"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Awwal 1441H☆



وَٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا صُمࣱّ وَبُكۡمࣱ فِی ٱلظُّلُمَـٰتِۗ مَن یَشَإِ ٱللَّهُ یُضۡلِلۡهُ وَمَن یَشَأۡ یَجۡعَلۡهُ عَلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus" [Surah al-An'am 39]

#Orang-orang yang mendustakan wahyu Allah serta mendustakan rasulNya, sebenarnya mereka telah menutup pintu hidayah terhadap diri mereka sendiri dan membuka pintu kebinasaan. Mereka memilih jalan kesesatan disebabkan kejahilan, kekurangan ilmu dan tidak mahu memahami keterangan-keterangan daripada ayat-ayat Allah.

#Allah swt mengatakan mereka seperti orang yang tuli kerana tidak dapat mendengar kebenaran. Juga seperti orang bisu kerana tidak dapat menyebutkan kebenaran. Mereka hanya dapat menyebut kebatilan, serta tenggelam dalam kebodohan, kekufuran, kezaliman dan berbuat kemaksiatan.

وَلَقَدۡ صَرَّفۡنَا لِلنَّاسِ فِی هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلࣲ فَأَبَىٰۤ أَكۡثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا كُفُورࣰا

"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran" [Surah al-Isra' 89]

#Ingatlah, barangsiapa yang dikehendaki Allah dalam kesesatan, nescaya disesatkanNya. Disesatkan Allah bererti bahawa orang itu sesat kerana keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah.

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِیثِ كِتَـٰبࣰا مُّتَشَـٰبِهࣰا مَّثَانِیَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِینُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ هُدَى ٱللَّهِ یَهۡدِی بِهِۦ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنۡ هَادٍ

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; *Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya"* [Surah az-Zumar 23]

♡Jangan sesekali menolak kebenaran wahyu Allah dan menentang kebenaran dakwah rasul, dibimbangi akan disesatkan oleh Allah dan tidak berjumpa jalan taubat. Hidup dalam kesesatan dan mati dalam kecelakaan serta dihumban dalam azab yang menyeksakan. Moga dijauhkan kita daripada kecelakaan dan kesesatan. Aamiiin♡


No comments: