas saluran darah untuk melapik dan seterusnya menyebabkan darah membeku. Ini digunakan secara kombinasi dengan terapi suntikan. Kaedah ini sangat berkesan.

Hemoklip - Logam digunakan semasa endoskopi untuk menutup dua permukaan tanpa memerlukan pembedahan atau jahitan. Kaedah ini boleh digunakan untuk merawat pendarahan bahagian atas dan bahagian bawahan gastrousus dengan syaratnya punca pendarahan boleh dikenal pasti. Hemoklip ini digunakan jika saluran darah dapat dilihat. Klip logam ini adalah alat yang sangat berkesan untuk merawat atau menghentikan pemancutan darah.

Penggumpalan plasma argon (APC) - Arus elektrik frekuensi tinggi dialirkan melalui pancutan gas argon, yang boleh membeku darah bahagian yang luka. Kaedah ini bagus tetapi mahal dan belum didapati di sini.

Infusi perencat pam proton intravena - Perencat pam proton (PPI) merangkumi sekumpulan ubat yang menyekat pengeluaran asid gastrik. Infusi pam proton menurunkan pH persekitaran asid dalam perut. Dengan ini boleh membekukan darah dan mengurangkan perbelanjaan untuk pembedahan. Kaedah rawatan ini sering digunakan untuk merawat penyakit ulser dan dimulakan selepas terapi endoskopi.

Apakah yang menyebabkan pendarahan GI?

Terdapat pelbagai keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan dalam saluran penghadaman. Punca pendarahan di bahagian atas dan bahagian bawah saluran penghadaman termasuk:

Variks - Variks adalah saluran darah mengembang yang terdapat dalam esofagus atau perut. Ini akan berlaku apabila perjalanan darah ke hati terhalang. Darah ini kemudian mengundur naik ke dalam saluran darah yang lebih kecil dan lebih mudah pecah dalam esofagus. Ini menyebabkan saluran darah ini mengembang ataupun bengkak. Esofagus dan perut variks boleh pecah dan boleh mengancam nyawa. Biasanya komplikasi sirosis hati adalah masalah serius yang menyebabkan keadaan dan fungsi merosot secara perlahan-lahan dan mengakibatkan penyakit hati yang kronik.

Ulser peptik - Ulser peptik adalah hakisan dari duodenum atau lapik perut. Ini boleh menyebabkan pendarahan jika ulser itu dalam dan saluran darah terdedah. Pengambilan NSAID, aspirin dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori adalah antara punca ulser peptik.

Dinding esofagus terkoyak - Ini disebabkan muntah atau menjeluak yang keterlaluan dan berulang-ulang. Dinding esofagus juga boleh koyak selepas serangan penyakit secara mengejut, batuk atau ketawa terlalu kuat, mengangkat benda berat, mengalami tekanan, melahirkan anak atau mengambil terlalu banyak alkohol.

Angiodisplasia - Ini adalah disebabkan saluran darah tidak normal dan saluran darah yang mengembang dalam gastrousus. Angiodisplasia banyak dikesan dalam pendarahan usus kecil dan boleh berlaku di mana-mana dalam saluran gastrousus. Pendarahan dari angiodisplasia mungkin, boleh menyebabkan anemia, atau pengaliran darah merah.

Kanser atau polip - Semua kanser gastrousus boleh menyebabkan pendarahan. Polip adalah ketumbuhan bukan kanser dalam saluran gastrousus, yang mungkin berdarah. Sesetengah polip boleh bertukar menjadi kanser.

Penyakit divertikulum - Ini adalah penyakit yang paling kerap. Ia tidak menyebabkan pendarahan merah dan banyak banyak. Pesakit mungkin akan pengsan kerana kehilangan banyak darah.

Asid lemak untuk keremajaan kulit

SAYA berusia pertengahan 30-an. Kini kulit saya terasa lebih kering berbanding sebelumnya. Kulit muka juga kelihatan tidak berseri atau kusam. Bagaimanakah cara untuk memperolehi dan memelihara kecantikan kulit muka yang berseri?

JAWAPAN:

Semua wanita mengidamkan kulit wajah yang cantik. Penjagaan kulit seharusnya merangkumi aspek luaran dan dalaman. Dari segi luarannya, disiplinkan diri untuk mengamalkan penjagaan asas seperti mencuci, penggunaan penyegar dan pelembap secara teratur. Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru.

Setiap daripada kita seharusnya tahu bahawa diet yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Diet haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit anda akan mula menampakkan kesannya.

Minum air secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

Asid lemak perlu (EFA) juga diperlukan dan baik untuk kecantikan kulit. Minyak evening primrose kaya dengan asid lemak omega-6 terkenal kerana fungsinya untuk kesihatan kulit. Kandungan GLAnya yang tinggi membantu mengawal keseimbangan hormon dan mengekalkan kelicinan kulit selain menguatkan sel-sel kulit dan menjaga kelembapan kulit.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science (R. Muggli, August 2005) menunjukkan bahawa minyak evening primrose boleh memperbaiki kandungan lembapan, keanjalan dan meningkatkan struktur dan fungsi kulit.

Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C dan E. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin C adalah anti oksida penting untuk menangani radikal bebas serta membantu pembaikan serta pembentukan kolagen. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit.

Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. Dengan sebab itulah anti oksida dianggap paling remedi popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit.

Lindungi kulit anda daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV . Minimakan pengambilan garam kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit.

Khasiat mayonis rawat kecantikan

MAYONIS menjadi antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Penggunaan bahan tersebut juga semakin diterima di kalangan masyarakat di negara ini. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya.

Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.

Bukan itu saja, ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan kekotoran. Apa kata jika ada lebihan mayonis dalam peti sejuk, kita cuba gunakan bahan tersebut berpandukan kepada beberapa tips yang dimuatkan untuk minggu ini.

Pelembap kulit

MAYONIS kaya dengan bahan pelembap tersendiri berasaskan kepada kandungan minyak dan telur di dalamnya.

Ia baik untuk kulit, malah mayonis sememangnya digunakan dalam beberapa jenis rawatan kulit. Cuba sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. Selepas selesai bilas bahagian yang berkenaan. Kaedah ini dipercayai membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit.

Perapi rambut

BAHAN pelembap yang terkandung dalam mayonis mampu meresap di bahagian bawah kulit. Ia juga berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Cuba gunakan mayonis sebagai bahan perapi untuk rambut. Lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.

Rawatan kuku

APA kata cuba gunakan mayonis untuk mendapatkan kuku yang kuat dan sihat selain tampak natural.

Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat.

Hilangkan kesan tar jalan pada kereta

SAPU mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit. Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.

Mengurangkan kesan panahan matahari

SELEPAS berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.

Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu

AMBIL sedikit mayonis dan sapukan pada kesan krayon. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Lap menggunakan kain lembap.

Melembapkan bahagian siku, lutut dan kaki

SAPU mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku, lutut dan tumit kaki. Biarkan selama sepuluh minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.

Denggi penyakit orang bandar

BAGI mereka yang masih menganggap penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu denggi satu penyakit boleh dirawat, buang segera tanggapan itu.

Ini kerana, sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar mampu menyembuhkan penyakit tersebut secara menyeluruh. Lebih membimbangkan ia mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Maknanya mereka tiak mengambil berat tentang bahaya penyakit ini.

Senario ini berlaku kerana masyarakat berfikir demam denggi ada penawar dan beranggapan kawasan rumah mereka sudah cukup bersih dan jauh daripada nyamuk aedes.

Menurut Pengurus Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Putri Shireen Syed Othman, kes demam denggi terus meningkat disebabkan salah tanggapan masyarakat selain sikap sambil lewa yang ditunjukkan.

Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengetahuan serta kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes itu masih rendah.

''Untuk pengetahuan bersama, walaupun hanya terdapat tompokan air sebesar syiling 20 sen, nyamuk aedes sudah boleh membiak malah pembiakan dalam air yang kotor bukanlah tabiat nyamuk aedes.

''Selain suka membiak di tempat-tempat tersembunyi dan gelap sama ada dalam mahupun luar rumah. Nyamuk aedes juga bukan sahaja menggigit pada waktu subuh dan senja tetapi sepanjang hari.

''Dengan hanya satu gigitan sahaja kita boleh mendapat penyakit denggi dan ia juga boleh menyebabkan kematian,'' jelasnya ketika ditemui wartawan Mega baru-baru ini.

Jelas Shireen lagi, pihaknya telah melakukan kajian bersama Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini dan mendapati nyamuk aedes boleh terbang sejauh 200 meter dan juga terbang tinggi sehingga 750 meter (tingkat 21).

Bukan setakat itu sahaja, nyamuk aedes juga boleh dikategorikan sebagai seekor nyamuk yang pintar dan suka persekitaran yang bersih.

Tambah Shireen, pihaknya juga telah membuat kaji selidik pada November dan Disember tahun 2008 dengan kebenaran Kementerian Kesihatan.

Kaji selidik tersebut tertumpu di kalangan penduduk bandar di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini kerana demam denggi merupakan masalah yang lebih dihadapi oleh penduduk bandar berbanding luar bandar.

Ini dapat dibuktikan dengan jumlah bilangan kes demam denggi di luar bandar adalah kurang berbanding di bandar.

Objektif kaji selidik tersebut untuk mengenalpasti apa yang masyarakat tahu mengenai penyakit denggi dan tanggapan mereka mengenai penyakit tersebut.

Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan telah menyaksikan bahawa masyarakat hari ini mengambil sikap sambil lewa dalam usaha memerangi nyamuk aedes.

''Ini kerana mereka juga beranggapan menghapuskan nyamuk aedes adalah tanggungjawab kerajaan dan bukan diri sendiri.

''Dalam hal ini kerajaan sudah buat apa yang termampu selain mengiklankan cara-cara memerangi nyamuk aedes di samping merangka pelbagai program dalam usaha menyedarkan masyarakat bahawa penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes adalah merbahaya.

''Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama memerangi pembiakan nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu untuk menangani masalah ini,'' akui Shireen.

Lazimnya tidak susah bagi individu untuk menjaga kawasan rumah kediaman daripada menjadi pusat ternakan tidak rasmi kepada larva-larva nyamuk ini.

Hanya perlu luangkan masa selama 10 minit dalam seminggu untuk membersihkan piring pasu bunga, tayar buruk, tangki, kolah dan sebarang bentuk takungan agar tidak menjadi sarang pembiakan aedes.

Orang ramai juga disaran menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa dalam rumah seminggu sekali.

Ini sekali gus mampu menghapuskan kitaran nyamuk aedes yang mengambil masa selama seminggu untuk membesar.

Ujar Shireen, hanya keprihatinan masyarakat terhadap bahaya nyamuk aedes dapat membantu mengawal penyakit itu daripada terus membunuh manusia.

Katanya, dengan pelbagai usaha yang dilakukan itu, pihaknya berharap dapat mengubah sikap penduduk daripada kurang peka kepada peka terhadap keadaan di persekitaran rumah mereka.

Dari semasa ke semasa juga katanya, Ridsect , jenama nombor satu bagi racun serangga isi rumah di Malaysia yang bernaung di bawah syarikat Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., telah merencanakan pelbagai program untuk meningkat kesedaran orang ramai.

Menerusi program yang diadakan seperti gotong royong dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan komuniti setempat, pendidikan di sekolah-sekolah, road show di serata negara dan sebagainya, diharap masyarakat akan lebih peka terhadap bahaya penyakit ini.

Pada masa sama mereka juga harus boleh mengenali simptom diserang penyakit itu dan sentiasa menjaga kebersihan.

Bebaskan diri daripada tekanan

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

lSenyumKebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.

lBersendirianAda sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

lBertenangJanganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.

lPeluk sesuatuAnda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

lLavenderBagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.

lKasih sayangTerapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

lAllahIkutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

lCeriaJanganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Bau badan satu gangguan

SAYA harap anda semua tidak salah faham kenapa saya yang diundang ke majlis ini. Begitu juga sebaliknya, saya tidak akan salah faham atau berfikir yang bukan-bukan kenapa agaknya anda yang dihantar ke majlis ini," kata-kata pelakon komedi Douglas Lim bersahaja mengundang ketawa wakil media yang hadir.

Mana tidaknya, majlis hari itu diadakan khusus untuk memperkenal deodoran Shower Clean terbaru Rexona.

Pertanyaan Douglas menyebabkan semua yang hadir terfikir adakah mereka individu paling bermasalah dengan bau badan hingga dihantar untuk tugasan itu!

Bercakap tentang bau badan, mungkin bagi sesetengah individu bunyinya memang lucu. Tetapi tidak bagi mereka yang mengalaminya dan tidak juga bagi mereka yang berada di sekitar orang yang memiliki bau badan.

Penulis juga pernah terbaca laporan pasangan suami isteri yang bercerai-berai kerana tidak tahan dengan bau badan pasangan.

Malah, di negara China, satu syarat yang ditetapkan dalam permohonan menjadi austronaut ialah tidak menghadapi masalah bau badan.

Sukar untuk menanganinya

Bagi Hasrul Omar, 33, pengalamannya memiliki sahabat yang menghadapi masalah itu agak melucukan.

Menurut beliau, temannya itu seorang yang gemar bersukan. Sayangnya, bau badannya yang terlalu kuat menyebabkan beliau tidak disenangi rakan-rakan.

"Sebagai kawan, saya memang simpati dengan dia. Lama jugalah saya fikir macam mana nak bagi tau. Tapi disebabkan dia jenis yang selamba, akhirnya saya berterus terang saja.

"Berterus-terang rupa-rupanya lebih mudah. Dia marahkan saya pula sebab tak bagi tahu lebih awal. Sekarang perkara ni jadi bahan lawak apabila kami sesekali berkumpul beramai-ramai," cerita Hasrul.

Berbeza pula dengan Marini Zulkifli, 27, kerana terpaksa menahan nafas setiap kali berhadapan dengan rakan sekerjanya.

"Saya tidak pasti apa puncanya. Mungkin dia jarang mandi pagi atau memang tidak suka memakai deodoran. Orangnya peramah tapi malangnya dia tak sedar di belakang ramai yang mengata," cerita Marini.

Menurut Marini, macam-macam cadangan yang diberi bagaimana hendak memberitahu si pemilik bau badan berkenaan. Hingga ada yang menyarankan mereka membeli set wangian dan deodoran kepadanya.

"Tapi tak ada yang sanggup buat begitu sebab bimbang akan memalukan dia. Kalau lelaki mungkin lebih mudah, tapi untuk seorang wanita, ia satu perkara yang amat memalukan."

Jika bernasib baik, ada yang baik hati menegur dengan cara yang berhemah. Jika tidak, ia berterusan tanpa disedari dan akan terus menimbulkan perasaan kurang senang orang sekeliling.

"Muka cantik, tapi sayang badan berbau," ayat yang biasa didengar. Tetapi masalah ini bukan hanya untuk kaum wanita sahaja. Kaum lelaki juga perlu tahu bahawa mereka juga mempunyai masalah yang serupa.

Maka, selalu jugalah kita ditunjukkan dengan iklan deodorant khusus untuk lelaki. Ini kerana bau badan lelaki lebih kuat dan menyengat daripada bau badan wanita.

Punca bau badan

Tidak kiralah lelaki atau wanita, penyebab kepada masalah bau badan tetap sama.

Peluh antara penyebab utama kepada masalah ini. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin yang bertindak mengeluarkan sisa metabolisme tubuh dan turut berguna untuk mengawal suhu badan.

Satu lagi ialah kelenjar apokrin yang terletak di daerah ketiak, payu dara, daerah anus dan alat sulit. Ia berfungsi aktif setelah remaja dan peluh yang dihasilkan dipengaruhi oleh rangsangan emosi.

Oleh kerana peluh dari kelenjar apokrin mengandungi banyak lemak dan protein, ia menimbulkan bau yang tidak enak apabila diuraikan oleh bakteria. Bau inilah menyebabkan ramai yang lari apabila berdekatan dengan si pemilik bau badan.

Faktor pemakanan juga antara penyumbang kepada masalah ini. Ada jenis makanan yang boleh menyebabkan badan berbau contohnya bawang putih, bawang Bombay, terlalu banyak makanan berempah dan juga merokok.

Selain itu, faktor kebersihan diri juga perlu dititikberatkan. Cara paling umum ialah menggunakan deodoran dan anti perspiran. Deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dapat menghalang bakteria manakala anti perspiran pula mengandungi bahan yang dapat mengurangkan pengeluaran peluh.

Menyedari dilema ini, Rexona, satu daripada jenama deodoran turut mengeluarkan deodoran Shower Clean khusus untuk kaum wanita.

Dengan teknologi responsif kepada badan, deodoran itu dapat menghalang bau badan dalam jangka waktu yang panjang di samping memastikan bawah lengan (ketiak) sentiasa kering dan terlindung daripada bau.

Menurut Pengurus Jenama Rexona, Tanya Teng, pihaknya sentiasa mendengar kehendak pengguna dan menyedari pentingnya wanita berasa bertenaga dan dapat menumpukan perhatian bagi mencapai matlamat mereka.

"Di negara yang bercuaca panas dan lembap, kita mudah berpeluh sebaik sahaja keluar dari rumah. Oleh itu, pihak kami sentiasa mencari cara baru untuk meningkatkan kualiti produk kami supaya wanita boleh menikmati rasa kesegaran dan dilindungi sepanjang masa," jelasnya kepada Bernama.

Untuk lelaki juga

Selain untuk wanita, Rexona turut mengeluarkan produk khusus untuk bau badan lelaki yang dilancarkan pada Disember tahun lalu iaitu Rexona Men.

Sama ada berbau atau tidak, setiap individu perlu menjaga kebersihan diri. Mandi dan bersabun tiga kali sehari sahaja tidak cukup buat badan yang memang mengeluarkan bau semula jadi. Cegahlah gangguan diri terhadap orang lain dengan cara memakai deodoran dan anti-perspiran.

Bagi yang berkulit sensitif, mungkin boleh mencuba tawas atau batu mineral. Dengan cara ini, bukan sahaja si pemilik bau badan selesa, tetapi orang di sekelilingnya juga turut berasa nyaman. Tidak kiralah sama ada sewaktu bekerja atau bermain, bersesak di stesen LRT, bersenam di gim atau sekadar bersantai di rumah. - Bernama

Terik matahari bawa penyakit

CUACA panas dan tidak menentu yang melanda seluruh negara ketika ini merunsingkan semua. Di negeri-negeri sebelah utara, cuaca panas terik disusuli kemarau yang mengeringkan sungai-sungai dan juga sawah.

Sementara di Lembah Kelang pula, bahang panas tetap terasa sekali pun selepas hujan turun untuk seketika. Di kawasan selatan dan pantai timur juga turut mengalami keadaan yang sama.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini berada dalam fasa terakhir monsun timur laut yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding bulan Disember dan Januari lalu.

Secara perbandingan, suhu lebih tinggi pada Februari hingga April berbanding bulan lain.

Suhu yang dicatatkan pada 1 hingga 23 Februari lalu menunjukkan antara 34oC hingga 36oC. Sedangkan purata suhu negara ini adalah sekitar 28oC hingga 33oC.

Rekod suhu paling tinggi pernah dicatatkan di negara ini pada 9 April 1998 di Chuping, Perlis ialah 40.1oC iaitu ketika fenomena El Nino melanda.

Sementara itu, suhu maksimum juga pernah dicatatkan ditempat yang sama, Chuping dan Pulau Langkawi pada 21 dan 26 Februari 1998 dengan suhu 38.6oC.

Sepanjang tempoh 1 hingga 23 Februari lalu juga, bacaan di 26 daripada 35 stesen meteorologi di seluruh negara menunjukkan hujan turun kurang daripada paras sederhana, empat stesen pula pada paras sederhana dan hanya lima melebihi paras itu.

Kawasan yang menerima hujan rendah adalah Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, Sabah (semua bahagian) dan Sarawak (Miri, Bintulu dan Limbang).

Terdapat tiga peringkat HRI berlaku iaitu:

1. Kejang akibat kepanasan (heat cramps)

l Sakit otot di bahagian abdomen, lengan dan kaki yang berlaku disebabkan oleh aktiviti berterusan.

l Badan tidak berpeluh ketika melakukan aktiviti berat yang berterusan menyebabkan anda terdedah kepada heat cramps.

l Perpeluhan melampau hingga menyebabkan garam dan cecair dalam badan kehabisan, menyebabkan paras garam rendah dalam otot.

l Heat cramps juga merupakan contoh lesu akibat kepanasan (heat exhaustion).

2. Lesu akibat panas (heat exhaustion)

l Bentuk ringan HRI yang boleh berlaku akibat beberapa hari terdedah kepada suhu tinggi dan tidak mendapat keseimbangan cecair dalam badan.

l Mereka yang berusia dan mempunyai tekanan darah tinggi serta berkerja atau bersukan di bawah terik mentari lebih terdedah kepada masalah ini.

l Tanda-tanda adalah berpeluh melampau, pucat, kejang otot, keletihan, lemah tubuh badan, pening-pening, sakit kepala, muntah, mabuk dan pengsan.

l Lain-lain simptom berkaitan - kulit sejuk dan lembap, denyutan lemah atau laju, pernafasan lemah atau terlalu laju.

Jika mengalami lesu akibat panas, sila ambil langkah ini:

l Minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik.

l Rehat dalam kawasan pendingin hawa.

l Mandi atau berendam dalam air.

l Pakai pakaian nipis

3. Strok panas (heat stroke)

Keadaan paling teruk bagi HRI. Biasanya disebabkan bersukan atau kerja berat di kawasan panas ditambah dengan cecair yang kurang dalam tubuh badan. Tanda-tanda mengalami heat strok:

l Suhu badan terlalu tinggi (melebihi 40oC boleh menyebabkan pengsan)

l Kulit menjadi merah, panas dan kering (tiada peluh)

l Nadi kuat dan laju

l Kepala berdenyut-denyut

l Pening-pening, muntah, keliru, tidak sedar diri.

Kanak-kanak, orang tua, individu obes dan individu yang kurang berpeluh (akibat keturunan) berisiko tinggi mengalami masalah ini.

Bagi atlet yang mengalami keadaan ini di padang, tiba-tiba mereka hilang kawalan diri dan tidak memahami permainan. Atlet itu tidak sedar dia sedang mengalami keadaan strok panas, simptom hanya boleh dilihat oleh orang di sekelilingnya.

Rawatan strok panas:

Seandainya sukar untuk merendamkan mangsa dalam air sejuk gunakan kaedah ini:

l Mandikan mangsa dengan air sejuk

l Renjis air sejuk pada mangsa menggunakan pam air taman

l Span mangsa dengan air sejuk

l Letakkan beg ais pada leher, ketiak dan kawasan sulit.

l Jika kelembapan rendah, balut mangsa dengan selimut basah dan sejuk dan kipas.

Perhatikan suhu badan dan teruskan proses penyejukan hingga suhu badan menurun kepada 36oC atau 37oC (mangsa perlu dikeluarkan daripada air untuk menghalang penyejukan lampau apabila suhu stabil).

l Jika mangsa sedar, beri dia minum air sejuk

l Pesakit perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatian doktor sekali pun rawatan di padang berjaya.

Ruam panas

Satu lagi penyakit yang sangat sinonim dengan cuaca panas. Ia terjadi akibat pendedahan kepada suhu yang panas secara berterusan. Juga disebut miliaria. Masalah seperti urtikaria (gatal-gatal) dan tidak berpeluh juga termasuk sebagai ruam panas. Biasa berlaku ketika musim panas terutama jika kelembapan tinggi. Keadaan ini boleh berlanjutan berhari-hari jika tidak dirawat dan memerlukan rawatan profesional andai peringkat serius.

Jenis-jenis ruam panas

l Jernih (miliaria kristalina)

l Putih/ kuning (miliaria pustulosa)

l Merah (miliaria rubra)

l Dalam (miliaria profunda)

Risiko ruam panas

Semua orang terdedah kepada ruam panas. Namun mereka yang lebih terdedah kepada masalah ini adalah:

l bayi

l kanak-kanak berumur di bawah empat tahun

l atlet atau individu yang berkerja di kawasan panas atau terik matahari

l obesiti

l pesakit yang sukar bergerak (bed ridden)

l individu yang kurang atau tidak berpeluh secara kongenital (keturunan)

l pekerja ketenteraan

Punca

Berlaku apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan muncul benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit.

Peluh manusia mengandungi garam yang tinggi, sangat berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan ruam panas.

Kerana itu pentingnya membasuh peluh dengan air dan sabun.

Simptom

Ruam panas biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil dalam jumlah yang banyak di bahagian folikel bulu roma. Di sesetengah kawasan, ia mungkin berwarna merah atau merah jambu.

Lebih teruk, ruam panas boleh menyebabkan iritasi teruk dan muncul tompok-tompok merah lebih besar dan gatal-gatal.

Sesetengah individu mengalami ruam panas sangat gatal dan sesetengah pula tiada kesan tertentu.

Kawasan yang sering terjadi ruam panas adalah muka, leher, belakang, abdomen, kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan punggung.

Rawatan profesional

Kebanyakan kes ruam panas pulih dengan sendiri tanpa rawatan doktor. Ruam panas yang berpanjangan perlu didiagnos melalui karakter kulit dan sejarah ruam sebelum ini. Ruam yang teruk memerlukan ujian mikroskopik atau biopsi kulit. Lain-lain ujian yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan sama ada jangkitan bakteria, ekzema atau jangkitan kulat.

Penjagaan sendiri di rumah

Kebanyakan ruam panas boleh pulih tanpa rawatan. Sesetengah kes pulih sehari selepas bertukar kepada kawasan yang lebih sejuk.

Langkah untuk penjagaan ruam panas:

1. Basuh kawasan ruam dengan sabun lembut. kemudian bilas dengan air dan kringkan dengan tuala. Basuh beberapa kali setiap hari terutama selepas bersenam atau bersukan, berjalan jauh atau terdedah kepada matahari.

2. Duduk di kawasan yang sejuk (di bawah bumbung dan biarkan kulit bebas bernafas).

3. Mandi atau berendam dalam air sejuk.

4. Rehat dalam kawasan berpendingin hawa (21 hingga 22oC) sebagai terapeutik. Jika tiada alat pendingin hawa di rumah, boleh keluar bersiar-siar di kawasan mempunyai pendingin hawa.

5. Elakkan sentuhan kulit ke kulit di kawasan lipatan seperti bawah dada dan abdomen dengan meletakkan kain kapas atau material menyerap peluh.

6. Letak pek sejuk di kawasan yang mengalami ruam panas (jangan letak melebihi 20 minit dalam satu jam).

7. Gunakan ubat niacin.

Cara mengelak ruam panas

l Pakai pakaian menyerap peluh seperti kapas.

l Elakkan penggunaan fabrik nylon dan poliester.

l Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan kering. Periksa lampin mereka dan tukar lebih kerap kerana bayi lebih mudah terkena ruam lampin.

l Air liur bayi yang meleleh mengundang penyumbatan folikel liang roma menyebabkan ruam panas.

l Individu yang terlantar sakit di katil perlu bergerak untuk mengelakkan peluh berterusan di kawasan yang sama.

Faktor yang memburukkan ruam panas

l kelembapan tinggi

l Suhu tinggi

l Aktiviti jakuzi, sauna dan bilik stim.

l demam

l selaran matahari (sunburn)

l berpeluh kerap atau hiperhidrosis

l pakaian yang ketat dan fabrik tidak mesra pengaliran udara