"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jumadal Akhirah 1441H☆



مَن یَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِیۖ وَمَن یُضۡلِلۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi" [Surah al-A'raf 178]

#Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah untuk mengikuti kebenaran dan sentiasa pantas dalam mentaati Allah, maka dia benar-benar memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan barangsiapa yang dijauhkan dari petunjuk kerana terpedaya dengan bisikan syaitan serta mengikuti hawa nafsunya, maka dia termasuk kelompok yang rugi, menyesal dan di azab.

#Ingatlah bahawa sesiapa yang beroleh petunjuk Allah maka selamatlah dia. Sesiapa yang Allah kehendaki dia sesat maka merana dan merempatlah dia di dalam neraka.

#Jom kita hayati dan mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Nuh dan anaknya:

*Nabi Nuh a.s berkata kepada anaknya:

يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا وَلَا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ

“Hai anakku, naiklah ke atas kapal bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir" [Surah Hud 42]

*Namun Allah swt tidak menginginkan anak ini mendapat hidayahNya. Anak Nabi Nuh pun menjawab:

سَآَوِي إِلَى جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاءِ

"Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air" [Surah Hud 43]

*Nabi Nuh a.s berkata lagi:

لَا عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِلَّا مَنْ رَحِمَ

"Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya" [Surah Hud 43]

*Nabi Nuh pun berdoa lagi pada Allah kerana kasihan pada anaknya yang mula tenggelam

رَبِّ إِنَّ ابْنِي مِنْ أَهْلِي وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ وَأَنْتَ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya" [Surah Hud 45]

*Allah swt tidak suka dengan perkataan Nabi Nuh tersebut dan mengatakan bahawa anaknya tidak termasuk golongan yang beroleh petunjuk:

يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil" [Surah Hud 46]

#Kisah ini menunjukkan bahawa Nabi Nuh  Alaihissalam sudah berusaha keras agar anaknya mendapat hidayah, namun Allah berkehendak anaknya beroleh kesesatan disebabkan keengkaran dan kederhakaannya. Akhirnya anak Nabi Nuh a.s mati tenggelam lemas dalam banjir besar tanpa petunjuk Allah.

♡Janganlah kita lupa untuk memohon kepada Allah agar sentiasa berada dalam petunjuk dan bimbinganNya serta dijauhi daripada kesesatan dan kekufuran♡


No comments: