"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, May 7, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1441H☆


 وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ

"Demi masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" [Surah al-Asr 1-2]

#Masa suatu perkara yang amat bernilai dan berharga dalam kehidupan manusia. Namun apabila masa disia-siakan maka rugilah kehidupan seseorang itu. Hal ini kerana setiap detik yang berlalu akan dipersoalkan di hadapan Allah samada diisi dengan kebaikan atau perkara yang lagha.

وَقُلِ ٱعۡمَلُوا۟ فَسَیَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" [Surah at-Tawbah 105]

#Manusia yang suka mensia-siakan waktu perlu mengira waktu yang berlalu dengan kiraan saat. Apabila masa yang dirugikan adalah sejam, maka mereka perlu menyedari sebanyak 3,600 saat sudah dimusnahkan. Sehari menyamai 86,400 saat dan seminggu pula menyamai 604,800 saat. Sejam yang disia-siakan telah menyebabkan kerugian yang banyak di akhirat kelak kerana dalam satu jam boleh selesai hampir 2 hingga 3 juzuk bacaan al-Quran.

#Hayati kisah di bawah ini berkaitan Imam an-Nawawi memanfaatkan masa yang dikurniakan Allah dalam kehidupannya:

Syeikh Abu al-Hasan bin al-Atthar, anak murid imam an-Nawawi berkata: Imam an-Nawawi pernah mengungkapkan bahawa setiap hari beliau membaca 12 pelajaran di hadapan para gurunya, sekali dengan Syarah dan tashihnya iaitu

1. Dua pelajaran dalam kitab al-Wasith dalam ilmu Fekah.
2. Satu pelajaran dalam kitab al-Muhazzab tentang Fekah.
3. Satu pelajaran dalam Al-Jam' Baina as-Shahihain tentang ilmu hadis.
4. Satu pelajaran dalam sahih Muslim.
5. Satu pelajaran dalam al-Luma' karangan Ibnu Jinni tentang ilmu Nahu.
6. Satu pelajaran dalam kitab Ishlah al-Manthiq tentang ilmu bahasa.
7. Satu pelajaran tentang Sharaf
8. Satu pelajaran tentang Usul Fiqh menggunakan kitab al-Luma' karangan Ibnu Ishaq dan kitab al-Muntakhab karangan Imam Fakhruddin ar-Razi.
9. Satu pelajaran tentang nama-nama perawi
10. Satu pelajaran tentang Usuluddin
11. Satu pelajaran dalam ilmu Nahu

Imam an-Nawawi berkata: "Aku memberikan pula komen terhadap semua yang berkaitan dengan keterangan kitab-kitab tersebut, menerangkan ibarat-ibaratnya dan menyusun kata-katanya. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI WAKTUKU" (Lihat Qimah az-Zaman 'Inda al-Ulama', Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah)

♡Manfaatkan waktu dengan amal ibadah, majlis ilmu, membaca, menulis, berdakwah, khidmat kerja kebajikan, berjihad, berjuang di jalan Allah dan perkara yang mendatangkan pahala disisi Allah. Jangan sia-siakan waktu kerana kita akan tergolong di kalangan hambaNya yang rugi dan menyesal♡


No comments: